"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Friday, December 28, 2007

Keganasan : Bukan Cara Islam

Terkejut ketika melihat nota kaki semasa siaran TV3 "Ketua Pembangkang & Bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto terbunuh dalam satu serang nekad berani mati".Tahun 2007 seolah-olah melabuhkan tirainya dengan meninggalkan satu tragedi pembunuhan tokoh pemimpin.

Bagi mewakili pihak Lajnah Perpaduan Nasional, kita mengutuk sebarang bentuk kekerasan dan keganasan seperti yang berlaku di Pakistan. Takziah kepada semua Penyokong Parti Rakyat Pakistan (PPP).
Ketegasan PAS adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berbahagia Ust Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS ketika dihubungi wartawan Harakahdaily (Rujuk Laporan Harakahdaily di bawah).


Tragedi berdarah di Pakistan - PAS tolak sebarang bentuk keganasan

Intan Abdullah Fri Dec 28, 07 11:32:46 am MYT



KUALA LUMPUR, 28 Dis (Hrkh) - PAS menolak sebarang bentuk keganasan yang mencetuskan kekacauan yang berlaku di mana-mana tempat termasuk yang kini sedang berlaku di Pakistan.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam satu kenyataan berhubung tragedi pembunuhan bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto semalam, melahirkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku di sana di samping mendoakan keadaan di Pakistan kembali aman dan sentosa.

"Kita mendapat maklumat bahawa situasi Pakistan kini berada dalam keadaan huru-hara dan tidak stabil di seluruh kawasan negara itu," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Tambahnya, PAS tidak suka kepada keganasan dan menentang sebarang bentuk keganasan yang dilakukan kerana ia akan menyebabkan rakyat akan menerima kesan daripadanya.

Media melaporkan Benazir, 54, terbunuh selepas terkena tembakan dan serpihan bom dalam satu serangan nekad berani mati ketika mengakhiri kempen pilihanraya untuk Parti Rakyat Pakistan (PPP) pimpinannya di Rawalpindi, semalam.

"Beliau meninggal dunia pada pukul 5.25 petang (8.25 malam waktu Malaysia) di Hospital Umum Rawalpindi," kata jurucakap Parti Rakyat Pakistan (PPP), Rehman Malik.

Peguam Benazir, Sentor Babar Awan, pula berkata - "Doktor bedah mengesahkan kematiannya."

Dalam kejadian tragedi yang turut mengorbankan kira-kira 20 penyokongnya itu, seorang lelaki dikatakan mendekati beberapa pemimpin PPP termasuk Benazir dan melepaskan tembakan sebelum meletupkan bom.

Beliau, ketika itu baru sahaja selesai menyampaikan ceramah kepada beribu-ribu penyokongnya dan sedang berjalan ke arah kenderaannya apabila seorang lelaki menghampirinya dan melepaskan tembakan sebelum meletupkan dirinya.

"Lelaki berkenaan menembak ke arah kereta Benazir ketika beliau tunduk dan lelaki itu kemudian meletupkan dirinya,รข€ kata seorang pegawai polis, Mohammad Shahid.


Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Javed Cheema, berkata Benazir mungkin terkena serpihan letupan bom yang dipasang pada jaket penyerang terbabit.

Bagaimanapun, penasihat keselamatan PPP, Rehman Malik, berkata Benazir ditembak di leher dan dada ketika memasuki kenderaannya sebelum penyerang meletupkan bom.

Manakala stesen televisyen Ary-One pula melaporkan pemimpin pembangkang itu terkena tembakan di kepala.

"Penyerang melepaskan tembakan ke arah kenderaan Benazir yang menundukkan kepala sebelum meletupkan bom," kata seorang anggota polis, Mohammad Shahid.

Ceramah itu diadakan sebagai kempen pilihan raya Pakistan yang akan diadakan pada 8 Januari ini.Ini merupakan serangan kedua ke atas Benazir sejak pulang dari tinggal dalam buangan di Britain, Oktober lalu. Pada serangan 19 Oktober lalu, lebih 138 orang terbunuh ketika berarak menyambut kepulangannya.

Menurut jurucakap Benazir, Farahtullah Babar, beliau baru saja melintasi pagar ketika dalam perjalanan ke keretanya yang terletak 50 meter dari tempat kejadian apabila tiba-tiba satu letupan berlaku.

"Tindakan ini dilakukan oleh mereka yang ingin melihat keadaan di Pakistan huru-hara kerana beliau adalah simbol penyatuan di sini.

"Mereka telah memusnahkan keluarga Bhutto dan merupakan musuh Pakistan," kata Farahtullah.

Benazir sebelum ini terselamat dalam cubaan membunuhnya pada 19 Oktober lalu di Karachi ketika pulang daripada buangan dalam kejadian yang membunuh hampir 150 orang. - mr

No comments: