"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Thursday, November 29, 2007

Himpunan Amarah Rakyat Terhadap BN

Hindraf, BERSIH dan Amarah Rakyat terhadap BN

25 November 2007, sekali lagi nama Malaysia disebut di peringkat antarabangsa dengan terma yang berbunyi Hindraf setelah BERSIH dimasyhurkan dua minggu yang sebelumnya. Masyarakat dunia melihat bagaimana demokrasi yang sekian lama diamalkan di negara ini secara jelas dan terang. Mereka menilai setiap aksi dan tuntutan rakyat yang berbilang di negara ini tidak kira sewaktu BERSIH mahupun Hindraf berhimpun. Dan, apa yang lebih penting mereka juga menghadam metod ataupun kaedah yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam 'mendengar' dan melayan rintihan rakyat ini.


Sebelum ini Khairy menggelarkan peserta BERSIH sebagai beruk-beruk di jalanraya dan hari ini pula Nazri Aziz menyebut bahawa peserta himpunan Hindraf adalah penyangak yang mengganggu ketenteraman negara. Semua konotasi negatif dilemparkan ke wajah rakyat negara sendiri demi menutup aib dan kelemahan dalam kepemimpinan mereka.


Jalanraya diguna setelah rakyat Lenguh dizalimi

Tempoh hari, lebih 100,000 rakyat berhimpun bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem dan pelaksanaan pilihanraya di Malaysia. Segala korupsi, rasuah, nepotisme, kronisme dan songlap berleluasa akibat kerajaan yang dipilih setiap 5 tahun ini adalah bukan pilihan sebenar rakyat. Mereka terwujud daripada sistem pemilihan yang pincang dan rakyat yang menjadi pengundinya di'buta-tuli'kan daripada maklumat sebenar.


Rakyat dizalimi dan berhimpun setelah mereka hilang kepercayaan kepada kerajaan.

Hindraf juga, dengan menggunakan kaedah yang sama iaitu turun ke jalanraya sebenarnya adalah manifestasi kepada amarah kaum India terhadap kerajaan yang ada pada hari ini. Dalam saman yang difailkan di Britain pada 30 Ogos yang lalu, mereka mempersalahkan kerajaan British kerana membawa rakyat India ke Malaya untuk menjadi buruh dan mengeksploitasi mereka selama 150 tahun. Mereka menuntut 4 trillion Pound Sterling (RM14 trillion) - atau RM1 juta bagi setiap orang India yang tinggal di Malaysia.


Saman itu juga bertujuan mendapatkan pengisytiharan bahawa Laporan Suruhanjaya Reid 1957 gagal mengambilkira hak masyarakat India apabila memberi kemerdekaan, mengakibatkan mereka didiskriminasi dan dipinggirkan hingga hari ini. Kerajaan British didakwa gagal melindungi hak kaum itu dalam Perlembagaan ketika memberi kemerdekaan kepada Malaysia.


Benar, Reid tidak menumpukan kepada perancangan jangka masa panjang untuk membangunkan kaum India secara langsung suatu ketika dahulu iaitu sebelum merdeka. Namun, Kerajaan BN yang telah memerintah selama 50 tahun itulah yang sebenarnya bersalah. Kemudi negara terletak di tangan mereka dan seharusnyalah keadilan terlaksana ke atas semua pihak tanpa mengira ras dan agama rakyat negara ini.

Kaum India merasa tertindas dan terpinggir serta ada di antara peserta himpunan itu yang memberi komen sambil menangis teresak-esak, menyebut kepada wartawan bahawa mereka merasa terhamba di negara ini.

Siapa yang meminggirkan mereka? Siapa yang menindas mereka? Siapa yang tidak melaksanakan keadilan terhadap mereka? Anda semua ada jawapannya.
Rakyat terasa dizalimi, maka akhirnya jalanraya yang mereka pilih.

Apa gunanya MIC?
Sami Vellu sebelum daripada perhimpunan itu berlangsung ada menyebut bahawa mereka tidak menyokong tindakan Hindraf. Dia juga ada meminta agar kaum India menggunakan saluran yang ada iaitu dia sendiri yang selalu berjumpa Pak Lah dan sudah semestinya boleh berbincang tentang kebajikan dan kehendak kaum India secara langsung.

“I must state here that if there is anything that affects the Indian community, the MIC will be there to fight it out even when we are partners of the Barisan Nasional. To me, I have never remained idle and I don’t waste time,” kata Sami Vellu kepada Bernama tempoh hari.

Cerita dia begini sahaja Uncle Sam, jika MIC benar-benar telah berfungsi sebagai medium untuk memajukan ataupun sekurang-kurangnya menjaga kebajikan kaum India selama 50 tahun ini, maka sudah pasti himpunan 25 November itu tidak perlu diadakan pun. Namun, dengan kemandulan yang ada pada parti terbesar kaum India itu sejak sekian lama, maka orang India mulai hilang punca dan mencari teraju dan kaedah baru dalam menuntut hak mereka.

Di mana sempadannya dalam isu ini?

Rakyat berhimpun pada 10 November dan 25 NOvember kerana mereka sudah berputus arang dan berkerat rotan dengan kerajaan. Mereka sudah tidak yakin dengan saluran yang ada untuk menyatakan rintihan dan tuntutan mereka sehinggakan perlu untuk turun menyatakan protes di jalanan. Rakyat kemudiannya dipukul, ditangkap, ditembak dengan gas pemedih mata, dimandikan dengan air pedih gatal water cannon, digelar sebagai beruk serta penyangak dan sebagainya.


Perjuangan ada risikonya, namun ia tetap perlu diteruskan.

Kendatipun begitu, kita harus meletakkan sempadan ataupun had atas setiap tindakan yang mahu dibuat. Dalam isu tuntutan Hindraf umpamanya, soal perkauman dan isu sensitif tidak wajar untuk dimainkan. Jangan kita cuba untuk mengubati tempat yang bersalahan dengan yang sakit. Contohnya, mengubati kaki sedangkan yang sakit adalah hidung kita.
Pada pandangan peribadi saya, Hindraf patutnya bertindak secara lebih sederhana dalam semua aspek tidak kira sewaktu berhimpun serta berdepan dengan polis dan juga ketika menulis tuntutan di dalam memorandum mereka. Bahkan, tindakan menyaman bekas penjajah dengan tuntutan 14 trilion saya rasakan tidak rasional dan terlalu nampak ianya bersifat provokatif.

Seandainyalah, (baca:kalaulah) mereka menang dalam saman ini, tidakkah dunia ini akan huru hara dengan saman-saman yang bakal dikemukakan oleh banyak bangsa di dunia ini yang pernah terjajah dan tereksploitasi suatu ketika dahulu. Britain mungkin akan bankrup kerana mereka mempunyai puluhan negara komanwel yang akan menyaman mereka dengan nilaian wang yang besar-besar belaka. Tidakkah kita orang Melayu tidak mahu menyaman Thailand (Siam), Portugal (Portugis), Belanda, Jepun dan juga Britain kerana pernah menjajah dan berbuat jahat kepada kita?

Angin perubahan sudah melanda, naikkan layar rakyat!
Seorang pimpinan berkata, "HINDRAF sepatutnya menumpukan perhatian mereka kepada kerajaan BN yang bertanggungjawab di atas salahguna kuasa yang telah menindas kaum India yang miskin, dan juga pada masa yang sama gagal menyelesaikan masalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, warna kulit ataupun agama".

Ya, itu adalah fokus rakyat saat ini. Masalah kezaliman dan ketidakadilan bukan sahaja melanda kaum India, tetapi juga orang Melayu, Cina, Iban, Kadazan, Orang Asal dan sebagainya. Lantas, menjadi hak dan tanggungjawab kita untuk mengubah semuanya ini.

Anda sedia untuk berubah? Sekarang adalah masa untuk berubah. Gelombang Kuning!



Nazman Ibrahim
Pengerusi
Lujnah Perpaduan Nasional
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.

http://www.hanfeitsu.blogspot.com/

Wednesday, November 21, 2007

Tanggung Jawab Di Kota...Tahniah Pemuda Johor


Pagi 20 November 2007, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor sekali lagi bersama-sama dengan kaum India di Johor ini. Kali ini, kami bersama-sama dengan rakyat khusus untuk memperjuangkan hak semua kaum dalam bidang pendidikan.

Seramai 300 orang rakan-rakan kaum India turun berdemonstrasi di hadapan Pejabat Menteri Besar Johor untuk meminta kerajaan lebih prihatin kepada kebajikan sekolah-sekolah Tamil yang ada di negeri ini.Maklumat yang saya perolehi daripada Saudara Poopathy, penggerak kepada Semparuthi Thorlagal (Persahabatan Bunga Raya), bilangan sekolah Tamil yang 'hidup segan mati tidak mahu' di Johor ini ialah sekitar 70 buah sahaja.

Kesemuanya berada dalam keadaan yang amat dhaif. Kerajaan BN yang juga di dalamnya terdapat MIC sebagai parti komponen utama yang mewakili kaum India, kelihatan secara terang-terang melayan sekolah Tamil ini seakan-akan anak tiri di dalam pendidikan negara.

Saya hampir menitiskan air mata apabila seorang guru yang mengajar di salah sebuah sekolah Tamil di Kangkar Pulai menceritakan permasalahan mereka. Kata beliau, mereka tidak kecukupan kelas dan bangunan sehingga terpaksa 'menumpang' salah sebuah sekolah kebangsaan yang berdekatan.

Dan, tambah menyedihkan ialah diskriminasi yang dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah itu kepada pelajar dan guru mereka. Para pelajar sekolah mereka, yang 'menumpang' kelas di sekolah itu tidak dibenarkan untuk masuk ke sekolah menggunakan pintu pagar yang sama dengan pelajar sekolah kebangsaan tersebut. Malahan, guru-guru juga diminta untuk menggunakan pintu pagar belakang untuk memasuki sekolah itu! Daripada segi kemudahan dan infrastruktur sekolah pula, mereka tidak dibenarkan untuk berkongsi makmal komputer dan yang lain-lainnya sehingga menyebabkan ramai anak-anak murid yang agak ketinggalan dalam teknologi terkini.Sedih, memang sedih. Mengapa masih ada sikap pesimis antara kita di Malaysia ini walaupun sudah 50 tahun merdeka?

Sewaktu saya diminta berucap dalam himpunan ini bagi mewakili kaum Melayu, saya menyebut bahawa kerajaan sememangnya bersikap tidak adil dalam bidang pendidikan. Bukan sahaja sekolah Tamil dan Cina yang menjadi mangsa, malahan sekolah agama rakyat juga telah lama di'anak tiri'kan oleh kerajaan.Saya juga menyebut bahawa Islam mengajar kita untuk saling hormat-menghormati dan menghargai semua manusia.

Tuhan telah menjadikan kita semua dalam bentuk pelbagai bangsa dan memiliki bahasa yang cukup unik serta berlainan. Maka, menjadi tanggungjawab sesama kita untuk saling menghormati dan menghargai setiap insan. Kita juga perlu memelihara pendidikan dalam bahasa ibunda kita.

Islam adil kepada semua kaum tidak kira apa ras dan bangsa serta agama mereka. Saya menyebut Dato' Ng Yen Yen yang sekarang ini menjadi Timbalan Menteri Kewangan dan mewakili BN sebagai contoh terbaik akan keadilan pemerintahan Islam. Ng Yen Yen pernah menerima biasiswa daripada Kerajaan PAS Kelantan sewaktu era pemerintahan Dato' Asri dahulu. Ini menunjukkan bahawa pendidikan adalah milik semua mengikut pandangan pemerintahan Islam. Ucapan saya disambut dengan tepukan gemuruh mereka.

Akhirnya, saya meminta agar mereka semua meneruskan perjuangan sehingga hak dan tuntutan mereka didengari oleh pihak berwajib. Hidup hidup, hidup rakyat!

Pemuda PAS Johor Bahru, Saudara Zaaba dan adiknya Razak juga turut hadir memberikan sokongan.

Bersama Saudara Nyam, Koordinator SUARAM Johor Bahru yang turut hadir memberikan kerjasama dan semangat. Kami juga menghadiahkan 'maruku perpaduan' kepada Suaram sempena Deepavali ini. Beberapa paket besar maruku juga dihadiahkan kepada Semparuthi Thorlagal.




Nazman Ibrahim

Pengerusi
Lujnah Perpaduan Nasional
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.
nazman_mpm@yahoo.com.sg
013 7207883

Monday, November 19, 2007

PAS tidak memilih bulu sebagaimana UMNO


Ng Yen Yen pernah terima biasiswa kerajaan PAS Kelantan

MD Hakimi Sun Nov 18, 07 5:50:36 pm MYT

PENGKALAN CHEPA, 18 Nov (Hrkh) - Sebelum ini banyak pihak mendakwa PAS tidak berkompromi dengan orang bukan Islam, namun segala tuduhan itu jauh meleset.

Ini kerana sejak dahulu lagi bukan Islam mendapat keistimewaan daripada PAS. Ini dibuktikan apabila Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Ng Yen Yen seorang anak kelahiran Kelantan pernah mendapat biasiswa kerajaan PAS ketika zaman Dato’ Asri Muda.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi Negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri memberi biasiswa kepada semua pelajar yang layak termasuk anak-anak orang Cina.

Antara mereka yang pernah menerima biasiswa kerajaan PAS Kelantan ketika itu termasuk Dato Ng Yen Yen yang kini Timbalan Menteri Kewangan. Dan apabila PAS kembali memerintah Kelantan pada tahun 1990 dasar kebajikan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama diteruskan kembali, katanya ketika merasmikan majlis ramah mesra antara kaum di Kampung Sering, Pengkalan Datu, baru-baru ini.

Ng Yen Yen, 58 kini anggota Parlimen Raub dilahirkan di Kelantan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Zainab, Kota Bharu dan Sekolah Menengah Zainab sebelum melanjut pengajian ke Victoria Institution, Kuala Lumpur.

Pernah memegang jawatan Pengerusi Kebangsaan Wanita MCA, Naib Pengerusi MCA, Pengerusi Wanita Negeri Pahang, Setiausaha Agung Kebangsaan Wanita MCA dan Timbalan Setiausaha Agung MCA Kebagsaan. Mohd Amar berkata, Kelantan meletakkan Islam sebagai paksi pemerintahan yang memberi peluang sama rata kepada rakyat termasuk bukan orang Islam.

Menurutnya kerajaan Kelantan di bawah kepemimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat meneruskan sikap terbuka serta berlaku adil kepada semua rakyat termasuk golongan minoriti.

Walaupun berlainan bangsa dan agama tetapi kita semua adalah manusia yang diciptakan Allah. Kerana itu Islam menuntut semua manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan mesti hidup berbaik-baik dan menghormati satu sama lain,katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri.

Menurut Mohd Amar di atas sifat kemanusiaan semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama perlu saling menghormati dalam perkara-perkara yang membawa kebaikan, kebajikan dan kebenaran. Kita sesama Islam adalah bersaudara dalam erti kata saudara dalam akidah yang sama.

Dan dengan orang bukan Islam juga bersaudara dalam pengertian sesama manusia, jelas beliau. Program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan itu mendapat sambutan hangat apabila lebih 500 penduduk kampung yang terdiri daripada kaum Cina dan Melayu hadir.

Menurut Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Chia Chuan Lay kawasan terbabit sebelum ini merupakan kubu kuat MCA. Kejayaan kerajaan negeri mengadakan program bersama masyarakat Tionghua di kawasan ini merupakan tamparan hebat kepada Barisan Nasional khususnya MCA.

Sebelum ini PAS tidak pernah berjaya mengadakan program di sini. MCA semakin bimbang kerana kini sudah ada orang Cina yang sanggup membenarkan rumah mereka dijadikan tempat penganjuran program kerajaan negeri,ujarnya.

Pada majlis itu Mohd Amar menyerahkan cek manfaat Skim Takaful Kifaalah sebanyak RM2,000 kepada seorang waris warga emas kaum Cina yang meninggal dunia.

Selain itu 15 warga emas kaum Cina menerima kad Takaful Kifaalah dan 70 keluarga lagi menerima barangan keperluan harian. Manakala golongan belia menerima peralatan sukan yang disumbang anggota Exco, Dato Anuar Tan Abdullah

'Politiking' Punca Merudum!

Faktor politik punca ranking universiti tempatan merudum


Intan Abdullah


Sun Nov 18, 07 3:11:11 pm MYT


KUALA LUMPUR, 18 Nov (Hrkh) - Tiada sebuah pun universiti di Malaysia tersenarai di kalangan 200 universiti terbaik dunia, berdasarkan penarafan Times Higher Education Supplement (THES) tahun ini.

Tahun lepas, dua universiti tempatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) berada dalam senarai 200 universiti terbaik dunia.

"Kita sangat kecewa apabila kedua-dua universiti yang tersenarai dalam ranking tersebut sebelum ini sepatutnya memperbaiki kedudukannya dan bukannya semakin merosot," ujar Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa.

Jelasnya antara indikator atau kayu ukur yang menjadi punca kejatuhan ranking kedua-dua universiti tersebut adalah disebabkan unsur-unsur campurtangan politik dalam pentadbiran universiti dan kajian yang dijalankan tidak menepati spesifikasi rujukan pelbagai pihak.

Tegasnya, para pengkaji dan mahasiswa tidak diberikan kebebasan untuk menjalankan kajian dan penyelidikan.

"Masalahnya, sekarang universiti kita terlalu mengongkong dan terlalu banyak unsur politiking, lebih-lebih lagi dalam soal pelantikan jawatan tinggi di peringkat pentadbiran," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Tambahnya, pelantikan yang dibuat biasanya adalah kerana kecenderungan mereka kepada parti politik pemerintah serta tidak mempunyai sebarang rekod keterlibatan dengan politik yang lain.

"Hal ini adalah amalan yang menggambarkan tidak profesional kerana mencampuradukkan persoalan tersebut dengan etika keintelektualan yang dipegang oleh institusi pengajian tinggi," ringkasnya.

Bahkan jelasnya lagi, suasana yang berlaku di universiti kini seharusnya mampu untuk melahirkan daya pemikiran para cendekiawan yang berkualiti serta bebas daripada keterikatan dan kongkongan politik

"Memang diakui bahawa universiti-universiti di Malaysia terkenal dengan jawatan-jawatan yang diberikan kerana terdapat campurtangan politik," dakwanya.

"Mereka yang dilantik perlu diteliti kelayakan mereka, bukan sekadar kecenderungan politik. Orang yang layak berada di sesuatu kedudukan pula dinafikan akibat fahaman politik yang berbeza," katanya.

Bahkan tambah Dr Mujahid, ramai yang dilantik hanya kerana mereka terkenal selepas muncul di kaca televisyen dan majlis sosial tanpa menitik beratkan soal kriteria kelayakan yang sebenar.

Beliau berpendapat Institusi pengajian tinggi negara seharusnya berupaya untuk menghasilkan lebih ramai tokoh-tokoh akademik yang boleh memberikan sokongan kepada semua bidang supaya boleh menjadi sumber rujukan kepada semua pihak.

"Kebebasan berfikir tanpa sebarang kongkongan adalah penting untuk mengelakkan daripada gejala terbantutnya kualiti idea yang dijana.

"Ini kerana kesan daripada idea yang terbantut adalah mahasiswa yang dididik dengan sistem pendidikan kelas pertama dengan tidak mengetepikan unsur pembangunan spiritual.

"Bagaimana hendak melahirkan generasi yang kompetitif, cemerlang jika sekiranya pandangan dan suara mereka dikongkong?" ujarnya kepada Menteri Pengajian Tinggi.

Sementara itu, Dr Mujahid juga menyatakan faktor lain adalah kerana kajian-kajian yang dijalankan tidak menjadi rujukan akibat kualiti hasil kajian yang kurang memuaskan.

Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris - UMNO Bertanggungjawab!

Pengajaran Sains, Matematik dalam BI, Umno dan Kementerian Pelajaran perlu bertanggungjawab
Ali Bukhari Amir

Mon Nov 19, 07 12:16:20 pm MYT

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - "Lama-lama bahasa Melayu terus terpinggir. Kita tak sedar kadang-kadang kita dipermainkan. Saya sedih jika hal begini pun kerajaan atau lebih tepat lagi Umno tidak mampu menanganinya.


"Kalau Kementerian Pelajaran teruskan menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran di sekolah, tidak tahu di mana harus disorokkan muka, khasnya kepada kaum-kaum lain," kata bekas Naib Canselor UTM, Tan Sri Ainuddin Wahid di dalam wawancara Mingguan Malaysia kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usul yang dimajukan wakil Badan Perhubungan Umno Johor, Senator Mohd Puad Zarkashi dalam Perhimpunan Agung Umno ke-58; iaitu pengembalian kaedah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.

"Sepatutnya bahasa yang digunakan di sekolah ini tidak harus diubah kerana jelas bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Bagi saya tidak mungkin kementerian tidak mengetahui hakikat masyarakat kita. Anak-anak kita lahir bercakap Melayu.

"Masalah makin besar kerana para pelajar kita hakikatnya tidak begitu memahami kedua-dua subjek ini. Kalau mengajar dengan mengguna bahasa lain, lagi susah mereka hendak menerimanya," ujar beliau.

Ainuddin berkata, beliau menolak andaian sesetengah pihak yang menyatakan keperluan belajar bahasa Inggeris amat mendesak, kerana ilmu sains dan teknologi itu ditulis dalam bahasa tersebut.

"Semasa penjajahan Jepun, saya belajar bahasa Jepun. Dengan izin Allah, saya jadi Naib Canselor. Hakikat itu yang kita tidak perasan atau buat-buat tak perasan.

"UM dulu bahasa pengantarnya bahasa Inggeris tapi pencapaian pelajar Melayu tidaklah bagusnya, begitu juga ketika saya di Maktab Teknik. Soviet Union tidak gunakan bahasa Inggeris tetapi negara itulah yang lebih awal pergi ke bulan," ujarnya.

Pihak kerajaan, tambah Ainuddin, diminta supaya tidak sesekali membenarkan kaum lain mengetepikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Saya sanggup berdepan dengan apa jua tindakan selagimana saya benar. Mungkin orang nampak kenyataan ini bersifat perkauman, sebenarnya tidak. Saya cuma jaga kepentingan kedudukan bahasa kebangsaan kita.

"Saya cakap begini bukan kerana benci kepada pihak-pihak tertentu tapi bagi saya inilah kenyataan yang sepatutnya orang Melayu fikir bersama. Kita tak sedar pengaruh mereka kerana mereka melakukannya dengan amat halus, kelemahan kita ialah selalu beri ruang.

"Tapi saya mengandaikan yang ada jarum cuba masuk. Sebenarnya tujuan mereka mahu mengetepikan bahasa kebangsaan, itu yang saya terfikir pada masa itu. Saya tidak faham kenapa kementerian mahu lakukan perubahan mengajar dalam bahasa Inggeris ini," jelas Ainuddin lagi.

Apakah sebab tiada bantahan kuat serta menyeluruh oleh bangsa Melayu ke atas dasar itu sejak awal dahulu? Dalam hal ini, Ainuddin berkata: "Saya fikir, kerana budaya kita akur kepada apa saja yang dikatakan oleh menteri, kita tidak berani berhujah dengan mereka.

"Sebab itu, saya minta kementerian buat kajian. Saya bermula di sekolah Melayu sampai darjah empat baru masuk sekolah Inggeris. Tidak pula saya rasa macam menghadapi masalah besar mempelajari bahasa Inggeris. Cuma saya bimbang ada unsur lain.

"Sudah lama sangat kita perjuangkan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, ini kita hendak undur. Jika ada bukti sahih mengatakan mengajar dalam bahasa Inggeris langkah yang baik, saya boleh terima," tambah beliau lagi.

Ketika disoal, kenapa beliau tidak boleh berkompromi tentang isu bahasa Melayu, beliau berkata: "Kerana ia aib kepada orang Melayu.

"Apa yang dikhuatirkan ialah, mulanya mengajar subjek Sains dan Matematik, lama-lama bahasa pengantar subjek lain pula. Akhirnya bahasa kebangsaan bertukar daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris.

"Saya malu bercakap Inggeris dengan orang Melayu," tegas Ainuddin.

Rekod Buruk Umno Terhadap Raja-Raja Melayu

Jangan lupa rekod buruk Umno terhadap Raja-raja Melayu

- Mat Zain Mat Isa

Mon Nov 19, 07 12:09:03 pm MYT

Barangkali para pemimpin Umno masih berpegang kepada salah satu ungkapan keramat bekas Presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu, iaitu 'Melayu mudah lupa'.

Walaupun pemimpin yang mengungkapkan kata-kata itu kini tidak lagi sepopular dulu di kalangan orang-orang Umno sendiri, malah ada yang sudah menganggap tindakan dan ucapannya kebelakangan ini lebih banyak menguntungkan pembangkang, sebahagian idea dan perancangan ditinggalkan Tun Mahathir masih menjadi ikutan dan amalan Umno hingga kini.

Salah satu legasi itu ialah pemahaman bahawa orang-orang Melayu mempunyai sifat mudah melupakan sesuatu yang mereka alami atau hadapi.

Berbekalkan 'mindset' itu barangkali, para pemimpin Umno kini begitu ghairah membantai para pemimpin pembangkang yang dituduh kononnya cuba mengheret dan memerangkap institusi raja Melayu ke kancah politik negara.

Para pemimpin Umno mahu meyakinkan rakyat seolah-olah mereka adalah pihak yang sangat prihatin dan bertanggungjawab dalam menjaga kemuliaan raja-raja Melayu.

Dalam melakukan yang demikian, mereka seolah-olah beranggapan bahawa seluruh rakyat Malaysia, terutama orang-orang Melayu telah melupakan beberapa episod lalu, di mana para pemimpin Umno dengan begitu ganas dan biadab menghina dan menjatuhkan martabat raja-raja Melayu secara terbuka.

Media massa arus perdana hingga semalam (18 November) masih galak mengulas dan membicarakan secara begitu negatif mengenai Himpunan 100,000 Rakyat anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di ibu negara 10 November lalu.

Setelah usaha demi usaha menggagalkannya dilakukan pihak berkuasa akhirnya menemui kegagalan, kini para pemimpin kerajaan cuba pula memutarbelit beberapa fakta mengenainya.

Dikatakan himpunan tersebut gagal menarik penyertaan melebihi 4,000 orang. Sebaliknya ia didakwa telah mencetuskan ketakutan kepada warga bukan Islam. Didakwa juga ia telah menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada para peniaga di sekitar kawasan terbabit.

Ada juga dakwaan kononnya pelancong asing takut untuk datang ke negara ini. Bahkan, di antara pelancong yang telah menempah penginapan di hotel-hotel sekitar ibu negara dikatakan membatalkan tempahan mereka kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Paling digembar-gemburkan kini ialah pihak pembangkang telah memerangkap institusi raja ke kancah politik apabila mempersembahkan memorandum rakyat kepada Istana Negara.

Matlamat di atas kesemua gambaran negatif itu ialah agar sebarang kredit tidak diberikan kepada pihak penganjur perhimpunan itu (yang diterajui parti-parti pembangkang).

Di masa sama, para pemimpin kerajaan yang jelas merasa terpukul apabila rakyat tidak mengendahkan larangan dan ugutan yang mereka keluarkan, kini berusaha memulihkan imej dan harga diri mereka yang bagai dihinjak itu.

Setakat ini serangan paling banyak dibuat pihak kerajaan terhadap pihak penganjur himpunan itu ialah dengan memainkan sentimen rakyat di atas kedaulatan raja-raja dan keselamatan negara. Seolah-olah pembangkang menaja keganasan dan huru-hara. Di masa sama, pembangkang juga menodai dan mencemarkan institusi raja-raja Melayu.

Dalam hal ini, ada dua perkara berasingan yang patut diambilkira dalam menilai rasional tindakan Bersih dan dakwaan para pemimpin Umno itu. Pertama, fungsi sebenar Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu dalam pemerintahan negara/negeri. Kedua, rekod Umno dalam isu berkaitan kedaulatan raja-raja Melayu.

Menurut semangat Perlembagaan Malaysia, jawatan Yang Dipertuan Agong tidak diwujudkan semata-mata bagi mempastikan kesinambungan kuasa politik Melayu dari zaman dahulukala ke zaman moden. Tidak juga semata-mata untuk memenuhi kehendak emosi atau psikologi orang Melayu yang memerlukan seorang pelindung atau “payung”.

Perlembagaan Malaysia cuba memastikan kuasa-kuasa yang penting diedarkan antara beberapa pihak dan badan tertentu, dan tidak hanya terkumpul kepada pemimpin politik.

Untuk itu, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu ada peranan tersendiri dalam sistem kerajaan moden iaitu sebagai tempat yang paling sesuai untuk diletakkan beberapa kuasa bagi mempastikan keadilan dan kewibawaan kerajaan dalam proses politik. Kuasa itu akan memastikan semua pihak, bukan sahaja pemerintah, dilindungi kepentingan mereka.

Oleh yang demikian adalah bertepatan dengan semangat Perlembagaan Negara jika parti-parti pembangkang juga mendekati Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu supaya baginda boleh diberitahu pendirian, kepentingan dan kebimbangan rakyat mengenai apa jua perkembangan dalam negara.

Dengan itu baginda boleh mengambilkira pandangan dan maklumat yang diberikan, dalam melaksanakan kuasa yang ada pada baginda. Perlu diingat bahawa Raja-raja Melayu tidak bergantung kepada pemimpin politik negara untuk memperolehi jawatannya. Justeru baginda boleh bertindak bebas dan adil.

Di satu pihak lain, rakyat masih belum lupa bagaimana para pemimpin Umno telah berusaha menghakis fungsi dan kuasa yang ada pada raja-raja Melayu. Beberapa episod hitam terhadap institusi raja di negara ini dalam dua dekad kebelakangan ini boleh dijadikan contoh. Antaranya ialah isu pindaan Perlembagaan 1983 (kuasa meluluskan undang-undang), pindaan Perlembagaan 1993 (imuniti raja-raja) dan insiden pertabalan 'sultan baru' di Kelantan.

Dalam isu pindaan Perlembagaan 1983, para pemimpin Umno telah melakukan beberapa tindakan di luar peruntukan Perlembagaan, sekaligus membelakangi raja-raja. Antaranya, BN telah secara rahsia membawa pindaan itu ke kabinet dan kemudiannya ke Parlimen, tanpa terlebih dahulu mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja.

Sedangkan menurut Perkara 38 (4) Perlembagaan Persekutuan: "Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja."

Pindaan Perlembagaan itu telah dibawa ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kemudian diluluskan pada Ogos 1983. Di antara pindaan dibuat ialah berkaitan Fasal 66 (5). Peruntukan asal berbunyi, "Rang Undang-undang akan dikuatkuasakan apabila Yang di-Pertuan Agong menandatanganinya."

Peruntukan tersebut dipinda kepada, "Rang Undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani di dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang Undang-undang itu berkuatkuasa sebagai Undang-undang."

Turut dipinda ialah peruntukan pada Fasal 150 (1), di mana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga dalam negara ini, maka Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut.

Kedua-dua pindaan itu jelas menghakis kuasa Yang di-Pertuan Agong, sekaligus menjadikan PM orang yang paling berkuasa. Cerita mengenai pindaan itu kekal rahsia sehinggalah bekas Setiausaha Agung Umno, Dato' Senu Abdul Rahman memecahkannya di satu sidang akhbar pada 5 Oktober 1983. Ia kemudiannya merebak menjadi krisis Perlembagaan apabila raja-raja Melayu membantah pindaan itu dan tidak bersedia menandatanganinya. Pindaan itu akhirnya dipinda semula.

Pada 1993, Umno sekali lagi mengusik institusi Raja-raja Melayu apabila mencadangkan pindaan Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh soal kekebalan atau imuniti raja-raja. Benar, di dalam Islam pun tidak ada pihak yang sepatutnya dianggap kebal di sisi undang-undang. Bagaimana pun, dalam usaha mencapai hasrat pindaan itu, Umno telah melakukan kesilapan lagi – ia bertindak terlalu biadab dalam menelanjangi dan mengaibkan Raja-raja Melayu.

Media massa milik kerajaan dimanipulasi secukupnya bagi meruntuhkan wibawa raja-raja Melayu secara terbuka dan meluas. Cerita memburuk-burukkan peribadi raja diulangsiar dan dibesar-besarkan. Rakyat diapi-apikan sentimen dan emosi bencikan raja dengan pembongkaran kehidupan istana yang mewah dan membazir.

Beberapa menteri kabinet mendedahkan tentang pemilikan harta oleh raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Filem-filem Melayu lama yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.

Tidak cukup dengan itu, ada pemimpin Umno yang terlalu dirasuk perasaan bencikan raja sampaikan tergamak mengadakan majlis pertabalan "Sultan Baru" di negerinya. Kejadian itu berlaku di Kelantan, apabila Datuk Seri Annuar Musa "menabalkan" Tengku Ibrahim Petra sebagai "Sultan Kelantan".

Ketiga-tiga episod yang melibatkan penghinaan terhadap martabat raja-raja Melayu itu dicetus dan dimainkan para pemimpin Umno. Dalam ketiga-tiga episod itu, pihak pembangkang memainkan peranan sangat bermakna dalam mempertahankan kemuliaan institusi raja. Rakyat negara ini tidak akan lupa dengan episod-episod itu.

Kini, Umno cuba tampil ke tengah masyarakat sebagai pihak yang kononnya menjaga kedaulatan dan kemuliaan raja-raja. Di masa sama pembangkang pula dituduh sebagai pihak yang cuba mencemar institusi raja.

Para pemimpin Umno jangan ingat imej dan reputasi buruknya terhadap raja-raja Melayu dapat dibaiki semudah itu. Dia perlu ingat, bukan semua Melayu yang mudah lupa!

PAS Tetap Menjunjung Kasih

PAS tetap menjunjung kasih kerana memorandum tidak ditolak
Abdul Halim Mohd Rashid

Sun Nov 18, 07 2:55:31 am MYT

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Hrkh) - PAS tetap menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memberikan perkenan untuk menerima memorandum yang dikemukakan oleh Bersih kepada baginda, kata Ketua Penerangannya, Mahfuz Omar.


Serentak dengan itu, beliau juga mengingatkan para pemimpin Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya jangan cepat merasa lega dengan kenyataan Dato' Wan Mohd Safiain Wan Hasan enam hari selepas "undi tidak percaya" 10 November lalu. Carian menunjukkan Wan Mohd Safiain ialah ahli Umno bahagian Gombak dengan nombor keahlian 03728983

"PAS menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agung kerana bersetuju menerima wakil-wakil yang dikemukakan kepada baginda untuk menghantar memorandum Bersih setelah baginda menitahkan agar draf memorandum Bersih dikemukakan kepada Baginda," kata beliau.

Kepada PAS, kesudian Yang di-Pertuan Agong menerima memorandum yang menyuarakan keresahan rakyat baginda itu sudah lebih dari mencukupi dan "PAS tidak pernah meminta atau mendakwa yang bukan-bukan".

"Sejak dari draf Memorandum Bersih dikemukakan kepada baginda sebelum baginda bersetuju menerima pengaduan rakyat itu, Yang di-Pertuan Agong tidak pernah menyatakan baginda menolak keresahan dan pengaduan rakyat baginda yang terkandung di dalam memorandum itu.

"Kalau baginda menganggap kandungan memorandum itu fitnah, sudah tentu baginda enggan menerimanya setelah membaca draf memorandum tersebut yang dikemukakan terlebih dahulu sebelum 10 November lalu," katanya.

Sebab itulah, katanya, PAS merasa amat terhutang budi dan menjunjung kasih kepada baginda sedangkan Perdana Menteri sendiri tidak pernah melayan rakyat sebegitu rupa.

"Jelas dan nyata Yang di-Pertuan Agong amat mengasihi dan bersimpati dengan rakyat baginda, tidak seperti Perdana Menteri yang bukan sahaja tidak bersimpati sedikit pun dengan keresahan rakyat malah dengan angkuh mengherdik rakyat bahawa beliau pantang dicabar manakala menantunya pula menghina rakyat dengan memanggil beruk kepada mereka.

"Sedangkan, rakyat hanya meminta pilihan raya yang adil dan bersih bukan hendak menggulingkan Perdana Menteri yang amat ketara begitu rakus menggunakan kedudukannya sekarang," kata beliau.

Mahfuz mengingatkan Perdana Menteri bahawa gabungan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menerima memorandum Bersih dan himpunan rakyat yang terbesar dalam sejarah di tengah-tengah ibu kota 10 November lalu adalah undi tidak percaya kepada beliau dan kerajaannya serta perjalanan pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih yang dipertahankan dengan begitu angkuh.

"Hakikat bahawa rakyat telah menyahkan amaran Perdana Menteri dan alat perkakasnya serta turun seperti lautan kuning di tengah-tengah ibu kota merupakan bukti yang sangat jelas bahawa mereka sanggup berdepan dengan apa sahaja. Apa yang lebih penting kepada meraka ialah negara mesti diselamatkan," katanya lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, pihaknya hanya menyatakan bahawa penganjur Himpunan Aman Bersih diminta oleh para pegawai Istana Negara untuk mengemukakan senarai nama wakil-wakil Bersih yang akan menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

PAS tidak pernah menyatakan bahawa perkenan Yang di-Pertuan Agong diminta atau diberikan, tegas beliau.

Saturday, November 17, 2007

Ingatan Tuan Guru Dato' Presiden!


Jangan lagakan rakyat dengan raja - Presiden PAS
Nyza Ayob
Sat Nov 17, 07 10:31:23 am MYT


KUALA LUMPUR, 17 Nov (Hrkh) - PAS menyeru agar jangan ada mana-mana pihak cuba melaga-lagakan di antara rakyat jelata dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin, Raja-raja Melayu atau pihak istana.

Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan yang disampaikan kepada Harakahdaily menegaskan, parti itu tidak pernah sekali-kali mengeluarkan kenyataan bahawa pihak istana khasnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terlibat dalam apa bentuk sekalipun, dalam menjayakan perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 10 November lalu.

Tegasnya, PAS tidak pernah dan tidak akan sekali-kali memperjudi atau menggadaikan kesetiaannya kepada Raja dan Negara.

Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut adalah perhimpunan aman masyarakat sivil, iaitu rakyat Malaysia yang bangun menuntut hak mereka bagi memulihkan sistem pilihan raya, iaitu tonggak amalan demokrasi negara yang terbukti semakin tercemar dan tempang.

Jelas Abdul Hadi, melalui gabungan Bersih, PAS bersama-sama 60 NGO dan parti-parti politik yang lain telah turun ke Kuala Lumpur untuk berhimpun secara aman dan menyerahkan memorandum tuntutan atas nama Bersih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas keyakinan bahawa baginda adalah payung dan pelindung rakyat dalam keadaan rakyat mula mencurigai sistem pilihan raya yang dikendalikan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR).

Sehubungan itu katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS,Dato' Kamarudin Jaffar Isnin lepas, bermaksud bahawa Bersih telah terlebih dahulu menerima perkenan daripada baginda untuk menyerahkan memorandum rakyat jelata itu ke Istana Negara pada hari Sabtu berkenaan.

Beliau menegaskan, PAS tidak pernah mendakwa yang baginda terbabit dalam Perhimpunan Aman Bersih itu atau baginda bersetuju di atas kandungan memorandum Bersih.

Bagaimanapun katanya, Bersih berlapang dada atas apa sahaja tindakan yang bakal baginda ambil terhadap memorandum tersebut.

Sementara itu, akhbar hari ini melaporkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Istana Negara tidak pernah memperkenankan atau menyokong mana-mana pihak yang menganjurkan atau terbabit dalam perhimpunan haram di ibu negara, 10 November lalu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan, menyatakan Seri Paduka kesal kerana beberapa pihak tertentu mendakwa perhimpunan itu mendapat perkenan dan sokongan baginda serta Istana Negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan perhimpunan Bersih itu bertujuan memerangkap institusi raja-raja ke kancah politik parti pembangkang.

Beliau menyatakan bahawa raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong tidak akan terpengaruh dengan tindak-tanduk golongan tersebut yang cuba mengambil kesempatan meraih sokongan politik.

Benarkah Sultan Mirzan murka?

Buletinonline

Sat Nov 17, 07 10:51:03 am MYT

'Tuanku Mizan Kesal Dakwaan Baginda Sokong Perhimpunan Haram' itulah tajuk berita yang dikeluarkan oleh Bernama, yang dianggap oleh Raja Petra sebagai satu 'permainan silapmata' di Laman Malaysia Today. Artikel ini adalah terjemahan bebas dari tulisan Raja Petra di dalam kolumnya 'The Corridor of Power'.

Kepada rakyat bawahan pastinya pengumuman begitu sesuatu yang 'serius'. Pegawai tinggi Istana Negara Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan mengeluarkan kenyataan bagi pihak Agong! Siapa sebenarnya Dato' Wan Mohd Safiain?

Raja Petra menganggap bahawa Pegawai Pengelola Istana Negara itu hanyalah memegang jawatan seperti Jeanne Danker Abdullah sebelum dinobatkan oleh media Malaysia sebagai 'Wanita Pertama'.

Padahal wanita pertama sepatutnya adalah DYMM Permaisuri dan status Jeanne Danker hanyalah wanita yang ke-22 selepas para permaisuri dan sultanah di seluruh Negara. Namun peranan media yang dikawal oleh kerajaan membuatkan kita semua percaya bahawa Jeanne Danker adalah wanita pertama.

Wan Safiain berasal dari Terengganu yang berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri, yang mana sebenarnya seluruh pejabat Istana adalah dibawah Jabatan Perdana Menteri. Pegawai-pegawai yang bekerja di istana Negara adalah sebenarnya pegawai kerajaan yang di'tanam' di istana untuk menjadi mata, telinga dan kadang-kadang menjadi 'mulut' kerajaan. Oleh kerana itu, sekarang kita ketahui bagaimana kerja Jabatan Perdana Menteri di Istana Negara.

Kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini bukan keluar dari DYMM Agong, kerana ia tidak dikeluarkan oleh Penyimpan Besar Mohor Raja-raja. tetapi adalah dari pegawai kerajaan Malaysia.

Apabila 100,000 rakyat minta perkenan Agong untuk mengadap pada 10 November lalu, Agong tidak mengatakan 'tidak mahu' menerima 100,000 orang rakyat untuk mengadap beliau. Agong bahkan mahu mengetahui berapa ramai yang akan mewakili 100,000 rakyat dan nama-nama mereka yang akan mengadap.

Agong juga menyedari bahawa kerajaan akan cuba mengecewakan usaha 100,000 rakyat untuk mengadap beliau. Dan itulah yang telah terjadi. Kerajaan meletakkan syarat supaya rakyat memohon permit untuk berhimpun mengadap Agong. Dengan itu BERSIH memohon permit namun telah ditolak oleh kerajaan, bahkan kerajaan memberi amaran akan bertindak sekiranya 100,000 rakyat berhasrat untuk meneruskan Himpunan Aman BERSIH. Dan polis pun bertindak bagi pihak kerajaan.

Apabila peluru gas pemedih mata di ledakkan kepada peserta Himpunan Aman BERSIH di sekitar Masjid Jamek-Masjid India, 'khabar telah disampaikan' bahawa Briged ke-19 Regimen Askar Melayu di-Raja (RAMD) telah bersiap siaga, untuk merempuh masuk sekiranya berlaku kemalangan maut. Empat Belas Kerta Perisai telah sampai sebelumnya dari Sungai Petani dan berkhemah di Kem Tentera Sungai Buloh, bersedia untuk campurtangan dalam notis segera. Mereka hanya perlukan 10 atau 20 minit untuk sampai ke lokasi sekiranya terdapat tindakan keras keatas rakyat.

Butang kecemasan akan ditekan dan loceng akan berbunyi. Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyaksikan kejadian sepertinya di Kampong Bharu. Regimen Askar Melayu bukan satu permainan, dimana Agong adalah Ketua Komander dan askar akan mematuhi arahan komander tanpa mengambil kira keselamatan nyawa mereka.

Sebab itulah tindakan polis mengendur. Tugas mereka dikurangkan dengan hanya diletakkan di persimpangan untuk menghentikan kereta bagi memberi laluan peserta Himpunan Aman BERSIH untuk melintas jalan dengan selamat. Regimen Askar Melayu di Raja terus bersiap siaga sehingga keesokkannya. Kemudian 14 kereta perisai, senyap-senyap keluar dari Sungai Buloh dan kembali ke Sungai Petani.

Itulah yang membimbangkan kerajaan. Agong tidak bertitah, baginda tidak mahu menerima mengadap wakil-wakil dari Himpunan Aman BERSIH 100,000 Rakyat. Bahkan Agong meminta nama-nama perwakilan yang mengadap. Dan apabila kerajaan mengugut untuk mengambil tindakan terhadap rakyat, Briged ke 19 RAMD telah dihantar ke Kuala Lumpur dengan 14 buah kereta perisai. Inilah caranya Agong mengatakan bahawa sekiranya kerajaan bertindak menembak para peserta Himpunan BERSIH, sebagaimana kerajaan menembak Suwandi dan Azman di Batu Burok, dia akan bertindak atas nama rakyat.

Oleh yang demikian, kerajaan tidak berkeras. Mereka tidak ada pilihan kerana 100,000 rakyat mahu mengadap Agong, dan Agong mengisyaratkan 'Ya' kepada rakyat. Briged ke 19 RAMD dihantar untuk memastikan bahawa isyarat penerimaan 'Ya' Agong terhadap permohonan mengadap rakyat, dipenuhi.

Pak Lah telah mengeluarkan 'dekree' di dalam ucapan penggulungannya di akhir Perhimpunan Agung UMNO sehari sebelum Himpunan Aman BERSIH. Dia kata dia 'pantang di cabar'. Menantunya, si Khairy meminta polis menangkap semua orang yang menyertai Himpunan Aman BERSIH.

Jadi, tangkaplah si Khairy ! kalau boleh tangkap!. Tangkap 1,000, tangkap semuanya 2,000 orang. Kalaupun jumlah 5,000 orang, tangkap semuanya! Tangkaplah semuanya kalau jumlah 50,000 orang sekalipun. Tetapi, sekiranya jumlah 50,000 ditangkap, masih ada dalam perjalanan 50,000 orang lagi! Bagaimana nak tangkap 100,000 orang rakyat sekiranya ada 50,000 orang lagi sedang berarak tiba di Kuala Lumpur?

Mana boleh tangkap jumlah 50,000 orang! Mana polis ada kemudahan lori untuk menangkap 50,000 orang dan mana ada penjara yang boleh memuatkan 50,000 orang.tahanan !

Kesudahannya, Himpunan 100,000 rakyat yang sebenarnya berlaku di Istana Negara. Walaupun pada mulanya, BERSIH mengisytiharkan akan berhimpun di Dataran Merdeka. Nampaknya kerajaan telah tertipu! Mereka (BERSIH) mahu polis berhimpun (tertumpu) di Dataran Merdeka, supaya peserta Himpunan BERSIH boleh berarak ke Istana Negara tanpa sebarang halangan. BERSIH telah menang, kerajaan tertipu!

Baiklah, kerajaan tak akan kalah semuanya. Kerajaan masih boleh membuat pengumuman yang DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak setuju tidak berkenan. Kerajaan akan meminta ketua pengelola Istana Negara, seorang pegawai kerajaan, Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan, membuat pengumuman penting iaitu '(Agong) Tuanku Mizan Kesal Dakwaan Baginda Sokong Perhimpunan Haram'.

Mungkin rakyat jelata akan percaya? - buletinonline.net

Tuanku Mizan Kesal Dakwaan Baginda Sokong Perhimpunan Haram


Tuanku Mizan Kesal Dakwaan Baginda Sokong Perhimpunan Haram

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin melahirkan rasa kesal dengan dakwaan kononnya baginda dan Istana Negara memperkenankan dan menyokong satu perhimpunan haram di sini Sabtu lepas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan hari ini, Seri Paduka Baginda juga melahirkan rasa kesal dengan perhimpunan itu yang dianjurkan oleh satu kumpulan dikenali Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang disokong parti-parti pembangkang.

Dalam kenyataan itu, Tuanku Mizan menegaskan bahawa baginda dan Istana Negara tidak pernah pada bila-bila masa jua memperkenankan atau memberikan apa-apa sokongan secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana pihak yang menganjurkan atau terlibat dalam perhimpunan haram itu dan apa-apa jua kegiatan lain yang berkaitan yang menyalahi undang-undang negara.

Sabtu lepas, BERSIH yang disertai oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang mengumpulkan penyokong-penyokongnya di beberapa tempat di sekitar ibu kota termasuk Jalan Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Isnin lepas, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar, berkata dalam satu kenyataan bahawa BERSIH mengambil keputusan menyerahkan memorandum itu kepada Yang di-Pertuan Agong setelah Tuanku sendiri memberikan perkenan Baginda, dan kehadiran BERSIH ke Istana Negara pada hari Sabtu itu, adalah bagi menjunjung perkenan Tuanku untuk menyerahkan memorandum itu kepada wakil Baginda.

Tuanku Mizan bertitah sebagai Ketua Utama Negara, baginda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa prinsip sistem pentadbiran negara berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sentiasa dihormati dan dipatuhi oleh semua.

Baginda berharap agar rakyat Malaysia sentiasa bertindak dengan mematuhi undang-undang negara dan tidak melibatkan diri dalam apa-apa juga kegiatan atau tindakan yang menyalahi atau bertentangan dengan undang-undang negara.

"Setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk memelihara ketenteraman awam demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara," titah baginda.


Seri Paduka Baginda juga berharap agar rakyat dapat bersama-sama mengekalkan semangat persaudaraan dan perpaduan demi membina negara yang lebih makmur, bersatu padu dan dihormati.Wan Mohd Safiain pula berkata pihak pengurusan Istana Negara buat pertama kalinya memanggil media untuk menghebahkan kenyataan ini kerana Yang di-Pertuan Agong memandang serius perkara itu."

Kebiasaannya Istana Negara mengeluarkan kenyataan melalui faksimili, tetapi kali ini terpaksa memanggil media untuk memastikan ianya dapat dihebahkan kepada seluruh rakyat," katanya.--BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=296599

Malaysia bukan negara junta - Salah apa demonstrasi aman?


Malaysia bukan negara junta - Salah apa demonstrasi aman?


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Tue Nov 06, 07 9:04:56 am MYT


Tunjuk perasaan adalah satu tajuk yang sangat berkaitan dengan fitrah manusia. Kanak-kanak boleh merajuk. Isteri kadang-kadang boleh menangis. Anak lelaki atau perempuan kita juga biasa menunjukkan pernyataan sikap mereka sama ada suka atau duka melalui perlakuan dan tutur kata.

Semua ini adalah manifestasi perasaan. Apa yang ditunjukkan dinamakan tunjuk perasaan.

Di dalam Islam, kita menunjukkan perasaan kecintaan dan ketundukan kita terhadap Allah S.W.T. melalui sembahyang lima waktu beramai-ramai (berjemaah) yang lengkap dengan aksi duduk, sujud dan tunduk bangunnya.

Kita juga ada solat Jumaat sekali seminggu dan solat sunat dua Hari Raya untuk tiap-tiap tahun.

Kemuncak demonstrasi dapat kita saksikan melalui pertemuan sekali seumur hidup (sekurang-kurangnya) untuk berhimpun di Padang Arafah, melontar iblis di ketiga-tiga Jamrah, Saei di antara Safar dan Marwah dan Tawaf untuk mengEsakan Allah S.W.T. di Kaabah, satu-satunya Kiblat seluruh umat Islam.

Ini semua adalah manifestasi demonstrasi sebenar yang telah dituntut oleh Allah S.W.T. seawal-awal wujudnya Adam Alaihissalam lagi.

Sebagaimana kita dibolehkan berdemontrasi untuk perkara-perkara maaruf, begitulah juga kita dituntut untuk menunjukkan perasaan protes dan penentangan kita terhadap apa juga kezaliman, jika berlaku kezaliman.(Amar maaruf nahi mungkar).

Boleh berdemonstrasi kerana Malaysia negara demokrasi

Dalam konteks demontrasi di Malaysia, bagi yang sudah-sudah atau yang akan diatur, saya melihat ianya tidak bercanggah dengan perintah kebebasan bersuara dalam Islam.

Perhimpunan aman sekadar menyatakan sikap melalui corong-corong pembesar suara semata-mata untuk menjelaskan asas dan hujah adalah sesuatu yang tidak bercanggah dengan apa jua acuan demokrasi atau Islam.

Kita bukan kerajaan junta. Myanmar dilanda perarakan aman sami-sami Buddha lebih 100,000 orang di Dataran Yangon dua minggu yang lalu adalah manifestasi perasaan rakyat yang telah lama terpendam.

Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti.

Bagi saya, saya tetap merestui sebarang perhimpunan aman untuk sekadar menyatakan sikap dan membangkitkan semangat kesedaran untuk menolak kezaliman.

Jika saya tiada masalah kesihatan, saya akan turut bersama dalam mana-mana kesempatan untuk menyatakan protes terhadap apa yang tidak betul dengan syariat Allah S.W.T.

Sungguhpun pihak berkuasa ada mempunyai hak untuk menghalang dengan tidak mengeluarkan permit tetapi biarlah seboleh-bolehnya semua pihak mendahului kaedah perundingan.

Cubalah mencari formula yang boleh memuaskan hati kedua-dua pihak.

Suasana "win-win" ini perlu ada dalam segenap ketika.

Inilah juga apa yang selalu disebut-sebut sebagai semangat permuafakatan.

Jika tak boleh demonstrasi secara berdiri, maka duduklah.

Jika tak boleh berhimpun di Masjid Jamek, maka tak bolehkah bersolat hajat di Masjid India atau berpidato secara tenang di Dataran Merdeka? Jangan sampai tak boleh langsung.

Di Kelantan, suasana di sini sangat tenang. Alhamdulillah. Pihak polis di sini cukup pandai menyesuaikan diri antara undang-undang dan peraturan dan kehendak agama yang turut difahami oleh rakyat.

Setiap ceramah dan perhimpunan awam di sini tidak diganggu kerana masing-masing pihak tahu sempadan dan hak masing-masing.

Kelemahan kerajaan punca protes rakyat

Kadang-kadang isu harga barang yang tidak terkawal, harga minyak yang diuar-uarkan akan naik, tuduhan skandal dalam kes pita rakaman video V.K. Lingam, teguran KDYMM Sultan Perak ke atas sistem kehakiman yang bercelaru, tuduhan rasuah yang melibatkan RM puluhan juta wang rakyat.

Juga pendedahan Ketua Audit Negara mengenai pelbagai salah laku dan pengkhianatan terhadap wang pembayar cukai dan kekhuatiran rakyat yang menyeluruh terhadap SPR dalam Pilihan Raya Umum Kali Ke 12 yang akan datang - ini semua adalah haba.

Ia adalah sesuatu yang hangat. Larva dan magma daripada sebarang gunung berapi boleh meletus jika ditutup mulutnya dengan tudung periuk dan gunung berapi boleh diam buat sementara, tetapi dia akan meletus juga satu hari nanti.

Oleh kerana rakyat merasakan mereka mempunyai fakta dan fakta ini pula tidak dilayan walaupun telah disampaikan melalui saluran demokrasi, maka mereka wajar diberikan laluan untuk berhimpun secara aman.

Selagi mereka memohon dan berjaya untuk menyampaikan protes dengan hujah secara tertib secara aman dengan premis dan masa yang telah diberikan, maka tugas pihak berkuasa ialah untuk memantau.

Bukankah akrabnya kesetiakawan polis dan rakyat itu ada terlambang dalam lencana polis yang berjabat tangan? Dan, hak-hak ini turut diakui oleh pihak SUHAKAM.

Ia adalah hak yang tersedia di dalam Perlembagaan dan boleh dinikmati oleh setiap warganegara seperti yang disebut di dalam Perkara 10 Ceraian 1 A & B iaitu (Every citizen has the right to freedom off speech and expression. All citizens has the right to assemble peaceably and without arms).

Demonstrasi sebenarnya sama juga dengan pernyataan perasaan.

Dalam prinsip dakwah, kita ada 3 saluran iaitu Bilhikmah yakni segala hikmah, nasihat dan tegur menegur atau membangkang secara beradab dan ketiganya bermujadalah yakni bersemuka untuk menyatakan pandangan.

Ketiga-tiga saluran ini dibenarkan oleh Islam. Kenapa pula tiba-tiba dengar khabar, ia akan ditutup semuanya?

Polis patut ikut kata PM, lupakan perkara lama

Dalam pelancaran ECER pada 29 Oktober lalu, kita telah mendengar seruan Perdana Menteri supaya lupakan perkara-perkara yang telah lama.

Beliau mengajak kita untuk memandang ke hadapan dan lupakan perkara-perkara yang lepas.

Cerita tidak memberikan permit ini adalah cerita lama. Oleh itu, kita hendaklah meninggalkannya.

Kita mulakan mulai sekarang, kita perlu membuka agenda baru dengan memulihkan demokrasi dan kembalikan hak rakyat seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 10 dalam Perlembagaan yang saya sebutkan.

Ini hak setiap rakyat dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kalau mahu ambil petikan hak orang Islam seperti yang dijaminkan oleh Allah S.W.T., ia ada disebutkan dalam al-Quran Surah Yaasiin ayat 19 (sebahagian ayat) yang bermaksud, "Apakah sekadar jika kamu diberi peringatan (kamu mengancam kami)? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas."

Adakah sekadar mahu memberikan peringatan kepada masyarakat pun tidak boleh, sedangkan Islam berkata boleh.

Ringkasnya, beri layanan yang adil kepada semua rakyat.

Jika pemuda Umno pun boleh diberikan permit untuk berdemonstrasi semasa Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice membuat lawatan ke Malaysia, maka apa salahnya membenarkan pemuda PAS membuat demonstrasi di atas sesuatu isu rakyat yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Pokoknya aman tanpa provokasi.

Jika inilah syaratnya dan ini telah dipatuhi oleh parti pembangkang maka saya mahu bertanyalah "salahnya dimana?"

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan

Monday, November 12, 2007

Pemimpin UMNO Buta Hati



Azalina dan Umno 'dayus' - Ustaz Mujahid

Mohd Sabri Said Mon Nov 12, 07 7:52:45 am MYT

PULAU PINANG, 12 Nov (Hrkh) - Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Azalina Othman Said diminta menarik balik kenyataannya yang mengatakan rakyat yang berhimpun secara aman menuntut pilihan raya yang bersih dan adil sebagai 'dayus' kerana tidak menghormati undang-undang negara.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Mujahid Yusuf Rawa berkata Azalina sebenarnya 'dayus' kerana bersekongkol dengan orang yang tidak faham undang-undang walhal beliau mempunyai latar belakang berkaitan perundangan.

'Dayus' katanya bererti tidak berani, sekarang ini siapa yang tidak berani mengatakan hak rakyat atau beliau sebagai menteri dalam kabinet.

"Tarik balik perkataan 'dayus' yang digambarkan terhadap rakyat yang turun berhimpun menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Mereka bukan 'dayus' bahkan berani bersuara dan bertindak bukan macam kepimpinan Umno yang takut menegur walaupun tahu ianya salah," ujarnya.


Jika sekiranya rakyat dayus kenapa mereka sanggup berhimpun melebihi sasaran 100,000 dalam hujan lebat dan dihalangi pihak keselamatan.


Agak malu kata Ustaz Mujahid, bekas Ketua Puteri Umno yang mewakili generasi akan datang begitu cetek keperluan melindungi demokrasi di Malaysia.


Andainya Azalina bukan golongan 'dayus' dalam erti kata sebenar beliau pasti bersama-sama golombang kuning untuk memastikan sistem pilihan raya di Malaysia berjalan dengan adil dan jauh dari penipuan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).


Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Amizudin Ahmat ketika mengulas kenyataan yang sama berkata, yang 'dayus' ialah Umno termasuk Azalina kerana tidak berani menegur kepimpinan yang ada khususnya semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
Di mana perginya suara Umno terhadap isu Altantuya, kenaikan tol, kenaikan harga barangan seharian, kes melibatkan pelantikan Ketua Hakim Negara, kes membabitkan Ketua Polis Negara dan sebagainya.


"Sepatutnya beliau antara golongan paling dayus kerana tidak bertindak bersuara bagi rakyat yang ingin tahu siapakah dalang terhadap semua kes yang melibatkan maruah negara, " tambahnya.




Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
Pengerusi
Lajnah Perpaduan Nasional
Parti Islam SeMalaysia
2007




Thursday, November 8, 2007

Husam & Kajian Realiti Politik Pulau Pinang

Oleh Ali Bukhari Amir

Thu Nov 01, 07 9:04:14 am MYT

Jam sekitar 10:30 pagi apabila saya habis minum pagi bersama ayah, ketika Azizi Abdullah mengelui telefon bimbit. Saya bergegas menemui beliau kerana ada isu lain yang mendesak untuk saya segera menghubunginya.


Ketika itu, saya sedang membuat liputan mengenai persidangan anjuran Sekretariat Kongres Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (Skima) di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan tanggal 27 - 28 Oktober lalu.

Ketika saya temui Azizi, beliau sedang rancak berbual bersama dua orang rakan beliau. Entah apa isi butiran perbincangan tidaklah saya ketahui. Tak sampai 5 minit, Husam Musa datang mencelah lalu berjabat tangan dengan kami semua. Tidak pasti dari arah mana beliau datang.

Nampaknya, lebih banyak persoalan yang dimajukan Husam kepada Azizi. Oleh kerana Azizi tinggal menetap, bekerja dan banyak kegiatan kesusasteraannya berorientasikan Tanjung itu, saya menganggap Husam berminat bertanyakan beliau mengenai politik Pulau Pinang.

Memang soalan itu tepat pada masa dan ketikanya dan tepat pula pada orang yang ditanya.

Geran kajian realiti politik Tanjong

"Saya mahu tahu realiti politik Pulau Pinang," kata Husam. "Jika perlu, kita boleh bagi wang peruntukan pun tidak mengapa."

Saya juga tidak menyangka bahawa segala yang Husam bualkan pagi itu sekitar setengah jam (10:30 - 11:00 ) akan dimuntahkan isinya dalam pembentangannya nanti selepas itu.

Yang masih melekat dalam ingatan saya antara bualan Husam - Azizi adalah seperti berikut:

1. Pulau Pinang memiliki khazanah sejarah Islam yang hebat dengan Masjid Lebuh Acheh sebagai tempat orang belayar bagi menunaikan fardhu haji, tempat mencetak kitab-kitab lama yang bertulisan Jawi, tempat penyebaran agama Islam ...

2. Rumah Syed Syeikh al-Hadi sudah menjadi 'kuil'...

3. Ada dua hal yang mendatangkan perubahan ke atas negara ini, khasnya di Pulau Pinang - 'pertambahan penduduk' dan 'pemilikan tanah'.

Ada banyak lagi yang dibualkan mereka, tapi tiga perkara di atas inilah yang nampaknya lebih menarik minat para pengkaji Melayu Pulau Pinang.

Saya tidak tahu sejauhmana bacaan Husam terhadap politik - pendidikan - ekonomi Melayu Tanjung (nama asli Pulau Pinang ). Tapi, berasaskan bualan pagi itu, nampaknya beliau seperti masih di peringkat kajian awal, atau di peringkat pertengahan. Saya rumuskan begitu lantaran beliau menawarkan suatu peruntukan bertujuan mengkaji status Melayu Tanjung.

Tawaran tiba-tiba secara lisan itu menarik perhatian saya. Ia bukan kerana wang, tapi lantaran kesedaran seorang pemimpin politik yang mahu memahami realiti politik bangsanya, saudara seagamanya di negeri lain diperintah orang bukan Islam dan bukan Melayu.

"Jadi, kalau formula yang ada masih dikekalkan dan BN menguasai Kelantan, tidak mustahil rumah Tuan Guru akan menerima nasib yang sama sepertimana rumah Syed Syekh al-Hadi.

"Di Pulau Pinang, al-Hadi adalah tokoh agama. Sama dengan tuan guru sebagai tokoh agama di Kelantan. Kalau tidak dipelihara Kelantan, tidaklah mustahil hal yang sama akan berlaku," demikian Husam berhujah pada kami pagi itu.

Kesungguhan politik

Sentimen ini rupa-rupanya yang cuba dibangkitkan. Akhirnya, bualan itu tamat di situ kerana peserta diminta bergegas masuk ke dewan untuk meratah isi pembentangan kertas kerja yang seterusnya. Ketika masuk ke dewan, saya mula sibuk menaip laporan untuk dihantar ke KL.

Jadi saya tidak tahu Husam sedang membentangkan segala isi bualan kami tadi di luar dewan. Saya cuma mengetahui muntahan fakta Husam itu melalui rakan-rakan yang telah mendengar pembentangan beliau tatkala saya sibuk mengirim laporan berita melalui internet yang selalu lambat dan bermasalah pula.

Sengaja saya rakamkan isi butiran bualan ini sejelas-jelasnya dengan tujuan ingin mengukur isi hati dan kesungguhan sesetengah pimpinan politik Melayu di luar Pulau Pinang kalau mereka berhasrat benar untuk menjelajah sejarah Tanjung ini.

Adapun versi sejarah-hikayat Melayu Tanjung yang cuba saya bina dan bangunkan ini terlalu rendah mutunya kerana saya bukan anak Tanjung serta masih rebung untuk menelan lebihan fakta. Entah betul atau tidak, kita boleh berbual dan berdebat lagi secara jujur dan ikhlas.

Apabila Husam bangkitkan soal 'pertambahan penduduk' dan 'pemilikan tanah', hakikat itu adalah betul di mana-mana negeri sekali pun, khasnya di Tanjung. Tambahan pula di negeri ini agak unik kerana terlalu banyak tanah wakaf yang diselewengkan tangan-tangan tertentu.

Tapi, apa yang lebih penting kalau Husam dan pimpinan politik luar Pulau Pinang ingin tahu bagaimana negeri pulau itu boleh jatuh ke tangan bukan Melayu, kita perlu selak tirai sejarah penubuhan Gerakan itu sendiri. Turning point peralihan kuasa itu berlaku daripada situ.

Hingga kini, Umno veteran Umno marah kepada kedua-dua beradik al-Attas yang tubuhkan Gerakan sebagai parti multi racial itu. Parti berbilang kaum itu, menurut mereka adalah satu pemecahan kuasa politik Melayu Tanjung dalam pilihan raya 1969.

Kononnya Gerakan ingin berlawan dengan Perikatan. Tapi akhirnya mereka sertai BN dalam situasi di mana sejumhur 'fatwa' kaum Cina (mungkin elit??) secara ijmaknya telah menguasai pandangan umum parti itu. Apakah yang mendorong Gerakan menyertai BN setelah parti itu pada mulanya bersifat kontra dengan Perikatan ketika ditubuhkan oleh adik-beradik al-Attas?

Falsafah Mao Ze Dong, pimpinan Komunis di Republik China dalam 'adab' melawan musuh merumuskan suatu formula: "If you cannot fight them, then join them."

Atau, terjemahannya boleh dibaca bergini: "Jikalau tidak mampu melawan mereka (dari luar), maka sertailah mereka (untuk melawan mereka dari dalam)." Maka, penentangan selalu hadir, tidak tamat sampai kiamat. Cuma corak melawan berubah. Dahulu melawan dari luar, kini di dalam. Perkongsian kuasa ini sebenarnya merugikan Melayu dan Muslim sejak sekian lama.

Tapi, ada tabiat politik cendekiawan-ilmuan-agamawan Melayu yang merugikan kaum Melayu perlu diperhalusi terlebih dulu sebelum menuding jari terhadap beban jenayah yang dilakukan kaum lain ke atas Melayu. Iaitu sikap ilmuan–agamawan yang enggan bersiasah ketika mereka ditawarkan jawatan untuk memimpin umat.

Biro Agama Gerakan

"Marilah sertai kami ya ustaz," kedua-dua beradik al-Attas itu memujuk Mufti Tanjung untuk menyertai Gerakan. "Kalau ustaz masuk, ada Biro Agama yang boleh ustaz mainkan peranan di dalam parti ini." Namun, apa yang berlaku, mufti itu menolak ajakan tersebut.

Jika Cina menganut falsafah Mao Ze Dong untuk melawan Perikatan, maka agamawan Islam enggan mengamalkan falsafah Plato mengenai politik untuk mengukuhkan kekuatan mereka.

"Mereka yang boleh memimpin, tetapi menolak tanggungjawab memimpin, maka mereka itu akan dihukum dengan keadaan di mana orang yang jauh lebih lemah daripada mereka akan memimpin mereka," demikian menurut Plato melalui kitabnya, Republic.

Jika yang cerdik (agamawan - ilmuan) enggan memerintah, maka orang yang bodoh jahiliyyah akan memimpin mereka nanti. Namun, sekarang sudah terlanjur kerana jarak 1969 adalah 38 tahun dinisbahkan dengan 2007. Usia 38 tahun Gerakan memerintah Tanjung adalah dewasa usia seorang lelaki yang hampir matang dalam kehidupannya.

Pun begitu seorang ahli falsafah lagi, Lao Tzu (saingan Confucius) berkata: "Kalau anda ingin memimpin orang, berjalan di belakang mereka." Sejauhmana Melayu Tanjung mengamalkan intipati falsafah ini untuk 'memimpin' Gerakan, wallahu 'alam. Melayu asalnya kaya falsafah. Tapi, sejak merdeka oleh British, kekuatan sendi kefahaman ke atas falsafah itu mulai luntur.

Jadi, mungkin hal inilah antara ramuan bahan fikiran Husam serta ahli politik lain yang bakal mengkaji politik negeri pulau ini. Siasatlah siapa Mufti Tanjung tersebut dan bertanya kepada beliau, kenapa tawaran berpolitik itu tidak beliau ambil?

Husam mungkin boleh meninjau kawasan Jewish Cemetary di Lot 961, Jalan Zainal Abidin (dahulunya dikenali sebagai Yahudi Road). Ia dekat Menara Umno. Mungkin ada juga fungsi Yahudi dalam meranapkan Melayu Tanjung secara tersirat. Wallahu 'alam, siapa tahu.

Ghairah menyelidik

Imam Bajunid dan orang-orang lama di Masjid Kelawei mungkin antara sumber rujukan dan boleh diajak berbual. Khabarnya, ada manusia Yahudi yang bertemu imam itu dalam urusan jualbeli hartanah di negeri pulau berkenaan. Apa kesudahan dan keputusannya tidak tahulah.

Kalau ada kemahuan, ramai pensyarah USM yang boleh menawarkan bantuan. Dalam USM ada persatuan mahasiswa Himpunan Anak-Anak Kelantan (HAAK) kalau kita benar-benar mahu menjemput mereka pada musim cuti semester untuk membuat kajian di Tanjung itu.

Perpustakaan Hamzah Sendut USM bukan calang-calang juga. Sumber rujukan dan tesis-tesis dalam pelbagai bidang kajian boleh dikatakan memuaskan. Tulisan ini bukannya dituju untuk Husam seorang sahaja, malah tercurah juga ke atas ilmuan-siasah yang ghairah menyelidik.

"Err ... betul ke ada geran?" tanya seorang rakan, Fansuri yang sedang menagih jawapan.

Samy Vellu : PM to have final say - Malaysiakini

Muda Mohd Nor & Syed Jaymal Zahiid

Nov 7, 07 7:02pm


MIC president S Samy Vellu, who seemed determined to flex his muscles over the demolition of a Hindu temple just a few days ago, has softened his stance on the issue.Approached by journalists after attending the opening of the Umno annual general assembly this morning, he said he wants issues concerning the Indian Malaysian community to be discussed between cabinet members before any decision is made.


Samy Vellu, who is also the works minister, said that - even after such discussions - he wants Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to have the final say in announcing the decision.


"We will respect his decision and there is no need for others to say anything about matters concerning the Indian community,”
he said referring to the recent demolition of a Hindu temple in Kampung Rimba Jaya by the Shah Alam Municipal Council.


This was the most recent of a series of temple demolitions in Selangor, and one which left the community seething with anger.While Samy Vellu deemed the issue resolved after the Selangor government agreed to provide a new site and to help build a new temple, he did not state the location.


He noted there were two main forms of reactions from the community - one faction wanted the matter resolved amicably, while another has felt much frustration and anger.


"What the Indian community wants is equal status with the other two major races of this country," he said.


He further confirmed that the temple demolition issue would not affect the Deepavali celebrations tomorrow.


‘No malicious intent’Peoples Progressive Party president M Kayveas, when approached, said the Indian Malaysian community must accept the authorities’ reasons for demolishing temples."


I do not believe that the authorities had any malicious intentions regarding this matter " he said.


He launched a virulent attack on those he deemed to be “hypocritical champions of the Indian cause” because they have been less than serious in tackling the issue of temple demolitions.


“I do not have to mention names. I know you (the media) know who I’m talking about,” he said, in an apparent reference to Indian political leaders.


Both Kayveas and Samy have engaged in a constant war of words, with the latest episode leading to the MIC president to propose that the PPP be expelled from Barisan Nasional.

Wednesday, November 7, 2007

Misi Perpaduan Kemanusiaan Pemuda PAS


Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang selama ini dilihat sebagai sebuah parti politik hanya untuk orang Islam sahaja sudah mula menampakkan perubahan yang ketara. Imej parti ‘kampung’, parti ‘ketayap putih’ dan parti ‘anti pembangunan’ telah dapat dikikis daripada pandangan pelbagai lapisan masyarakat.

Pelancaran Kelab Penyokong PAS menjelang Pilihanraya Umum ke-11 pada tahun 2004 telah berjaya membuka satu era baru kepada PAS yang sering dikritik kerana tidak mampu menarik sokongan daripada kaum Cina dan India.PAS sudah mempunyai Kelab Penyokong Kaum Cina yang sedang bergiat cergas di seluruh negara.

Begitu juga dengan Kelab Penyokong Kaum India yang telah berjaya memulakan beberapa aktivitinya, walaupun masih belum begitu dirasai kehadirannya tetapi beberapa perancangan telahpun telah diatur untuk memenangi hati kaum India di Malaysia.

PAS berjaya menepis persepsi negatif daripada kaum bukan melayu apabila telahpun berjaya menerbitkan beberapa siri majalah ‘Ren Men She She’ untuk tatapan dan bacaan kaum Cina. Menjayakan Sambutan Tahun Baru Cina dan pengedaran kuih bulan PAS sudah sinonim dalam perancangan aktiviti PAS bagi meyakinkan kaum ini bahawa PAS adalah parti yang cintakan kedamaian dan memimpin perpaduan dalam negara Malaysia tercinta.

Apa yang pastinya, pemimpin dan ahli PAS perlu bersedia untuk membiasakan diri bersama dengan kaum lain sekiranya hasrat untuk merealisasikan hasrat PAS memerintah Malaysia pada satu masa nanti.

Memimpin Lujnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat (LPNDPPP) membuka satu ruang baru kepada saya untuk mendekati, menyelami dan memahami keperluan untuk berhubung dan berinteraksi seterusnya mencari titik pertemuan di antara kaum yang ada.

Seorang blogger berbangsa India beragama Hindu pernah beberapa kali menghubungi saya atas isu perpaduan kaum di Malaysia.
Tuan,

Saya harus mengaku, bahawa saya agak gembira melihat parti yang sering kali di salah tafsir oleh masyarakat bukan Muslim berjaya membuktikan bahawa PAS is really for all. Teruskan usaha membina perpaduan sebegini dan jangan untuk tujuan politic sahaja. Congrats!

Mahendran B


-------------------------------------------------------------------------------
Despite my many EARLIER reservations against PAS, they are proving I’m wrong day by day.PAS is trying to portray a good image among non-Muslim, allaying the fear factor commonly present among the latter. Earlier today, the Pemuda PAS arranged a kuih bulan give-away to the old folks home in Ampang. This is part of their motto “PAS For All” ;designed to create a better understanding between PAS and the non-Muslim communities.

If you guys followed my life journey from day one, I did mention that I actually ventured all alone to the then PAS HQ in Taman Melewar. yes I did. They have a good intention of creating a good rapport among the various religions/races. Kelab Penyokong Cina PAS is very active and similar club was launched for Indians earlier this year. Hmmm, will write comments about it one day
Email dan petikan daripada laman web beliau sudah cukup membayangkan kepada kita bahawa usaha yang telah kita laksanakan selama ini telah membuahkan hasil walaupun kita masih jauh lagi untuk mencapai matlamat menyampaikan mesej ini kepada semua kaum.Saya juga dapati bahawa PAS tidak berhadapan dengan banyak halangan untuk mendekati kaum Cina melalui perayaan kerana kaum Cina mempunyai perayaan yang berunsurkan perayaan kaum seperti
Tahun Baru Cina dan Perayaan Kuih Bulan.

Namun, kita masih belum dapat lagi menjadikan program perayaan sebagai penghubung dengan kaum India.Persoalannya, sejauh manakah kita dibataskan untuk meraikan perayaan seperti Deepavali yang bakal diraikan oleh penganut Agama Hindu sedangkan inilah peluang atas misi kemanusiaan untuk kita memperbetulkan pelbagai tanggapan negatif terhadap umat Islam.LPNDPPP melontarkan perkara ini dengan harapan PAS mampu untuk menjalinkan hubungan dengan kaum India tanpa meragut prinsip dan dasar perjuangan kita.

LPNDPPP dengan kerjasama LPN Dewan Pemuda PAS Negeri Johor akan memulakan misi perpaduan kemanusiaan pada 8 November ini dengan program penyerahan ’Maruku Perpaduan’ kepada penganut Agama Hindu di Masai Johor yang mana sebelum ini Masai ’dihantui’ dengan isu pertembungan kaum yang cukup membimbangkan.Mudah-mudahan misi LPNDPP ini akan membantu salah tanggapan terhadap Islam dan PAS.

PAS UNTUK SEMUA

Wallahu’alam

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional
Dewan Pemuda PAS Pusat
019-7701830

Developers should offer alternative religious sites-Malaysiakini

By Dr Mujahid Yusof Rawa Nov 2, 07 7:51pm

We followed closely the latest development of temple demolition in Rimba Jaya by the enforcement officers of MBSA (Shah Alam Municipal Coucil). Initial report indicated fracas took place between the devotees in the temple and the officers of MBSA, which inflicted some injuries to the public who were protecting their house of worship. We regret the manner in which the enforcement handled the demolition procedures and subsequently has left a great impact on the bigger issues pertaining to religious sensitivity and tolerance in this country. PAS therefore:

Call all parties to observe restrain from further emotional response and call the government to act wisely by not dragging the issues and thus be exploited by certain quarters with some narrow minded interest and objectives.

Support the need to carry out any demolition act to religious premises by using the ‘force of wisdom' through negotiations with the concerned subjects and by giving enough time before any demolition to take place to prevent any surprise retaliation.

Urge the developer that any justified demolition must consider a replacement prior to any action by the authority so that the worshippers may have a space to carry out their religious duty in their respective faiths.

Condemn any effort to kindle fire in the issue and seed hatred in the multifaith relationship that exists today in our country.

Finally, PAS regret any move by a certain political party that views the matter solely on the impact of political consideration and thus disregarding the bigger issues of religious freedom, tolerance and above all the rule of law that need to be fostered, develop and further enhanced within the context of the Federal Constitution.

The writer is Chairman of National Unity, PAS

Sambutan Deepavali & Perayaan Kaum Bukan Islam

Amalan “Kongsi Raya” yang telah diperkenalkan oleh kerajaan semenjak dahulu lagi telah menimbulkan cukup banyak kekeliruan dan kontroversi dalam masyarakat. Tentangan dan pandangan yang menolak amalan ini cukup dominan dari kalangan alim ulama’ khasnya yang berada di luar kerajaan manakala para cerdik pandai yang bekerja dengan kerajaan hanya diam membisu dan mengiyakan sahaja tindakan UMNO dan Barisan Nasional.
Jika selalunya, kita sebagai ahli dalam salah sebuah parti dan harakah Islamiah ini akan menuruti semua pandangan dan pendapat daripada alim ulama’ kita sendiri. Dalam isu ini juga kita berterusan menempelak UMNO kerana melakukan perkara yang kita katakan sebagai melanggar syariat dan hukum Islam.Isu kongsi raya sememangnya bukan perkara baru dan telah pun banyak diperkatakan oleh kepimpinan parti kita. Namun, hari ini kita cuba untuk melihat isu ini dari sudut pandangan yang sedikit berbeza dengan harapan suatu anjakan paradigma yang lebih agresif dapat dilakukan atas kepentingan dakwah dan juga politik Islam di Malaysia yang kita cintai ini.
Dalam penulisan ini, sebahagian kecil sahaja pandangan yang melarang dan mengharamkan sambutan hari raya bagi kaum lain akan ditampilkan manakala pandangan yang membenarkannya akan lebih diperbincangkan dengan serius.Beberapa Pandangan yang MelarangJawatankuasa Syariah Negeri Perak yang telah bersidang bagi kali ke-162 pada 19 Muharram 1425 bersamaan 11 Mac 2004 yang lalu telah mengeluarkan fatwa bahawa umat Islam adalah dilarang sama sekali menyertai sebarang perayaan agama lain, dalam apa jua bentuk yang dirayakan orang-orang bukan Islam di negeri ini.

Bergabung dalam perayaan orang bukan Islam adalah haram. Sebab hal itu termasuk sikap tolong menolong dalam perbuatan dosa dan pelanggaran.
Padahal Allah telah berfirman:

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran." (Al-Maidah:2).
Ibnul-Qayyim di dalam bukunya yang bertajuk Ahkamu Ahlidz-Dzimmah, 1/205 menyebut bahawa:

"Menyampaikan ucapan selamat terhadap syiar-syiar kekufuran yang bersifat khusus adalah haram menurut kesepakatan ulama, seperti ucapan saat perayaan atau puasa mereka: "Selamat atas hari rayamu, semoga diberkati", ataupun ucapan-ucapan lain yang senada meskipun yang mengucapkannya bisa selamat dari kekufuran, tetap saja hal itu merupakan sesuatu yang diharamkan. Ini setaraf dengan ucapan selamat atas sujud mereka kepada salib, dan masih banyak hal lain yang menyangkut masalah agama."

Fatwa MUI (Majlis Ulema Indonesia yang dipengerusikan oleh Bung Hamka) pada tarikh 7 Mac 1981 juga telah mengeluarkan fatwa HARAM umat Islam Indonesia merayakan bersama perayaan Hari Krismas atau Natal kerana perayaan itu adalah ibadah dan bercanggah dengan aqidah umat Islam. Yang jelas haram menurut Prof Hamka dan Majlis Ulema Indonesia ialah kita turut serta merayakan perayaan sambutan yang ada unsur ibadah dan akidah secara redha dan bertambah haramlah jika kita menyambutnya di tempat yang dianggap rumah peribadatannya.
Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli Majlis Fatwa Kerajaan Arab Saudi. Beliau berpendapat hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti Hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam. Alasan beliau kerana hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh supaya tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Barangsiapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).
Melihat Dengan Kacamata Lain Dan Keperluan Semasa GerakanSebenarnya hubungan antara muslim dengan bukan muslim ialah di atas dasar ta'aruf (perkenalan); ta'awon (tolong-menolong), birr (kebaikan), dan adil; Dalil: al Hujurat:13; Mumtahinah:8Islam juga menggalakkan kita berhubung di atas dasar musalamah (perdamaian); mu'asyarah (pergaulan mesra); mu'amalah bil husna (bermasyarakat secara baik); tabadulul maslahah (win-win relationship); dan ta'awon (bekerjasama di atas kebaikan). (Ruj: Sayyid Sabiq: Fiqh Sunnah, Vol2)
Nabi Muhammad S.A.W juga pernah berhubung dan berkomunikasi dengan golongan bukan Islam. Sirah telah melakarkan bahawa baginda pernah meminta bantuan militeri terhadap bukan Islam, pernah memberi kepada bukan Islam harta rampasan perang (ghanimah), pernah berperang bersama dengan orang bukan Islam (Safwan Umaiyah dalam perang Hunain), baginda bertukar-tukar hadiah dengan bukan Islam, Rasulullah memenuhi undangan bukan Islam, pernah berkahwin dengan perempuan mereka (kaum Qibti) dan Rasulullah S.A.W juga bangun menghormati jenazah bukan Islam (ruj: Qardhawi: halal dan haram). Berdasarkan perkara di atas, marilah kita cuba memperhalusi isu ini mengikut keperluan semasa dakwah dan juga politik Islam kita.
Hari ini kita semua hidup dalam suasana masyarakat yang terlalu majmuk dengan adanya orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut, Kedayan, Sakai, Serani dan sebagainya yang tidak mahu saya tuliskan semuanya di sini. Dan, mereka ini juga menganuti dan mengamalkan ajaran masing-masing yang banyak antaranya adalah bertentangan dengan Islam itu sendiri.Lantas, sebagai sebuah gerakan Islam yang dinamik dan berkomitmen tinggi dalam meninggikan syariat Allah di muka bumi ini, kita haruslah lebih bijak dalam menangani perhubungan dan persefahaman antara kaum yang ada di negara ini.Kepimpinan Kita Perlu Menunjukkan Sifat Toleransi

Kedudukan hukum akan berubah apabila melibatkan pemimpin negara dan juga pemimpin masyarakat. Bagaimana mungkin apabila tiba musim perayaan bagi orang Islam, maka cuti dan juga pelbagai acara diatur bagi memeriah dan menghidupkannnya. Sedangkan apabila tiba musim perayaan agama dan kaum lain, mereka dibiarkan begitu sahaja. Sudah pasti akan timbul fitnah dan rasa kurang senang (baca: tidak puas hati) kepada kerajaan yang memerintah.
Bukanlah maksudnya kerajaan Islam perlu mengadakan perayaan yang bersifat besar seperti perayaan kita, tetapi tadbirlah ia dengan seadil dan selayaknya.Apabila ada unsur kejiranan, umpamanya teman sepejabat yang mengadakan rumah terbuka dan menjemput kita, maka haruslah kita juga melihatnya sebagai suatu peluang untuk mendekati mereka dan seterusnya menyampaikan dakwah kepada keluarga mereka. Fitnah akan timbul jika si muslim tidak mengunjungi jirannya sempena hari perayaan mereka. Ini semua perlu diambil kira apabila ia masuk bab maslahat dan menolak mudharat.

Syarat mengunjungi perayaan rumah terbuka ini ialah kita kena menjaga hati supaya tidak redha dengan kekufuran agama mereka. Jadi hukum umat Islam mengunjungi perayaan tidaklah sama untuk semua orang dan untuk semua perayaan; ia berubah mengikut jenis perayaan itu.Dalam surah An Nisaa ayat ke-36 dijelaskan maksudnya:"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh....".

Maksud tetangga yang dekat iaitu tempat tinggalnya berdekatan ataupun tetangga yang masih ada hubungan kerabat atau nasab ataupun sama-sama beragama Islam. Sedangkan tetangga jauh maksudnya adalah tetangga yang tidak mempunyai hubungan kerabat, jauh tempatnya atau berlainan nasab mahupun agama. Jadi dengan tegas Allah menyuruh kita menghormati tetangga baik sesama muslim mahupun yang bukan muslim (kafir).

Dalam hadis yang diriwayatkan Al Bazza sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:"Tetangga itu ada tiga macam. Tetangga yang mempunyai satu hak iaitu tetangga yang terdekat haknya. Tetangga yang mempunyai dua hak dan tetangga yang mempunyai tiga hak iaitu tetangga yang paling utama haknya. Tetangga yang mempunyai satu hak adalah tetangga musyrik yang bukan kerabatnya. Ia hanya mempunyai hak sebagai tetangga.
Tetangga yang mempunyai dua hak adalah tetangga muslim iaitu yang mempunyai hak sebagai orang Islam dan hak sebagai tetangga. Sedangkan yang mempunyai tiga hak adalah tetangga muslim yang masih ada hubungan keluarga, dia mempunyai hak sebagai tetangga, hak sebagai orang Islam dan hak sebagai keluarga".Menurut Imam Al Qurthubi;"Berbuat baik kepada tetangga adalah perkara yang diperintahkan dan dianjurkan, baik terhadap orang muslim ataupun kafir. Berbuat baik itu ertinya memberikan pertolongan, bergaul dengan baik, membelanya jika ada gangguan dan ancaman".

Bahkan dalam hadis Rasulullah juga ditegaskan tidak beriman seseorang itu jika ia mengganggu tetangganya. Begitu indah ajaran Islam dalam menjalinkan hubungan antara sesama manusia di dunia ini. Tidak kiralah apakah mereka tergolong orang-orang muslim ataupun orang-orang kafir.

Begitu jelas bahawa ajaran Islam menghormati dan menghargai setiap insan, maka tidak benar anggapan yang mengatakan bahawa Islam tidak menghormati hak orang yang bukan Islam.
Sesungguhnya umat Islam dibolehkan untuk bekerjasama dan bergaul dengan umat agama lain dalam masalah-masalah yang berhubungan dengan masalah keduniaan. (Sila rujuk surah Al Hujarat ayat 13, Surah Luqman ayat 15 dan surah al-Mumtahanah, ayat 8)Bagaimana dengan ucapan sempena perayaan mereka?
Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor menyebut bahawa;“mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam sempena hari-hari kebesaran agama mereka seperti hari Krismas, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya, termasuk antara masalah furu' (cabang) dalam akidah Islam yang diperselisihkan antara ulama pada zaman ini. Perselisihan pendapat antara ulama mengenai hukum itu, pada hemat saya berpunca daripada tasawwur yang kurang jelas terhadap maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum Islam yang dikemukakan itu. Jika maksud pengucapan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran kaum bukan Islam dan berkasih sayang dengan mereka atas nama agama, maka sememangnya haram dan sama sekali tidak boleh dilakukan”.
Namun, sebenarnya, jika maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum bukan Islam itu tidak lebih daripada hanya ikut bercuti pada hari itu, dan juga dengan niat untuk membalas ucapan selamat Hari Raya yang diucapkan terdahulu, atau hanya memperlihatkan rasa senang dan gembira hati dengan berkongsi kegembiraan mereka berhari raya, maka beliau berpendapat pengucapan seumpama ini tidak termasuk dalam hal-hal akidah yang sekali gus menunjukkan rela hati terhadap agama dan kepercayaan mereka.

Khusus bagi kaum kafir yang tidak memusuhi Islam, telah disebutkan dalam perenggan yang sebelumnya yang mana Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8 iaitu Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu.Kita juga perlu mengambil kira hubungan kemanusiaan dalam isu ini, seperti mana bidang-bidang kemanusiaan lain, kita tidak dilarang mengadakan hubungan baik dengan bukan Islam.
Hubungan yang langsung terputus dengan sendirinya tidak memberi laluan kepada pendakwah untuk menyatakan kebaikan Islam kepada mereka, sedangkan agama ini adalah agama dakwah, agama damai dan selamat. Perang hanya berlaku apabila dakwah ditolak, jalan-jalan damai tidak wujud lagi kepada pendakwah tegas Dr. Abdul Hayei.

Perbuatan seperti memasang lampu warna-warni di keliling rumah, menghias rumah dengan pokok Krismas, menyertai perarakan Hari Deepavali dan lain-lain adalah jelas keharamannya kerana amalan ini ada hubungan terus dengan akidah. Akan tetapi, jika mereka dengan sudi telah menghulurkan makanan pada hari itu dan kita terimanya dengan baik hati, serta mengucapkan terima kasih kerana hadiah yang diberi mereka, maka tidak ada sebab untuk kita menolaknya kerana mereka mungkin akan terasa hati dan fitnah akan timbul ke atas kita iaitu tidak meraikan perpaduan nasional dan juga bersifat toleransi.
Pandangan Ulama Terkemuka Yang Lain
Dr. Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat: Jika kaum bukan Islam memulakan ucapan selamat Hari Raya mereka kepada kita, maka kita juga harus membalas ucapan yang serupa kepada mereka, kerana ini tidak lebih daripada hanya mewujudkan rasa simpati antara satu sama lain. Ia tidak bermakna bahawa kita telah merelakan agama dan kepercayaan terhadap Isa Maryam sebagai Tuhan dan lain-lain pemujaan. Al-Qaradawi memberi beberapa alasan, antaranya: Islam tidak melarang kita berbuat baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita. Kita harus berbuat baik kepada mereka, sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita.

Ayat 8 dalam surah al-Mumtahanah yang dikemukakan terdahulu dijadikan hujah. Menurut al-Qaradawi lagi, bidang-bidang kerjasama antara Islam dan bukan Islam seperti bidang teknikal, ketukangan dan lain-lain masih terbuka. Bahkan Nabi s.a.w. pernah menggunakan kepakaran seorang Yahudi bernama Abdullah Ibn Urayqit sebagai penunjuk jalan ketika baginda berhijrah ke Madinah.

Peranan Abdullah ini sangat besar, ada kemungkinan jika dia berniat jahat pada ketika itu, kesannya boleh menggagalkan strategi hijrah atau jika dia mengambil kesempatan menipu, maka sudah pasti kesannya sangat buruk kepada Islam dan dakwah, namun baginda tetap menggunakan juga khidmat kepakaran Yahudi yang bukan Islam itu.

Sebagai kesimpulan, Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat harus bagi kita mengucapkan tahniah dan selamat Hari Raya seperti hari Krismas kepada kaum bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini.
Kesimpulan
Dalam era baru gerakan Islam di Malaysia, adalah menjadi keperluan kepada kita untuk memahami suasana masyarakat yang terlalu variasi agama dan kepercayaannya. Memang menjadi hasrat kita untuk memupuk perpaduan antara kaum dan agama, namun tidaklah bermakna kita harus menafikan bahawa wujud perbezaan-perbezaan mutlak antara agama.
Sebaliknya, dengan kita lebih memahami perbezaan inilah maka kita akan lebih hormat-menghormati antara satu sama lain dan kita akan lebih berjaya mendekati mereka seterusnya menyampaikan dakwah Islam dengan lebih berkesan.Tidak boleh dinafikan lagi bahawa perayaan-perayaan besar yang ada di negara kita ini adalah merupakan perayaan-perayaan yang bersifat agama. Perayaan mereka melambangkan anutan mereka. Apa yang harus kita fahami adalah kita sama-sama meraikan perayaan itu bukan kerana “sebab” perayaan itu berlangsung, tetapi yang kita kongsi ialah kegembiraan.

Oleh sebab itu, apabila satu pihak mengucapkan selamat dan tahniah kepada pihak yang lain yang dimaksudkan ialah kegembiraan itu, bukan sebabnya. Sekiranya ini difahami dengan baik tidak akan timbul sebarang keraguan atau perasaan yang bukan-bukan.Wallahu’alam.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional
Dewan Pemuda PAS Pusat
6 November 2007