Warga emas kaum Tionghua diraikan Menteri Besar
Atiff Idris Tue Feb 05, 08 6:46:00 pm MYT
KOTA BHARU, 5 Feb (Hrkh) – Menjelang sambutan Tahun Baru Cina lusa golongan warga emas masyarakat Tionghua diraikan kerajaan negeri pada satu majlis makan malam, di sini baru-baru ini.
Hampir 1,000 warga emas Tionghua hadir pada program tersebut. Mereka juga menerima angpau daripada Menteri Besar. Turut menerima sumbangan termasuk armalah dan Orang Kurang Upaya.
Hampir 1,000 warga emas Tionghua hadir pada program tersebut. Mereka juga menerima angpau daripada Menteri Besar. Turut menerima sumbangan termasuk armalah dan Orang Kurang Upaya.
Majlis Makan Malam Penyanyang itu diadakan setiap tahun ternyata dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum di negeri ini.
Turut hadir pada program itu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Speaker Dun Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, anggota-anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah, Abdul Fattah Mahmood.
Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, Adun Limbongan dan Drs Zainuddin Awang Hamat serta pemimpin-pemimpin masyarakat Cina.
Menteri Besar berkata, program bagi meraikan masyarakat Tionghua diadakan setiap tahun sejak lebih 17 tahun lalu sebagai meraikan mereka pada sambutan Tahun Baru.
“Kita semua adalah dari keturunan yang sama. Semua rakyat wajib diperlakukan adil walau apa pun bangsa dan kepercayaan mereka,” katanya ketika berucap di majlis tersebut.
Beliau juga menafikan dasar Islam yang digunapakai di Kelantan sekarang meminggirkan penduduk bukan Islam.
Kata beliau dalam Islam tidak ada istilah kaum minoriti atau majoriti kerana mereka hanya dibezakan dengan sifat bertaqwa kepada Allah SWT bagi mengangkat darjat seseorang hamba.
Anuar Tan berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk membantu masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, umur dan fahaman politik.
“Ini dibuktikan dengan adanya skim Takaful Armalah dan skim Takaful Kifaalah demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” ujarnya.
Rohani berkata, pelbagai program kebajikan yang dijalankan kerajaan negeri di bawah pimpinan ulama tidak pernah menganiayai kaum-kaum lain. - mj
No comments:
Post a Comment