"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Sunday, March 30, 2008

MB Perak simbol perpaduan rakyat pelbagai kaum

Tarmizi Mohd Jam Wed Mar 26, 08 8:17:38 pm MYT


KESIMPULANNYA, YAB Menteri Besar Perak yang baru, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin seorang yang luar biasa dan tidak di ketengahkan sebelum ini kehebatannya menguasai empat bahasa utama dan tiga dialek Cina.

Hari itu, kawan saya yang turut melihat catatan sejarah berkenaan, kagum dan teruja dengan kemahiran berbahasa Ir. Mohd Nizar. Beliau bukan sahaja petah berbahasa Inggeris, juga mahir menggunakan bahasa Tamil dan Tionghua.


Pendek kata, Menteri Besar Perak itu telah memukau masyarakat kaum Cina yang hadir di majlis tersebut apabila beliau telah bertutur dengan bahasa Mandarin, Hokkien, Kantonese, Tamil, kemudiannya Inggeris dan Melayu.


Mereka yang hadir terus tergamam dengan kelebihan dan kemahiran Ir. Mohd Nizar itu.
Sebelum ini tiada Menteri Besar Perak, dan Menteri-Menteri Besar negeri lain (dari bangsa Melayu) yang fasih berbahasa Tionghua dan Tamil seperti Ir. Mohd Nizar.


Kebanyakannya, menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris. Barangkali kerana kelebihan ini, PAS Perak mengemukakan Ir. Mohd Nizar sebagai calon Menteri Besar kerana percaya bahasa mampu menyatukan rakyat pelbagai kaum.


Di Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga petah berbahasa Arab dan Urdu. Selain dari bahasa Melayu dan Inggeris. Kelebihan ini, dianggap pemerhati politik sebagai suatu mata rantai dalam komunikasi dengan pelbagai peringkat masyarakat.


Ustaz Azizan Abdul Razak yang baru mengetuai Kerajaan Negeri Kedah juga mahir berbahasa Arab dan Inggeris selain berbahasa Melayu.


Lebih 5,000 hadirin dari masyarakat Tionghua di Dewan Dou Mu Ipoh, kebanyakannya terpukau dan tergamam apabila mendengar Ir. Mohd Nizar yang berbangsa Melayu, seorang Menteri Besar pula, menuturkan dengan fasih bahasa ibunda mereka dalam tiga dialek - Mandarin, Hokkien dan Kantonese.


Lagi mengejutkan dan menyentak emosi mereka, apabila Menteri Besar Perak itu berucap pula dalam bahasa Tamil yang petah.


Ini menyebabkan, hadirin terharu dan melihat ia suatu anugerah Tuhan kepada rakyat negeri Perak yang bersifat pelbagai kaum itu.


Dalam sunyi sedan terharu itu, dewan bergema dengan tepukan hadirin sebaik ucapan-ucapan dalam pelbagai bahasa tadi, dituturkan.


Itu tanda terima kasih dan terharu mereka kepada Menteri Besar dari PAS itu, ujar seorang rakan yang menceritakan semula program tersebut.


Saya memang bercadang untuk pergi ke sana hari itu. Beberapa kawan-kawan yang dipelawa, semua ada hal masing-masing. Dari Kuala Lumpur ke Ipoh, kalau seorang diri memandu, cukup membosankan.


Hasrat untuk menyelami dan melihat "kewibawaan" Menteri Besar Perak yang baru, YAB Ir. Mohd Nizar Jamaluddin tidak kesampaian.


Ir. Mohd Nizar dijemput hadir oleh pihak penganjur untuk berucap pada program forum terbuka itu. Beliau bukanlah ahli panel forum, tetapi diberi penghormatan untuk berucap.


Setiausaha PAS Perak ini, agak saya belumlah teruji selama ini berucap pada majlis-majlis besar politik seumpama itu. Apatah lagi, kini beliau seorang Menteri Besar.


Sayapun tidak pula mendengar sebelum ini, nama beliau ditonjolkan dalam program-program anjuran Lajnah Perpaduan Antara Kaum PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Ustaz Dr. Mujahid Yusuf, yang kini menang di Parlimen Parit Buntar.


Barangkali, bukan sahaja Ir. Mohd Nizar tidak termimpi untuk menduduki kerusi nombor satu di Perak itu, malah rakan-rakan kepimpinan PAS yang lain rasanya, semacam tidak percaya PAS "memiliki" seorang Menteri Besar selepas 8 Mac lalu.


Itulah sebab mengapa saya kepingin sangat untuk melihat dengan mata sendiri "kejadian" forum tersebut.


Ir. Mohd Nizar telah hadir di forum 'Apa Selepas Ini (What's Coming Next)' dianjurkan oleh empat media cetak Cina utama iaitu Guang Ming Daily, Sin Chew Daily, Eye Asia dan Sin Chew-i.
Ia telah berlansung pada hari Ahad lalu (16 Mac 2008) di Dewan Dou Mu, Ipoh pada jam 2 petang. Inisiatif empat media cetak berbahasa Cina itu patut dipuji.


Ahli Forum lain termasuklah Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan Ketua Editor Sin Chew, Tay Tian Yan.


Ir. Mohd Nizar, seorang jurutera bertauliah telah dijemput oleh Ngeh untuk menyertai forum tersebut.


Menurut sumber, kehebatan Ir. Mohd Nizar itu telah mengubah persepsi serong masyarakat Tionghua dan Tamil di negeri itu.


Sebaliknya, mereka melihat kemampuannya berbahasa Melayu, Tionghua, Tamil dan Inggeris sebagai tokoh yang tiada tandingan, malah berupaya untuk membela nasib mereka di negeri itu.
Mereka tetap percaya "bahasa" berupaya menjadi faktor utama dalam membentuk perpaduan masyarakat pelbagai kaum, apatah lagi Menteri Besar sendiri memiliki kemahiran berbahasa semua kaum di negeri Perak itu.


Apa yang penting kata sumber itu lagi, kekuatan Kerajaan Campuran di Perak akan lebih terserlah jika pelbagai program membela rakyat (negeri berkebajikan) dilaksanakan segera serentak dengan pembangunan ekonomi sebagai memenuhi tawaran pilihan raya ke 12 yang lalu.


Oleh kerana tiada kawan-kawan yang berkelapangan hari itu, saya membatalkan hasrat untuk meninjau forum ulung tersebut.


Lagipun, esoknya (17 Mac 2008) memang saya akan turun ke Ipoh untuk bertemu Ir. Mohd Nizar sekitar jam 3 petang bersama Naib Presiden PAS, Haji Mohd Sabu. - mks

Saturday, March 29, 2008

Tahniah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Perak

Maaf kerana hampir 2 minggu tak update.Banyak peristiwa yang berlaku dalam politik tanah air dewasa ini. Apa yang pasti, rakyat sedang menyaksikan satu perkembangan yang baik demi kebaikan bersama. Rasa saya tak perlu saya komen segala isu-isu yang timbul. Saya lihat rakyat yang celik IT boleh access banyak sesawang yang ditulis blogger-blogger.

Di kesempatan ini, bagi pihak Lajnah Perpaduan Nasional Pusat ingin merakamkan sekalung TAHNIAH kepada Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Perak atas perlantikkan beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak yang baru.InsyaAllah YB mampu memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab.


10 exco Perak angkat sumpah
Mar 29, 08 8:38am
kemaskini 1:20pm Setelah berjaya merampas Perak tiga minggu lalu, pakatan tiga parti pembangkang hari ini mula membentuk kerajaan apabila selesai membariskan 10 anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri.Istiadat angkat sumpah jawatan diadakan jam 11 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar di depan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah.Ketiga-tiga parti pembangkang memperoleh 31 daripada 59 kerusi - dengan pecahan DAP (18), PKR (tujuh) dan PAS (enam).
Walaupun awalnya berdepan dengan kemelut pelantikan menteri besar Mohamad Nizar Jamaluddin dan kemudian pengagihan jumlah exco, mereka dipercayai dapat menyelesaikannya dengan agihan enam wakil DAP, tiga PKR dan satu PAS. Mohamad Nizar, wakil rakyat PAS di Pasir Panjang, mengangkat sumpah pada 17 Mac. Senarai penuh barisan exco yang mengangkat sumpah pagi ini:
Wakil DAP
pengerusi Perak Ngeh Koo Ham (wakil rakyat Setiawan),
setiausaha negeri Nga Kor Ming (Pantai Remis),
ahli jawatankuasa negeri Su Keong Siong (Pasir Pinji),
bendahari negeri Chen Fook Chye (Keranji),
ahli jawatankuasa eksekutif pusat A. Sivanesan (Sungkai),
dan penolong setiausaha pengurusan nasional Seah Leong Peng (Pasir Bedamar).
Wakil PKR
timbalan pengerusi Perak Tai Sing Ng (Kuala Sepetang),
bendahari negeri Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang),
dan ketua penerangan bahagian Bukit Gantang Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering).
Wakil PAS
ahli jawatankuasa negeri Mohd Zainudin Mohd Yusof (Lubok Merbau).
Bagaimanapun portfolio 10 exco ini belum diumumkan.Turut hadir di majlis itu, Raja di Hilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, setiausaha kerajaan negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria dan beberapa wakil rakyat BN.
Lima negeri yang kini dikuasai parti-parti telah selamat mengangkat sumpah menteri besar dan barisan exco negeri masing-masing walaupun pada awalnya menghadapi masalah dalaman di Selangor dan Perak.Sementara di negeri yang dikuasai BN, hanya Terengganu yang belum menyenaraikan barisan exco selepas 21 hari berakhir pilihanraya umum awal bulan ini.Menteri besar baru negeri itu, Datuk Ahmad Said, dijadual mengangkat sumpah esok selepas krisis pelantikan jawatan itu berlarutan selama hampir tiga minggu.Barisan exco negeri akan diumumkan lebih kurang seminggu lagi.
http://www.malaysiakini.com/news/80569

Sebelum ini, YB Dr Halimah Ali Abdullah (Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pusat) telah dilantikkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor di atas kepercayaan yang diberikan ini,pihak Lajnah yakin semua Exco yang dilantik ini mampu melakukkannya...TAHNIAH sekali lagi.

Wednesday, March 12, 2008

Perlantikan MB Selangor & Perak dari BA bakal menterjemahkan Harapan Baru Rakyat Malaysia


Proses perlantikan Menteri Besar Barisan Alternatif (BA) khususnya di Negeri Selangor dan Perak menjadi liputan yang panas di dada akhbar sejak BA mengambil alih 5 buah Negeri.


Sehingga ke saat ini ia masih menjadi tanda tanya orang awam. Media massa sentiasa memainkan peranannya mencetuskan suasana seolah-olah berlaku perselisihan faham di kalangan anggota BA.

Sultan di 2 buah negeri ini juga telah memanggil mengadap kepimpinan ke tiga buah parti BA yang berjaya mengenepikan parti BN dalam pilihanraya kali ini iaitu, PKR, DAP & PAS.
Pihak Lajnah Perpaduan Nasional yang sentiasa mengikuti perkembangan ini dan berharap manipulasi media dapat disengkang dengan kenyataan Akhbar YB Dato' Husam Musa (Naib Presiden PAS). Di samping itu, ia boleh meredakan kegusaran yang masih bermain di minda kebanyakan rakyat mahupun pendokong semua parti BA. Sila lihat petikan kenyataan akhbar di bawah.
"Penduduk Perak Perlu Bertenang Dan Yakin Kerajaan Campuran Mampu Bawa Keharmonian, Kata Husam Musa"

IPOH, 10 Mac (Bernama) — Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa hari ini meminta penduduk Perak bertenang dan memberi sepenuh keyakinan kepada kerajaan campuran yang akan ditubuhkan pakatan parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS bagi menunaikan tanggungjawab dengan baik dan membawa keharmonian kepada negeri Perak.

Beliau berkata kerajaan campuran di Perak yang bakal dibentuk itu juga akan dijadikan sebagai satu contoh kerajaan alternatif yang boleh menjamin hak semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Orang bukan Melayu (di Perak) jangan bimbang, kita tidak akan buat satu perubahan besar terutama dalam polisi sosial.

Yang kita utamakan ialah kerajaan dan pemerintahan yang berhemah dan bersih yang boleh meningkatkan penyampaian kepada masyarakat dan boleh membawa keadilan kepada masyarakat pelbagai kaum,” katanya kepada pemberita di pejabat PAS Perak di sini hari ini.

Beliau berkata lebih cepat kerajaan campuran dibentuk di Perak adalah lebih baik dan pakatan DAP, PKR dan PAS di negeri ini telah bersepakat untuk menerima sesiapa sahaja calon yang diputuskan sebagai Menteri Besar Perak yang baru tanpa mengira daripada parti mana calon itu.

“Kalau calon DAP dipilih (sebagai Menteri Besar), PAS akan sokong calon DAP. Kalau calon PKR dipilih, PAS akan sokong calon PKR.

Kalau PAS dipilih, saya berharap semua rakan-rakan juga boleh sokong calon PAS kerana kerajaan yang kita bentuk bukan kerajaan PAS tetapi kerajaan Barisan Alternatif (BA) dan kita dalam proses mempercepatkan formaliti pembentukan BA.

“Sama dengan Umno, kalau Umno menjadi Menteri Besar di Perak, dia bukan Menteri Besar Umno… dia Menteri Besar Barisan Nasional.

Sama dengan kita, kita akan jadi Menteri Besar bagi BA dan ini adalah medan ujian yang kita yakin kita boleh lalui dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Husam berkata beliau akan mewakili Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam tempoh beberapa hari akan datang sebagai tanda pengiktirafan terhadap kerajaan baru yang dibentuk di situ.

BERNAMA

Pihak moderator Memimpin Perpaduan juga merasakan artikel "Sikap Baru Untuk Malaysia Baru" yang dipetik dari laman web saifulislam.com memberi satu pandangan kritis yang realistik dan membuka lembaran ke arah pemikiran dimensi baru untuk dikongsi bersama. Di bawah dilampirkan sebahagian petikan artikel tersebut (dengan izin).
March 11th, 2008 by Abu Saif

"Kemenangan dan kekalahan di dalam Pilihanraya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu adalah lembaran baru untuk Malaysia Baru.

Kemenangan yang dicapai mengatasi teori-teori politik perdana yang mengisi wacana pra pilihanraya. Ia terlalu jauh dari jangkaan semua pihak."

"Bagi PAS Perak, ambillah peluang ini untuk belajar dan menimba pengalaman yang unik. Jika PAS Perak berjaya membangunkan pemikiran siasah mereka dalam suasana Perak, maka PAS Perak boleh menjadi model terbaik untuk PAS yang compatible dengan realiti Malaysia."

"Allah SWT menganugerahkan PAS Perak dengan peluang untuk mencanai fikrah dan agendanya dalam suasana kerajaan campuran, agar PAS bertemu dengan formula Politik Islam yang berjaya mentadbir kepelbagaian bangsa dan agama, yang sebelum ini hanya mampu berteori."

"Kelantan dan Terengganu tiada peluang seperti ini kerana dominasi penduduk Melayu Muslim yang ketara"

"Namun di negeri Perak, PAS berpeluang untuk duduk bersama kaum dan agama yang pelbagai… ia bakal menjadi pengalaman yang amat berharga untuk menafikan dakwaan Olivier Roy di dalam analisanya,

"DAP dan PAS yang lebih berkepelbagaian, bersama PKR yang boleh banyak berperanan untuk menjadi pendamai antara dua dimensi DAP dan PAS… akan menghasilkan formula terbaik untuk Malaysia."

“Dan mereka itu pun merancangkan tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya”
(Aal Imraan 3 : 54)

Nak tengok Malaysia baru, tengok Perak!
Sila kliks http://saifulislam.com/?p=1563 untuk bacaan keseluruhan artikel ini.

Sunday, March 9, 2008

PAS UNTUK SEMUA / PAS FOR ALL terbukti!

Terima Kasih kepada semua pengundi-pengundi yang memilih calon Penggerak Perpaduan Nasional. Bagi pihak Lajnah Perpaduan Nasional - Teras 12 Dasar Perpaduan Nasional akan terus diperkasakan untuk kebaikan semua rakyat di Malaysia.
Senarai Penggerak Perpaduan Nasional yang memenangi kerusi Parlimen / Negeri :
1. Dr Mujahid Yusof Al-Rawa : P57 Parit Buntar (Perak)
2. Dr Halimah Ali Abdullah : N45 Selat Kelang (Selangor)
3. Dr Ismail Salleh : N14 Alor Mengkudu (Kedah)
4. Drs Idham Khalil Abdullah / Lim Chuan Xing : N8 Titi Serong (Perak)
5. Haji Mohd Zainudin Mohd Yusof : N20 Lubuk Merbau (Perak)
6. Haji Mohamad Taufek Abdul Ghani : N25 Paroi (Negeri Sembilan)
Kemenangan Calon Penggerak Perpaduan Nasional membuktikan "PAS Untuk Semua" berjaya
menambat hati pengundi-pengundi pada pilihanraya kali ini.

Calon Perpaduan Nasional (7)


N14 ALOR MENGKUDU
DR. ISMAIL BIN SALLEH


UMUR : 44 TAHUN

PENDIDIKAN :

MD K.U.L. BELGIUM (1990)

PENGALAMAN KERJAYA : PEGAWAI PERUBATAN

PEKERJAAN SEKARANG : KLINIK PERSENDIRIAN

JAWATAN DALAM PAS : YANG DIPERTUA PAS ALOR STAR

Calon Perpaduan Nasional (6)

N.20 LUBUK MERBAU
HAJI MOHD ZAINUDIN BIN MOHD YUSOF

PENDIDIKAN :
1.SM CLIFFORD KUALA KANGSAR
2.SM METHODIST BOYS, KUALA LUMPUR
3.UNI. LONDON[ PERUNDANGAN ]
4.UNI. MANCHESTER[ PENTADBIRAN AWAM POST GRAD ]

PENGALAMAN PEKERJAAN:
1.GURU
2.PEGAWAI EKSEKUTIF
3.MALAY ADMINISTRATIVE SERVICES
4.PEGAWAI TADBIR AM
5.PENGARAH JPJ 3 BUAH NEGERI
6.PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIKSETIAUSAHA DYMM SERI BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG

KEGIATAN MASYARAKAT:
1.AJK TERAS PERAK
2.AJK JAMAIY PERAK
3.AJK PERAK ISLAMIC UNDERTSANDING
4.PEMEGANG AMANAH & LEMBAGA PENGARAH MAAHAD YAYAHWIAH, PADANG RENGAS

JAWATAN DALAM PAS :
1.AJK LAJ. PERPADUAN NASIONAL PAS PUSAT
2.AJK BPP PERAK
3.PENGERUSI LAJ.PERPADUAN NASIONAL PERAK

Monday, March 3, 2008

Calon Pengerak Perpaduan Nasional Di Negeri Sembilan

N.09 Lenggeng

Sdr Zulkefly Mohamad bin Hj Omar
43 Tahun

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan
Penasihat Kelab Penyokong PAS Negeri Sembilan








N.25 Paroi

Hj Mohamad Taufek bin Abdul Ghani
40 Tahun

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat
Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Sembilan

Undilah Calon Perpaduan Nasional ANDA (N.8 Titi Serong)


Saturday, March 1, 2008

MANIFESTO PAS "MENUJU NEGARA BERKEBAJIKAN" : TERAS 12

TERAS 12
"DASAR PERPADUAN NASIONAL"
Berlatarbelakangkan scenario politik dan hakikat perpaduan nasional yangkerap diancam dengan pelbagai ketegangan kaum akibat amalan politikperkauman dan manipulasi agama, maka Manifesto PAS mengemukakan sertamenjanjikan kepada rakyat:
Merangka dasar perpaduan yang diperkukuhkan dengan sikap saling hormat- menghormati atas dasar saling mengetahui tuntutan agama terhadap penganut agama masing-masing.
 Menjamin penubuhan sebuah Majlis Perundingan penganut agama-agama (selain Islam) olehKerajaan bagi mempastikan hak-hak setiap kelompok penganut agama untuk melaksanakan tuntutanupacara ibadat dan budaya masing-masing.
 Mencadangkan penubuhan satu Majlis Dailog ke arah memperkukuhkan permuafakatan dan perpaduannasional merentasi semua kaum.

2 Calon Perpaduan Nasional (5)

PAS kemuka dua calon bukan Melayu.


PAS bukan parti perkauman.Sekali lagi menjelang PRU ini PAS membuktikan hakikat itu apabila tampil mengemukakan dua orang calon bukan Melayu bagi bertanding di Kelantan dan Perak.


Mereka adalah AJK PAS Pusat Datuk Anuar Tan yang akan mempertahankan kerusi DUN Kota Lama di Kelantan, manakala seorang lagi calon adalah Drs. Khalil Idham Lim Abdullah (LIM CHUAN XING) di DUN Titi Serong, Parit Buntar,Perak.


Alangkah sejuk mata dan senang hati kita melihat betapa saudara-saudara kita dari kaum selain Melayu boleh sama-sama memegang panji-panji perjuangan, bagi menegakkan keadilan dan merobohkan kezaliman ini.


Mudah-mudahan dengan penampilan sahabat-sahabat kita ini akan membuka keinsafan dihati umat Islam yang lain dalam negara kita agar meninggalkan perjuangan yang sia-sia dan bersatu di bawah panji-panji kebenaran ini.


Perkembangan mutakhir ini menunjukkan bukan hanya masyarakat Islam dikalangan bukan Melayu malah masyarakat bukan Islam pun sudah turut sama menghadiri dan mengikuti program dan aktiviti PAS kerana mereka yakin perjuangannya.


Tinggal lagi kita yang di kampung dan di bandar yang masih menafi dan menolaknya. Buanglah yang keruh ambil yang jernih.

Calon Perpaduan Nasional (4)

N.45 SELAT KLANG

Dr. Halimah binti Ali

SECEBIS mengenai DIRI saya

BIODATA

Dr. Hjh Halimah Ali, 47 tahun

Suami: Dr Ahmad Supian

Anak: 6 orang
Dr Muhammad Imran Dr Siti Khadejah Abdullah (pelajar perubatan luar Negara)
Abdur Rahman Al Hafiz(pelajar perubatan luar Negara) Abdur Rahim Al Hafiz(18tahun) Syahidah 15 tahun

Pendidikan:
Elizabeth Matriculation College, Hobart, TasmaniaBachelor Med. Sc.(Tas, Aust.)Bachelor Of Medicine, Bachelor Of Surgery(Tas. Aust.)Dip. Tasawwur Islam(Pelajar Terbaik)

Pengalaman Kerja
Hospital Universiti, Petaling Jaya
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak Klang
Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak, Shah Alam
Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
Pejabat Kesihatan Daerah Petaling
Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Klang
Pengamal Perubatan Swasta selama 19 tahun di dua buah klinik, Klang

Penglibatan Dalam Masyarakat
Sukarelawan Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia Untuk:Bencana TSUNAMI, MEULABOH, ACEH
Bencana gempa bumi Kashmir/Pakistan
Bencana gempa bumi Yogyakarta
Mangsa perang Lebanon
Rakyat miskin mangsa Rejim Pol Pot Kampuchea
Mangsa banjir TDDI Jaya, Kpg Kebun Bunga, Shah Alam dan Johor
Aktivis Kempen Jerebu
Aktivis Kempen kesedaran kanser
Co -Author Buku Pendidikan Jasmani & Kesihatan Jilid 1(SPBT)
Kolumnis majalah Ummi
Pendakwah bebas di jabatan dan agensi kerajaan , swasta, masjid dan surau
Motivator jemputan di IPT, sekolah-sekolah dan tadika
Pernah menjadi Doktor undangan untuk program kesihatan di RTM( radio dan television)Berjaya mengerakkan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah Kpg Melayu Nelayan Telok Gong.
Berjaya menggerakkan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah penduduk Taman Sentosa Perdana.
Berjaya menjadi pemangkin untuk menggerakkan pihak berwajib untuk membina SRJK(T) Jln Tepi Sungai, Klang dengan kadar segera.
Berjaya menyediakan 70x Klinik Bergerak Percuma di seluruh DUN Selat Klang termasuk Pulau Ketam, Sg Lima dan Bagan Hailam
Berjaya menjadi pemangkin penyediaan klinik bergerak oleh pihak berwajib.

Jawatan dalam NGO
2005-2007: Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, Yayasan Amal Malaysia
2007-sekarang: Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia Merangkap Ketua Biro Pembangunan Wanita & Keluarga AMAL Malaysia
Merangkap Naib Pengerusi Yayasan Amal Selangor2007-sekarang:
Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, MACMA Pusat(Malaysian Chinese Muslim Association)2001Pengurus Pusat Motivasi Islam Cemerlang
2000 Pengasas Kelab Remaja Intan Islam
2003 Pengasan Kelab Ibu Muda
2005 Pengasas Kelab Remaja Explorers Islam
Pengarah Pustaka Gedung Ilmu

Penglibatan Dalam Politik
Jawatan dalam parti:
Timbalan Pengerusi Biro Solidariti(Perpaduan) Nasional PAS Pusat
EXCO Dewan Muslimat PAS Pusat
Pengerusi Biro Solidariti Dewan Muslimat PAS Pusat
Exco Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Exco PAS Kapar
Ketua Editor bulletin Mandarin Ren Min Shi Shi
Editor risalah Tamil Makkal Sethi
Pernah bertanding sebagai calon PAS 2004

Calon Perpaduan Nasional (3)







Calon Perpaduan Nasional (2)

Drs.Khalil Idham Lim Abdullah (LIM CHUAN XING)

N.08 Titi Serong


PENDIDIKAN :

1.SM Jelawat, Kelantan

2.Inst. Machang, Kelantan

3.Inst.Agama Islam Negeri [ IAIN ] Acheh

4.Dip.Pendidikan UIA

5.Kolej Bahasa Jinan Uni. Guangzhou, China


PENGALAMAN PEKERJAAN:

1.Guru Agama Kementerian Pendidikan SM Teknik Sibu, Sarawak

JAWATAN DALAM PAS :

1.Timbalan Yang Dipertua Parit Buntar