"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Wednesday, March 12, 2008

Perlantikan MB Selangor & Perak dari BA bakal menterjemahkan Harapan Baru Rakyat Malaysia


Proses perlantikan Menteri Besar Barisan Alternatif (BA) khususnya di Negeri Selangor dan Perak menjadi liputan yang panas di dada akhbar sejak BA mengambil alih 5 buah Negeri.


Sehingga ke saat ini ia masih menjadi tanda tanya orang awam. Media massa sentiasa memainkan peranannya mencetuskan suasana seolah-olah berlaku perselisihan faham di kalangan anggota BA.

Sultan di 2 buah negeri ini juga telah memanggil mengadap kepimpinan ke tiga buah parti BA yang berjaya mengenepikan parti BN dalam pilihanraya kali ini iaitu, PKR, DAP & PAS.
Pihak Lajnah Perpaduan Nasional yang sentiasa mengikuti perkembangan ini dan berharap manipulasi media dapat disengkang dengan kenyataan Akhbar YB Dato' Husam Musa (Naib Presiden PAS). Di samping itu, ia boleh meredakan kegusaran yang masih bermain di minda kebanyakan rakyat mahupun pendokong semua parti BA. Sila lihat petikan kenyataan akhbar di bawah.
"Penduduk Perak Perlu Bertenang Dan Yakin Kerajaan Campuran Mampu Bawa Keharmonian, Kata Husam Musa"

IPOH, 10 Mac (Bernama) — Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa hari ini meminta penduduk Perak bertenang dan memberi sepenuh keyakinan kepada kerajaan campuran yang akan ditubuhkan pakatan parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS bagi menunaikan tanggungjawab dengan baik dan membawa keharmonian kepada negeri Perak.

Beliau berkata kerajaan campuran di Perak yang bakal dibentuk itu juga akan dijadikan sebagai satu contoh kerajaan alternatif yang boleh menjamin hak semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Orang bukan Melayu (di Perak) jangan bimbang, kita tidak akan buat satu perubahan besar terutama dalam polisi sosial.

Yang kita utamakan ialah kerajaan dan pemerintahan yang berhemah dan bersih yang boleh meningkatkan penyampaian kepada masyarakat dan boleh membawa keadilan kepada masyarakat pelbagai kaum,” katanya kepada pemberita di pejabat PAS Perak di sini hari ini.

Beliau berkata lebih cepat kerajaan campuran dibentuk di Perak adalah lebih baik dan pakatan DAP, PKR dan PAS di negeri ini telah bersepakat untuk menerima sesiapa sahaja calon yang diputuskan sebagai Menteri Besar Perak yang baru tanpa mengira daripada parti mana calon itu.

“Kalau calon DAP dipilih (sebagai Menteri Besar), PAS akan sokong calon DAP. Kalau calon PKR dipilih, PAS akan sokong calon PKR.

Kalau PAS dipilih, saya berharap semua rakan-rakan juga boleh sokong calon PAS kerana kerajaan yang kita bentuk bukan kerajaan PAS tetapi kerajaan Barisan Alternatif (BA) dan kita dalam proses mempercepatkan formaliti pembentukan BA.

“Sama dengan Umno, kalau Umno menjadi Menteri Besar di Perak, dia bukan Menteri Besar Umno… dia Menteri Besar Barisan Nasional.

Sama dengan kita, kita akan jadi Menteri Besar bagi BA dan ini adalah medan ujian yang kita yakin kita boleh lalui dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Husam berkata beliau akan mewakili Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam tempoh beberapa hari akan datang sebagai tanda pengiktirafan terhadap kerajaan baru yang dibentuk di situ.

BERNAMA

Pihak moderator Memimpin Perpaduan juga merasakan artikel "Sikap Baru Untuk Malaysia Baru" yang dipetik dari laman web saifulislam.com memberi satu pandangan kritis yang realistik dan membuka lembaran ke arah pemikiran dimensi baru untuk dikongsi bersama. Di bawah dilampirkan sebahagian petikan artikel tersebut (dengan izin).
March 11th, 2008 by Abu Saif

"Kemenangan dan kekalahan di dalam Pilihanraya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu adalah lembaran baru untuk Malaysia Baru.

Kemenangan yang dicapai mengatasi teori-teori politik perdana yang mengisi wacana pra pilihanraya. Ia terlalu jauh dari jangkaan semua pihak."

"Bagi PAS Perak, ambillah peluang ini untuk belajar dan menimba pengalaman yang unik. Jika PAS Perak berjaya membangunkan pemikiran siasah mereka dalam suasana Perak, maka PAS Perak boleh menjadi model terbaik untuk PAS yang compatible dengan realiti Malaysia."

"Allah SWT menganugerahkan PAS Perak dengan peluang untuk mencanai fikrah dan agendanya dalam suasana kerajaan campuran, agar PAS bertemu dengan formula Politik Islam yang berjaya mentadbir kepelbagaian bangsa dan agama, yang sebelum ini hanya mampu berteori."

"Kelantan dan Terengganu tiada peluang seperti ini kerana dominasi penduduk Melayu Muslim yang ketara"

"Namun di negeri Perak, PAS berpeluang untuk duduk bersama kaum dan agama yang pelbagai… ia bakal menjadi pengalaman yang amat berharga untuk menafikan dakwaan Olivier Roy di dalam analisanya,

"DAP dan PAS yang lebih berkepelbagaian, bersama PKR yang boleh banyak berperanan untuk menjadi pendamai antara dua dimensi DAP dan PAS… akan menghasilkan formula terbaik untuk Malaysia."

“Dan mereka itu pun merancangkan tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya”
(Aal Imraan 3 : 54)

Nak tengok Malaysia baru, tengok Perak!
Sila kliks http://saifulislam.com/?p=1563 untuk bacaan keseluruhan artikel ini.

No comments: