"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Thursday, December 18, 2008

Tribut untuk PAS Negeri Sembilan

“Kalau dulu, sukarnya untuk kita menyampaikan Islam pada masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam. AlhamduliLlah, dengan izin dan pertolonganNya, kini PAS N.Sembilan telah berjaya menunaikan amanah untuk menyampaikan dakwah Islam kepada seluruh manusia termasuk pada yang bukan Islam”.

Kita sepatutnya bimbang kerana sudah pasti kita semua akan ditanya “apakah kita telah berusaha menyampaikan Islam pada kawan-kawan,jiran-jiran dan masyarakat bukan Islam yang berada di sekeliling kita”. Di akhirat nanti, sudah pasti kita akan dipersoalkan tentang tanggungjawab dakwah Islamiah ini.

Sekurang-kurangnya, sudah ada pihak yang telah berpeluang menyampaikan dakwah Islam ini pada mereka.

Pada hari Ahad yang lalu jam 8 malam ini, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan diiiringi Ketua Penerangan PAS N.Sembilan, saya , En Yau Con Seng, Kelab Penyokong PAS N.Sembilan dan ahli-ahli rombongan telah dijemput menghadiri Jamuan Makan Malam sempena ulang tahun 35 tahun Tokong Tien Kok Kong, Rahang, Seremban.




Dalam kesempatan untuk berucap pada malam tersebut, Ybhg Sdra Zulkeply Mohd Hj Omar telah menerangkan tentang dasar-dasar pemerintahan Islam yang memberikan keadilan kepada semua rakyat tanpa membezakan latar-belakang agama, bangsa dan keturunan mereka.

Bila PJ menyentuh tentang kebebasan untuk mendapatkan pendidikan dalam bahasa ibunda mereka dan hak untuk mendapatkan dana-dana untuk membangunkan SRJK (C), semua yang hadir hampir 800 orang telah memberi tepukan gemuruh kepada beliau. Tahniah PJ!




Selepas itu, saya turut diberi peluang untuk menyampaikan ucapan. Saya menyentuh tentang bagaimana Islam menjamin kebebasan untu mengamalkan agama dan budaya masing-masing. Tidak paksaan kepada sesiapa yang bukan Islam untuk menganut agama Islam.

Saya turut menyentuh tentang salah-faham yang mungkin ujud tentang peraturan minum arak dalam sebuah kerajaan Islam dan hari ini dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Saya bersyukur pada Allah, sepanjang hampir 25 tahun saya berada dalam perjuangan Islam ini, inilah kali pertama saya dapat menyampaikan Islam pada bukan Islam secara terbuka dihadapan ratusan tetamu Cina dan berusaha menghilangkan kekaburan dan kekeliruan yang menyelubungi pemikiran mereka.

Inilah kali pertama juga, cahaya Islam dapat menembusi tembok tokong Cina, semoga Allah SWT merahmati usaha kita semua....Amin.

http://mohdtaufek.blogspot.com/2008/12/dakwah-islam-menembusi-tembok-tokong.html



Wednesday, December 17, 2008

Kenapa 50% untuk Rakyat Kedah?

Hasil laporan pertemuan pihak LPN Negeri Sembilan dengan Kelab Penyokong PAS Broga telah membuat pihak moderator "Memimpin Perpaduan" untuk bekerja keras mencari maklumat berhubung kait tentang isu kuota projek perumahan di Kedah.

InsyaAllah dalam entri kali ini terdapat kenyataan rasmi dari MB YAB Dato' Seri Hj Azizan Abd Razak yang dipetik dari laman web Kerajaan Negeri Kedah untuk tatapan bersama :


Keputusan Kerajaan Negeri menaikkan peratusan kouta Bumiputera bagi pemilikan perumahan di negeri ini merupakan satu polisi kerajaan yang boleh dikaji semula dan dipertimbangkan mengikut kesesuaian.

MB Kedah jelaskan isu Kouta Rumah Bumiputera
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR STAR: Keputusan Kerajaan Negeri menaikkan peratusan kouta Bumiputera bagi pemilikan perumahan di negeri ini merupakan satu polisi kerajaan yang boleh dikaji semula dan dipertimbangkan mengikut kesesuaian.

Hal-ini sama sepertimana polisi-polisi lain yang ada di dalam negara ini termasuk kouta kemasukan ke universiti dan seumpamanya.

Menjelaskan kepada media perkara tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Wisma Darul Aman, lewat petang 29 Oktober baru-baru ini, Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mahu semua pihak melihat perbezaan antara polisi kerajaan dengan enakmen.

Katanya, berbeza dengan polisi, sesuatu enakmen memerlukan kelulusan dari sidang Dewan Undangan Negeri.

Oleh itu ujarnya, tidak perlu ada kebimbangan kepada semua pihak bahkan Menteri Besar menegaskan Kerajaan Negeri juga tidak mahu mana-mana pihak teraniaya.
Beliau turut memberi jaminan kepada pemaju bahawa Kerajaan Negeri akan menetapkan mekanisme agar setiap unit rumah dapat dijual.

"Polisi 50 peratus ini berdasarkan antara tujuannya untuk keharmonian. Kita tidak mahu ada perbezaan ketara dari segi hak milik rakyat dalam negeri. Polisi seperti ini pernah dilaksanakan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk merapatkan jurang golongan berada dan tidak berada satu ketika dahulu," katanya menerangkan.
Menurutnya, perumahan di Kedah adalah berdasarkan status tanah dan pembahagiannya berbeza antara setiap negeri di Malaysia. Beliau turut memberikan contoh pembahagian peratusan berbeza antara beberapa negeri yang dimaksudkannya.

"Di Kedah sebenarnya kita beri 50-50 untuk semua tanah yang berada dalam masalah swapping. Swapping ini maksudnya asalnya tanah itu Rizab Melayu, kemudian kita tukar jadikan milik bebas.

"Maka amalan sebelum ini bila ia jadi hak milik bebas, pembahagiannya jadi 70 peratus kepada bukan Bumiputera dan 30 peratus untuk Bumiputera. Jadi ini timbul tidak adil kerana asalnya tanah itu Tanah Rizab Melayu telah berlaku swapping, kerana itu kita beri 50 peratus," terangnya memperincikan.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri turut melihat bahawa masih ramai Bumiputera di Kedah tidak mempunyai rumah. Memandangkan bilangan orang Melayu atau Bumiputera adalah 1.5 juta daripada 1.9 juta rakyat Kedah, maka menurutnya, wajarlah diimbangkan dengan polisi tersebut.
"Kita terima rungutan dari rakyat majoriti yang berhasrat untuk membeli rumah, tetapi rumah sudah dijual, kouta terlalu sedikit. Bila Bumiputera datang beli kata sold-out (habis) atau already booked (sudah ditempah), jadi kita terpaksa menaikkan peratusan ini," maklumnya.

Malah menurut beliau, rata-rata rakyat tidak berkemampuan untuk memiliki rumah selama ini kerana harganya yang mahal. Oleh itu, katanya, tidak akan timbul rumah tidak dapat dijual jika harganya mampu dibeli.

"Saya sendiri tidak berani untuk beli rumah RM300,000, saya tiada duit. Wakil rakyat pun tidak berani beli rumah sampai RM400,000. Kalau dibuat rumah hingga RM400,000 memang pun ramai tidak mampu beli," akuinya.

Melalui polisi, Kerajaan Negeri katanya boleh menetapkan supaya tanah di Kedah hanya dimiliki oleh penduduk negeri ini. Pun begitu jelas beliau, Kerajaan Negeri terbuka dan orang luar juga boleh membeli tanah di Kedah.

"Patutnya kita tetapkan untuk 'Kedahan' sahaja, ambil 02 punya IC (kad pengenalan) sahaja. Jadi (kesimpulannya) polisi ini ia boleh berubah.

Bila keadaan sudah stabil, kita akan kembali biasa. Jadi bila sampai satu masa kita akan selaraskan dan imbangkan semula peratusan ini," ujar beliau menyatakan jaminan.

Sementara itu, mengulas pertanyaan wartawan berhubung kenyataan Naib Presiden MCA, Dato' Liow Tiong Lai yang meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam, Ustaz Azizan melontarkan pandangan bahawa keadaan belum mengizinkan untuk perkara itu dilaksanakan.

"Ini bukan soal hapus tidak hapus, dulu peratus ini untuk membolehkan rakyat sama-sama syer pembagian ekonomi negara. Pasai apa tiada angin tiada ribut pergi sebut perkara ini? Mungkin dia hendakkan publisiti murahan sebab dia pimpinan baru.

"Saya tidak mahulah campurtangan rumahtangga mereka, tetapi dalam konteks saya sebagai rakyat dan kebetulan kita orang Melayu dan India agak terkebelakang penglibatan kita dalam ekonomi dan seumpamanya.

Kita hendak menyenangkan semua orang, kita cuba untuk menyenangkan orang kepada haknya. Sepatutnya kita kena tolong-menolonglah dalam satu masyarakat," katanya.

http://www.kedah.gov.my/kedah/isi.asp?id=743&mytbl=data1

Isu Kuota 50% Projek Perumahan Di Kedah

InsyaAllah, dalam entri kali ini pihak LPN akan menyelitkan beberapa pandangan yang dipetik dari laman web Harakahdaily.net dan blogger Sdr Roslan SMS untuk tatapan umum.







Kuota 50 peratus: Jangan jadikan isu perkauman

Musoddak Ahmad
Wed Oct 08, 08 3:53:39 pm MYT


Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyokong penuh dasar baru Kerajaan Negeri Kedah mewajibkan peruntukan 50 peratus lot bumiputera dalam semua projek perumahan di negeri ini.

DPPNK mengajak Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Cawangan Kedah/Perlis dan semua pihak menyedari bahawa rumah adalah keperluan asas setiap manusia. Oleh itu ia tidak harus dilihat sebagai satu dagangan sebaliknya hak yang perlu diberi kepada setiap manusia.

Menginsafi terdapat rakyat berkemampuan, namun lebih ramai mereka yang kurang berkemampuan, maka sewajarnya pemaju mengutamakan projek-projek perumahan mampu dimiliki oleh rakyat kebanyakan di negeri ini dengan mengambil kira demografi sosio-ekonomi semasa.

DPPNK melihat selama ini hak asas manusia telah dimanipulasi dan diperdagangkan melalui kapitalisme yang diamalkan pemaju dengan berorientasikan keuntungan semata-mata. Pemaju perlu melihat perkara ini sebagai satu tanggung jawab sosial kepada masyarakat. Memandangan rumah adalah keperluan asas, keuntungan bukanlah pertimbangan utama walaupun keuntungan itu diperlukan oleh pemaju.

DPPNK percaya para pemaju hartanah dan perumahan di negeri ini telah lama meraih keuntungan daripada industri ini malah kouta 30 peratus yang ditetapkan sebelum ini telah kerap kali diketepikan melalui pelbagai teknik niaga yang 'dimainkan' oleh pemaju.

DPPNK juga percaya dengan dasar kuota 30 peratus itu dan diskaun 5 peratus untuk setiap lot bumiputera menyebabkan pemaju memindahkan beban kekurangan keuntungan dengan menaikkan harga rumah bagi lot bukan bumiputera.

Tindakan ini nyata tidak wajar. Malah ada golongan yang berkemampuan mengambil kesempatan menjadikan keperluan asas ini sebagai dagangan dan pelaburan sedangkan masih ramai rakyat di negeri ini memerlukan rumah.

Rehda dan semua pihak perlu melihat tindakan Kerajaan Negeri sebagai mengembalikan hak kepada setiap mereka yang berhak di mana selama ini telah dinafikan. Dasar Kerajaan Negeri hendak memastikan setiap rakyat negeri ini memiliki rumah sendiri wajar diberi sokongan padu.

Realitinya juga perlu diakui bahawa dari 1.9 juta penduduk Kedah, 70 % adalah bumiputera, maka amat wajar kuota sebanyak 50 % tersebut. Kaum bukan bumiputera tidak harus bimbang dengan dasar baru ini kerana mereka tidak akan hilang sebarang hak.

Pemaju mungkin melihat soal kemampuan ekonomi bumiputera sebagai antara sebab untuk tidak bersetuju dengan dasar baru Kerajaan Negeri di mana margin keuntungan pemaju bakal berkurangan. Pun begitu, Rehda tidak harus menjadikan ianya sebagai alasan untuk tidak bersama pemerintah negeri ini merealisasikan dasar pemilikan rumah kepada setiap rakyat Kedah.

Telah terzahir bukti, apabila pemaju hanya mementingkan keuntungan melalui projek perumahan mewah yang tidak mampu dimiliki rakyat negeri ini seperti di Sungai Petani dan Kulim, maka ia telah menjadi milik orang luar dari negeri ini.

Isu rumah tidak terjual juga tidak harus ditimbulkan jika pemaju mengamalkan pembahagian kawasan perumahan mengikut blok seperti mana di Taman Ria dan Taman Keladi di Sungai Petani.

Rehda juga sebagai sebuah persatuan tidak harus menjadikan hak asas ini sebagai 'peluang' melipat gandakan keuntungan sebaliknya menghulurkan kerjasama kepada Kerajaan Negeri selaku pemerintah negeri ini untuk mereka berkhidmat kepada rakyat.

Kerajaan Negeri juga sudah tentu mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk pemaju dalam hal ini. Sebagai sebuah kerajaan untuk semua, sudah pasti Kerajaan Negeri Kedah juga memikirkan soal keuntungan pemaju, pun begitu industri ini bukanlah tempat membina keuntungan di luar kewajaran yang sepatutnya.

DPPNK yakin melalui Syarikat Milik Kerajaan Negeri (GLC), sebarang projek akan lebih terjamin dan bertanggung jawab serta terhindar dari sebarang bentuk bebanan kepada rakyat. Sehubungan itu, DPPNK menggesa Kerajaan Negeri melalui GLC mengambil alih tanggungjawab tersebut dalam mengimbangi persaingan dengan pemaju sedia ada di samping merealisasikan hasrat dan dasar Kerajaan Negeri kepada kepentingan rakyat.

DPPNK melihat Rehda telah mempolitikkan keadaan seolah-olah Kerajaan Negeri sedang menganiaya kaum lain di negeri ini. Dengan ini, DPPNK memberi amaran kepada Rehda agar jangan mempolitikkan isu ini yang sebenarnya berlegar kepada persoalan keuntungan pemaju menjadi isu perkauman.

Jangan cuba menutup kekurangan keuntungan pemaju dengan menjadikan keharmonian kaum di negeri ini sebagai mangsa. DPPNK menegaskan tidak wujud sama sekali soal perkauman dalam perkara ini kerana di kalangan pemaju juga terdapat pemaju bumiputera.

DPPNK juga dengan ini menggesa Ketua Perhubungan Umno Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid menyatakan pendirian Umno Kedah terhadap perkara ini.

Bersamalah kita mendukung hasrat Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.


USTAZ MUSODDAK HAJI AHMAD
Ketua Pemuda
Negeri Kedah Darul Aman

http://www.harakahdaily.net/index.php? option=com_content&task=view&id=017250&Itemid=90



Kedah negeri berasaskan taqwa

Saya masih lagi berada di Kulim, Kedah. Pagi tadi saya ke pekan untuk seperti biasa mendapatkan bekalan akhbar tempatan disamping bersarapan pagi dengan isteri.

Saya tertarik dengan billboard Selamat Hari Raya yang dinaikkan oleh kerajaan negeri Kedah di beberapa bahagian jalan.

Siap dengan gambar MB Kedah Dato Seri Ustaz Azizan Abd Razak dengan pesanan:Semoga beroleh ketaqwaan.Itulah juga pesanan yang diberikan oleh Dato Seri Tuan Guru Presiden dalam perutusan Eidul Fitrinya.
Sementara itu kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan bahawa mereka akan terus kekal melaksanakan dasar baru kuota 50% Bumiputera kepada semua skim perumahan di dalam negeri ini. Sebelum ini kuota kerajaan BN adalah sebanyak 30%.
Menurut MB Kedah rasional kuota baru ini adalah bagi memastikan yang setiap warga Kedah akan mampu memiliki rumah mereka masing-masing. Ini bermakna pemaju-pemaju perumahan di negeri Kedah akan memberikan tumpuan kepada perumahan untuk majoriti rakyat Kedah yang berpendapatan rendah dan sederhana dan tidak berlumba-lumba untuk membina rumah mewah semata-mata yang diluar jangkauan rakyat kebanyakkan.
Saya percaya kerajaan negeri membuat keputusan ini setelah mengambil kira apa yang berlaku diperingkat akar-umbi, serta berdasarkan realiti semasa yang dihadapi oleh rakyat dan kerajaan negeri sendiri.
Saya juga percaya perubahan kuota ini tidak ada kena-mengena dengan isu perkauman tetapi lebih untuk mengimbangi jurang keseimbangan kaum dalam satu-satu skim perumahan tidak kira samada yang kos rendah mahupun yang mewah.
Biarlah komposisi kaum di satu-satu skim perumahan ini diterjemahkan menurut realiti komposisi kaum diperingkat negeri. Jangan skim rumah mewah hanya didominasi oleh satu kaum manakala yang kos rendah oleh satu kaum yang lain.
Syabas di atas keprihatinan ini. Semoga kerajaan berasaskan taqwa akan terus kekal di Kedah sampai bila-bila insyallah.


http://n32.blogspot.com/search?updated-max=2008-10-09T07%3A03%3A00%2B08%3A00&max-results=7



Monday, December 15, 2008

Interfaith Dialogue on Poverty

Peluang untuk mendengar pendapat dari pelbagai wakil pertubuhan Islam & bukan Islam berhubung isu kemiskinan.Jika berminat sila lihat maklumat di bawah atau layari : http://www.khalidsamad.com/2008/12/pengumuman-interfaith-dialogue-on.html


Klang MP Charles Santiago will organize an "Interfaith Dialogue on Poverty" later this week and would like to welcome everyone to this event. The objective of this dialogue is to exchange thoughts on poverty and friendship. Insya Allah, I will be one of the speaker representing Islam for the first panel. The details are as below:


Ahli Parlimen Klang, YB Charles Santiago akan menganjurkan "Dialog Antara Agama Tentang Kemiskinan" pada hujung minggu ini dan mengalu-alukan kedatangan saudara semua ke majlis tersebut. Objektif dialog ini ialah untuk bertukar pendapat tentang kemiskinan dan persahabatan. Insya Allah, saya akan menjadi salah seorang speaker mewakili Islam untuk panel yang pertama.

Butirannya adalah seperti berikut:
Date : 20 Dec 2008 (Sat)
Time: 3 - 6pm

Venue: MP Klang Community Centre
2A, Jalan Bayu Tinggi 8/KS6,
Batu Unjur, 41200 Klang.
Language: English or Bahasa Melayu

Keynote Speech: Dr. Hermen Shastri
Time; 3:00 - 3:15pm

Firt Panel: A theological view on poverty
Time: 3:15 - 4:30pm

Tea Break: 4:30 - 4:45pm

Second Panel: Sharing experience of tackling poverty
Time: 4:45 - 6:00pm

Bagi pihak penganjur, YB Charles Santiago -Pejabat YB Khalid Samad-


Thursday, December 11, 2008

Pertemuan penuh mahabbah di Broga, Negeri Sembilan

Seremban 10 Dis - Satu pertemuan penuh mahabbah telah diadakan di sebuah perkampungan terpencil komuniti Cina Broga, Seremban Negeri Sembilan. Pertemuan diadakan di antara Kelab Penyokong PAS Broga yang diketuai oleh Sdr Gan Hin Lee bersama AJK Kelab dengan Sdr Hu Pang Chow Ketua Kelab Penyokong PAS Pusat.



Turut hadir bersama dalam majlis tersebut adalah Sdr Vincent Lee (Timbalan Pengerusi (2) Kelab Penyokong PAS Pusat), Sdr Shamsul Kamal (Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Negeri) dan juga AJK Lajnah Sdr Mokthtar Lob.

Dalam pertemuan yang singkat ini telah dibangkit beberapa masalah polemik politik yang timbul secara umumnya di Negeri Pakatan Rakyat yang disiarkan di dalam akhbar-akhbar Cina tentang kelemahan-kelemahan yang wujud dalam pentadbiran seperti isu kuota rumah dan isu PKNS.
Menurut Sdr Liaw Yin Fah, "isu-isu yang timbul ini telah melahirkan sedikit kegusaran di kalangan masyarakat Cina sebagaimana yang digambarkan dalam akhbar Cina". Bagi pihak Kelab, kami bertanggungjawab untuk membantu membetulkan keadaan ini agar kerajaan Pakatan Rakyat dapat bertahan dan dapat menangkis tohmahan yang timbul" kata beliau.
Selain daripada itu menurut Sdr Thiam Kwee Heng, "beliau mendoakan kepada Allah SWT agar isu ini tidak berlarutan dan dapat diselesaikan dengan baik tanpa menjejaskan semangat persefahaman yang dibentuk dalam PR".
Hasil dari penjelasan yang telah diberikan oleh Sdr Hu Pang Chow dan juga Pihak LPN Negeri, secara keseluruhannya pihak Kelab Penyokong PAS Broga berpuas hati dan berdiri teguh di bawah kepimpinan Ulamak yang mendokongi Pakatan Rakyat dan memberi komitmen yang jitu untuk turun berkempen dalam pilihanraya kecil di Kuala Terengganu tidak lama lagi.


Di kesempatan yang ada pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan melalui Setiausaha Perhubungan Negeri telah memberikan senaskah HARAKAH secara PERCUMA kepada ahli kelab yang hadir.Pihak Kelab berjanji untuk membantu mempromosikan akhbar tersebut ke tengah-tengah masyarakat Cina khususnya di sekitar Broga dan Semenyih.
Sdr Setiausaha PAS Negeri Sembilan menyerahkan senaskah HARAKAH
kepada Ketua Kelab Penyokong PAS Broga Sdr Gan Hin Lee
Sdr Liaw Yin Fah sedang menatap naskah HARAKAH
Pimpinan Kelab Penyokong PAS Broga bergambar di depan pejabat bersama Sdr Hu Pang Chow

Saturday, December 6, 2008

Beri peluang kepada bukan Islam jadi ahli PAS - YAB Dato' Nik Aziz


KOTA BHARU, 3 Dis :- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi melontarkan cadangan membuka keanggotaan parti itu kepada bukan Islam .

Katanya, Pas perlu memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam yang mulai menerima baik parti itu sehingga ada yang telah menubuhkan Kelab Penyokong Pas serta turut berkempen untuk calon parti itu pada pilihan raya umum lalu.

“Bukan Islam pun dah mula undi Pas, kenapa kita tak boleh beri peluang kepada mereka. Politik ini untuk semua,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Pada muktamar Pas lalu, Abdul Hadi berkata penerimaan golongan bukan Islam untuk menyertai Pas mungkin mengambil masa yang lama kerana ia melibatkan perlembagaan parti yang antaranya menetapkan syarat keanggotaan seperti beragama Islam, berakal dan akil baligh.

Mengenai pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu nanti, Nik Aziz berharap Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, dipilih semula menjadi calon parti itu.

“Saya nak benar dia. Dulu dia bertanding pilihan raya umum di situ, tak ada sebab kita tak boleh letak dia. Di Parlimen ni kita nak orang macam Mat Sabu kerana dia lantang,” katany

Monday, December 1, 2008

Keahlian Kelab Penyokong PAS melebihi 30,000 orang

Jumlah keahlian Kelab Penyokong PAS sekarang telah melebihi angka 30,000 orang. Jumlah terbanyak ialah dari kaum India sebanyak 58 % dan selebihnya dari Kaum Cina, dan sedikit dari kaum Sikh , Siam dan Iban diSerawak.
Demikian kenyataan dari Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kebangsaan ,Sdr. Vincent Lee dalam Dialog Bersama komuniti Non-Muslm sempena Kempen Jom sertai Pas anjuran PAS Temerloh pagi ini.
Program yang diadakan di hadapan Pejabat PAS Kawasan Temerloh menampilkan Panel Dialog iaitu Naib Presiden PAS , Ust. Ahmad Awang, Pesuruh jaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat, Ust. Abdul Ghani Shamsudin, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, dan Pengerusi kelab Penyokong PAS Negeri Pahang, N. Balasubramaniam.
Vicent Lee juga menjelaskan tidak ada sebab orang Cina dan India takut kepada PAS kerana PAS lah yang mempunyai pengalaman memerintah yang lama khususnya di Kelantan.

Tegasnya di Kelantan tidak ada halangan kepada orang Cina untuk mengamalkan budaya dan adat mereka masing-masing. Contohnya di Kelantan lah letaknya patung Buddha yang terbesar di Malaysia.
Di Jalan kebun Sultan Kota Bharu orang Cina menjual daging “kerbau pendek” dan teh cina dengan terbuka.“jangan tuan-tuan percaya dengan dakwaan saya kerana Kelantan bukannya jauh dan boleh pergi ke sana untuk melihat sendiri” katanya

Wednesday, November 26, 2008

Tiada Istilah Ketuanan Bangsa

Baru-baru ini, umat Islam di malaysia dilanda dengan berbagai pandangan berkenaan isu ketuanan Melayu dari golongan para politik.
Mursyidul Am PAS, YAB Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaoprkan di agensi berita BERNAMA pada 18-Nov-2008, berkata tiada istilah ketuanan Melayu atau kelebihan terhadap satu bangsa ditekankan di dalam Islam.
Tok Guru Dato Nik Aziz seterusnya dilaporkan berkata :

“Di dalam Islam tidak mengira bangsa, apa yang penting adalah takwa kepada Allah s.w.t. Tidak kiralah bangsa apa, Cina, Melayu, India dan Arab. Tuhan hanya melihat ketakwaan seseorang itu… kerana bila kita bertakwa kita takut kepada Allah dan menjalankan tanggungjawab kita”
sumber : http//:www.harismibrahim.wordpress.com

Thursday, November 20, 2008

Penggerak Perpaduan Nasional


Sunday, November 16, 2008

Kelab Penyokong PAS akan jadi Dewan

Abdul Rahim Sabri Nov 15, 08 12:52pm

Kelab Penyokong PAS (KPP) akan diangkat menjadi satu dewan yang setaraf dengan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dalam organisasi parti tersebut, kata Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa."Sudah tentu, kerana itu asas kita.
Hampir semua negeri dan kawasan ada kelab penyokong PAS," katanya ketika mengulas mengenai langkah PAS berhubung dengan keahlian bukan Islam.Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata, kelab tersebut terletak di bawah lajnah yang dipengerusikannya itu dan keahliannya hingga kini mencecah antara 15,000 hingga 20,000 orangi.
Menurut Dr Mujahid lagi, kesediaan PAS untuk membuka keahlian kepada bukan Islam adalah rentetan daripada sokongan yang tinggi dan memberansangkan dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.
"Memandangkan bilangan sokongan (mereka) tinggi dan terlibat dengan formal dalam PAS, lebih baik kita buka keahlian dan menjadi sebahagian daripada organisasi PAS," tambahnya.
Bagaimanapun, kata beliau, nama dewan tersebut belum ditentukan lagi.Idea membuka keahlian bukan Islam menjadi sebuah dewan adalah reaksi daripada kertas kerja yang beliau bentangkan sewaktu permukiman PAS di Langkawi minggu lalu.
Dibawa ke muktamar

Kertas kerja tersebut menyentuh tentang keahlian bukan Islam dalam organisasi PAS dan masa depan tanahair.Ditanya bagaimana reaksi pimpinan PAS terhadap idea tersebut, beliau berkata secara umumnya, mereka bersetuju dan mahu ia disegerakan.
Sehubungan itu, kata Dr Mujahid, beliau akan menyediakan satu kertas kerja yang akan memperincikan aspek perlaksanaan teknikal sebelum ia diluluskan dalam muktamar tahun hadapan.Katanya, ini kerana ia melibatkan pindaan perlembagaan parti, terutama tentang fasal keahlian.
"Ia juga termasuklah urusan pembudayaan ahli dan pengurusan organisasi. Tidak mudah untuk menjadikan ia satu budaya dan suasana baru dalam PAS."Saya berharap transisi membuka pintu kepada bukan Islam (menjadi ahli PAS) berlaku dengan teratur, terang dan lancar."Usul yang datang daripada PAS Pusat itu diharap akan diluluskan," katanya.

Pemuda PAS lancar Kelab Penyokong Muda

Anis Nazri Foto Wan Zahari Wan Salleh Sun Nov 16, 08 11:58:08 am MYT

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Hrkh) - Pemuda PAS melangkah setapak lagi dalam arena politik semasa apabila melancarkan Kelab Penyokong Muda PAS, di pejabat parti itu, semalam.

Kelab tersebut ditubuhkan sebagai penghubung di antara PAS dengan masyarakat bukan Islam khususnya serta menambahkan kesedaran dan pemahaman terhadap peranan Pakatan Rakyat.
Kelab yang ditubuhkan melalui Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Pusat ini meletakkan syarat hanya mereka yang berumur 40 tahun ke bawah layak menyertai kelab ini.

Pengerusi Kelab Penaja Kelab Penyokong Muda PAS, Vincent Lee berkata, kelab ini ditubuhkan memandangkan PAS menerima permintaan daripada golongan muda, khususnya mereka yang bukan Islam.

"Melalui kelab ini, kita akan mengadakan 'roadshow' di setiap negeri bagi kempen mengumpulkan ahli menjelang 27 Nov ini, di mana kita mensasarkan sebanyak 100,000 ahli akan menyertai kelab ini," kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, kelab ini bersifat lebih muda, berbanding Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan pada 2004 lebih menekankan aspek politik.

Katanya, melalui kelab ini, pelbagai program akan diadakan bagi mendapatkan lebih ramai ahli muda, selain meningkatkan tahap pemahaman golongan itu terhadap PAS.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, yang merasmikan kelab itu pula menyatakan bahawa kelab ini bakal memberi sumbangan besar kepada PAS sebagai pemangkin masa depan PAS.


"PAS serius dengan golongan bukan Islam, di mana PAS akan terus berhadapan dan menyelesaikan permasalahan orang bukan Islam memandangkan Islam memberi hak kepada semua, tanpa mengira kaum," tegas beliau.


Tambah beliau, penubuhan Kelab Penyokong Muda ini akan diberikan peranan sewajarnya di bawah Lajnah Perpaduan, selain PAS akan sentiasa bersama mereka di saat susah dan senang.

Sementara itu, pada majlis pelancaran yang disempurnakan Salahuddin, para tetamu yang menghadiri majlis itu disajikan dengan tarian singa dan paluan Urumi Melam, satu muzik tradisional klasik kaum India.


Suasana meriah pada pelancaran itu menggamit minat dan menjadi tumpuan ramai pengguna jalan raya yang melalui Jalan Raja Laut untuk berhenti merakamkan gambar serta menerima informasi mengenai kelab berkenaan.


Turut hadir dalam majlis pelancaran kelab itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan; Naib Ketua Pemuda, Azman Shapawi; Setiausaha, Sabky Yusof dan anggota exco Pemuda PAS Pusat dan ahli Kelab Penyokong PAS. - mns_


Tuesday, November 11, 2008

Titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah - Integrasi Nasional

Buang Mentaliti 'silo', Titah Raja Nazrin

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini menyeru rakyat supaya tidak mengamalkan mentaliti "silo" iaitu hanya melihat apa yang berlaku dan tidak mempedulikan apa yang dialami orang lain, kecuali apa yang berlaku terhadap diri sendiri.
Dalam keadaan sekarang, menurut baginda, mereka tidak lagi boleh menggubal dasar, undang-undang dan peraturan yang bersifat menindas serta tidak beretika."Dalam hal ini, beta yakin, prinsip yang bersifat inklusif perlu dijunjung tinggi. Tidak sepatutnya ada mana-mana kelompok masyarakat yang tidak dihormati, dipandang sangsi dan dinafikan hak mereka sebagai rakyat.
Tidak sepatutnya ada mana-mana kumpulan berasa usaha dan sumbangan mereka dipandang remeh dan tidak diperlukan," titah baginda semasa menyampaikan ucapan khas pada Persidangan LawAsia Ke-21 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.
Raja Nazrin bertitah bahawa langkah melaksanakan prinsip itu merupakan antara cabaran paling besar yang mendepani pemerintah hari ini, dan pada pendapat baginda, tiada cara yang lebih berkesan bagi menzahirkan prinsip bersifat inklusif selain melalui amalan pemerkasaan.
"Hanya melalui pembangunan inklusif sajalah kita akan dapat menikmati hasil yang berkekalan," titah baginda.Baginda bertitah bahawa pada asalnya, perkataan "pemerkasaan" digunakan dalam konteks persamaan gender tetapi kini ia mempunyai makna lebih meluas.
Ia bukan saja melibatkan mereka yang tergolong dalam kelas bawahan tetapi juga mereka yang tidak berada di serambi kuasa dan mereka yang tidak ada banyak suara dalam mempengaruhi perkara yang menjejaskan kehidupan mereka.
"Ia mengenai pemberian peluang kepada mereka yang tidak mempunyainya, bagi membolehkan mereka menikmati kebahagian dalam kehidupan," titah baginda.
Raja Nazrin bertitah bahawa kesan daripada kegagalan memperkasakan rakyat atau lebih buruk lagi, melemahkan mereka, ialah wujudnya rasa terpinggir dan permusuhan yang amat mendalam, yang selalunya menjurus kepada wujudnya tindakan ganas, yang merosakkan masyarakat.
Mereka yang berperasaan demikian akan memecah belahkan masyarakat sebagai cara untuk mengatasi rasa tidak puas hati mereka."Ini adalah jenis politik yang buruk dan tidak sensitif.
Pada waktu yang sama, daripada segi moral, kita tidak boleh memejamkan mata terhadap tanggungjawab asas dalam menentukan bahawa semua pemegang kepentingan dalam masyarakat kita, tidak kira sekecil mana atau sama ada penting atau tidak mereka ini, tetap mempunyai tempat di negara ini," titah bagidna.
Raja Nazrin bertitah semua pihak boleh mengabaikan anasir-anasir yang gemar membuat kacau dalam masyarakat tetapi tindakan menutup kedua-dua mata terhadap perkara itu, tidak akan membantu memupuk perpaduan dan integrasi yang diperlukan dalam menghadapi gelodak ekonomi dan sosial yang mungkin terhasil daripadanya.
"Di mana sepatutnya ada kesepakatan, wujud perpecahan. Di mana sepatutnya diwujudkan kelas menengah, sebaliknya wujud sektarianisme yang teruk. Ini bukan spekulasi berdasarkan teori. Kita melihat bukti kewujudannya di seluruh dunia, tidak ketinggalan di Asia sendiri," titah baginda.
Raja Nazrin bertitah bahawa pemerkasaan merupakan prasyarat bagi membina sebuah Asia yang bersatu-padu serta progresif dan baginda menyebut lima bidang yang boleh membantu mewujudkan hubungan serta pemerkasaan bagi rantau ini.
Titah baginda, prasyarat pertama bagi menghasilkan pemerkasaan ialah memperkukuhkan keluhuran undang-undang, kedua, penyertaan lebih meluas dalam bidang politik, ketiga, pelaksanaan perubahan terhadap "perisian" masyarakat seperti nilai dan kepercayaan, keempat, menjadikan teknologi sebagai sumber pemerkasaan, terutama teknologi maklumat dan komunikasi, dan akhir sekali pendidikan, yang mampu menghapuskan rantaian tradisi yang bersifat menindas dan sikap melampau.-- BERNAMA

Pelancaran Kelab Penyokong Muda PAS

Pihak moderator Lajnah Perpaduan Nasional PAS baru menerima SMS dari Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat Sdr Khairul Faizi berhubung perkara di atas :

"URGENT! Sponsor sedang dicari untuk pelancaran Kelab Penyokong Muda PAS Malaysia, 15 November 2008. Butiran adalah seperti berikut :

1.RM900 T-Shirt (x 60)
2.RM250 Banner (x 10)
3.RM300 Pemidang Perasmian + Belon
4.RM400 Gendang India
5.RM700 Tarian Singa
6.RM100 Phemplet
7.RM200 Jamuan

Jumlah : RM2,850.00 ; sumbangan anda sangat diperlukan".

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghulur bantuan sila hubungi Sdr Khairul Faizi (019-7701830)

Monday, November 10, 2008

Keahlian Kelab Penyokong PAS - YB Dr Mujahid

Kini 20 ribu ahli Kelab Penyokong PAS - Dr Mujahid
Nyza Ayob
Sat Nov 08, 08 6:49:33 am MYT


KUALA LUMPUR, 8 Nov (Hrkh) - Penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS telah membuka ruang yang lebih luas bagi PAS untuk menambahkan sokongan daripada generasi muda daripada kaum yang lain.

Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa merakamkan tahniah di atas usaha yang dilakukan oleh sayap PAS, Dewan Pemuda PAS dengan penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS, sebagai kesinambungan kewujudan Kelab Penyokong PAS.

Dalam responsnya kepada Harakahdaily mengenai penubuhan kelab tersebut, katanya, dengan adanya Kelab Penyokong Muda PAS ini, keahlian Kelab Penyokong PAS mungkin akan bertambah.

Jelas Mujahid, melalui data yang telah dikemas kini oleh Lajnah Perpaduan Nasional, seramai 20,000 orang telah berdaftar sebgai ahli Kelab Penyokong PAS.

"Jika sebelum ini sukar untuk kita mengadakan aktiviti yang hanya melibatkan golongan muda. Bagaimanapun, dengan adanya Kelab Penyokong Muda PAS ini, kita boleh fokuskan aktiviti untuk mereka yang berumur bawah 40 tahun,"katanya, sewaktu dihubungi baru-baru ini


Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mujahid dalam kenyataanya turut melontarkan mengenai perkembangan terkini mengenai perpaduan nasional.


Jelasnya, isu seperti kenyataan tentang pertikaian fakta sejarah, tuntutan kuota 30% pemilikan korporat untuk bumiputera dan pelantikan Pengurus Besar PKNS bukan dari orang Melayu menimbulkan berbagai perspektif yang boleh menggugat perpaduan sekaligus kestabilan politik negara.


Sehubungan itu beliau menyeru supaya semua pihak mengawal emosi masing-masing dan melihat perspektif yang lebih besar dari kepentingan politik perkauman.


Tegasnya, seharusnya konsensus terhadap kontrak sosial, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara menjadi penghayatan yang perlu dinyatakan maknanya untuk kepentingan semua rakyat Malaysia.


Justeru beliau mengharapkan, sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat, pengecaman kepada kaum dan identiti budaya masing-masing hanya akan meningkatkan lagi ketaksuban dan sentiment perkauman.


"Seharusnya kita menghindari syak wasangka dan mentaliti ethno-centric yang sentiasa mengundang konflik sosial samada secara sembunyi atau nampak yang melihat kaum lain dengan kacamata kebencian dan permusuhan.


"Rakyat juga seharusnya menghayati kontrak sosial sebagai satu toleransi yang asasnya meletakkan Raja Melayu, Agama Islam dan orang Melayu sebagai asas kepada terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Persekutuan Malaysia. Dengan pemahaman ini masing-masing akan lebih peka dalam menyampaikan apa sahaja pandangannya yang membina untuk negara,"tegasnya.


Mujahid berkeyakinan, dengan langkah-langkah ini, keruncingan dari masalah perkauman hari ini dapat diselamatkan apatah lagi selama ini negara diperintah dengan hegemoni BN yang menyalahgunakan kerangka dan asas negara untuk tujuan kepentingan sempit politik perkauman. - mks. _

Thursday, November 6, 2008

Satu Renungan Bersama-Mengelak perangkap perkauman

Mengelak perangkap perkauman yang menjerat Pakatan Rakyat
Mohd Rashidi Hassan rashidi@harakah.net.my
Thu Nov 06, 08 7:32:59 am MYT

KEMENANGAN gabungan parti-parti pembangkang seperti PAS, KeADILan di lima negeri dan pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat, terdiri dari kalangan pelbagai kaum dan agama, benar-benar menggugat kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Hegemoni BN yang berkuasa sejak sebelum merdeka, bahawasanya mereka sahaja yang mampu mentadbir negara yang mempunyai masyarakat majmuk atau 'prural society' sudah dileburkan.
Selaku tunggak kepada BN, Umno sebagai parti yang berteraskan agenda Melayu, sentiasa memainkan 'racial card' atau sentimen perkauman, kononnya mereka adalah juara orang-orang Melayu.
Harapan Umno ialah supaya orang Melayu terus mempercayai bahawa parti itulah sahaja yang mampu memartabatkan kepentingan bangsa dan terus memberi sokongan kepada mereka.

Dalam masa yang sama anggota komponen BN yang terdiri daripada MCA, Gerakan dan MIC turut menyambut 'echo' Umno, dengan memainkan sentimen yang sama kepada bangsa mereka sendiri.

Hakikatnya selama lebih 50 tahun kerajaan BN dibentuk, pemimpin-pemimpin mereka sentiasa 'riding on racial sentiments' - menunggangi sentimen-sentimen perkauman, untuk meraih sokongan dan populariti.

Kerjasama rapuh ini sebenarnya semakin terserlah. Diskriminasi bangsa sentiasa wujud dalam pentadbiran BN.

Kebobrokan parti-parti komponen BN terserlah sejak zaman Kerajaan Perikatan, di mana wujud sentimen perkauman yang menebal, sehingga membawa kepada tragedi 13 Mei 1969.

Masalah perkauman dalam BN, yang diwujudkan oleh sesama anggota BN, untuk 'mencuri' pengaruh bangsa masing-masing, disambung dengan 'pertelagahan' terbuka Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Najib Razak dengan Timbalan Presiden MCA, Dato' Lee Kim Sai.

Perhimpunan 'racist' Umno dibalas oleh perhimpunan 'racist' MCA di sekitar tahun 1987. Perbalahan terbuka pemimpin Umno dan MCA disiarkan tanpa tapisan oleh media massa Pakatan Rakyato BN.

Sentimen kaum yang ditiupkan amat bahaya. Mereka bukan sekadar bertikam lidah, tuduh menuduh Umno (Melayu) menindas MCA (Cina), membangkitkan ketidakadilan DEB, menuntut TPM kedua berbangsa Cina, menuntut kuota lebih besar kaum Cina di IPT.


Malah ayat-ayat yang digunakan amat mengerunkan. "Kami sanggup mempertahankan bangsa kami, sehingga titisan darah yang terakhir," kata pemimpin Umno dan MCA.

Apakah maknanya di sebalik ungkapan kata-kata setajam ini? Tidak lain tidak bukan, ianya bertujuan untuk menyemarakkan kebencian antara kaum dan mencetuskan api pertumpahan darah yang amat membahayakan.


Namun, semua ini lakonan yang menjelekkan akhirnya dihentikan dengan memangsakan pemimpin Melayu, Cina, India dan lain-lain, dari kalangan pembangkang.


Pemimpin-pemimpin Umno dan MCA yang bergaduh, malangnya pemimpin PAS dan DAP yang disumbat dalam ISA. Inilah hasil kekejaman BN akibat daripada permainan 'racial card' yang membahayakan.

Kedangkalan BN tidak terhenti setakat itu sahaja. Mereka meneruskan lakonan sehingga sekarang ini. Pemimpin-pemimpin Umno, MCA dan Gerakan terus menyemarakkan api perkauman.

Tuduh menuduh antara sesama parti komponen BN diteruskan. Semangat kecintaan bangsa cuba disemai kembali dengan mendakwa Umno sebuah parti pembuli, Melayu menindas Cina, India dan sebagainya.

Umno turut terus memainkan semangat kemelayuannya. Sehingga ada pemimpin Umno yang mengelar kaum lain, yang parti mereka menjadi 'sahabat' dalam komponen BN, sebagai kaum pendatang.


Berbalah kepentingan kaum ini tidak terhenti. Melayu dengan semangat kemelayunya, Cina dengan semangat kecinaannya, malah kaum India juga begitu.

Matlamat BN yang pertama, ialah untuk meraih kembali sokongan bangsa masing-masing kepada anggota komponen BN yang sudah tercalar sejak Pilihan Raya Umum 8 Mac.

Matlamat kedua ialah untuk menarik sokongan atau mengajak parti-parti gabungan Pakatan Rakyat untuk menari mengikut 'echo' mereka. Ini yang amat membahayakan!


Usaha memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat

Tidak hairanlah BN sentiasa berusaha mencari jalan untuk memecahbelahkan kesatuan yang terbentuk dalam Pakatan Rakyat, khususnya di lima buah negeri.

BN dan media pengampu mereka tahu, PAS, KeADILan dan DAP mempunyai dasar perjuangan yang berbeza-beza. Malah suatu ketika, PAS dan DAP dianggap sebagai seteru politik dengan pelbagai isu yang diketahui bersama.

Perbezaan ideologi ini mudah untuk dimanipulasikan untuk kepentingan BN dan merosakkan kerjasama Pakatan Rakyat.

BN amat khuatir, jika lima buah negeri dari parti pelbagai ideologi yang bezanya 'bak langit dan bumi' ini, berjaya ditadbir dengan saksama, tidak mustahil rakyat akan terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.


Malah mereka lebih bimbang, jika pengaruh keadilan dan kesaksamaan yang diamalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, menular ke negeri yang berada di bawah 'jajahan takluk' mereka.
Justeru, tidak ada jalan lain sebaik daripada memecahbelahkan perpaduan di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat.

Malangnya, tidak dinafikan kadang-kadang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sering 'terpengaruh' dengan sentimen perkauman yang ditiupkan BN, seperti yang dimainkan oleh media massa.

Banyak isu-isu yang 'menghantui' kerjasama serta kesepakatan Pakatan Rakyat, masih belum dapat selesaikan dengan baik.

Dengan usia kerajaan negeri Pakatan Rakyat (kecuali Kelantan) yang sudah mencecah lapan bulan, seharusnya isu-isu yang boleh memecahbelahkan gabungan tidak seharusnya timbul lagi.
Isu-isu seperti siapa harus terajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti PKNS, isu papan tanda, isu bahasa, isu azan dan sebagainya seharusnya diselesaikan dengan bijaksana.

Kadang-kadang ada antara isu terbabit dibangkitkan hasil daripada aduan-aduan dari kalangan rakyat. Namun selaku pemimpin politik, misalnya, mereka tidak harus memikirkan mereka akan disokong atau menjadi juara 'bangsa' atau 'agama' masing-masing dengan mengenengahkan isu terbabit di dalam media massa.

Kadang-kadang isu yang dibangkitkan ada logik dan rasionalnya mengikut keperluan penduduk setempat, tetapi apabila ia dibawa dalam media, ianya sudah menjadi isu nasional.

Isu nasional kadang-kadang amat bahaya kepada kaum dan agama tertentu, kerana ianya boleh mencetuskan reaksi dan persepsi yang berbeza.

Masalahnya, pihak yang membangkitkan isu barangkali ada rasionalnya yang tersendiri, namun, ianya membuka ruang kepada manipulasi media BN yang sentiasa mahu 'menangguk di air yang keruh'.

Sementara isu itu belum dapat diperjelaskan, ianya sudah menimbulkan pelbagai reaksi dan manipulasi media.

Reaksi wakil Rakyat Pakatan

Dalam isu perlantikan Pengurus Besar PKNS misalnya, apabila Harun Salim bersara 31 Oktober lepas, dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik Low Siew Moi, memangku jawatan, sementara menemui calon yang sesuai.

Sama ada PAS atau DAP dan KeADILan, harus mengambil pengajaran supaya ianya tidak menjadi pencetus kepada perpecahan.

Isu-isu ini boleh diselesaikan diselesaikan secara 'adik beradik'
Menyentuh isu ini, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar berkata Pakatan Rakyat harus mengelak daripada perangkap isu perkauman adalah isu yang dimainkan oleh komponen BN.

"Sebenarnya jika kita kaji permainan isu perkauman ini jarang sekali menyelesaikan masalah sama ada kepada Melayu atau bukan Melayu, tidak kira sama ada dalam bidang politik, ekonomi atau sebagainya," kata Ahli Parlimen Tumpat itu.

Katanya, PAS ingin menyarankan supaya pendekatan perkauman tidak dijadikan asas dalam usaha parti politik untuk menyelesaikan masalah negara.

"Perlembagaan negara yang kita terima selama ini, telah menjamin hak-hak asasi kedudukan semua kaum dalam negara dan ianya tidak perlu dipertikaikan lagi," tegasnya.

Katanya, PAS dan Pakatan Rakyat perlu segera mengatasi masalah dalam negara yang diciptakan oleh BN selama ini dengan persefahaman dan kerjasama erat dan menghormati semua kaum dan agama yang ada dalam negara.

"Dalam kes Selangor ini, seharusnya pimpinan Pakatan Rakyat membentuk Jawatankuasa khusus di kalangan Exco bagi meneliti perlantikan jawatan penting dalam kerajaan negeri termasuk PKNS, supaya perbezaan pendapat di kalangan pemimpin tidak berulang lagi," ujarnya.

Bagi Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua pula berpendapat, seluruh syarikat GLC termasuk PKNS harus 'diperbaharukan.'

"Saya fikir kita kena lantik orang baru yang mempunyai sikap baru dan budaya baru untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan seperti Umno yang mengamalkan kronisme.


"Pada saya, jelas dalam pentadbiran PKNS sekarang ini, masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan budaya politik baru yang diterapkan oleh Pakatan Rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Batu.

Beliau mahu Kerajaan Negeri Selangor mengatasi kepincangan dalam GLC secepat mungkin.
"Siapa yang memimpin, bangsa mana tidak penting, yang penting apa yang dibuat untuk membantu golongan yang terpinggir, walaupun kerajaan BN dikuasai orang Melayu sebelum ini, rakyat yang ditindas dianiaya kebanyakannya Melayu.

"Saya rasa PAS 'under pressure apabila rakyat yang berbangsa Melayu terpengaruh dengan propaganda sentimen bangsa oleh media BN, tetapi perkara ini boleh diselesaikan dengan cara bermuafakat dan perbincangan, Pakatan Rakyat harus lebih transparen," tegasnya.

Bagi Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, beliau mahu pemimpin Pakatan Rakyat menyedari bahawa gabungan dibentuk berdasarkan kerjasama politik dan nilai-nilai keadilan.

"Kita harus menolak pendekatan perkauman. Sebagai contoh, pendekatan dalam agenda ekonomi Pakatan Rakyat dibentuk, memberikan kesamarataan di kalangan pelbagai kaum

Katanya, pada asasnya perlantikan Pengurus Besar PKNS sepatutnya tidak dipolemikkan.
"Ia adalah perlantikan sementara sahaja, sementara kita menemui calon yang benar-benar layak. Tetapi desakan dari dalam dan luaran sudah menjadikan isu ini besar," katanya.


Sivarasa menegaskan Pakatan Rakyat Selangor harus memfokuskan masalah kegagalan BN menyempurnakan isu perumahan rakyat, misalnya terdapat 140 projek perumahan terbengkalai di zaman BN, yang menyebabkan lebih 60 ribu rakyat yang patut mendapat rumah kos rendah terabai.

Sementara AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berpendapat, dalam semangat Pakatan Rakyat, apa yang penting ialah memastikan GLC negeri ditadbir oleh kalangan pegawai berdasarkan kelayakan mereka.

"Mesti dipimpin oleh pemimpin yang terbaik, tidak perlu ambil 'former team', mesti 'fresh staff' yang ada kredibliti dan profesional.


"Kita tidak mahu masing-masing bercakap soal Melayu, Cina dan India sahaja," tegasnya.
Manakala Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof, mahu Mahu Pakatan Rakyat lebih pro aktif dalam menangani isu-isu perkauman.

Katanya, sudah tiba masanya Pakatan Rakyat memantapkan dasar-dasar fundamental kepelbagaian bangsa dan agama.

"Kita harus mempunyai dasar yang jelas dalam isu bahasa, ekonomi, kebudayaan dan seni kerana hanya dengan mempunyai dasar yang jelas mampu memberi ruang kepada rakyat untuk memahami apa yang cuba hendak disampaikan," katanya.

Dalam isu PKNS katanya, apa yang hendak dibuat sebenarnya ialah usaha untuk membuat kajian terhadap dasar pembangunan yang dijalankan oleh BN sebelum ini.

"Rakyat harus sedar bahawa pembangunan songsang, penuh dengan elemen penyelewengan dan rasuah oleh BN di Selangor, kita perlu mendefinasikan semula dasar pembangunan, dan menyusun semula struktur pentadbiran GLC, ini yang penting sebenarnya," kata beliau.

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhamad Hussin, berkata, jika Pakatan Rakyat hendak menolong orang Melayu, tidak semestinya dengan melantik Melayu sebagai ketua di mana-mana syarikat GLC.


Katanya, PKNS mesti diterajui oleh orang korporat yang profesional. Saya setuju dengan MB Selangor yang membuat perlantikan sementara.

"Kalau hendak dicadang staf PKNS yang sedia ada, belum tentu mereka akan melaksanakan dasar-dasar kerajaan ikut acuan Pakatan Rakyat.

"Kita harus ingat bahawa selama ini mereka digunakan untuk 'serve Umno'. Buat apa kita lantik Melayu jika dia jahat, perasuah serupa umno?," soal beliau.

Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang membuat kesimpulan terbaik dalam isu ini.

Katanya, rakyat harus sedar bahawa BN sebenarnya yang menggalakkan sentimen perkauman.
Menurut beliau, Pakatan Rakyat harus mengutamakan kepentingan nasional yang memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat.


"Pakatan Rakyat mesti bertunjangkan lima prinsip utama dalam pentadbirannya iaitu, Kebebasan, Keselamatan, Keadilan, Kebajikan dan Ketakwaan kepada Tuhan," tegasnya. - mks._

Wednesday, November 5, 2008

Respon terhadap kemenangan Barack Obama

Pihak moderator Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat menyifatkan perubahan pucuk pimpinan Amerika Syarikat merupakan satu tanda bahawa perjuangan warna kulit atau bangsa sudah tidak di terima sekarang ini.

PAS For All & Pakatan Rakyat sentiasa menawarkan yang terbaik untuk semua golongan rakyat di Malaysia.Ayuh realisasikannya...jangan tunggu kehancuran menimpa kita.Perubahan ke arah kebaikan perlu dilakukan sekarang..jika tidak bila?

Sila lihat komentar awal pimpinan PAS berhubung perubahan yang berlaku di AS.


Obama diharap bawa suasana baru politik dunia - Mursyidul Am PAS
Salmah Mat Husain
Wed Nov 05, 08 5:32:58 pm MYT


KOTA BHARU, 5 Nov (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemenangan Barack Obama dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat merupakan satu perkembangan baru politik dunia.

Beliau berkata, perkembangan itu membuktikan rakyat Amerika menolak cara agresif George W Bush yang sebelum ini menindas dengan rakus negara-negara umat Islam.


"Apa yang diharapkan semoga Obama membawa harapan baru rakyat di seluruh dunia, sesuai dengan imejnya yang merupakan orang kulit hitam pertama yang bakal menjadi Presiden Amerika," ujarnya sebagai reaksi pertama ekoran kemenangan Obama yang kini menghampiri White House.


Beliau memberitahu demikian ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim di sini, hari ini.


Di Washington hari ini Senator Barack Obama berjanji kepada rakyat Amerika Syarikat akan membawa negara itu ke era baru yang diharapkan semua pihak.


Beliau mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama daripada masyarakat kulit hitam untuk mengetuai White House setelah ditunggu dalam tempoh begitu lama


"Pilihan raya itu merupakan satu detik yang bermakna ke arah perubahan Amerika," kata Obama ketika berucap di hadapan kira-kira 240,000 penyokongnya di Chicago hari ini.
Manakala lawannya Mc Cain mengaku kalah dalam pemilihan tersebut.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, sebelum ini Amerika telah meninggalkan kesan yang buruk kepada masyarakat dunia ekoran tindakan agresif yang akan diteruskan McCain dari Parti Republikan.


"Bush sebelum ini 'minum' darah dengan melancar peperangan di Afghanistan, Iraq, Palestin dengan menggunakan kuasa tenteranya," ujar beliau.


Beliau juga mencadangkan Obama menolak fahaman membezakan warna kulit seseorang, sebaliknya dilayan dengan sama rata.


Beliau berkata, semua bangsa di dunia ini sama ada mereka berkulit putih atau hitam sama di sisi Allah, dan apa yang membezakan antara mereka ialah ketaqwaan terhadapNya.


"Sekarang rakyat Amerika dapat menerima seorang pemimpin kulit hitam dan diharap selepas itu serangan terhadap umat Islam juga berakhir tidak sebagaimana dilakukan Bush," ujarnya.


Beliau juga berharap perubahan ke arah itu benar-benar berlaku dan tidak menjadikan Islam sebagai musuh .


Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa turut mengucapkan tahniah kepada Obama yang kini mendahului kemenangan dalam pilihan raya Amerika Syarikat.


Menurutnya, kemenangan Obama membuktikan rakyat Amerika sendiri menolak pemimpin yang angkuh serta tidak menerima pandangan rakyat sendirinya.


Katanya, sebelum ini Bush begitu angkuh dan mengenepikan pandangan orang lain terutamanya pemimpin di kalangan negara umat Islam.


"Jadi kita berharap Obama tidak meneruskan gaya berkenaan, sebaliknya lebih bersikap tolak ansur dan berperikemanusiaan," ujarnya. - mj _

Tribut juga kepada Ahli Parlimen Titiwangsa

Tidak ketinggalan juga pihak moderator Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat ingin merakam jutaan tahniah kepada YB Dr Lo'Lo' bt Dato' Hj Mohammad Ghazali Ahli Parlimen Titiwangsa atas kecemerlangan YB menjalankan tugas dan amanah selaku wakil rakyat yang dipilih bagi mewakili P119 Parlimen Titiwangsa.Anggap cabaran dan halangan yang mendatang sebagai satu ujian untuk meningkatkan lagi amal kebajikan kita kepadaNya...Seeru 'ala barokatillah.


Sila layari blog untuk mendapatlebih maklumat

http://docpearl.blogspot.com/2008_09_01_archive.html

Pilihanraya AS & Harapan Buat Islam

Pihak moderator tertarik dengan komentar moderator n32.blogspot.com berhubung dengan Pilihanraya Presiden AS.Di bawah adalah komen beliau yang kami ambil untuk tatapan bersama


Rakyat Amerika Syarikat akan keluar mengundi esok 4 November 2008 untuk memilih Presiden mereka yang ke 44 . Bakal Presiden ini jika memenangi pilihan raya esok akan mengangkat sumpah secara resmi pada 20 Januari 2009 bagi menggantikan Presiden George Walker Bush, dari parti Republikan. Perhatikan tidak seperti negara-negara demokrasi lain termasuklah Malaysia, Amerika Syarikat telah menetapkan tarikh-tarikh ini di dalam perlembagaan mereka iaitu pilihan raya Presiden mestilah pada hari Selasa pertama bulan November iaitu pada tahun sebelum tamatnya tempoh seorang Presiden (tempoh 4 tahun sepenggal).

Sehingga kini ramai para pemerhati dan penganalisa politik menjangkakan yang calon Demokrat Senator Barrack Obama akan menang mudah dan akan berjaya menamatkan penguasaan parti Republikan di “Oval Office” sekaligus menjadi lelaki kulit hitam pertama diangkat sebagai Presiden negara kuasa besar dunia.

Menurut ramalan CNN (CNN electoral vote estimate) Obama jauh meninggalkan calon Republikan Senator John Mc Cain, iaitu dengan memperolehi 290 electoral college, dengan Mc Cain 157 (seorang calon memerlukan 270 undi electoral college untuk diisytihar sebagai pemenang). Apa pun kita serahkanlah pemilihan itu kepada rakyat Amerika. Amerika tetap Amerika walaupun siapa yang menang.

Cumanya sebentar tadi saya tertarik menonton rancangan CNN yang dihoskan oleh pengacaranya Fareed Zakaria. Dipenghujung rancangan itu Fareed telah memainkan video ulasan bekas Setiausaha Negera AS Gen (B) Colllin Powell berkenaan Obama. Kata beliau kini pihak Republikan menyerang Obama dengan memainkan satu isu yang sangat mengecewakan, iaitu kononnya Obama adalah seorang Muslim. Kata Powell kenyataan itu tidak benar kerana Obama adalah seorang Kristian.

Saya menjangkakan Powell akan berhenti setakat itu, tetapi tidak. Beliau lantas mengemukakan pula pertanyaan yang barangkali ditujukan kepada semua warga Amerika:

But what if he is a Muslim? Is it wrong to be a Muslim in America today?

Tetapi katalah beliau seorang Muslim? Apakah salah untung menjadi seorang Muslim dalam Amerika hari ini?


Sebagai seorang negarawan Amerika yang disegani dan mempunyai pengaruh yang besar sehingga kini saya melihat kenyataan Powell ini memberikan harapan yang baik buat Islam di Amerika, walaupun mungkin Islam adalah musuh terbesar regim Amerika, namun Islam suka tak suka sedang mendapat tempat di sana.

Ini mengingatkan kita tentang apa yang pernah disebut oleh seorang ulamak dan mujahid besar Turki Ustaz Badi’euz Zaman Sa'id al Nursi diambang kejatuhan Daulah Islamiah terakhir iaitu kerajaan Uthmaniah di Turki, kata Almarhum:

Wahai umat Islam!, saya melihat Kerajaan Islam Uthmaniyyah sedang mengandung, di mana anak yang di dalam kandungan itu adalah anak barat dan saya juga melihat dunia barat sedang mengandung, di mana anak yang di dalam kandungan itu adalah anak Islam.

Wallahualam.

KHILAF DALAM UCAPAN SAMBUTAN PERAYAAN NON MUSLIM

Dipetik dengan izin dari http://one-g.blogspot.com


Blog http://one-g.blogspot.com/ sebenarnya sekarang, pembacanya bukan sekadar sahabat-sahabat beragama Islam sahaja, bahkan kawan-kawanku yang berbangsa India, beragama hindu juga menjadikan bahan bacaan harian mereka.

Aku mengetahui khabar ini menerusi pembaca-pembaca dari kawan-kawanku yang beragama india sendiri, yang mereka sendiri memberitahu kepadaku, bahawa mereka selalu membaca tulisanku dalam blog tersebut.

Bahkan, ada sebilangan kawan-kawan berbangsa india, mengenaliku bukan bermula dengan pertemuan, tetapi melalui membaca tulisan-tulisanku dari blogku itu. Ekoran dari itulah, aku meletakkan ucapan depavalli dalam blogku itu.

Nampaknya, tindakan aku meletakan satu gambar banner ucapan perayaan Depavalli mendapat respon menarik dari pelbagai pembaca. Sengaja aku meletakkannya, demi untuk melihat percambahan dalam perbincangan ini secara sihat dari sudut perbincangan agama.

Aku yakin, kalau yang melakukan ini adalah bukan orang agamawan, sudah pasti orang itu akan di maki hamun, tetapi apabila tindakan itu dilakukan oleh aku sendiri sebagai seorang agamawan, sudah pasti orang akan cuba mengkritiknya dengan hujjah. Padaku, itulah perbincangan yang sihat.

Dalam tulisan yang lepas, aku telah mengemukakan hujjah-hujjah ulama atas pendapat yang mengatakan haram, dan pendapat ulama yang mengatakan harus. Aku mengemukakan pendapat yang mengharamkan secara mutlaq, adalah dirujuk kepada fatwa yang dikemukakan oleh Imam Ibnu Taimiyyah menerusi kitab beliau yang berbicara tentang isu perayaan secara khusus, iaitu kitab Iqtida’ sirat al-mustaqim.

Pun begitu, aku mengemukakan juga fatwa Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang pendapat beliau agak lembut, iaitu fatwa yang membenarkan ucapan perayaan ini.

Sila rujuk tulisan lalu :

http://one-g.blogspot.com/2008/10/mengucapkan-tahniah-perayaan-non-muslim.html

PARA SAHABAT TIDAK BUAT??

Mengucapkan tahniah dengan perayaan agama lain, memang tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW sendiri dan para sahabat. Tetapi, jika dirujuk balik kepada dalil-dalil yang mengizinkan, ianya tidaklah salah dilakukan, walaupun ianya tidak pernah dilakukan oleh para sahabat secara zahir.

Tidak dinafikan, semua perkataan diterima atau ditolak, melainkan perkataan dari Nabi SAW. Hal ini pernah disuarakan oleh Imam Malik dalam satu perbualan beliau dengan anak-anak murid beliau.

Tetapi, dalam pengajian usul fiqh, kita akan dapati, sesuatu nas itu tidak sekadar dirujuk kepada zahirnya sahaja, bahkan ada sebilangan nas-nas tertentu, ianya mempunyai tafsiran dari sudut batinnya juga, atau disebut juga sebagai ”as-sanad al-khafiy”.

Hal ini diakui sendiri oleh pengarang kitab Aun Al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud di jilid 10, muka surat 126, dalam membahaskan hadis yang berbunyi;

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya;
”Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan kami ini, yang tidak padanya, maka ianya adalah tertolak[1]”

Ekoran dari itulah, walaupun ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat, tidak hairan ada ulama menfatwakan keizinan kita mengucapkan tahniah dengan perayaan agama lain berdasarkan kepada nas-nas ”Al-Khafiyy” dari Al-Quran dan sunnah rasulillah SAW.

Dengan itu jelas kepada kita, walaupun sesuatu itu tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabat, bukanlah bermakna apabila kita melakukannya, maka ianya adalah sesuatu yang tertolak, bahkan dari sudut perbahasan nas yang lain, ianya dibenarkan juga, tetapi dengan merujuk kepada nas secara ”Al-Khafiyy”.

BAGAIMANA HUJJAH HARAM PULA

Setahu aku, tidak ada satu nas pun yang menyebut secara zahir atas pengharaman ucapan Tahniah terhadap perayaan agama lain, tetapi yang wujudnya adalah, istidlal atau tafsiran ulama dari nas-nas tertentu yang melahirkan kesimpulan yang haram.

Ekoran dari itulah, antara hujjah yang mengharamkan tindakan memberi ucapan kepada Non Muslim adalah surah Al-Kafirun, surah Al-Furqan ayat 7, surah luqman ayat 13 dan sebagainya.

Apabila kita perhatikan kepada nas-nas ini, didapati ianya bukanlah nas yang secara zahir Allah mengharamkan ucapan terhadap kehadiran perayaan agama lain, tetapi berdasarkan kepada tafsiran dan istidlal para ulama dari nas-nas itu mengatakan ianya adalah haram.

Melihat keadaan inilah, tidak pelik lahirnya pendapat ulama yang mengharamkan, disamping itu juga, lahir pendapat ulama yang mengizinkannya.

PENUTUP

Padaku, isu ini adalah perkara khilafiyyah yang boleh ditoleransikan. Dan aku secara peribadi, memilih pendapat yang mengizinkan ucapan tahniah terhadap kehadiran perayaan depavalli dengan memberanikan mengucapnya dalam blog ini kerana memilih kemaslahatan dakwah islamiyyah dikala kehadiran perayaan ini, untuk merapatkan jurang antara non muslim dengan muslim.

Jika difikirkan, mungkin agak janggal jika aku maklumkan kepada pembaca, bahawa aku sendiri pernah menghadiri majlis kematian seorang abang kepada kawanku yang beragama hindu. Kehadiranku dengan pakaian Islam, berjubah dan berkopiah, semata-mata nak bawa mesej Islam, bahawa Islam memberikan hak kemanusian kepada semua manusia, hatta kepada non Muslim sekalipun.

Aku menilai, kehadiranku itu bukanlah mahu menziarahi orang yang dah mati, tetapi aku hadir kerana mahu mereka yang masih hidup itu melihat keindahan Islam.

Ekoran kehadiranku dalam majlis kematian si hindu itu, menyebabkan bermula satu episod baru dalam dunia dakwah aku. Sejak dari itu, orang-orang hindu disitu amat menghormatiku, sehingga kepada sami mereka sendiri.

Aku mula berkawan dengan sebilangan kawan-kawan beragama hindu, dan hasil berkawan itu, ada seorang kawan beragama hindu, sudah berani khitan (bersunat), dan sudah beli terjemahan Al-Quran untuk mengetahui lebih dalam tentang Islam.

Sehinggakan pada hari raya baru-baru ini, dia bertanya kepadaku, apakah islam melarang orang agama lain memakai jubah. Aku bertanya, mengapa dia bertanya sedemikian. Dia menjawab, dia tertarik dengan pakaian jubahku, dan mahu memakai jubah sepertiku. Aku mengatakan, tidak ada salahnya orang hindu pakai jubah, tetapi aku berpesan kepadanya sambil berseloroh, dibimbangi orang akan cium tangannya kalau dia memakai jubah juga.

Melihat keadaan inilah, aku beranggapan, sudah sampai masanya kita memberanikan diri melakukan perubahan dengan menyalahi kebiasaan yang berlaku dikalangan umat Islam di Malaysia, tetapi hendaklah masih lagi tertakluk dengan fatwa-fatwa ulama yang bersandarkan kepada hujjah-hujjah dari Al-Quran dan As-Sunnah Rasululullah SAW.

Semua ini tidak ada harapan lain, melainkan ingin membina satu keadaan, bahawa Islam adalah sangat relevan di mana sahaja ia berada.

Sekian

Al-Bakistani
http://one-g.blogspot.com/

Mengucap Tahniah Perayaan Non Muslim

dipetik dari blog http://one-g.blogspot.com

Islam telah memberi kepada umatnya dua hari raya, iaitu hari raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha.

Didalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkata Ia;

قدم رسول الله المدينة ولهم يومان يلعبون فيهما فقال ما هذان اليومان قالوا يومان كنا نلعب فيهما في الجاهلية فقال رسول الله إن الله قد أبدلكم بهما خيرا منهما يوم الأضحى ويوم الفطر

Maksudnya;
“sampai Rasulullah SAW akan Madinah, bagi mereka dua hari yang mereka bergembira padanya. Lalu bertanya (Rasulullah SAW), apakah dua hari ini?. Mereka menjawab, dua hari yang kami bergembira padanya semenjak Jahiliyyah. Lalu bersabda (Rasulullah SAW), Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dengan kedua-dua hari ni dengan yang lebih baik, iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri”[1]

Dari hadis ini, dengan jelas Rasulullah SAW mengatakan bahawa perayaan Islam sahaja yang lebih baik dari perayaan agama-agama yang lain.

Ekoran dari itu, apakah pula hukum berkenaan dengan mengucapkan tahniah kepada perayaan mereka?

Sebelum dibahas lebih lanjut, ingin difahami, perayaan itu terbahagi kepada dua, iaitu perayaan yang berbentuk ibadat dan adat.

Sekiranya berkompromi dengan perayaan yang berbentuk adat, maka itu dibenarkan, ini kerana, adat bukanlah sesuatu yang berbentuk penyembahan, Seperti hari kemerdekaan, hari pekerja dan sebagainya[2].

Kebenaran yang Islam berikan adalah kerana berasaskan hubungan kemanusiaan. Maka dengan demikian, tidak menjadi satu kesalahan, bersama-sama dengan mereka dalam merayakan perayaan tersebut.

Antara dalil yang boleh diketengahkan adalah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bahawa Asma’ binti Abi Bakar telah berjumpa Nabi SAW dan bertanya, Ya Rasulallah SAW, Sesungguhnya Ibuku berjumpaku untuk memberi hadiah kepadaku, sedangkan dia masih musyrik. Apakah boleh menerima hadiah tersebut? Lalu jawab Rasulullah SAW, terimalah hadiah tersebut.[3]

Ini antara dalil untuk membenarkan menyambut perayaan bersama-sama dengan non muslim, selama perayaan itu berbentuk adat, bukan ibadat.

Adapun mengucapkan tahniah atas kehadiran perayaan yang berbentuk penyembahan atau ibadat, perkara ini telah dikhilafkan oleh ulama.

PANDANGAN IMAM IBNU TAIMIYYAH

Imam Ibnu Taimiyyah didalam kitabnya “iqtida’ as-Sirat al-mustaqim mukhalafah Ahl al-Jahim”, melarang keras atas berkongsi perayaan dengan kuffar, juga menghadiri majlis perayaan tersebut.

Antara alasan yang dikemukakan adalah firman Allah;

والذين لا يشهدون الزور

Maksudnya;
“dan mereka yang tidak menghadiri majlis kejahatan/kebatilan”

(surah al-Furqan : 72)

Imam Ibnu Abbas mentafsirkan maksud dengan majlis kejahatan adalah majlis kebatilan[4].

Adapun Mujahid, Rabi’ bin Anas dan Al-Qadhi Abu Ya’la, mereka berpendapat, maksud dengan menghadiri majlis kejahatan dalam surah furqan adalah menghadiri majlis perayaan musyrikin[5].

Imam Ibnu Taimiyyah juga beranggapan, menghadiri perayaan musyrikin dikira sebagai menyalahi maksud firman Allah[6];

اهدنا الصراط المستقيم , صراط الذين أنعمت عليهم , غير المغضوب عليهم و لا الضالين

Maksudnya;
“tunjuklah kami jalan yang lurus, jalan yang telah engkau beri nikmat, bukan orang yang dibenci dan bukan orang yang sesat”

(surah al-Fatihah : 6-7)

Didalam kitab itu juga ada menyebut, kebanyakan ulama bermazhab Hanafi berpendapat, menjadi kufur kepada mereka yang menyerupai kuffar pada perayaan dan pakaian mereka.[7]

Mengucapkan tahniah dengan kehadiran perayaan musyrik bermakna mengiktiraf agama mereka, maka dengan itu ianya menjadi haram, ini kerana, Islam adalah satu-satunya agama yang terbaik berbanding dengan agama-agama yang lain.

Firman Allah;

إن الدين عند الله الإسلام

Maksudnya;
“Sesungguhnya Agama disisi Allah adalah Islam”

(surah al-imran : 19)

Kesimpulan dari ulasan di atas, sudah memadai difahami, pandangan Imam Ibnu Taimiyyah menyatakan bahawa meraikan, menghadiri majlis, mengucapkan tahniah dengan perayaan bukan Islam merupakan satu perbuatan haram yang boleh mengugatkan aqidah.

PANDANGAN DR YUSUF AL-QARADHAWI

Dr yusuf Al-Qaradhawi merupakan seorang ulama moden yang agak lembut pandangannya.

Didalam kitabnya, “al-fatawa al-maasarah”, beliau membenarkan mengucapkan tahniah dengan kehadiran perayaan agama-agama yang lain dari Islam.

kebenaran itupun sebenarnya tertakluk kepada niat kita yang meletakan atas alasan hubungan kemanusiaan[8], bukan mengiktiraf agama mereka.

Antara dalil yang diketengahkan;

Firman Allah;

وإذا حييتم بتحية فحيوا بأحسن منها أو ردوها

Maksudnya;
“Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa)”

(Surah Al-Nisa’ : 86)

Dan juga, hadis yang pernah menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah menerima hadiah dari golongan non muslim, seperti Muqauqis iaitu raja Mesir, tetapi penerimaan hadiah tersebut didasarkan kepada syarat, iaitu tidaklah hadiah tersebut dari benda yang haram dimiliki oleh orang Islam, seperti arak, daging babi dan sebagainya[9].

SIKAP KITA TERHADAP KHILAF

Melihat kepada ulasan di atas, tidak dinafikan bahawa perbincangan tentang mengucapkan tahniah dengan kehadiran perayaan agama yang lain dari Islam merupakan perkara yang di khilafkan di kalangan ulama.

Khilaf yang berlaku selayaknya dihadapi dengan toleransi dan tidak perlu berlaku perbalahan dan berkeras mempertahankan pendapat masing-masing.

Walaubagaimanapun, dalam keadaan sebegini, sebolehnya, kita perlu mengelak diri dari melakukan perkara yang boleh jatuh kepada haram, lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan aqidah, walaupun ianya sesuatu yang khilaf.

Kaedah fiqh ada menyebut;

الخروج من الخلاف مستحب

Maksudnya;
“Keluar daripada khilaf adalah digalakan[10]”

Maksudnya, sekiranya pendapat A mengatakan haram dan pendapat B mengatakan harus, maka sebaik-baiknya kita memakai pendapat B. walaubagaimanapun, kemungkinan disebalik menggunakan pendapat B itu boleh merugikan dari beberapa sudut, maka gunakan kepandaian dan kecerdikan kita untuk meraikan keadaan tersebut.

Misalnya, dalam isu mengucapkan tahniah dengan kehadiran perayaan Hindu. Mengucapkannya adalah khilaf dikalangan ulama, maka lebih baik tidak mengucapkannya dari mengucapkannya, kerana dibimbangi jatuh kepada pendapat yang mengatakan haram.

Tetapi, didalam masa yang sama, dibimbangi berlaku jurang antara non muslim dan muslim dalam melaksanakan tugasan dakwah, maka berusahalah sedaya upaya atau kecerdikan kita dalam keadaan tersebut, seperti kita menjawab “terima kasih” atau “ok” atau sebagainya, ketika kawan kita dari non muslim itu mengucapkan kepada kita “happy depavalli”.

Disamping itu juga, jika kemaslahatan dakwah lebih mendapat keuntungan dengan menyebut “Happy Depavalli”, maka tidak ada salahnya kita mengambil pendapat ulama yang membenarkan ucapan tahniah dengan kehadiran perayaan mereka.

PENUTUP

Islam adalah agama yang unik. Keunikan itu terdapat kerana Islam adalah agama langit yang diturunkan oleh Allah SWT. Dengan demikian, mana mungkin Islam menafikan hak kemanusiaan antara muslim dan non Muslim. Bahkan, jika dilihat dari nas Islam, didapati Islam memberikan hak kepada Non Muslim.

Firman Allah:


لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم أن تبروهم وتقسطوا إليهم إن الله يحب المقسطين

Maksudnya;
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil”

(Surah Al-Mumtahinah : 8)

Non Muslim pada asalnya adalah adik beradik kita yang berbapakan Adam AS dan Hawa. Pun begitu, disebabkan penyelewengan terhadap Islam itu berlaku, menyebabkan timbulnya manusia yang tidak menyembah Allah.

Jurang antara muslim dan non Muslim berlaku, apabila muslim sendiri tidak ”bijak” dalam berdakwah. Dalam keadaan inilah, selayaknya perlu difikirkan cara yang terbaik untuk merapatkan jurang antara Muslim dan Non Muslim bagi menyampaikan mesej Islam ini.

Sekian

Al-Bakistani