"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Friday, December 28, 2007

Keganasan : Bukan Cara Islam

Terkejut ketika melihat nota kaki semasa siaran TV3 "Ketua Pembangkang & Bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto terbunuh dalam satu serang nekad berani mati".Tahun 2007 seolah-olah melabuhkan tirainya dengan meninggalkan satu tragedi pembunuhan tokoh pemimpin.

Bagi mewakili pihak Lajnah Perpaduan Nasional, kita mengutuk sebarang bentuk kekerasan dan keganasan seperti yang berlaku di Pakistan. Takziah kepada semua Penyokong Parti Rakyat Pakistan (PPP).
Ketegasan PAS adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berbahagia Ust Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS ketika dihubungi wartawan Harakahdaily (Rujuk Laporan Harakahdaily di bawah).


Tragedi berdarah di Pakistan - PAS tolak sebarang bentuk keganasan

Intan Abdullah Fri Dec 28, 07 11:32:46 am MYT



KUALA LUMPUR, 28 Dis (Hrkh) - PAS menolak sebarang bentuk keganasan yang mencetuskan kekacauan yang berlaku di mana-mana tempat termasuk yang kini sedang berlaku di Pakistan.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam satu kenyataan berhubung tragedi pembunuhan bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto semalam, melahirkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku di sana di samping mendoakan keadaan di Pakistan kembali aman dan sentosa.

"Kita mendapat maklumat bahawa situasi Pakistan kini berada dalam keadaan huru-hara dan tidak stabil di seluruh kawasan negara itu," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Tambahnya, PAS tidak suka kepada keganasan dan menentang sebarang bentuk keganasan yang dilakukan kerana ia akan menyebabkan rakyat akan menerima kesan daripadanya.

Media melaporkan Benazir, 54, terbunuh selepas terkena tembakan dan serpihan bom dalam satu serangan nekad berani mati ketika mengakhiri kempen pilihanraya untuk Parti Rakyat Pakistan (PPP) pimpinannya di Rawalpindi, semalam.

"Beliau meninggal dunia pada pukul 5.25 petang (8.25 malam waktu Malaysia) di Hospital Umum Rawalpindi," kata jurucakap Parti Rakyat Pakistan (PPP), Rehman Malik.

Peguam Benazir, Sentor Babar Awan, pula berkata - "Doktor bedah mengesahkan kematiannya."

Dalam kejadian tragedi yang turut mengorbankan kira-kira 20 penyokongnya itu, seorang lelaki dikatakan mendekati beberapa pemimpin PPP termasuk Benazir dan melepaskan tembakan sebelum meletupkan bom.

Beliau, ketika itu baru sahaja selesai menyampaikan ceramah kepada beribu-ribu penyokongnya dan sedang berjalan ke arah kenderaannya apabila seorang lelaki menghampirinya dan melepaskan tembakan sebelum meletupkan dirinya.

"Lelaki berkenaan menembak ke arah kereta Benazir ketika beliau tunduk dan lelaki itu kemudian meletupkan dirinya,” kata seorang pegawai polis, Mohammad Shahid.


Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Javed Cheema, berkata Benazir mungkin terkena serpihan letupan bom yang dipasang pada jaket penyerang terbabit.

Bagaimanapun, penasihat keselamatan PPP, Rehman Malik, berkata Benazir ditembak di leher dan dada ketika memasuki kenderaannya sebelum penyerang meletupkan bom.

Manakala stesen televisyen Ary-One pula melaporkan pemimpin pembangkang itu terkena tembakan di kepala.

"Penyerang melepaskan tembakan ke arah kenderaan Benazir yang menundukkan kepala sebelum meletupkan bom," kata seorang anggota polis, Mohammad Shahid.

Ceramah itu diadakan sebagai kempen pilihan raya Pakistan yang akan diadakan pada 8 Januari ini.Ini merupakan serangan kedua ke atas Benazir sejak pulang dari tinggal dalam buangan di Britain, Oktober lalu. Pada serangan 19 Oktober lalu, lebih 138 orang terbunuh ketika berarak menyambut kepulangannya.

Menurut jurucakap Benazir, Farahtullah Babar, beliau baru saja melintasi pagar ketika dalam perjalanan ke keretanya yang terletak 50 meter dari tempat kejadian apabila tiba-tiba satu letupan berlaku.

"Tindakan ini dilakukan oleh mereka yang ingin melihat keadaan di Pakistan huru-hara kerana beliau adalah simbol penyatuan di sini.

"Mereka telah memusnahkan keluarga Bhutto dan merupakan musuh Pakistan," kata Farahtullah.

Benazir sebelum ini terselamat dalam cubaan membunuhnya pada 19 Oktober lalu di Karachi ketika pulang daripada buangan dalam kejadian yang membunuh hampir 150 orang. - mr

Thursday, December 27, 2007

Seruan Kepada Semua Cina Islam

Oleh Drs Idham Khalil Lim @ Lim Chuan Hing

Allah SWT telah memilih kita untuk menjadi seorang yang beriman kepada Nya. Dengan mengucapnya dua kalimah syahadah setelah bersaksi tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah..maka berakhirnya zaman jahiliyah kita dan kita semua menjadi sebahagian dari umat Islam. Alhamdulillah....

Maka bermulalah suatu kehidupan insan yang putih bersih tanpa sedikitpun dosa, setelah Allah mengampunkan segala perkerjaan yang lalu. Seperti anak anak yang baru dilahirkan, seputih kapas yang tak ternoda sedikitpun dosa. Seputih salji jauh mata memandang yang mengasyikkan.

Sesudah itu ingatlah kehidupan saudara hendak lah memenuhi hasrat penciptaan manusia itu sendiri dengan melakukan amal soleh :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku." ( Adz-Dzaariyaat : 56)

Tuntutan mengenai Rukun Iman dan Rukun Islam tidak berada dalam skop yang terbatas tetapi melaksanakan semua titah perintah Allah sehinggalah berjuang dalam perjuangan Islam sesuai dengan matlamat diutuskan Rasul itu sendiri :

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ الطَّاغُوتَ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى اللّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانظُرُواْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

"Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)." ( An Nahl : 36)

Sesungguhnya di Malaysia Jemaah Islam yang sedang memperjuangkan itu semua, iaitu Parti Islam Semalaysia (PAS), jauhilah parti atau jemaah yang sesat dan menyesatkan umat manusia seperti UMNO dan sebagainya..
Sia-sialah kita kalau saudara menyokong sebuah parti yang telah dan sentiasa melakukan malah mencipta kezaliman kepada rakyatnya disemua peringkat.

Sedangkan di sana Allah melarang kita melakukan kezaliman sesama manusia dan kepada semua makhluknya yang lain, cenderung kepada yang zalim pun dilarang oleh Allah SWT :

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan." (Hud : 113)

Apalagi kalau saudara adalah orang yang memilih calon-calon dari Parti UMNO dan BN yang sedang melaksanakan kezaliman yang melampau, saudara telah mempunyai saham atau aset yang menyebabkan hayat kezaliman itu berterusan untuk 5 tahun akan datang.
Ingatlah tanggungjawab berjuang untuk memenangkan Islam dan Jemaah Islam, tanggungjawab untuk meruntuhkan kezaliman dan menegakkan keadilan adalah soalan-soalan yang akan ditanya di hadapan Allah SWT kelak di akhirat.

Yakinlah dengan akidah dan perjuangan Islam dan itulah penyelamat kita semua setelah kita bergelar CINA ISLAM.

Keadilan Tidak Mengira Bangsa

Oleh Drs Idham Khalil Lim @ Lim Chuan Hing

Allah SWT mewajibkan kepada hamba untuk untuk berlaku adil kepada semua . Adil kepada diri sendiri, adil kepada anak isteri, adil kepada keluarga taulan, adil kepada semua manusia. Adil jua kepada alam sekitar dan seluruh makhluk yang lain.

Adil dalam pandangan Allah ialah menyampaikan amanah dan tanggung jawan sesuai dengan apa yang telah di pertanggunjawabkan kepadanya nya.

Firman Allah SWT.
وَكَذَلِكَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ وَإِن كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلاَّ عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللّهُ وَمَا كَانَ اللّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ اللّهَ بِالنَّاسِ لَرَؤُوفٌ رَّحِيمٌ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيداً وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنتَ عَلَيْهَا إِلاَّ لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُولَ

"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia. " (Al Baqarah :143)

Menegakkan keadilan berarti telah menegakkan satu amanah yang telah dipertanggung jawabkan oleh Sang Pencipta kepada makhlukNya. Tidak ramai yang mampu melaksanakan tanggung jawab ini. Kebanyakan manusia jadi lupa daratan lantas jauh sekali untuk menegakkan keadilan.Bila sudah mendapatkan kuasa manusia sebegini menganggap sebagai suatu peluang sehingga berlaku zalim dan lupa kepada azab Allah yang sedang menunggu. Ingatlah, janji Allah itu adalah pasti.

Bila manusia itu diberi satu amanah kepimpinan mereka mestilah berlaku adil kepada semua rakyatnya. Tidak mengira bangsa, agama dan warna kulit. Apa lagi mengutamakan keluarga dan orang yang terdekat, ini dilarang sama sekali.

Amanah ini sangat berat sebagaimana yang telah berlaku di zaman Umar Al Khattab. Beliau berlaku adil kepada semua rakyat nya sehingga tidak tidur malam untuk menjenguk rumah ke rumah mana kah ada rakyatnya yang tidak cukup makan dan mempunyai masaalah.

Lalu terkenal kisah beliau dengan seorang ibu yang terpaksa memasak ketulan batu untuk menidurkan anak-anak yang dalam keadaan yang kelaparan. Alangkah terkejutnya beliau mendapati rakyatnya dalam keadaan kesusahan yang demikian rupa sehingga dia balik mengambil gandum dalam simpanan baitulmal dan dipikulnya sendiri lalu diberikan kepada ibu yang daif itu.
Kata ibu itu Khalifah seronok dan zalim tanpa menjengukpun kesusahan rakyat nya, sedangkan dia tidak tahu yang membantunya itu adalah Khalifah. Inilah contoh sepanjang zaman dari kepimpinan seorang sahabat yang langsung mendapat pendidikan dari Nabi Allah.

Memetik kehidupan Khalifah Umar Abdul Aziz yang disebut oleh ahli sejarah sebagai khalifah Islam yang kelima sekiranya ingin disebut setelah Khalifah Ar Rasyidin. Keadilan pemerintahnnya yang cuma berlangsung dalam 2 tahun sangat terserlah. Sejarah telah membuktikan beliau adalah seorang pemimpin yang adil kepada seluruh rakyatnya.

Jauh sekali ingin mengambil dan menggunakan harta negara dengan jalan yang tidak betul atau rasuah. Suatu hari beliau sedang melakukan kerja-kerja negara dengan menggunakan pelita milik negara atau rakyat. Lalu datanglah anaknya ingin mengadu sesuatu hal, lantas beliau bertanya adakah ingin bercakap urusan keluarga atau negara kerana ia ingin memadamkan pelita minyak kalau urusan keluarga.
Subhanallah inilah pemimpin yang adil yang telah menjalankan amanahnya dengan rasa takut dan penuh tanggungjawab kepada Allah SWT. Dia tahu kuasa dan pemerintahan itu milik Allah, bila-bila masa akan jatuh dan tersungkur jua. Sehebat manapun pemimpin di dunia pasti akan jatuh dan yang zalim terutamanya jatuh tersungkur dengan keadaan yang paling hina sekali. Hina di dunia dan terhina di akhirat.

Berlaku adil dari seorang pemimpin akan mendapat ganjaran yang sangat istimewa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:-

"Dari Abu Hurairah ra dari Nabi saw., beliau bersabda : "Tujuh orang akan dilindungi Allah dalam lindungan-Nya pada hari yang tidak ada lindungan selain lindungan-Nya, yaitu : Imam yang adil, pemuda yang berkembang dalam beribadah kepada Allah Ta'ala, seseorang yang hatinya tergantung di masjid-masjid, dua orang laki-laki yang saling bercinta karena Allah, di mana keduanya berkumpul dan berpisah karena-Nya, orang laki-laki yng diajak oleh wanita yang berkedudukan cantik lalu laki-laki itu menjawab : "Sesungguhnya saya takut kepada Allah", orang laki-laki yang mensedekahkan sedekah lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, dan orang laki-laki yang ingat kepada Allah di tempat yang sunyi lalu kedua matanya berlinang." (HR: Bukhari)
Semua pemimpin dalam segala bentuk dan keadaan akan dipertanggung jawabkan kepada apa yang telah dia pimpin, tidak ada satupun walau sebesar zarrah yang akan ditanya dihadapan Allah SWT.; Sabda Rasulullah s.a.w:-

"Dari Ibnu Umar r.a berkata: Saya mendengar Rasulullahsaw. Bersabda: "Masing-masing dari kamu adalah pemimpin dan masing-masing dari kamu bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Imam itu adalah pemimpin dan bertanggung jawab akan kepemimpinannya. Seorang laki-laki pemimpin terhadap keluarganya dan bertanggung jawab akan kepemimpinannya. Perempuan itu pemimpin dalam rumah suaminya dan bertanggung jawab akan kepemimpinannya. Pelayan itu pemimpin dalam harta tuannya dan bertanggung jawab akan kepemimpinannya." Ia berkata: Dan saya menduga bahwa beliau telah bersabda: "Seorang laki-laki (anak) adalah pemimpin dalam harta ayahnya dan bertanggung jawab akan kepemimpinannya. Dan masing-masing dari kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab akan kepemimpinannya." (HR: Bukhari)

Semuga fajar akan menyingsing jua dalam keadaan rakyat yang sedang dizalimi di akhir zaman ini. Ya Allah kembalikan makhluk Mu yang dizalimi ini kepada suatu pemerintah yang adil berpandukan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Aaamin......

Kata Di Kota....Tahniah Lajnah Perpaduan Nasional

Kaum Iban mula tolak BN, tubuh Kelab Penyokong PAS di Sarawak

Nyza Ayob Wed Dec 26, 07 3:43:47 pm MYT


KUALA LUMPUR, 26 Dis (Hrkh)- Bersesuaian dengan misinya merentasi sempadan kaum, Lajnah Perpaduan Nasional telah menubuhkan Kelab Penyokong PAS Iban di rumah panjang Sungai Mulun, Batang Lupar, Sarawak baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Dr Mujahid Yusof, penubuhan kelab tersebut sempena lawatan kerja lajnah tersebut selama lima hari ke Sarawak baru-baru ini (gambar).

Jelasnya lagi, Kelab Penyokong PAS Iban ditubuhkan hasil usaha gigih PAS Sarawak dengan kerjasama beberapa PAS cawangan di Maludam. Hasil daripada penubuhan tersebut, sebuah jawatankuasa telah dibentuk yang mana ia diketuai oleh Akip ak Kundeng, Timbalan Pengerusi, Surau ak Nyamin dan Setiausaha, Molly ak Bungur.

Menurut Mujahid, dalam majlis yang sederhana di cawangan Hilir, selaku Pengerusi, Akip ak Kundeng berjanji untuk bekerjasama dengan PAS dan akan memastikan lebih ramai kaum Iban akan menyertai Kelab Penyokong PAS.

"Beliau melahirkan keyakinannya terhadap PAS dan kecewa dengan Barisan Nasional yang telah membelakangkan masyarakat Iban dalam arus pembangunan Sarawak. Antara masalah yang dihadapi oleh masyarakat Iban ialah masalah tanah yang sekarang ini diambil alih tanpa pampasan sedangkan masyarakat Iban telah mengusahakan tanah yang terbiar sejak turun temurun.

"Tanah-tanah diambil syarikat gergasi untuk membuka jalan kepada penanaman kelapa sawit dan aktiviti lain yang menyisihkan masyarakat Iban setempat, " katanya kepada Harakahdaily.

Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Sarawak, Ustaz Osman Mustapha yang member jaminan kepada masyarakat Iban setempat bahawa PAS adalah parti untuk semua kaum tanpa mengira keturunan kaum, bangsa atau agama.

Sementara itu, selepas perasmian tersebut, Mujahid turut meninjau keadaan di rumah panjang Mulun dan beramah mesra dengan masyarakat di sana.

Mujahid turut menyuarakan beliau berpuas hati dengan sambutan program PAS for All setakat ini kerana mendapat respon yang baik dari semua lapisan kaum dan agama di negara ini, yang mana penubuhan Kelab Penyokong PAS Iban membuktikan PAS tidak mengabaikan nasib kaum lain di negara ini.

Bagaimanapun Mujahid melahirkan kekecewaanya apabila melihat keadaan di beberapa rumah panjang yang seolah-olah tidak dipedulikan wakil rakyat kawasan berkenaan.
Jelasnya walaupun sudah merdeka jalan dan keperluan infrastruktur di beberapa kawasan rumah panjang Dun Lingga agak daif dan masih seperti tahun 60-an.

"Jalan masuk yang tidak diturap serta bergantung kepada generator untuk menggunakan elektrik, begitu juga kemudahan lain yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan yang memerintah.

"Keadaan ini menjadikan masyarakat Iban dilihat sebagai tersisih oleh arus pembangunan yang dibawa oleh BN,"katanya.

Sehubungan itu jelas Mujahid, PAS berjanji untuk memastikan rumah panjang tersebut diberi kemudahan asas sebagai komitmen PAS memastikan masyarakat rumah panjang tidak terpisah dengan kemudahan asas yang sepatutnya disediakan oleh parti pemerintah.

Usaha gigih PAS cawangan Kampung Lingga, katanya telah melahirkan hubungan yang mesra antara PAS dan masyarakat Iban setempat.

Dalam perkembangan lain, satu memorandum telah diserahkan kepada Pesuruhjaya Sarawak untuk memohon kepada Majlis Agama Sarawak satu tanah perkuburan baru di kampung Lingga.

Aduan itu dibuat oleh PAS Lingga yang kesal permohonan kepada wakil rakyat kawasan tersebut tidak dihiraukan walaupun sudah memohon beberapa kali.

Memorandum tersebut menyatakan tanah perkuburan yang sedia ada sudah tidak dapat menampung lagi kerana kedudukannya di tepi sungai kadang-kadang menyukarkan urusan jenazah kerana tidak cukup ruang.

Malahan air juga masuk ke dalam lubang galian kerana terpaksa menanam jenazah di tebing sungai. - mr

Wednesday, December 26, 2007

Sekadar Renungan Buat Pembaca Blog PAS National Unity

Hukum Merayakan Perayaan Orang Kafir

Hari raya adalah hari yang dimuliakan atas dasar agama. Di dalamnya dihimpunkan semua ciri-ciri keagamaan dan dizahirkan syiarnya. Pada hari itu seseorang berbangga dengan agamanya, kerana hari raya adalah hari kebesaran bagi sesuatu agama. Jika hari raya yang disambut itu adalah hari raya bagi agama Hindu, maka agama Hindu dan kepercayaan- kepercayaan yang ada di dalamnya disambut dan dibesarkan. Demikian juga jika hari raya tersebut adalah hari raya penganut Kristian, maka agama Kristian bersama kepercayaan- kepercayaannya dibesar dan dibanggakan oleh penganutnya. Demikianlah seterusnya bagi agama-agama lain.

Bagi Islam, terdapat dua hari raya yang diiktiraf sepertimana yang dikhabarkan oleh Nabi saw di dalam hadith baginda yang diriwayatkan dari Anas bin Malik ra. katanya:

قدم رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
المدينة ولهم يومان يلعبون فيهما -كعادة الأمم (الروم والفرس) كل أمةٍ لها أعياد، فكان للعرب في الجاهلية يومان يلعب فيهما أهل المدينة - فقال صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ما هذان اليومان؟ فقالوا: كنا نعلب فيهما في الجاهلية، فقال صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إن الله قد أبدلكم بهما خيراً منهما، يوم الأضحى ويوم الفطر

Maksudnya: "Ketika Rasul saw sampai di Madinah, bagi penduduk Madinah itu ada dua hari (raya) yang mereka bermain (berseronok) pada hari tersebut sepertimana kebiasaan semua kaum (Rom dan Parsi), setiap umat itu bagi mereka hari raya mereka tersendiri. Dan adalah bagi orang Arab Madinah ketika zaman Jahiliyah terdapat dua hari yang mana mereka bermain (dan berseronok) pada hari tersebut. (apabila Nabi saw melihat mereka menyambut dua hari tersebut) Nabi saw bertanya: "hari apakah dua hari ini?" Mereka menjawab: "Adalah kami di zaman Jahiliyah bermain (berseronok) dalam dua hari ini." Sabda Nabi saw: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut iaitulah hari raya al-Adha dan Hari raya al-Fitr." (Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa-ie dari Anas Bin Malik. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata: "Sesungguhnya Isnad hadith ini berdasarkan syarat Muslim)

Di dalam hadith ini jelas menunjukkan dua hari raya di zaman Jahiliyah yang disambut oleh penduduk Madinah di peringkat awal itu tidak diiktiraf oleh Nabi saw, walau untuk membiarkan mereka bermain pada dua hari tersebut sepertimana adat kebiasaan yang mereka lakukan. Bahkan Nabi saw menegaskan dengan sabda baginda:

"Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan (dua) hari yang lebih baik dari dua hari tersebut"

Nabi menegaskan Aid al-Adha dan Aid al-Fitr adalah dua hari raya yang datang menggantikan hari raya yang disambut oleh masyarakat Arab Jahiliyah ketika itu. Apabila telah datangnya pengganti (al-Adha dan al-Fitr) maka yang diganti (dua hari raya di zaman Jahiliyah) ditinggalkan dan tidak mungkin untuk disambut bersama lagi buat selama-lamanya. Ini adalah sesuatu yang jelas dan tidak mungkin untuk seseorang mengatakan kita sambut kesemua hari raya tersebut samaada ianya al-Adha dan al-Fitri ataupun dua hari raya yang disambut di zaman Jahiliyah, kita sambut kesemuanya dan kita namakan sebagai 'Kongsi Raya'.

Maka dua hari raya yang telah digantikan oleh Nabi saw dengan hari raya Aid al-Adha dan Aid al-Fitr itu terus ditinggalkan oleh para sahabat Nabi saw hingga tidak tertinggal walaupun sedikit dari apa-apa jenis sambutannya, sehingga kebanyakan umat Islam hari ini tidak mengetahui langsung bilakan dua hari raya tersebut dirayakan di zaman Jahiliyyah.

Islam Sentiasa Mengamalkan Sikap Bertoleransi

Islam mengarahkan umatnya untuk berinteraksi sebaik mungkin dengan penganut-penganut agama yang lain. Islam memberikan peruntukan pahala kepada sesiapa yang membantu penganut agama lain yang memerlukan bantuan. Bukan sekadar bantuan, bahkan Islam memberi galakan kepada penganutnya untuk berbuat baik kepada mereka. Allah berfirman:

لا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (٨)

Maksudnya: "Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak pula mengeluarkan kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil". (al-Mumtahanah: 8)

Kalimat al-Birr (البر) atau berbuat baik yang digunakan di dalam ayat di atas merangkumi semua maksud kebaikan dan ia lebih luas dari maksud adil. Ia memberi galakan kepada umat Islam untuk bergaul dengan penganut agama lain dengan baik dan adil sesuai dengan hak kemanusian, selama-mana perkara itu bersangkutan dengan hak-hak kemanusiaan. Bukti wujudnya galakan untuk berbuat baik kepada penganut-penganut agama lain di dalam ayat di atas ialah apabila Allah mengakhirkan ayat tersebut dengan mengatakan: "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil". Ini adalah galakan daripada Allah swt kepada setiap orang yang beriman, kerana setiap orang yang beriman itu semestinya akan mencari perkara-perkara yang disukai oleh Allah swt untuk mereka lakukan, dan salah satunya ialah berbuat baik dan berlaku adil kepada penganut-penganut agama lain.

Tidak cukup dengan itu Allah swt di dalam surah al-Kafirun memberi kebebasan kepada penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka.

Allah swt berfirman:

Maksudnya: "Katakanlah (Muhammad) wahai orang-orang kafir. [2]Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. [3] dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. [4] dan aku tidak beribadat sebagaimana kamu beribadat. [5] dan kamu tidak beribadat sebagaimana yang aku beribadat. [6] dan bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami."

Inilah kemuncak sikap toleransi Islam terhadap penganut agama yang lain, penganut agama lain tidak pernah dipaksa untuk memeluk Islam walaupun mereka tinggal dalam kumpulan majoriti umat Islam di dalam Negara Islam dan mencari rezki di dalamnya. Mereka juga tidak dihalang untuk menyembah dan beribadat kepada tuhan mereka mengikut cara yang ada di sisi mereka. Inilah hak kemanusia yang Islam berikan kepada semua penganut agama yang lain.

Islam Mempunyai Perayaannya Tersendiri

Suatu hari Abu Bakar ra masuk menemui Nabi saw di rumah baginda. Dia dapati terdapat dua orang Jariah kanak-kanak yang sedang menyanyi. Lalu Abu Bakar berkata:

أبمزمور الشيطان بين يدي رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟

Maksudnya: "Apakah dengan seluling Syaitan ada di depan (rumah) Rasulullah saw?” Nabi saw bersabda:


يا أبا بكر دعهما فإن لكل قوم عيد وهذا عيدنا

Maksudnya: "Biarkan mereka berdua wahai Abu Bakar, sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada hari raya mereka, dan hari ini adalah hari raya kita (umat Islam)."

Ini petunjuk dari Nabi saw untuk mengkhususkan bagi setiap agama itu perayaan mereka tersendiri dan tidak ada perkongsian dalam menyambut perayaan. Bagi umat Islam perayaan mereka dan bagi penganut lain perayaan mereka tersendiri pula.

Kongsi Raya Tidak Pernah Wujud Di Zaman Nabi saw

Masyarakat majmuk yang sering dilaungkan orang ramai untuk menghalalkan kongsi raya bukanlah pertama kali di dalam dunia berlaku di Malaysia. Nabi saw lebih dahulu mengamalkan hidup dalam masyarat yang majmuk. Bahkan Nabi saw berjaya memberikan contoh yang terbaik dalam mengadakan hubungan bersama mereka.

Nabi saw tinggal di Madinah dalam keadaan penganut Yahudi telah ada di Jazirah Arab di beberapa tempat seperti di Madinah sendiri dan di Khaibar. Demikian juga penganut Kristian telah ada di Najran (نجران), Yaman, di Son'aa (صنعاء) dan di tempat-tempat lain.

Sejarah membuktikan wujudnya perhubungan antara orang-orang Islam dengan penganut agama yang lain dalam urusan keduniaan seperti perniagaan dan seumpamanya. Mereka bersama di pasar-pasar jual beli, mereka hidup dalam satu masyarakat majmuk.

Namun begitu, jika diperhatikan kepada sirah Nabi saw tersebut, kita tidak akan dapati adanya di kalangan umat Islam yang menyambut perayaan-perayaan agama lain yang ada ketika itu, dalam apa bentuk perayaan sekalipun. Dalam masa yang sama masyarakat Islam bersungguh melaksanakan dakwah menyeru penganut lain kepada Islam, dan perpaduan tetap terjalin.

Hukum Menyambut Perayaan Bukan Islam

Allah swt, di akhir surah al-Furqan (الفرقان), ketika menyebut sifat hamba-hambaNya, berfirman:

وَالَّذِينَ لا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَاماً

Maksudnya: "Dan mereka (yang diredhai oleh Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menyaksikan yang palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang sia-sia, mereka melaluinya dengan menjaga kehormatan diri (membersihkan diri darinya)." (al-Furqan: 72)

Para ulama Tafsir menakalkan sepertimana yang terdapat di dalam al-Durar al-Manthur (الدرر المنثور), demikian juga seperti yang disebut oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya dari sebahagian Tabi'ien seperti Mujahid (مجاهد), al-Dhohak (الضحاك), Ikrimah (عكرمة) dan yang lainnya bahawasanya - يَشْهَدُونَ الزُّورَ (iaitu tidak meyaksikan yang palsu) – itu ialah perayaan-perayaan Kafir dan Musyrikin.

Dr. Safar Bin Abdul Rahman al-Hawali di dalam laman web beliau mendakwa akan sepakatnya semua para fuqaha akan haramnya menghadiri perayaan bukan Islam dan bersama merayakannya. Beliau menyebut salah seorang ulama dari mazhab Malik yang bernama Abu Abdillah Abdul Rahman Bin al-Qasim al-Misri yang menganggap sesiapa yang hanya membeli tembikai sempena dengan perayaan bukan Islam, dia seolah-olah telah membeli seekor babi untuk disembelihkan.

Di sisi ulama mazhab Hanafi pula lebih keras, sehingga ada yang berpendapat kufurnya seseorang yang hanya memberikan hadiah berupa sebiji telur pada hari tahun baru Parsi dalam bentuk memuliakannya.

Jika kita himpunkan kesemua perkataan para ulama, kita akan dapati bahawasanya semua mereka mengharamkan menyambut perayaan bukan Islam termasuklah mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali, bahkan mazhab al-Zohiri juga.

Al-Lajnah al-Da-imah lil Buhuth al-'Ilmiah wa al-Ifta' ketika ditanya tentang hukum bersama menyambut perayaan bukan Islam menyebut:

"Tidak boleh bagi seorang muslim untuk dia bersama orang-orang kuffar dalam (menyambut) perayaan-perayaan mereka, dan untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan dalam perayaan mereka, (demikian juga tidak boleh) untuk dia bercuti dari bekerja (untuk menyambut perayaan tersebut) samaada perayaan itu perayaan keduniaan ataupun keagamaan, kerana ini termasuk dalam bertasyabbuh (menyerupai) musuh-musuh Allah yang diharamkan dan termasuk dalam tolong menolong dengan mereka dalam perkara yang batil. Telah thabit dari Nabi saw, sabda baginda: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk salah seorang dari mereka."
Allah swt pula berfirman:
"Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara yang baik dan takwa, dan jangan kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah seseungguhnya Allah amat keras seksaannya." (al-Maidah : 2)" – Fatwa bil. 2540.

Al-Syeikh Muhammad Bin Soleh al-Munajjid pula apabila ditanya tentang hukum yang sama menjawab:

"Tidak boleh bersama orang-orang kafir menyambut perayaan-perayaan mereka disebabkan perkara-perkara berikut:

1 - Ia termasuk dalam al-Tasyabbuh (menyerupai orang kafir). Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk salah seorang dari mereka." (hadith riwayat Abu Daud) Ini adalah amaran yang serius. Abdullah bin al-'Ash berkata : "Sesiapa yang hidup di atas tanah orang-orang musyrik, lalu menyambut hari Nairuz (perayaan tahun baru) mereka, dan perayaan-perayaan mereka, dan dia telah menyerupai mereka sehingga dia mati, dia akan rugi pada hari kiamat."

2 - Bersama di dalam perayaan adalah sebahagian daripada Mawaddah dan Mahabbah kepada mereka. Allah berfirman: "Jangan kamu menjadikan Yahudi dan Nasara itu Auliya'…" dan firmannya lagi: "Wahai orang-orang yang beriman jangan kamu menjadikan musuh-musuh Ku dan musuh-musuh mu sebagai teman-teman setia, kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada diantara kamu dengan mereka, sedangkan mereka telah kufur dan engkar terhadap kebenaran yang sampai kepada kamu…" (al-Mumtahinah: 1)

3 - Sesungguhnya hari raya adalah perkara agama dan aqidah, ia bukan sekadar adat dunia sepertimana yang disebut di dalam hadith: "Bagi setiap kaum itu ada hari rayanya mereka, dan ini adalah hari raya kita." Hari raya mereka itu melambangkan aqidah mereka yang rosak, syirik dan kufur.

4 - (ayat al-Quran – "dan orang-orang yang menyaksikan yang palsu…) telah ditafsirkan oleh para ulama sebagai (menyaksikan) perayaan-perayaan orang-orang musyrik. Tidak boleh memberi kad-kad ucapan perayaan kepada mereka atau menjualnya kepada mereka, atau apa sahaja yang keperluan perayaan mereka seperti lampu-lampu, pokok-pokok (untuk perayaan), makanan-makanan (untuk perayaan), dan selainnya."

Di dalam fatwanya yang lain, apabila ditanya tentang hukum mengucapkan tahniah kepada perayaan kafir beliau menyebut:

"Mengucapkan selamat kepada orang kafir pada hari Krismas atau selainnya dari perayaan keagamaan adalah haram dengan kesepakatan para ulama, sepertimana yang dinakalkan oleh Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ahkam Ahl al-Zimmah (أحكام أهل الذمة) ketika beliau berkata: "Adapun ucap tahniah/selamat kepada syiar-syiar kuffar secara khusus adalah haram dengan kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat kepada perayaan atau puasa mereka dengan mengatakan: "Selamat hari raya kepada kamu" atau "Semoga bergembira dengan perayaan ini" atau seumpamanya.
Perkara ini jika selamatpun pengucapnya dari kekufuran, ia tetap termasuk dari perkara-perkara yang haram, ia sama seperti mengucapkan selamat kepada seseorang yang sujud kepada salib, bahkan perbuatan ini adalah lebih besar dosanya di sisi Allah dan lebih besar kemurkaan berbanding mengucapkan tahniah kepada seseorang yang meminum khamar (bir), seorang yang membunuh dan yang berzina dan seumpamanya. Kebanyakan orang yang tidak ada kesedaran agama terjebak dalam perkara ini. Dia tidak sedar betapa buruk amal perbuatannya. Maka sesiapa yang mengucapkan tahniah atau selamat kepada seseorang yang melakukan maksiat, bid'ah atau kekufuran. Maka sesungguhnya dia telah membuka ruang kepada dirinya untuk mendapat kemurkaan dari Allah."

Inilah sebahagian perkataan para ulama yang sempat dimuatkan. Kesemua mereka melarang keras menyambut perayaan bukan Islam. Kerana mustahil perayaan Islam yang dibina atas dasar mentauhidkan Allah, bersih dari kesyirikan dan kebatilan boleh dikongsi dengan perayaan agama lain, dimana kesyirikan dan kebatilan dinyatakan pada hari tersebut.

Hari raya adalah hari untuk menzahirkan kepercayaan- kepercayaan agama. Apakah mungkin umat Islam yang memiliki aqidah mentauhidkan Allah dapat menyambut perayaan lain yang penuh dengan kesyirikan dan kebatilan? Terbayangkah di fikiran kita, apakah mungkin seseorang mengucapkan tahniah kepada penjenayah bunuh, rogol dan seumpamanya. Jika kita mengatakan tidak, maka Kongsi Raya lebih utama untuk ditidakkan, kerana kongri raya membawa maksud reda dan setuju kepada kepercayaan- kepercayan yang ada dalam sesuatu perayaan tersebut. Apakah masuk akal, seseorang muslim yang mentauhidkan Allah mengucapkah tahniah kepada seorang Budha, Hindu atau Kristian yang sedang menyembah tuhan mereka? Sesungguhnya Kongsi Raya tidak mendatangkan kebaikan kepada umat Islam melainkan ia menghakis keimanan dan jati diri umat Melayu Muslim. Allah swt berfirman:

إِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنْكُمْ وَلا يَرْضَى لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ وَإِنْ تَشْكُرُوا يَرْضَهُ لَكُمْ وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (٧)

Maksudnya: "Jika kamu kufur, sesungguhnya Allah tidak berhajat sesuatu daripada kamu, dan Dia (Allah) tidak redha akan kekufuran hamba-hambanya, dan jika kamu bersyukur nescaya Dia meredhai kamu dengan kesyukuranmu itu." (al-Zumar: 7)

Friday, December 21, 2007

Realiti Sejarah, Perubahan Sosio-politik & Masa Depan Ummah Melayu

Realiti Sejarah, Perubahan Sosio-politik dan Masa Depan Ummah Melayu.
Tarikh: 2/3/2001 10:51:33 AM

1. Pengenalan
Dalam konteks sejarah politik Malaysia, Islam bukanlah sesuatu yang asing. Ia mula bertapak semasa kerajaan Melayu Melaka. Sebagai salah satu unsur politik yang terpenting Islam telah memberi legitimasi kepada kerajaan Melayu Melaka; dan pengamalan ajaran islam pada peringkat ini merupakan sesuatu yang signifikan. Budaya Melayu nampaknya bergerak seiringan dengan amalan-amalan Islam. Walau bagaimanapun, keseimbangannya tergugat apabila pihak penjajah, khususnya Inggeris, memperkenalkan Sistem Residen dan pentadbiran moden di Tanah Melayu.
Pengenalan sistem pentadbiran moden telah mengkesampingkan (marginalized) peranan Islam dalam masyarakat dan negara dalam mana hal-hal yang berkaitan dengan Islam telah dikelompokkan sebagai salah satu aspek budaya. Raja sebagai tonggak dan simbol kesetiaan orang Melayu, yang pada keseluruhannya menganut agama Islam, telah diberi tugas oleh pihak Inggeris untuk “mengawal” kesucian Islam dan adat istiadat Melayu. Sungguhpun kemerdekaan yang dicapai pada tahun 1957 dan penerimaan perlembagaan baru telah mengembalikan sedikit sebanyak kedudukan dan maruah Islam ini, walau bagaimanapun “dikompromikan” oleh kehadiran masyarakat majmuk.
Aspek budaya-legal yang mentakrif masyarakat Melayu adalah secara sinonimnya adalah juga masyarakat Islam dan faktor etnisiti yang lahir dari kewujudan masyarakat majmuk telah mencorak rupa-bentuk penglibatan Islam dalam proses politik Malaysia. Pada tahap yang lebih umum dapatlah dikatakan bahawa tuntutan universal islam telah dikompromi, dan kadangkala berkonflik dengan Islam yang telah di indigenized dan contextualized berdasarkan realiti politik dan masyarakat tempatan.
2. Islam dan Politik:
Perspektif Sejarah Dari sudut sejarahnya, kerajaan Melaka telah menyediakan tapak yang subur bagi perkembangan Islam di Tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah memperlihatkan juga kepada kita bahawa berkemungkinan Islam bertapak di Tanah Melayu se awal kurun ke-9 Masihi dan selewat-lewatnya pada kurun 12 atau 13 Masihi dan bukan pada kurun ke-15 Masihi seperti yang didakwa oleh sejarawan Barat yang bermula dari Melaka (Abdullah Ishak , 1990).
Apa yang menarik ialah data-data sejarah yang diperolehi, yang besar kemungkinan boleh membuktikan bahawa Islam bertapak di Tanah Melayu sebelum terbentuknya kerajaan Melaka, adalah merujuk kepada negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Dilihat dari sudut politik Malaysia semasa fakta sejarah ini amatlah signifikan. Di ketiga-tiga negeri inilah Islam sebagai faktor politik telah menonjolkan dirinya. Di negeri-negeri inilah juga Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mendapat tempat - pernah memerintah Terengganu dan buat masa kini masih mentadbir Kelantan.
Walau apapun bukti yang dikemukakan oleh para sejarawan satu hakikat yang perlu diterima oleh semua ialah hanya kerajaan Melayu Melaka (1409-1511 M) yang boleh digelar sebagai empayar. Kesultanan Melaka, misalnya, memain peranan yang penting dalam mengasaskan sistem kesultanan di sebahagian besar negeri-negeri di Tanah Melayu. Keagungan Melaka juga terbukti apabila ianya mengamalkan dasar luar yang pragmatik iaitu dasar berbaik-baik dengan kuasa-kuasa besar asing pada ketika itu seperti Siam, Majapahit dan Cina.
Dasar ini telah menstabilkan politik Melaka, memperkembangkan ekonomi dan juga sistem pentadbirannya. Suasana yang baik juga telah mendorong Melaka untuk menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap perkembangan Islam, sama ada di dalam mahupun luar negeri. Melaka telah berperanan sebagai pusat dakwah Islamiah yang terpenting dengan adanya pengelibatan secara total dari pihak istana.
Dikatakan bahawa menerusi usaha dakwah Islamiah yang begitu kuat dan berpengaruh, menyebabkan runtuhnya kerajaan Majapahit di Jawa. Dengan lain-lain perkataan, Jawa diislamkan dari Melaka (Abdullah Ishak, ibid: 100). Pemerintah Melaka amat menghormati ajaran Islam dan menjadikan istana sebagai pusat pengembangannya. Dilapurkan bahawa kitab Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanapiah dan al-Dar al-Mazlum pernah disimpan di istana Melaka.
Kecintaan kepada ilmu Islam misalnya, telah mendorong Sultan Mahmud (1488-1511M) mempelajari ilmu feqah terutamanya yang berkaitan dengan muamalat, bersama rakyat jelata. Untuk mendapat ilmu baginda sanggup menghadiri majlis ilmu di rumah Maulana Yusuf dan berguru kepada ulama tersebut. Dalam hal ini, Shellabear ada menjelaskan seperti berikut: “Setelah datang keluar pintu Maulana Yusuf, maka titah Sultan pada penunggu pintu itu, `Beritahu maulana bahawa fakir Mahmud datang’.
Maka kata Maulana Yusuf, “Jika fakir Mahmud, buka pintu; fakir patutlah ke rumah samanya fakir’. Maka Sultan Mahmud dibawanya naik duduk ke rumahnya, maka Sultan Mahmud pun mengaji muamalat pada Maulana Yusuf”. (dalam Abdullah Ishak, ibid: 102). Islam begitu melebar dan peranannya begitu penting di zaman kesultanan Melaka apabila ianya dijadikan syarat untuk menjawat jawatan tertinggi dalam pentadbirannya. Contohnya, untuk menjawat jawatan menteri, calon dikehendaki membiasakan diri mereka dengan Hukum Kanun Melaka.
Hukum Kanun Melaka juga memperuntukkan agar hukum-hukum yang berkaitan dengan jenayah syariah seperti hudud dilaksanakan. Islam sebagai faktor politik yang penting dalam kerajaan Melaka turut runtuh apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 Masihi. Pusat penyebaran Islam turut berpindah ke tempat yang baru iaitu Acheh. Pendedahan Islam kepada pengaruh Barat bermula dengan Portugis dan berakhir dengan Inggeris telah meminggirkan peranan Islam dalam sistem politik dan pentadbiran negara.
Adalah sesuatu yang menarik untuk dikaji bahawa Melaka yang begitu lama didedahkan dengan Islam begitu pantas mengenepikan Islam sebagai faktor politik. Dengan lain-lain perkataan, mengapakah parti politik Islam seperti PAS tidak mendapat tempat yang sewajarnya di bumi Melaka? Jawapan kepada soalan di atas mungkin terdapat dalam huraian yang merujuk kepada hakikat bahawa PAS lebih mudah berakar dan bertapak dalam masyarakat yang secara relatifnya mundur yang dicirikan oleh aspek-aspek konservatisme dan tradisionalisme.
Dalam masyarakat tradisionalisme seperti yang terdapat di Pantai Timur asakan pengaruh modenisme (baca, Barat) tidak begitu berkesan untuk merongkai pengaruh Islam dalam masyarakatnya kerana pengaruh modenisme tidak sebegitu hebat melanda masyarakat sebagaimana yang berlaku di Pantai Barat (Bandingkan, Means, 1976 dan Ratnam, 1969).
3. Islam dan Perlembagaan
Tidak dapat dinafikan bahawa persoalan Islam dan hubungkaitnya dengan aspek perundangan adalah merupakan satu topik yang amat kontroversial dan sensitif dalam konteks politik Malaysia. Tidak dapat dinafikan juga bahawa perjalanan sistem perundangan di zaman kerajaan Melaka adalah berteraskan sistem perundangan Islam, khususnya hukum jenayah syariah Islam yang dibahagikan kepada empat bahagian: Hukum Qisas, Hudud, Ta’zir dan Diat. Sebagai contoh, dalam Hukum Kanun Melaka terdapat hukum Hudud iaitu hukuman yang berhubung dengan kesalahan Zina, Qadhaf, Mencuri, Murtad, Minum Arak dan Meninggalkan Sembahyang.
Merujuk kepada hukuman bagi kesalahan zina, Hukum Kanun Melaka memperuntukkan bahawa jika yang melakukannya seorang yang sudah berkahwin hendaklah direjam dan bagi yang belum berkahwin pula dihukum seratus kali sebat.Hukuman ini diperuntukkan dalam Fasal 40:2
Hukum Kanun Melaka; dan ini adalah selaras dengan undang-undang Islam yang kedua-dua keadaan yang membolehkan hukuman zina dikenakan ada dinyatakan dalam hadis dan juga dalam al-Quran, surah Al-Nur (24:2).
Begitu juga dengan kesalahan murtad, Hukum Kanun Melaka dalam Fasal 36:1 menetapkan hukuman bunuh bagi orang-orang Islam yang keluar dari agamanya. Ini bersesuaian dengan saranan al-Quran dalam Surah Al-Anfal (8:39).
Begitulah dengan peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan dengan jenayah syariah Islam, Hukum Kanun Melaka jelas selari dengan sistem perundangan Islam. Perlu dinyatakan di sini bahawa keluasan pengalaman perundangan Islam yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka juga mencakupi bidang-bidang penting lain seperti muamalah, keluarga dan keterangan dan acara.
Secara rumusannya dapatlah dikatakan bahawa berjalannya Hukum Kanun Melaka yang berasaskan undang-undang Islam, maka jelaslah bahawa Melaka sadalah sebuah pemerintahan Islam dan dengannya juga telah menjadikan Melaka sebagai sebuah kuasa besar Islam yang berpengaruh dan digeruni di rantau ini.
Atas kejayaan Islam itulah ianya menjadi penghalang kepada kuasa-kuasa besar Barat untuk menyebarkan agama Kristian, dan kedatangan dan seterusnya penaklukan Portugis ke atas Melaka bukan sahaja didorong oleh motif politik dan ekonomi malah juga oleh motif agama atau apa yang disebut sebagai tiga G - God, Glory and Gold.
Di antara kuasa Barat yang pernah menjajah Tanah Melayu, pihak Inggerislah yang paling bertanggungjawab meminggirkan peranan Islam dalam sistem perundangan negara. Bermula pada tahun 1786 apabila Inggeris mengambilalih Pulau Pinang dari Sultan Kedah, dan menganggap Pulau Pinang sebagai daerah yang baru diduduki (newly-settled territory), mereka telah memperkenalkan Piagam Keadilan (Charter of Justice) pada tahun 1807.
Menerusi piagam ini, sebuah mahkamah tinggi ditubuhkan di Pulau Pinang dengan menguatkuasa undang-undang Inggeris. Seterusnya pada tahun 1826 Inggeris telah memperkenalkan Piagam Keadilan Kedua bagi memperkembang dan menyelaraskan penguatkuasaan undang-undang Inggeris ke atas tiga buah negeri selat yang di bawah kekuasaannya.
Puncak kepada usaha pelebaran sistem perundangan Inggeris ini tercapai pada tahun 1855 apabila sebuah piagam baru diperkenalkan dan dengan pelaksanaan piagam baru ini mahkamah Inggeris dibahagikan kepada dua bahagian - satu di Singapura dan Melaka dan satu lagi di Pulau Pinang. Piagam baru ini yang dikenali juga sebagai Piagam Keadilan Ketiga telah diperluaskan ke Persekutuan Tanah Melayu bila sahaja Pulau Pinang dan Melaka menjadi sebahagian dari Persekutuan dalam tahun 1948 Masihi.
Proses peminggiran Islam ini telah mencetuskan penentangan secara kekerasan yang dipimpin oleh tiga golongan yang terdiri dari golongan istana dan bangsawan, ulama’ dan rakyat jelata. Penentangan dengan cara yang lebih lembut dilakukan melalui gerakan Islah. Sungguhpun gerakan Islam gagal untuk menghalang perlaksanaan undang-undang Inggeris, terdapat beberapa kesan positif di mana Inggeris terpaksa bertindak mengubah struktur pentadbiran agama Islam dan undang-undang Mahkamah Syariah yang sedia wujud di samping menubuhkan Majlis Agama Islam serta menggubal undang-undang untuk dilaksanakan di mahkamah tersebut, walaupun mengikut cita-rasa mereka sendiri.
Sungguhpun penubuhan Mahkamah Syariah adalah di bawah kuasa Majlis Undangan Negeri, Inggeris bukan sahaja berusaha mewujudkan mahkamah tersebut bahkan tugas bagi mengendalikannya diserahkan kepada sebuah jawatankuasa yang ditubuhnya yang mana kebanyakan ahlinya terdiri dari kerabat di Raja dan golongan elit agama yang pro-kerajaan Inggeris. Atas hakikat ini, Majlis-majlis Undangan Negeri meluluskan undang-undang untuk dijalankan di Mahkamah Syariah atas nasihat Inggeris.
Disebabkan pandangan Inggeris terhadap agama adalah pandangan agama Kristian yang memisahkan agama dari negara maka tidaklah menghairankan apabila bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya terhad kepada undang-undang keluarga Islam sahaja dan boleh dikuatkuasakan ke atas orang-orang Islam sahaja. Manakala undang-undang Inggeris mempunyai bidang kuasa yang luas, dijalankan di mahkamah-mahkamah awam, dan penguatkuasaan undang-undangnya meliputi semua penduduk, Islam dan bukan Islam.
Sekiranya berlaku percanggahan di antara undang-undang Islam dan undang-undang Inggeris, yang melibatkan orang-orang Islam, maka undang-undang Inggeris yang diambil kira atau terpakai. Demikianlah gigihnya pihak Inggeris dalam usaha mereka untuk meminggirkan peranan Islam dalam sistem politik dan pentadbiran negara. Perlembagaan baru yang mengiringi kemerdekaan Tanah Melayu yang digubal melalui Suruhanjaya Reid masih menempatkan Islam di tahap yang tidak utama dalam sistem perundangan negara.
Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa, “Agama Islam agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”. Peruntukan 3 (1) di atas jelas menunjukkan bahawa agama Islam adalah “agama bagi Persekutuan”. Kekaburan pentafsiran di sini yang menjadikannya satu isu politik yang “problematic”.
Asas sekular yang menunjangi peruntukan ini di perjelaskan terlebih dahulu oleh Parti Perikatan dalam satu memorendum kepada Suruhanjaya Lond Reid yang dinyatakan dengan jelas bahawa: “ Agama Islam hendaklah di jadikan agama negara....... tetapi prinsip ini bukan bermakna negara ini bukan negara sekular”.
Untuk mempastikan tidak berlakunya pentafsiran Perkara 3 (1) yang boleh menguntungkan Islam, Perkara 4 (1) Perlembagaan mempastikan perkara ini tidak akan berlaku. Peruntukan ini merujuk kepada ketinggian autori Perlembagaan yang di nyatakan seperti berikut: “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang lain yang di luluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu”.
Sistem federalisme yang diamalkan di Malaysia pada hakikatnya merumitkan lagi amalan Islam. Sungguhpun hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri, tetapi disebabkan bidang kuasa Kerajaan Pusat adalah lebih luas dan menyeluruh ia mungkin bercanggah dengan kepentingan negeri.
Sebagai contoh, kiranya Dewan Undangan Negeri meluluskan undang-undang Islam yang berlawanan dengan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen atau dalam bidang kuasa Parlimen meluluskanya, maka undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dengan sendirinya terbatal dan undang-undang Persekutuan yang dikira sah dan terpakai.
4. Islam dan Masyarakat Majmuk
Di samping sifat prejudis mereka terhadap Islam, besar kemungkinan pihak pentadbiran Inggeris memikirkan sifat masyarakat majmuk Malaysia apabila bersetuju dengan perkara 3 (1) sepertimana yang telah kita sentuh secara ringkas di atas. Dalam saat yang sama, menyedari bahawa keterikatan orang Melayu kepada agama Islam amat kuat dan kekuatannya telah terbukti sebagai senjata yang ampuh menghalang kemaraan pengaruh Komunisme yang juga ditolak oleh pemerintahan Inggeris, maka beberapa peruntukan yang nampaknya semacam “pro-Islam” telah diberi laluan.
Mengiktiraf institusi kesultanan sebagai tonggok kekuasaan politik Melayu-Islam, maka Raja dan Sultan diberi kelonggaran untuk “ mengetuai” Agama Islam di peringkat negeri. Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja kuasa ini diserahkan kepada Yang Di Pertuan Agung. Kelonggaran lain yang diperuntukkan oleh Perlembagaan baru Malaya ialah bertujuan untuk menjaga “kesucian” aqidah orang-orang Melayu.
Dalam hal ini ceraian (4) Perlembagaan ada menyebut: “Undang-undang Negeri boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang yang menganut agama Islam”. Apa yang “tersirat” dari peruntukan di atas ialah orang-orang Islam boleh berdakwah di kalangan orang-orang bukan Islam, sungguhpun proses dakwah ini dilakukan secara tidak langsung. Untuk mengelakkan ini menjadi isu yang sensitif, kerajaan telah mempromosikan Islam melalui pembinaan institusi-institusi Islam seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, PERKIM, JAKIM, Bank Islam dan lain-lain lagi.
Dari segi ini, pengelibatan kerajaan secara aktif bagi tujuan mengawal “kesucian” aqidah dan memajukan umat Islam sendiri, tidak berkemungkinan ianya dijadikan isu politik. Tetapi sekiranya usaha-usaha kerajaan dilihat sebagai usaha-usaha dakwah secara langsung di kalangan masyarakat bukan Islam ia akan mencetuskan kontroversi, kerana initiatif ini dilihat sebagai penceroboh “kebebasan beragama” sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.
Keadaan yang delicate di atas kadang-kadang membawa kepada sikap yang ambivalent di pihak kerajaan: ada kalanya usahanya boleh ditafsirkan sebagai menjaga kesucian Islam dan pada masa yang lain ia bersikap sebaliknya. Sikap ambivalent kerajaan ini makin terserlah apabila berhadapan dengan parti PAS yang lebih radikal dari segi pendekatannya mengenai Islam. Kedudukan kerajaan dalam menghadapi isu Islam seolah-olah “tersepit” di antara kritikan bukan Islam khususnya dari parti-parti politik bukan Islam yang menganggotai Barisan Nasional terhadap usaha-usaha Islamisasi kerajaan dan kritikan keras PAS bahawa apa yang kerajaan buat terhadap Islam masih jauh dari mencukupi.Kerajaan, khususnya UMNO, perlu menangani kedua-dua kritikan di atas secara berhati-hati.
Kritikan pertama, sekiranya ditangani secara gopoh akan menjejaskan hubungan antara kaum yang sedia terjalin dan boleh menjejaskan hubungan politik antara kaum yang terbina dalam gagasan Barisan Nasional.
Kritikan kedua, sekiranya tidak ditangani dengan secara yang berkesan UMNO boleh kehilangan undi. Ini disebabkan bagi pengundi-pengundi Melayu-Islam, parti politik pilihan mereka dalam pilihanraya ialah antara UMNO dan PAS. Memang terdapat pengundi-pengundi Melayu yang mengundi calon-calon bukan Islam yang mewakili BN, tetapi besar kemungkinan mereka mengundi calon-calon ini “melalui” UMNO yang berperanan sebagai tonggak kuasa dalam BN dan seterusnya kerajaan.
Telah dihujahkan juga bahawa finomena “masyarakat majmuk” tidak seharusnya menjadi halangan dalam usaha untuk mendaulatkan Islam. Kekuatan hujah ini nampaknya berlandaskan, sebahagian besarnya kepada hujah historis.
Masyarakat majmuk yang “bercampur tetapi tidak bersatu” mengikut pandangan ini boleh disatukan dengan terlaksananya sistem perundangan Islam dengan secara yang syumul.
Orang Melayu-Islam yang majoriti berhak ke atas cara hidup Islam yang lebih menyeluruh kerana hakikat sejarah telah membuktikan, dalam kes kerajaan Melayu Melaka, bahawa perundangan Islam telah diterima pakai dalam kehidupan mereka. Kekuatan hujah sejarah ini tidak ada pada orang-orang bukan Islam.
Ini adalah kerana, “masyarakat bukan Islam yang berada di Malaysia ini tidak mempunyai undang-undang dasar negara, sedangkan masyarakat Islam yang merupakan bilangan terbanyak penduduk negara ini memilikinya, iaitu undang-undang Islam yang bersifat syumul dan universal”. (Mahmud Saedon Awang Othman, 1988: 132).
Atas kekuatan hujah sejarah juga dapat dikatakan bahawa masyarakat Melayu-Islam, secara relatifnya, telah dinafikan hak mereka secara sepenuhnya dalam amalan Islam dalam kehidupan mereka seharian.
Dengan lain-lain perkataan nampaknya sejarah lebih tidak berlaku adil kepada mereka ini adalah kerana, “.....mereka dihalang oleh undang-undang negara yang hanya memberikan mereka hak untuk melaksanakan tuntutan agama di bidang yang terhad dan sempit, sedangkan orang yang tidak beragama Islam menikmati hak beragama mereka sepenuhnya baik semasa di bawah sistem undang-undang Islam sebelum undang-undang Inggeris menjadi undang-undang dasar negara mahupun selepasnya” (ibid: 134).
Menjadikan undang-undang Islam sebagai undang-undang dasar negara tidak bermakna bahawa setiap penduduk negara itu dipaksa menerima akidah Islam. Terdapat perbezaan di antara menerima undang-undang Islam sebagai undang-undang negara dengan menerima Islam sebagai agama (Deen).
Oleh yang demikian menjadikan undang-undang Islam sebagai undang-undang dasar negara tidak bererti memaksa orang yang bukan Islam menganut Islam dan meninggalkan agama asalnya. Undang-undang Islam juga telah dilaksanakan di Madinah pada zaman Rasulullah (s.a.w) sedangkan penduduk Madinah pada masa itu terdiri daripada masyarakat majmuk, yakni, terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam.
Orang Yahudi, misalnya, hampir separuh daripada penduduk Madinah dan kehidupan mereka dilindungi melalui perlembagaan bertulis yang terulung dalam sejarah tamadun manusia.
Jaminan hak asasi melalui perlembagaan ini ke atas orang-orang Yahudi bukanlah lahir dari tekanan politik atau untuk merebut kuasa, tetapi lahir dari tuntutan syariyah Islam.
Yahudi keluar dari Madinah bukan kerana hak asasi mereka yang telah dijamin di dalam perlembagaan bertulis tadi telah dicabul, sebaliknya merekalah yang mencabul dan mengkhianati perlembagaan yang telah menjamin hak asasi mereka.
Mereka telah menentang kedaulatan negara dan mengkhianatinya. Mereka bekerjasama dengan musuh-musuh negara yang sedang menyerang Madinah yang bertujuan untuk menghancurkan negara (ibid: 119).
Hujah kebenaran sejarah di atas telah digunakan oleh pimpinan PAS untuk mengkritik pimpinan UMNO yang gagal untuk menyakinkan kebenaran sejarah Islam ini kepada rakan sejawat mereka yang bukan Islam dalam Barisan Nasional.
Keyakinan yang tidak mendalam terhadap kebenaran sejarah Islam akhirnya telah memberi ruang kepada pandangan yang cuba mengaitkan Islam dengan pengenalan kaum (etnisiti) dalam ertikata bahawa Islam itu disinonimkan dengan Melayu.
Islam terpalit sama dengan label perkauman yang begitu signifikan dalam proses politik Malaysia. Ketidakupayaan PAS untuk memainkan peranan “centre-stage” adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh faktor ini dan pengaruhnya lebih tertumpu kepada kawasan-kawasan majoriti Melayu seperti di Pantai Timur yang mempunyai tradisi keilmuan Islam yang tinggi, yang memahami kebenaran sejarah Islam.
5. Politik Malaysia dan Masa Depan Islam
Masa depan Islam dalam politik Malaysia amat bergantung kepada dua faktor penting. Pertama, keazaman politik yang tinggi di kalangan pimpinan UMNO bagi menyakin pimpinan politik bukan Islam tentang kebenaran sejarah Islam sebagaimana yang dibincang di atas. Ini diikuti dengan pengamalan Islam secara praktikal yang boleh disertai bersama oleh orang bukan Islam.
Pengamalan sistem ekonomi Islam dalam masyarakat Malaysia sekarang adalah sejajar dengan kehendak ini dan ini boleh menyakinkan masyarakat bukan Islam terhadap kebaikan Islam. Sekaligus ini dapat melebarkan asas “Islamic order” dalam masyarakat. Faktor kedua yang boleh menentukan masa depan Islam dalam politik Malaysia ialah peranan PAS sebagai parti pembangkang yang berkesan (effective opposition).
Ini penting kerana sekiranya UMNO dilihat oleh majoriti masyarakat Islam sebagai “mengkhianati” dan tidak berlaku adil terhadap Islam maka masyarakat Islam tidak akan ragu-ragu untuk memilih PAS sebagai alternatif.
Sekiranya gagasan-gagasan di atas dapat direalisasikan dengan sebaik mungkin maka masa depan Islam dalam politik Malaysia amatlah cerah dan akan memainkan peranan yang penting. Masa depan ummah Melayu amat berkait rapat dengan kebijaksanaan menangani perubahan ini.
Rujukan: Ahmad Ibrahim, 1992. Hukum Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri. Abdullah Ishak, 1990. Islam di Nusantara. Petaling Jaya: Al- Rahmaniah.
Mahmud Saedon Awang Othman, 1988. “Penyelesaian Masalah Masyarakat Majmuk Melalui Perundangan Islam” dalam Makalah Undang-Undang Menghormati Ahmad Ibrahim, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Means, Gordon P., 1969.
“The Role of Islam in the Political Development of Malaysia”, Comparative Politics, vol.1, no.2. Mohamad Abu Bakar, 1985.
“Pengislaman, Pembudayaan dan Pertembungan Budaya di Malaysia”, dalam Wan Abdul Kadir Yusuf dan Zainal Abidin Borhan (eds), Ideologi dan Kebudayaan Kebangsaan, Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Mohamad Abu Bakar, 1981.
“Islamic Revivalism and the Political Process in Malaysia”, Asian Survey, October.
Oleh: Prof. Madya Dr.Wan Abdul Rahman bin Wan Ab. Latif

http://www.e-ulama.org/Artikel/Default.asp?mode=0&ID=14

Contohi Kelantan Untuk Perpaduan

Contohi Kelantan untuk perpaduan
Oleh Alex
Soal perpaduan rakyat, dan isu interaksi kaum timbul apabila Dasar Pelajaran Negara (DPN) mewujudkan program Sekolah Berasrama Penuh yang mengasingkan pelajar Melayu daripada pelajar Cina dan India.
Contohnya, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil pelajar desa untuk diinstitusikan dalam proses regimentasi dan pengasingan masyarakat majmuk. Dalam masyarakat Cina pula terdapat sekolah Cina swasta yang hanya mengambil pelajar bahasa pengantar Mandarin sahaja.
Gejala ini telah mempengaruhi pembawaan generasi muda Malaysia sejak tahun 1974. Acuan dasar kejuruteraan sosial negara telah memisahkan pergaulan anak-anak kita sejak dari bangku sekolah sampai ke masyarakat umum. Manakala masyarakat tradisi Kelantan yang lebih konservatif, telah berjaya melawan arus kejuruteraan sosial negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan budaya Melayu yang berasaskan nilai-nilai Islam di mana pergaulan antara kaum di Kelantan masih menghidupkan ciri-ciri kemasyarakatan kampung.
Budaya masyarakat Kelantan telah menjalinkan hubungan kaum. Orang Cina yang tinggal di kampung Melayu tolong-menolong demi kepentingan bersama. Mereka juga menghayati budaya Melayu dalam kehidupan harian mereka. Ini jelas menunjukkan masyarakat Cina dan Melayu, misalnya, pandai menyesuaikan diri dengan persekitarannya tanpa paksaan.
Masyarakat Kelantan masih berdiri di atas asas pertolongan dan kerjasama individu dalam kumpulannya. Asas sosial itu dimanfaatkan menjadi, antaranya, asas ekonomi, politik dan pendidikan. Perasaan muhibah yang terjalin antara orang Kelantan dalam masyarakat Melayu, Cina dan India di bandar telah juga melahirkan semacam ‘nasionalisme Kelante’.
Yang paling menarik daripada persekitaran sosial, budaya dan pendidikan Kelantan ialah orang Melayu sangat suka menuntut ilmu tetapi berpegang kuat kapada ajaran Islam. Bahasa hanya dianggap alat pengantaraan ilmu dan bukan alat politik. Ramai orang Kelantan boleh berbahasa loghat Cina, Arab dan Thai.
Di Kelantan juga terdapat ramai orang Melayu yang menjual makanan bukan Melayu seperti bubur ayam, ca kueh, ca kueh teos, tomyan, roti canai dan capati. Di Kelantan juga, restoran makanan halal Cina yang dikendalikan oleh orang Cina, turut menyiapkan tempat solat atas semangat menghormati pelanggan Muslim. Semangat berniaga dan kerjasama antara kaum juga wujud dengan perkongsian perniagaan.
Contohnya kedai makan padang berkerjasama dengan kedai kopi Cina untuk menghidangkan makanan padang enak dan kopi Hainan terkenal! Ia juga terbentuk dari kerjasama antara kaum dan bukan atas dasar paksaan. Budaya kerjasama ini jarang kelihatan di kota-kota lain Malaysia.
Dengan pengaruh nilai Islam, anak Kelantan bukan Islam juga diberkati budaya anti-kegiatan haram seperti judi dan penindasan manusia. Di Kelantan terdapat empat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina yang menerima lebih ramai pelajar bukan Cina - lebih daripada pelajar keturunan Cina! Anak Melayu, Cina dan India bukan sahaja berkawan di sekolah, malahan datang bermain di rumah masing-masing.
Manakala ibu bapa mereka kunjung-mengunjungi ketika perayaan, lebih-lebih lagi pada masa kematian. Perkahwinan campur antara kaum juga popular di Kelantan. Orang Cina, India dan Siam memeluk Islam, lantas mengamalkan ‘ritual’ agama baru itu. Masyarakat Cina sangat menghormati kaum Melayu yang bependidikan sekolah agama.
Ustaz Sekolah Agama Rakyat (SAR) lebih dipercayai dan mempunyai status sosial yang lebih tinggi daripada guru sekolah kerajaan. Budaya perpaduan menyemai nilai pentingnya hidup harmoni antara kaum dan murid diharapkan menggunakan akal sendiri dalam melihat dan mengurus diri dan juga orang lain tanpa mengira asal usul keturunan kaum dan juga agamanya. Budaya Kelantan yang memanfaatkan nilai-nilai Islam telah membina satu masyarakat majmuk yang harmoni dan bertoleransi tinggi.
Nilai Islam yang di hayati masyarakat Kelantan telah membawa kepada perpaduan yang erat antara kaum tanpa dasar paksaan. Program perancangan ekonomi Malaysia mewujudkan skim perumahan di bandar-bandar yang melibatkan jutaan orang Cina, Melayu dan India. Ia banyak mengubah sikap dan pandangan negatif antara kaum dan sedikit sebanyak mencairkan tradisi budaya satu-satu kaum itu yang menjadi lebih dominan dari yang lain.
Sebagai ‘pendatang’ baru, mereka menganggap jiran sebelah sebagai saudara dan sekaligus menjadi tempat pergantungan di masa susah. Pemeliharaan dan pengembangan jalinan persaudaraan antara kaum itu telah membuat jiran tetangga membuang prasangka dan juga generalisasi negatif sesama sendiri.
Sejak Merdeka, program perancangan sosial ekonomi Malaysia mengamalkan pendekatan paksaan. Program kejuruteraan sosial Malaysia telah menghidari jiwa, perasaan, maruah, tradisi kebudayaan pelbagai golong rakyat majmuk. Ia juga menghabiskan banyak sumber kewangan dan sumber daya manusia negara.
Masyarakat Melayu tidak dibenarkan belajar di SAR yang lebih fokus kepada pembangunan dan persemibangan akhlak daripada ilmiah. Hasil Dasar Pelajaran Negara, yang menganjurkan program pemisahan, telah menafikan hak dan peluang pergaulan antara kaum. Seorang mahasiswa UiTM yang datangnya dari MRSM, dinafikan hak pergaulan bersama pelajar Cina dan India kerana sistem pendidikan perkauman dipraktikkan di institusi tersebut.
Masyarakat konservatif Cina yang terlalu takut kehilangan asas budaya dan hak bahasa ibunda mereka, juga mengambil jalan garis keras dengan menghantar anak mereka ke sekolah swasta Cina dan memisahkan anak-anak ini daripada pergaulan antara kaum di bangku sekolah. Dasar pelajaran yang berunsur perkauman juga mengakibatkan tafsiran negatif terhadap kualiti pendidikan di UiTM dan program matrikulasi dari inistitusi yang hanya menerima pelajar bumiputera.
Akibatnya, majikan syarikat Cina kurang mengambil pekerja kelulusan UiTM kerana dasar kerajaan yang memberi persepsi negatif ini. Pasti ada yang tidak benar dalam pembentukan dan perlaksanaan Dasar Pelajaran Negara dan DEB kerana selama 48 tahun, ahli politik kita masih lagi hidup dengan manupulasi isu perkauman kerana kuasa dan kekayaan. Dan mereka sudah lupa apa itu Islam dan siapakah mereka.

http://www.malaysiakini.com/letters/32993

PAS & Isu Kebebasan Beragama

Posted on Disember 7, 2007 oleh HermanSamsudeen
Oleh Anak Bapa- Laman M@RHAEN

Terlalu banyak yang diperkatakan tentang hak asasi manusia dan kebebasan beragama di negara kita sejak kebelakangan ini. Dakwaan orang-orang Hindu (melalui Hindraf) berhubung isu perobohan kuil-kuil mereka dan terbaru cadangan beberapa orang ahli parlimen UMNO supaya dibuang lambang-lambang Kristian seperti tanda salib dan patung di sekolah-sekolah tertentu telah menghangatkan lagi suasana politik negara yang telah pun sedia panas.

Kadang-kadang kita rasa hairan bagaimana selepas 50 tahun memerintah, UMNO dan BN masih lagi terkial-kial mencari penyelesaian isu perkauman dan agama di tanah air kita. Malah tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa macam ada satu agenda tersembunyi UMNO dan BN, acapkali rakyat menolak mereka maka mereka akan mainkan isu perkauman dan agama untuk menarik kembali sokongan kaum masing-masing.

Berikut cuba kita teliti kenyataan dan pengakuan pihak ketiga berhubung tindakan kerajaan Kelantan yang diterajui PAS berkaitan isu di atas.

“Terdapat lebih daripada 30 buah kuil Buddha di seluruh Kelantan. Ini adalah agak pelik memandangkan penduduk Kelantan terdiri daripada 95% beragama Islam. Antara kuil yang paling popular ialah Wat Pothvihan yang terletak di Cabang Empat, yang menempatkan patung Buddha yang panjangnya 40m. Patung yang sedang berbaring ini dianggap antara yang terbesar di dunia dalam kategori yang serupa dan ia dikenali sebagai “the sleeping Buddha”. Wat Uttamaram pula yang terletak di Pasir Mas dianggap sebagai kuil Buddha tertua dan tercantik di Malaysia…..”


(The most popular Buddhist temple in Kelantan would be the Wat Pothvihan near Cabang Empat, which houses the 40m long reclining Buddha (one of the largest of its kind in the world) draped in pink robes — it is larger than the one in Wat Chaiya Mangkalaram in Penang. This statue took six years to build. It is known as the sleeping Buddha…..) -Petikan daripada Wikipedia
———————————————------------------------------------------------------------------


Dr Mujahid Yusof Rawa, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS telah menulis surat kepada Malaysiakini mengutuk tindakan merobohkan kuil Hindu di Kampung Rimba Jaya. Malah wakil PAS berkenaan telah menyatakan kekesalan yang amat sangat terhadap bagaimana kasar isu berkenaan ditanggani. Sesuatu yang menghairankan! Saya maksudkan, ini adalah PAS, Parti Islam Se Malaysia. Kuilnya pula adalah untuk penganut agama Hindu.

Sepatutnya ia bukanlah perkara yang perlu mereka beri perhatian. Mungkin PAS bukanlah golongan yang 100% tidak boleh bertolak ansur sebagaimana yang cuba digambarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Kelantan, yang diperintah oleh PAS, juga menempatkan Wat Pothvihan, patung Buddha yang sedang berbaring terbesar di Asia Tenggara. Ada juga khabar angin yang tersebar bahawa PAS malah telah membenarkan kuil Hindu dibina di kawasan parlimen yang mereka baru menangi.

Orang-orang Hindu telah cuba mendapatkan kebenaran daripada AP terdahulu, yang dari parti lain, bertahun-tahun lamanya tetapi gagal. Mungkin sudah sampai masanya kita melihat dengan lebih lanjut apa yang PAS ingin tawarkan kepada rakyat…..”


(Mujahid Yusof Rawa, Chairman of National Unity Bureau of PAS had written a letter to Malaysiakini condemning the demolition procedures of the Hindu temple in Kampung Rimba Jaya. In fact, the PAS representative had expressed deep regret over the violent manner the issue was handled. Surprising isn’t it? I mean, this is PAS, the Islamic Party of Malaysia. The temple was of the Hindu religion. It is supposed to be no concern of theirs. Perhaps, PAS is not 100% intolerant as certain parties painted it to be. Kelantan, the state in which PAS reigns, houses Wat Photivihan, biggest reclining Buddha statue in Malaysia. There were rumours circulating that PAS even allowed a Hindu temple to be built in one of their newly obtained constituency. The Hindus were asking for permission from a previous MP of another party for years but to no avail. Maybe it is high time that people take a deeper look at what PAS has to offer for the people…..) - www.sagaladoola.blogspot.com
———————————————


“Di Kelantan (di mana kami dibesarkan), kerajaan fundamentalis Islam PAS di Kelantan dan cawangan-cawangan PAS pun tidak pernah membantah kuil Sivan Hindu ditempatkan di tengah-tengah 99.99% kampong Melayu di Kota Bharu. Malah, Menteri Besar Kelantan telah meluluskan 1 ekar tanah tambahan berhampiran kuil Hindu yang sedia ada supaya kuil berkenaan dapat dibina dengan lebih teratur dan lebih besar kerana seluruh kampong Melayu terpaksa dipindahkan untuk memberi laluan kepada pembesaran Bandar Kota Bharu. Kuil Hindu yang baru ini sekarang berdiri megah di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Juga, Kuil Hindu Sri Maha Mariamman yang terletak di tengah-tengah kawasan kuat PAS di Tumpat, Kelantan yang dikelilingi oleh 99.99% orang-orang Melayu juga tidak pernah menghadapi sebarang masalah…..”


“(In Kelantan (where we were brought up), even the fundamentalist Islamic PAS government in Kelantan and PAS branches had never objected to the Sivan Hindu temple being located in the midst of a 99.99% Malay village in Kota Bahru. In fact the said Kelantan PAS Chief Minister had granted a bigger one acre nearby land for this Hindu temple to be properly relocated built and expanded as the said whole malay village had to make way for the Kota Baru town expansion. This brand new Hindu temple now sits majestically in the heart of Kota Bahru town. Further, the Sri Maha Mariamman Hindu Temple in the fundamental Islamic PAS stronghold in Tumpat, Kelantan is also surrounded by 99.99% Malays but we never ever had problems…..)”


- Hindraf in www.bangkit.net
———————————————
Kerajaan yang diterajui PAS di Kelantan tidak pernah merobohkan satu pun kuil Hindu atau kuil Buddha. Malah, patung Buddha berbaring yang terbesar di Asia Tenggara bukanlah di Thailand tetapi di Kelantan, di Kampung Neting, Tumpat, di tempat saya dibesarkan. Kerajaan PAS tidak merobohkan kuil-kuil, hanya kerajaan UMNO yang merobohkan kuil-kuil…..
(The PAS-led government in Kelantan has not broken a single Hindu or Buddhist temple. In fact the largest sleeping Buddha in Southeast Asia is not in Thailand but in Kelantan in Kampung Neting, Tumpat, where I grew up. The PAS-led government does not break temples, only the Umno-lead government breaks temples…..)
- Uthayakumar in malaysiakini.com (Versi asal MalaysiaKini - versi salinan )
———————————————
“Pernah pada satu hari MB Kelantan (Tok Guru Nik Aziz) telah mendapati salib di sebuah gereja di Kota Bharu telah tiada (yakni salib gereja tertua dan terbesar di Kota Bharu, Church of Our Lady Fatima). Lantas beliau pun bertanya kepada Dato Annuar Tan (EXCO Kerajaan Negeri) kemana perginya salib besar di atas gereja berkenaan? Rupanya Tok Guru perasan yang salib di gereja berkenaan telah tiada. Tok Guru mengarahkan Dato Annuar supaya menyiasat jika salib itu diturunkan atas arahan mana-mana pihak samada PBT atau kerajaan negeri, maka ianya mesti dinaikkan kembali. Setelah disiasat didapati bahawa pihak gereja yang menurunkannya untuk kerja-kerja pengubahsuaian…..”


“It happens that one day, the CM of Kelantan, Tok Guru Nik Aziz found that a cross fronting the oldest church in Kelantan (Church of Our Lady Fatima) was missing. He immediately consulted Dato Annuar Tan (the state’s EXCO) on the cross’s disappearance. It is surprising that he noticed the cross was missing. Tok Guru instructed Dato’ Annuar to investigate if the cross was brought down upon instruction from local authority or state government, and if it is so then it must be reinstated. Upon investigation, it was found that it is the church authority which brought down the cross for some repair works…..”-


Hu Pang Chow, Pengerusi Kelab Penyokong PASRoslan SMS: Isu salib di sekolah Umno mahu babitkan PAS
———————————————
(Tambahan Laman M@RHAEN
After the bargain shopping at Rantau Panjang, we were brought to the next destination – Wat Pothvihan. Wat Pothvihan is a Thai temple located at Tumpat Kelantan, houses the 40m long reclining Buddha (one of the largest of its kind in the world).


For your information, in Thai language, “Wat” means “Temple”. Gone are the days praying for good academic results. Now, we’re reaching another new milestone, to pray for successful or at least a satisfying career path.


Then, we headed on to another famous temple, also located at Tumpat Kelantan. This temple is known as Wat Machimmaram, houses the largest sitting Buddha in Southeast Asia. The 30-metre-high, 47-metre-wide statue of brown Buddha with pure gold lips was sitting cross-legged in a meditation pose atop Wat Machimmaram.
———————————————


“It’s teasing; but surprisingly, 2 of the most significantly well-known Buddha temples are situated in Kelantan, an Islamic opposition-ruled state with Chinese as minority.” Law Tien Soon http://tiensoon.blogspot.com/2005/04/graduation-trip-day-4-kelantan.html

Ini hanyalah sebahagian daripada testimoni pihak ketiga berhubung layanan baik kerajaan PAS Kelantan kepada kaum dan agama lain di negeri yang penduduk Islamnya melebihi 95%. Ini belum kita berbicara mengenai bagaimana PAS membantu sekolah-sekolah Cina dan menyelesaikan masaalah hakmilik tanah mereka dan lain-lain lagi. Semua ini adalah contoh praktikal yang telah ditunjukkan oleh PAS dan bukan retorik semata. Saya bersetuju dengan saranan saudara Sagaladoola bahawa sudah tiba masanya rakyat Malaysia meneliti betul-betul parti PAS dan segala tawaran mereka kepada rakyat.


Anak Bapa: Sejarah tidak akan menipu kita kerana faktanya tercatat jelas untuk dilihat semua. Peristiwa hitam 13 Mei umpamanya, memaparkan dengan jelas wajah sebenar PAS. Ketika peristiwa ini berlaku kebetulan PAS yang memerintah Kelantan. Di kala negeri-negeri yang diperintah UMNO berlaku pertumpahan darah sesama kaum, di Kelantan satu bulu roma kaum lain pun tidak disentuh oleh penduduknya majoriti Melayu Islam. Malah kerajaan PAS pada masa itu telah mengeluarkan arahan kepada penduduk Melayu Islam supaya melindungi kaum lain daripada sebarang ancaman dan bahaya. Ini satu hakikat yang tiada sesiapa boleh nafikan. Cuba kita ramai-ramai renungkan…..

http://dppwp.wordpress.com/2007/12/07/pas-dan-isu-kebebasan-beragama/

Pelancaran Kelab Penyokong PAS Dungun (Tionghua)

Pelancaran Kelab Penyokong PAS Dungun – lebih 100 kaum Tionghua hadir

Ditulis oleh WartawanBuletinonline
Monday, 17 December 2007

Dungun, 16 Dis – Kelab Penyokong PAS (KPP) dari kaum Cina bagi kawasan Dungun dengan rasminya telah dilancarkan pada 6 Disember lalu, disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Hj Mustaffa Ali.

Perasmian KPP Dungun turut dihadiri oleh Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Tuan Hj Yahaya Ali, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Negeri, Tuan Hj Hanafiah Ramli dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan Dungun, Puan Serena Lee Abdullah dan Pengerusi KPP Negeri, En. Ng Chai Hing

Menurut Hj Hanafiah Ramli, sambutan dari kaum Tionghua Dungun amat menggalakkan. Beliau sangat sukacita dan mengucapkan tahniah serta syabas kepada Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan Dungun, Puan Serena Lee.

Puan Serena Lee ketika dihubungi hari ini memberitahu Buletinonline bahawa seramai lebih seratus orang hadir didalam Majlis Pelancaran tersebut.

“Walaupun begitu, masih yang ramai yang takut untuk hadir dan menzahirkan sokongan kerana bimbang akan disisihkan oleh parti pemerintah (MCA dan Gerakan)” jelas beliau.

“Waktu saya menjemput mereka ke majlis itu, mereka terima dan menyatakan sokongan, malah ada yang menyatakan tidak puas hati dengan kerajaan yang memerintah sekarang” tambah Puan Serena lagi.

Beliau berharap dapat diadakan pertemuan dan majlis-majlis lebih kerap untuk mengujudkan hubungan yang lebih rapat dengan kaum China.

“Apabila perjumpaan dan majlis diadakan lebih kerap, hubungan secara terus (direct contact) dapat dibuat. Ia akan dapat memberikan kesan yang baik dan mengurangkan halangan (gap)” saran Puan Serena.

Puan Serena juga berharap, PAS Negeri meneruskan polisi jaminan hak pemilikan tanah kepada kaum Cina yang tidak mempunyai tanah (untuk rumah kediaman), sebagaimana yang telah dilaksanakan semasa PAS memerintah negeri Terengganu.


http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&task=view&id=242&Itemid=1

PAS Indian Supporters :'Bridging Earth and Moon'


Kuala Lumpur : “Tonight, we build a bridge that stretches from earth to the moon!” thundered N Gobalakrishnan at the PAS headquarters in Kuala Lumpur.

Gobalakrishnan is the head of the newly formed PAS Indian supporters club, which was unveiled amid much fanfare and fiery speeches last night.

PAS is an Islamic-based opposition party that has always faced obstacles in winning the support of non-Muslims.

But Gobalakrishnan, who also heads the Parti Keadilan Rakyat (PKR) national integration bureau, believes that a new era has dawned.

In his speech, he said the formation of the Indian supporters club is another bridge between PAS and non-Muslims.

No oppressionHe also said the launching of the club signaled the breaking of Barisan Nasional’s (BN) race-based politics and end to the exploitation of the Indian community here.

“PAS can provide us shelter where Umno has failed. PAS (state governments) have never been known to oppress other races,” he said.

Some 50 Indian Malaysians from Selangor, Perak and Kelantan were among the 600 people who packed the hall.

Their presence was bolstered by a small delegation of non-Muslim Chinese who had come to join as members of the PAS Chinese supporters club which was set up last year.

The club - headed by Hu Pang Chow from Kelantan - is said to have 400 members nationwide. Among them is Ng Chee Pang, the 22-year-old independent candidate who contested in the recent Batu Talam by-election in Pahang.

“PAS steady… PAS party baik (good),” said Ng when met at yesterday’s event.

Unfounded fearsEearlier, PAS national solidarity bureau chief Mujahid Yusof Rawa during his speech said multi-racialism was enshrined in the party’s constitution when it spoke of the aim to “foster racial unity in the country.”

He said the success of the Chinese supporters’ club in improving awareness about PAS among the community was reflected in the club’s need to increase its Chinese-language monthly bulletin from 5,000 to 50,000 copies.

PAS will also publish a Tamil-language monthly bulletin to educate the Indian community about the party and its struggles. It is also planning the set-up similar clubs for the Kadazans and Ibans in east Malaysia.

PAS vice-president Mohammad Sabu had the audience in stitches when he spoke derisively of the fears that have been perpetuated by the rivals of PAS to keep non-Muslims from supporting the party.

For example, he said, many Chinese non-Muslims were told that coming under an Islamic party such will lead to the males being forced to undergo circumcision.

“What are they afraid of?” he asked, adding: “Hu (head of the Chinese supporters club) is here to testify that his condition still remains in the original state.”

Meanhwile, businessman Rajandran Batumalai from Batu Caves, Selangor, said he and his friends heard from the Indians in Kelantan about PAS’ equalitarian policies and treatment of non-Muslims.

Rajandran, a former MIC member, said many Indian youths in BN-ruled states were deprived of advancing socially and economically because of racial discrimination.

Friday, December 7, 2007

Muhamad In The Hindu Scriptures

Judul Buku : Muhammad In The Hindu Scriptures
Penulis : Dr Ved Prakash Upaddhay
Penterjemah : Muhammad Alamgir
Penerbit : AS Noordeen, Cetakan ke 3, 2002, KualaLumpur
Sebagaimana yang telah kita maklum Allah S.W.T. telah mengutuskan ramai rasul-rasul- Nya kepada setiap umat manusia. Ada yang telah dikhabarkan kepada kita tentang kewujudan rasul-rasul ini dan ada juga yang kisah-kisah mereka yang didiamkan oleh Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T yang artinya :"Dan (Kami telah mengutus) rasul-rasul yang sungguhtelah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu,dan rasul-rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu." (An Nisaa' (4) :164)
Justeru itu wujud para ulamak yang berpendapat bahawa agama-agama yang utama di dunia ini kesemuanya adalah agama yang berasal dari langit (agama samawi) termasuklah agama Hindu.
Sesungguhnya agama yang dianuti oleh kaum aryan pada asalnya adalah agama tawhid namun tangan-tangan yang kotor diakibatkan oleh godaan syaitan telah mengubah agama tawhid ini dengan memasukkan pelbagai amalan bidaah, khurafat dan syirik.
Mula-mulanya mereka hanya mengamalkan bidaah yang kecil yang nampak seperti suatu amalan yang baik (bidaah hasanah), kemudian penambahan tersebut semakin membesar dan akhirnya merebak menjadi wabak yang tidak terkawal dan membinasakan ketulenan agama tawhid lantas jadilah ianya agama Hindu yang begitu tersesat jauh dari agama tawhid tersebut.
Ini di akui sendiri oleh Dr Ved Prakash Upaddhay, seorang pakar bahasa Sanskrit di Prayag Universiti, India dan seorang panganut agama Hindu.
Menurut beliau:"Differences and anomalies start to surface when theadherents of a religion disregard their real teachingsand start to practice their own innovations. They start to defy the sages and avatars (nabi danrasul) sent by God for the welfare of mankind."
Itulah sebabnya junjungan kita Rasulullah SAW benar-benar ingin mencabut akar umbi bidaah sehinggakan adalah menjadi kebiasaan bagi baginda apabila membuka khutbah baginda SAW akan bersabda:"Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjukMuhammad (al-Sunnah), serta seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan (bidaah) adalah sesat.. - Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, Kitab al-Jama’ah, hadis no: 867.
Kitab-kitab agama Hindu ini walaupun telah dirubah dan dikotori dengan begitu teruk namun dengan izin AllahS.W.T., sedikit sebanyak fakta-fakta yang benar masih wujud di dalam kitab-kitab tersebut dan dalam buku "Muhammad In The Hindu Scriptures" terdapat banyak perkara yang membuktikan agama tawhid sememangmya pernah tersebar di benua India sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW.
Fokus buku ini adalah tentang Nabi Muhammad SAW dan kaitannya dengan Narashangsa atau Kalki Avatar iaitu pemimpin umat akhir zaman yang sedang dinanti-nantikan oleh penganut agama Hindu untuk meminpin mereka.
Ternyata orang yang mereka nanti-nantikan itu sebenarnya telah muncul di padang pasir semenanjung Arab lebih 1400 tahun yang lalu tanpa mereka sedari. Karakteristik- karakteristik Narashangsa atau Kalki Avatar memang begitu identik dengan Nabi Muhammad SAW. Di dalam buku ini juga dihidangkan bukti-bukti bahawa agama Hindu yang sebenarnya adalah agama yang menyembah Tuhan yang satu.
Pemyembahan berhala-berhala dan amalan-amalan syirik yang diamalkan sekarang merupakan amalan-amalan bidaah dalam agama mereka. Di dalam kitab-kitab agama Hindu. Juga terdapat kisah-kisah Nabi seperti Nabi Adam as, Nabi Nuh as, peristiwa tentang Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as, Nabi Musa as , Nabi Isa as dan lain-lain.
Penulis buku "Muhammad In The Hindu Scriptures" telah mengambil bukti-bukti ini dari kitab-kitab agama Hindu seperti Veda, Purana danBrahmana.
Buku ini mengandungi lapan kertas kerja seperti dibawah :-
a) Narashangsa and the Antim Rishi
b) Kalki Avatar and Muhammad
c) Religious Unity in the light of Vedas
d) Muhammad in the Atharvaveda
e) Muhammad in the Samveda
f) Muhammad in the Yajurveda
g) Muhammad in the Rigveda
h) Muhammad in the Mahabharata
Buku ini telah diolah dengan begitu ilmiah dan ianya begitu berguna dalam rangka kita berdakwah kepada rakan-rakan kita dari kaum India. Penemuannya sememangnya begitu hebat, menggemparkan dan membuktikan kebenaran risalah Rasulullah SAW namun begitu menurut Muhammad Alamgir :"Dr Upaddhay has laboured admirably in establisihing the truth about the "Ultimate Sage" (Khatamun anNabiyyin). There is more than a hint however that he uses this as a proof of the genuineness of thevedic scriptures in every other issue of life."
Dr Upaddhay sebenarnya berfahaman bahawa semua agama adalah dari Tuhan yang satu dan semua agama itu benar.
Tambah Muhammad Alamgir berkenaan dengan hal di atas:"Anyone looking for religious unity - and for thatmatter Human Unity - is wasting his time if he thinkshe is doing a pious job by praising Muhammad from a distance, but choosing not to join him on theplatform of security that Muhammad built."
Bagi kita yang beragama Islam, kita wajib meyakini bahawa agama-agama samawi sebelum umat Nabi Muhammads.a.w. telah diselewengkan. Kitab-kitab mereka telah diubah sehingga bercampur baur di antara perkara yang sesat dan benar.
Nabi Muhammad SAW telah diberikan al-Qur'an yang telah membatalkan seluruh kitab-kitab samawi yang lain dan hanya al-Qur'ansahaja kitab yang sah untuk dijadikan panduan bagiuntuk umat akhir zaman ini. Kehadiran Nabi Muhammad s.a.w. telah dikhabarkan dalam kitab-kitab samawi Nasrani, Yahudi Buddha dan juga Hindu.
Malangnya hanya segelintir yang menerima risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan di antara batu penghalang yang paling kuat adalah agama warisan nenek moyang yang dianggap betul seperti
Firman Allah S.W.T :"Dan apabila dikatakan kepada mereka : "Ikutlah apayang diturunkan Allah". Mereka menjawab, "(Tidak),tapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya.
" Dan apakah mereka (akan mengikuti bapak-bapak mereka)walaupun syaitan itu menyeru mereka ke dalam siksa api yang menyala-nyala(neraka)?" (Luqman (31) : 21)" (Rasul itu) berkata : " Apakah (kamu akanmengikutinya juga) sekalipun aku membawa untukmu(agama) yang lebih (nyata) memberi petunjuk daripada apa yang kamu dapati bapak-bapakmu menganutnya? " Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami mengingkari agama yang kamu diutus untuk menyampaikannya. " (Az Zukhruf (43) : 24)
Selamat Membaca.
Sekian Wassalaam
ABU IQBAL MOHD YAAKUB