"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Friday, December 21, 2007

Pelancaran Kelab Penyokong PAS Dungun (Tionghua)

Pelancaran Kelab Penyokong PAS Dungun – lebih 100 kaum Tionghua hadir

Ditulis oleh WartawanBuletinonline
Monday, 17 December 2007

Dungun, 16 Dis – Kelab Penyokong PAS (KPP) dari kaum Cina bagi kawasan Dungun dengan rasminya telah dilancarkan pada 6 Disember lalu, disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Hj Mustaffa Ali.

Perasmian KPP Dungun turut dihadiri oleh Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Tuan Hj Yahaya Ali, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Negeri, Tuan Hj Hanafiah Ramli dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan Dungun, Puan Serena Lee Abdullah dan Pengerusi KPP Negeri, En. Ng Chai Hing

Menurut Hj Hanafiah Ramli, sambutan dari kaum Tionghua Dungun amat menggalakkan. Beliau sangat sukacita dan mengucapkan tahniah serta syabas kepada Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan Dungun, Puan Serena Lee.

Puan Serena Lee ketika dihubungi hari ini memberitahu Buletinonline bahawa seramai lebih seratus orang hadir didalam Majlis Pelancaran tersebut.

“Walaupun begitu, masih yang ramai yang takut untuk hadir dan menzahirkan sokongan kerana bimbang akan disisihkan oleh parti pemerintah (MCA dan Gerakan)” jelas beliau.

“Waktu saya menjemput mereka ke majlis itu, mereka terima dan menyatakan sokongan, malah ada yang menyatakan tidak puas hati dengan kerajaan yang memerintah sekarang” tambah Puan Serena lagi.

Beliau berharap dapat diadakan pertemuan dan majlis-majlis lebih kerap untuk mengujudkan hubungan yang lebih rapat dengan kaum China.

“Apabila perjumpaan dan majlis diadakan lebih kerap, hubungan secara terus (direct contact) dapat dibuat. Ia akan dapat memberikan kesan yang baik dan mengurangkan halangan (gap)” saran Puan Serena.

Puan Serena juga berharap, PAS Negeri meneruskan polisi jaminan hak pemilikan tanah kepada kaum Cina yang tidak mempunyai tanah (untuk rumah kediaman), sebagaimana yang telah dilaksanakan semasa PAS memerintah negeri Terengganu.


http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&task=view&id=242&Itemid=1

No comments: