"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Friday, December 21, 2007

PAS & Isu Kebebasan Beragama

Posted on Disember 7, 2007 oleh HermanSamsudeen
Oleh Anak Bapa- Laman M@RHAEN

Terlalu banyak yang diperkatakan tentang hak asasi manusia dan kebebasan beragama di negara kita sejak kebelakangan ini. Dakwaan orang-orang Hindu (melalui Hindraf) berhubung isu perobohan kuil-kuil mereka dan terbaru cadangan beberapa orang ahli parlimen UMNO supaya dibuang lambang-lambang Kristian seperti tanda salib dan patung di sekolah-sekolah tertentu telah menghangatkan lagi suasana politik negara yang telah pun sedia panas.

Kadang-kadang kita rasa hairan bagaimana selepas 50 tahun memerintah, UMNO dan BN masih lagi terkial-kial mencari penyelesaian isu perkauman dan agama di tanah air kita. Malah tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa macam ada satu agenda tersembunyi UMNO dan BN, acapkali rakyat menolak mereka maka mereka akan mainkan isu perkauman dan agama untuk menarik kembali sokongan kaum masing-masing.

Berikut cuba kita teliti kenyataan dan pengakuan pihak ketiga berhubung tindakan kerajaan Kelantan yang diterajui PAS berkaitan isu di atas.

“Terdapat lebih daripada 30 buah kuil Buddha di seluruh Kelantan. Ini adalah agak pelik memandangkan penduduk Kelantan terdiri daripada 95% beragama Islam. Antara kuil yang paling popular ialah Wat Pothvihan yang terletak di Cabang Empat, yang menempatkan patung Buddha yang panjangnya 40m. Patung yang sedang berbaring ini dianggap antara yang terbesar di dunia dalam kategori yang serupa dan ia dikenali sebagai “the sleeping Buddha”. Wat Uttamaram pula yang terletak di Pasir Mas dianggap sebagai kuil Buddha tertua dan tercantik di Malaysia…..”


(The most popular Buddhist temple in Kelantan would be the Wat Pothvihan near Cabang Empat, which houses the 40m long reclining Buddha (one of the largest of its kind in the world) draped in pink robes — it is larger than the one in Wat Chaiya Mangkalaram in Penang. This statue took six years to build. It is known as the sleeping Buddha…..) -Petikan daripada Wikipedia
———————————————------------------------------------------------------------------


Dr Mujahid Yusof Rawa, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS telah menulis surat kepada Malaysiakini mengutuk tindakan merobohkan kuil Hindu di Kampung Rimba Jaya. Malah wakil PAS berkenaan telah menyatakan kekesalan yang amat sangat terhadap bagaimana kasar isu berkenaan ditanggani. Sesuatu yang menghairankan! Saya maksudkan, ini adalah PAS, Parti Islam Se Malaysia. Kuilnya pula adalah untuk penganut agama Hindu.

Sepatutnya ia bukanlah perkara yang perlu mereka beri perhatian. Mungkin PAS bukanlah golongan yang 100% tidak boleh bertolak ansur sebagaimana yang cuba digambarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Kelantan, yang diperintah oleh PAS, juga menempatkan Wat Pothvihan, patung Buddha yang sedang berbaring terbesar di Asia Tenggara. Ada juga khabar angin yang tersebar bahawa PAS malah telah membenarkan kuil Hindu dibina di kawasan parlimen yang mereka baru menangi.

Orang-orang Hindu telah cuba mendapatkan kebenaran daripada AP terdahulu, yang dari parti lain, bertahun-tahun lamanya tetapi gagal. Mungkin sudah sampai masanya kita melihat dengan lebih lanjut apa yang PAS ingin tawarkan kepada rakyat…..”


(Mujahid Yusof Rawa, Chairman of National Unity Bureau of PAS had written a letter to Malaysiakini condemning the demolition procedures of the Hindu temple in Kampung Rimba Jaya. In fact, the PAS representative had expressed deep regret over the violent manner the issue was handled. Surprising isn’t it? I mean, this is PAS, the Islamic Party of Malaysia. The temple was of the Hindu religion. It is supposed to be no concern of theirs. Perhaps, PAS is not 100% intolerant as certain parties painted it to be. Kelantan, the state in which PAS reigns, houses Wat Photivihan, biggest reclining Buddha statue in Malaysia. There were rumours circulating that PAS even allowed a Hindu temple to be built in one of their newly obtained constituency. The Hindus were asking for permission from a previous MP of another party for years but to no avail. Maybe it is high time that people take a deeper look at what PAS has to offer for the people…..) - www.sagaladoola.blogspot.com
———————————————


“Di Kelantan (di mana kami dibesarkan), kerajaan fundamentalis Islam PAS di Kelantan dan cawangan-cawangan PAS pun tidak pernah membantah kuil Sivan Hindu ditempatkan di tengah-tengah 99.99% kampong Melayu di Kota Bharu. Malah, Menteri Besar Kelantan telah meluluskan 1 ekar tanah tambahan berhampiran kuil Hindu yang sedia ada supaya kuil berkenaan dapat dibina dengan lebih teratur dan lebih besar kerana seluruh kampong Melayu terpaksa dipindahkan untuk memberi laluan kepada pembesaran Bandar Kota Bharu. Kuil Hindu yang baru ini sekarang berdiri megah di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Juga, Kuil Hindu Sri Maha Mariamman yang terletak di tengah-tengah kawasan kuat PAS di Tumpat, Kelantan yang dikelilingi oleh 99.99% orang-orang Melayu juga tidak pernah menghadapi sebarang masalah…..”


“(In Kelantan (where we were brought up), even the fundamentalist Islamic PAS government in Kelantan and PAS branches had never objected to the Sivan Hindu temple being located in the midst of a 99.99% Malay village in Kota Bahru. In fact the said Kelantan PAS Chief Minister had granted a bigger one acre nearby land for this Hindu temple to be properly relocated built and expanded as the said whole malay village had to make way for the Kota Baru town expansion. This brand new Hindu temple now sits majestically in the heart of Kota Bahru town. Further, the Sri Maha Mariamman Hindu Temple in the fundamental Islamic PAS stronghold in Tumpat, Kelantan is also surrounded by 99.99% Malays but we never ever had problems…..)”


- Hindraf in www.bangkit.net
———————————————
Kerajaan yang diterajui PAS di Kelantan tidak pernah merobohkan satu pun kuil Hindu atau kuil Buddha. Malah, patung Buddha berbaring yang terbesar di Asia Tenggara bukanlah di Thailand tetapi di Kelantan, di Kampung Neting, Tumpat, di tempat saya dibesarkan. Kerajaan PAS tidak merobohkan kuil-kuil, hanya kerajaan UMNO yang merobohkan kuil-kuil…..
(The PAS-led government in Kelantan has not broken a single Hindu or Buddhist temple. In fact the largest sleeping Buddha in Southeast Asia is not in Thailand but in Kelantan in Kampung Neting, Tumpat, where I grew up. The PAS-led government does not break temples, only the Umno-lead government breaks temples…..)
- Uthayakumar in malaysiakini.com (Versi asal MalaysiaKini - versi salinan )
———————————————
“Pernah pada satu hari MB Kelantan (Tok Guru Nik Aziz) telah mendapati salib di sebuah gereja di Kota Bharu telah tiada (yakni salib gereja tertua dan terbesar di Kota Bharu, Church of Our Lady Fatima). Lantas beliau pun bertanya kepada Dato Annuar Tan (EXCO Kerajaan Negeri) kemana perginya salib besar di atas gereja berkenaan? Rupanya Tok Guru perasan yang salib di gereja berkenaan telah tiada. Tok Guru mengarahkan Dato Annuar supaya menyiasat jika salib itu diturunkan atas arahan mana-mana pihak samada PBT atau kerajaan negeri, maka ianya mesti dinaikkan kembali. Setelah disiasat didapati bahawa pihak gereja yang menurunkannya untuk kerja-kerja pengubahsuaian…..”


“It happens that one day, the CM of Kelantan, Tok Guru Nik Aziz found that a cross fronting the oldest church in Kelantan (Church of Our Lady Fatima) was missing. He immediately consulted Dato Annuar Tan (the state’s EXCO) on the cross’s disappearance. It is surprising that he noticed the cross was missing. Tok Guru instructed Dato’ Annuar to investigate if the cross was brought down upon instruction from local authority or state government, and if it is so then it must be reinstated. Upon investigation, it was found that it is the church authority which brought down the cross for some repair works…..”-


Hu Pang Chow, Pengerusi Kelab Penyokong PASRoslan SMS: Isu salib di sekolah Umno mahu babitkan PAS
———————————————
(Tambahan Laman M@RHAEN
After the bargain shopping at Rantau Panjang, we were brought to the next destination – Wat Pothvihan. Wat Pothvihan is a Thai temple located at Tumpat Kelantan, houses the 40m long reclining Buddha (one of the largest of its kind in the world).


For your information, in Thai language, “Wat” means “Temple”. Gone are the days praying for good academic results. Now, we’re reaching another new milestone, to pray for successful or at least a satisfying career path.


Then, we headed on to another famous temple, also located at Tumpat Kelantan. This temple is known as Wat Machimmaram, houses the largest sitting Buddha in Southeast Asia. The 30-metre-high, 47-metre-wide statue of brown Buddha with pure gold lips was sitting cross-legged in a meditation pose atop Wat Machimmaram.
———————————————


“It’s teasing; but surprisingly, 2 of the most significantly well-known Buddha temples are situated in Kelantan, an Islamic opposition-ruled state with Chinese as minority.” Law Tien Soon http://tiensoon.blogspot.com/2005/04/graduation-trip-day-4-kelantan.html

Ini hanyalah sebahagian daripada testimoni pihak ketiga berhubung layanan baik kerajaan PAS Kelantan kepada kaum dan agama lain di negeri yang penduduk Islamnya melebihi 95%. Ini belum kita berbicara mengenai bagaimana PAS membantu sekolah-sekolah Cina dan menyelesaikan masaalah hakmilik tanah mereka dan lain-lain lagi. Semua ini adalah contoh praktikal yang telah ditunjukkan oleh PAS dan bukan retorik semata. Saya bersetuju dengan saranan saudara Sagaladoola bahawa sudah tiba masanya rakyat Malaysia meneliti betul-betul parti PAS dan segala tawaran mereka kepada rakyat.


Anak Bapa: Sejarah tidak akan menipu kita kerana faktanya tercatat jelas untuk dilihat semua. Peristiwa hitam 13 Mei umpamanya, memaparkan dengan jelas wajah sebenar PAS. Ketika peristiwa ini berlaku kebetulan PAS yang memerintah Kelantan. Di kala negeri-negeri yang diperintah UMNO berlaku pertumpahan darah sesama kaum, di Kelantan satu bulu roma kaum lain pun tidak disentuh oleh penduduknya majoriti Melayu Islam. Malah kerajaan PAS pada masa itu telah mengeluarkan arahan kepada penduduk Melayu Islam supaya melindungi kaum lain daripada sebarang ancaman dan bahaya. Ini satu hakikat yang tiada sesiapa boleh nafikan. Cuba kita ramai-ramai renungkan…..

http://dppwp.wordpress.com/2007/12/07/pas-dan-isu-kebebasan-beragama/

No comments: