Abdul Rahim Sabri Nov 15, 08 12:52pm
Kelab Penyokong PAS (KPP) akan diangkat menjadi satu dewan yang setaraf dengan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dalam organisasi parti tersebut, kata Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa."Sudah tentu, kerana itu asas kita.
Hampir semua negeri dan kawasan ada kelab penyokong PAS," katanya ketika mengulas mengenai langkah PAS berhubung dengan keahlian bukan Islam.Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata, kelab tersebut terletak di bawah lajnah yang dipengerusikannya itu dan keahliannya hingga kini mencecah antara 15,000 hingga 20,000 orangi.
Menurut Dr Mujahid lagi, kesediaan PAS untuk membuka keahlian kepada bukan Islam adalah rentetan daripada sokongan yang tinggi dan memberansangkan dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.
"Memandangkan bilangan sokongan (mereka) tinggi dan terlibat dengan formal dalam PAS, lebih baik kita buka keahlian dan menjadi sebahagian daripada organisasi PAS," tambahnya.
Bagaimanapun, kata beliau, nama dewan tersebut belum ditentukan lagi.Idea membuka keahlian bukan Islam menjadi sebuah dewan adalah reaksi daripada kertas kerja yang beliau bentangkan sewaktu permukiman PAS di Langkawi minggu lalu.
Dibawa ke muktamar
Kertas kerja tersebut menyentuh tentang keahlian bukan Islam dalam organisasi PAS dan masa depan tanahair.Ditanya bagaimana reaksi pimpinan PAS terhadap idea tersebut, beliau berkata secara umumnya, mereka bersetuju dan mahu ia disegerakan.
Sehubungan itu, kata Dr Mujahid, beliau akan menyediakan satu kertas kerja yang akan memperincikan aspek perlaksanaan teknikal sebelum ia diluluskan dalam muktamar tahun hadapan.Katanya, ini kerana ia melibatkan pindaan perlembagaan parti, terutama tentang fasal keahlian.
"Ia juga termasuklah urusan pembudayaan ahli dan pengurusan organisasi. Tidak mudah untuk menjadikan ia satu budaya dan suasana baru dalam PAS."Saya berharap transisi membuka pintu kepada bukan Islam (menjadi ahli PAS) berlaku dengan teratur, terang dan lancar."Usul yang datang daripada PAS Pusat itu diharap akan diluluskan," katanya.
3 comments:
Non-Muslim Menjadi Wakil Rakyat?
Keberadaan ahli non-muslim di dalam ppi (parti politik islam) pada dasarnya adalah salah satu bentuk dari kesalahan, bahkan menyalahi syara'. Pada dasarnya, larangan untuk bermuwalah (berkawan rapat dan bersepakat) dengan orang-orang kafir mencakup juga larangan untuk mencalonkan mereka untuk menduduki jabatan-jabatan yang boleh digunakan oleh kaum kafir untuk menguasai kaum muslimin. Imam Ibnu Taimiyyah dalam kitab Majmu’ al-Fatawa menyatakan bahawa sesiapa saja yang bermuwalah dengan orang-orang kafir, maka ia telah murtad (keluar dari Islam). Allah SWT berfirman:
“Siapa saja di antara kalian mengambil mereka (orang-orang kafir) sebagai wali, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (Qs. al-Mâ’idah : 51).
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kalian mengadakan alasan yang nyata bagi Allah untuk menyeksa kalian?” (Qs. an-Nisâ’ : 144).
"Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan henti-hentinya berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya". (Qs. Ali-‘Imran : 118).
Sa’id Hawwa dan Sayyid Quthub dalam al-Wala’ menyatakan bahawa, seorang muslim yang memberikan wala’nya kepada misionaris dunia kufur, atheis dan murtad, dengan seluruh sifat-sifat kemanusiaannya, juga tidak dipandang sebagai seorang muslim.
Ketika menjelaskan tentang wala' yang diharamkan, Sa'id Hawwa menjelaskan bahawasanya salah satu tanda wala' yang diharamkan di dalam islam ialah; memberikan bantuan, ketaatan, dan keterikatan penuh (seumur hidup) dengan orang-orang kafir. Hal ini didasarkan pada firman Allah SWT, “Apakah kamu tiada memperhatikan orang-orang munafik yang berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir di antara ahli kitab, ”Sesungguhnya jika kamu diusir nescaya kami pun akan keluar bersama kamu; dan kami. selama-lamanya tidak akan patuh kepada siapa pun untuk (menyusahkan) kamu, dan jika kamu diperangi, pasti kami akan membantumu.” (Qs. al-Hasyr: 11). Termasuk ke dalam wala’ jenis ini ialah perbuatan para politikus yang menyokong, mengangkat, dan membela orang-orang kafir, musyrik, dan munafik, baik sebagai individu, kelompok, atau sebagai parti/jemaah. Juga termasuk dalam kategori ini ialah perbuatan orang-orang yang menjadi anggota, simpatisan, setuju, atau menyokong satu parti, organisasi atau lembaga sesat yang tegak di atas landasan selain islam.
Adapun hujah bagi mereka yang membolehkan bagi non-muslim untuk menyertai ppi dengan merujuk tindakan Rasulullah saw yang memasukkan orang kafir dalam piagam Madinah, di mana status orang kafir (dzimmi) tersebut adalah sebagai wakil untuk menyatakan aspirasi non-muslim yang berada di Madinah. Lalu, mereka membuat kesimpulan bahawasanya boleh bagi sebuah parti politik islam untuk mencalonkan orang kafir sebagai wakil rakyat pada pilihan raya. Jawapan bagi argumentasi tersebut adalah sebagai berikut:
Pertama, konteks Rasulullah saw ketika menetapkan piagam Madinah adalah sebagai ketua negara, bukan sebagai pemimpin sebuah parti politik, atau gerakan. Walhasil, tidak benar jika kita menganalogkan sebuah hukum, yang faktanya berbeza. Fakta pemimpin negara berbeza dengan pemimpin sebuah parti politik. Apakah kita akan menyatakan bahawa seorang pemimpin parti politik boleh merejam pelaku zina, hanya kerana berpedoman kepada perbuatan Rasulullah Saw yang pernah menjatuhkan sanksi rejam kepada seorang penzina muhshon. Tentunya, kita tidak boleh menjatuhkan sanksi kepada pezina muhson tersebut. Sebab, konteks Rasulullah Saw ketika menjatuhkan sanksi harus dilihat bahawa beliau sebagai seorang ketua negara, bukan sebuah pemimpin gerakan. Walhasil, piagam Madinah tidak boleh dijadikan sebagai dalil untuk membolehkan sebuah parti mencalonkan orang kafir sebagai wakil rakyat. Sebab, konteks yang ditunjuk oleh peristiwa itu (piagam Madinah) adalah negara, bukan parti. Jadi, bila piagam Madinah —konteksnya adalah negara— diqiyaskan dengan parti, maka ini tidak dibenarkan secara ushul, sebab konteks perbincangannya berbeza.
Kedua, argumentasi jika penduduk muslimnya sedikit, maka seorang kafir boleh dicalonkan sebagai wakil rakyat, sedangkan jika penduduk muslimnya banyak, kaum kafir tidak boleh dijadikan sebagai wakil rakyat, adalah argumentasi yang tidak didukung sama sekali oleh dalil, bahkan tidak memiliki dalil sama sekali. Sebab, keharaman memberikan wala’ kepada kaum kafir tidak didasarkan pada sedikit atau banyaknya jumlah kaum muslimin. Buktinya, ketika jumlah kaum muslim di Quraisy masih sangat sedikit, rasulullah saw menolak tawaran kekuasaan dari orang-orang Quraisy.
Ketiga, untuk menetapkan status hukum boleh atau tidaknya seorang muslim menjadikan orang kafir sebagai wakil rakyat, juga tidak boleh dikaitkan dengan, ”Apakah mereka mendatangi, dan meminta dicalonkan sendiri, atau tidak.” Atau, “Mereka hanya menjadi wakil rakyat ADUN atau tidak.” Sebab, pertimbangan seperti ini bukanlah dalil syara’. Jika kaum kafir dilarang menjadi penguasa, atau wakil rakyat, maka walaupun mereka meminta sendiri hukumnya tetap haram, tidak berubah.
Secara teknikalnya, ketika parti Islam telah menempatkan kaum kafir sebagai wakil rakyat, bererti bukan individu kafir itu yang mencalonkan dirinya sebagai wakil rakyat, akan tetapi parti itu sendiri. Walaupun proses awalnya, orang kafir itu yang memohon sendiri. Ketika seseorang telah menjadi wakil rakyat Parti Islam tak, maknanya, orang tersebut telah dipilih dan dicalonkan oleh Parti Islam tak untuk menjadi anggota legislatif, bukan orang itu mencalonkan dirinya sendiri untuk menjadi wakil rakyat. Sebab, orang itu tidak boleh disebut wakil rakyat Parti Islam tak jika tidak dicalonkan oleh Parti Islam tak sendiri.
Keempat, benar dalam pandangan Islam, seorang kafir boleh menjadi anggota majlis ummat. Akan tetapi, mereka hanya memiliki hak untuk melaporkan keburukan-keburukan pelaksanaan syariat Islam, serta kezaliman dan penyimpangan yang dilakukan oleh penguasa Islam. Sedangkan untuk memberikan aspirasi dalam hal membuat hukum, dan aturan mereka sama sekali tidak boleh dilibatkan. Namun demikian, majlis umat adalah representasi dari badan sebuah negara, bukan badan sebuah parti atau gerakan. Parti politik Islam ditubuhkan untuk memperjuangkan hukum-hukum Islam, dan mengubah masyarakat sejajar dengan ‘aqidah Islam. Oleh kerana itu, anggota parti politik harus memiliki ‘aqidah Islam, alias muslim. Dengan kata lain, parti politik Islam tidak boleh beranggotakan orang-orang kafir. Sebab, bagaimana mereka boleh mengubah sistem yang tidak Islami menjadi sistem yang Islami, sementara itu mereka tidak memiliki ‘aqidah Islam?
Tatkala, sebuah parti Islam mengangkat orang kafir menjadi wakil rakyat (calon legislatif), sama ertinya parti tersebut telah mengangkat orang kafir menjadi anggota gerakannya. Padahal, keanggotaan orang kafir dalam sebuah gerakan adalah tindakan bid’ah yang menyimpang dari tuntunan agama yang lurus.
Apa komen ustaz ?....kebelakangan ini saya melihat ramai ahli keliru dengan pendekatan pas dalam beberapa perkara...termasuk isu meraikan Deepavali yang dulunya turut dipegang haram oleh Pas. Tindakan para pimpinan yang dilihat drastik dan mencabar prinsip begitu menekan ahli bawahan, apatah lagi program penerangan tidak dilakukan dengan efektif.....saya harap sangat pemimpin pas jangan terlalu ghairah meraih sokongan orang luar yang memang suka dan tak berhenti memuji keterbukaan kerja dakwah pas ini, sehingga melupakan ahli lama yang semakin letih utk cuba memahami tindakan pimpinan.
PAS digesa beri keahlian penuh pada bukan Islam
Okt 18, 09 8:02pm
Pemuda Gerakan Kedah menyifatkan cadangan PAS untuk menjadikan Kelab Penyokong PAS sebagai satu sayap parti itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap orang bukan Islam.
"Sekiranya PAS benar-benar ingin menyerap rakyat bukan Islam ke dalam parti itu, PAS harus memberi keahlian penuh kepada anggota Kelab Penyokong PAS dan bukannya keahlia jenis kelas kedua yang hanya bertaraf sayap," kata Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang.
Beliau memetik kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Haji Awang yang dilaporkan berkata sokongan dari kalangan bukan Islam terhadap parti itu dilihat semakin meningkat dan dibuktikan dengan kesungguhan mereka dalam membantu jentera PAS dalam menghadapi beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.
"Datuk Seri Abdul Hadi mungkin telah terkeliru dengan ahli bukan Islam dari DAP dan PKR yang telah bekerja untuk jentera pilihan raya kecil Pakatan Rakyat," kata Tan dalam satu kenyataan.
Sebaliknya, kata Tan, keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang menunjukkan kekecewaan rakyat, terutama golongan bukan Islam,terhadap dasar yang dicadang dan dilaksanakan PAS di negeri Pakatan Rakyat.
"Sokongan orang bukan Islam terhadap PAS akan terus merosot sekiranya PAS masih gagal untuk menerima Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dengan kebebasan agama mengikut perlembagaan negara kita," kata Tan.
Dipetik dari malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/115332
Saya cuma nak komen mengapa PAS tak akan menang..
Bagi saya perjuangan PAS adalah tidak ikhlas kepada Allah S.W.T....99.9% penyokong PAS secara tidak mereka sedari sebenarnya tidak kerana Islam....mereka membelasah BN bukan kerana Islam tetapi kerana KUASA dan ekonomi...mereka gagal dalam persaingan ekonomi..mereka banyak hutang kerana hendak hidup mewah...mereka golongan yang gagal mengawal nafsu...bila barang naik mereka marah...sehingga mereka percaya dengan pemimpin yang tidak ikhlas bahawasanya kalau Pakatan memerintah barang tak akan naik(teori bodoh..teori nafsu..)...mungkin akan turun setiap tahun sehingga boleh dapat percuma sahaja...Islam entah ke mana....sebab tu lebih 50 th berjuang...masih tak berhasil...Allah tak izinkan...walaupun yang berdoa itu serbannya macam bakul lidahnya petah dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis...qada dan qadar Allah S.W.T saudara-saudaraku semua tak dapat terima...ramai yang mengamuk bila kalah...tuduh orang itu dan orang ini...inikah yang dikatakan pejuang Islam..kembalilah kepada perjuangan yang sebenar..walaupun lambat..lambat laun akan berhasil juga..pengundi akan melihat keikhlas anda...untuk mendaulatkan Islam...walahualam..
Post a Comment