"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Wednesday, February 13, 2008

Kembara Jalanan di bumi Laksamana Cheng Ho (1)

"Baru-baru ini penulis berkesempatan untuk menjejak kaki di bumi Laksamana Cheng Ho. Oleh kerana perjalanan yang singkat, tidak banyak kesempatan dapat dirakamkan untuk tatapan bersama".

"Walaubagaimanapun, rakan sekerja (warga China) yang berada di sana sempat membawa penulis ke satu tempat sejarah yang terkenal di China iaitu Shoalin Temple. Tempat ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri khususnya bagi penganut agama Buddha".
"Semasa berada di sini, penulis melihat banyak pelancong-pelancong asing yang bertandang ke sini untuk melihat kesan sejarah ribuan tahun yang lalu".Walaupun digigit kesejukan sehingga ke tulang, orang yang hadir begitu ramai".
"Di kawasan ini, terdapat banyak pagoda yang didirikan yang jika dilihat dari strukturnya ia mencecah ribuan tahun, dari yang kecil sehinggalah yang besar".

"Tidak banyak gambar yang dapat diambil sebab kamera digital penulis mengalami sedikit kerosakan, mujur ada telefon bimbit berkamera yang cuma dapat mengambil beberapa keping gambar untuk dikongsi".

Gambar "Sleeping Buddha" yang diambil oleh penulis ini adalah untuk memberi bukti kepada semua penganut agama Buddha di Malaysia bahawa keterbukaan Kerajaan Islam PAS yang memerintah Kelantan dalam aspek beragama" (Sila lihat perbandingan gambar Sleeping Buddha mana yang besar).

"Sleeping Buddha di Shoalin Temple China"

"Sleeping Buddha di Wat Phothivihan di Kampung Jambu, Tumpat"

Utusan Malaysia 30 Julai 2001 : "patung Buddha kedua terbesar di dunia"

Tumpat is situated at the end of the East Coast Line train ... is well known for its gigantic Sleeping Buddha which is one of the largest in South East Asia

"Islam tidak akan menganggu gugat kedudukan agama lain sebagaimana yang dimomokkan oleh pihak UMNO yang irihati akibat kekalahan mereka dalam pilihanraya ala demokrasi Malaysia yang sentiasa tempang".

Justeru itu, sempena PRU-12 yang kian hampir ini..pihak penulis menyeru kepada semua pengundi berbangsa Cina dan India terus memberi sokongan yang padu kepada YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mempertahankan Kerajaan Islam Kelantan.
"Bagi negeri-negeri lain, adalah diharapkan ianya pun begitu (sokongan kaum Cina & India sedang dirasa). Jika tidak memerintahpun, jangan lepaskan peluang 5 tahun sekali ini untuk membawa perubahan yang besar dengan menggundi pihak Barisan Alternatif daripada PAS dan KeAdilan mahupun DAP supaya mereka menjadi pembangkang yang kuat bagi tujuan "Check & Balance"...apalah ruginya kita?


"Masa untuk berubah, Anda mampu Mengubahnya"


"Po Jiu Lin Xin"
(Break the old and establish the new)

No comments: