"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Friday, February 8, 2008

Alangkah Indahnya ISLAM

PAS boleh lantik orang Cina jadi menteri

Abdul Halim Mohd Rashid Thu Feb 07, 08 1:17:27 pm MYT

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Hrkh) - PAS boleh melantik orang Cina yang pandai dan layak menjadi menteri, kata Presiden PAS, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

"Orang Cina yang pandai dan layak boleh dilantik menjadi menteri. PAS akan memberi ruang yang lebih banyak kepada orang bukan Islam," katanya kepada Malaysiakini.

Ketika ditemui oleh laman web berita itu di pejabatnya di sini Isnin lalu, beliau berkata, sesiapapun tidak boleh menganggu kebebasan dan hak mereka dan kepakaran mereka akan digunakan untuk memajukan negara.

Beliau mengulangi penegasan bahawa PAS akan memastikan hak dan kebebasan orang bukan Islam dalam negara ini terjamin.Malah, katanya, kebajikan mereka akan lebih terbela.

"Berdosa kepada orang Islam untuk berlaku tidak adil kepada semua orang, sama ada orang Islam atau pun bukan Islam," tegas beliau.

Beliau juga menyeru orang-orang Cina supaya menerima politik Islam.

"Apa salahnya mereka menerima politik Islam, tanpa menganut Islam. Hukum hudud hanya untuk orang Islam, manakala orang bukan Islam mereka boleh memilih undang-undang sendiri.

"Lebih penting PAS tidak akan menghalang kemajuan sesuatu kaum dengan syarat mereka membantu kaum lain yang masih ketinggalan.

Bantu semua kaum
"Orang Islam yang kaya raya sekalipun bukan sahaja perlu membantu kaumnya tetapi semua rakyat yang miskin," katanya.

Abdul Hadi berkata, negara kebajikan yang mahu diamalkan oleh PAS boleh dilaksanakan jika amalan rasuah tidak wujud di dalam negara ini.

Katanya, PAS pernah mencuba semasa parti itu memerintah Terengganu di mana pembiayaan rakyat diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk wang zakat.

Beliau berkata, tauke-tauke balak memberi sumbangan kepada kerajaan negeri kerana mereka gembira rasuah dalam pemberian kawasan balak telah dihapuskan.

Tauke balak, kata Abdul Hadi merasa gembira kerana sebelum itu mereka terpaksa membayar rasuah yang lebih banyak daripada cukai balak.

"Rawatan kesihatan percuma, pendidikan percuma dan sebagainya telah diamalkan di England," katanya sambil menambah, bukan orang tua yang tiada pendapatan, perlu dibantu.

Beliau berkata, konsep negara kebajikan PAS ialah mengenakan cukai untuk bidang tertentu seperti pembalakan dan perniagaan besar supaya cukainya boleh digunakan untuk membantu rakyat.

Katanya, peniaga kecil tidak dikenakan cukai sebagaimana yang dibuat oleh kerajaan PAS Terengganu iaitu menghapuskan cukai bakul.

2 comments:

Anonymous said...

Ini Di panggil Takkiyah dalam bahasa Arab.

www.faithfreedom.org

Anonymous said...

Jazakallah atas komentar.InsyaAllah, Pemimpin Islam tidak bermuka-muka..ia memberi hak kepada yang berhak.Inilah masanya untuk berubah..banyak contoh yang telah ditulis dalam seerah nabawiyyah yang menggambarkan keterbukaan Islam dalam usaha dakwa.Terus layari blog ini.