"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Tuesday, May 22, 2007

Merealisi Hasrat Pimpinan Membuahkan hasil

Kuala Lumpur 15/Feb- Hasil usaha untuk merealisasikan hasrat kepimpinan PAS, menjadi satu kenyataan apabila pada tanggal 15hb Februari, 2007 Lajnah Perpaduan Nasional telah melakar satu sejarah dalam perjuangan PAS di mana berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS kaum India di Dewan Dato'Fadzil Nor, Taman Melewar.Kelab yang diketuai oleh N.Gobalakrishnan bakal menyebarluaskan lagi pengaruh PAS di kalangan masyarakat India.



Sdr N.Gobalakrishnan (Pengerusi Kelab Penyokong India) ketika bermesyuarat
bersama pimpinan Lajnah Perpaduan Nasional di Taman Melewar

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Ust Mujahid Yusof
sedang memberi ucapan semasa majlis penubuhan kelab





Penyokong-penyokong Kaum India yang hadir di majlis perasmian

Kelab Penyokong PAS kaum India akan dilancarkan 15 Februari 2007


Nyza Ayob Fri Feb 09, 07 05:46:06 PM

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Hrkh) - Penubuhan Kelab Penyokong PAS Kaum India diharap berjaya membentuk PAS sebuah parti yang 'multi-racial' serta menjadi satu sebab asas untuk pimpinan PAS membuka keahlian kepada kaum bukan Islam yang menyokong dasar-dasar PAS.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Uztaz Mujahid Yusof berkata jika sebelum ini Kelab Penyokong PAS banyak menerima sokongan daripada kaum Cina, penubuhan Kelab Penyokong PAS Kaum India ini merupakan perkembangan yang amat baik apabila kaum India turut berminat untuk turut serta memberi sokongan kepada PAS.

Majlis pelancaran penubuhan kelab tersebut akan dilancarkan oleh Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu pada 15 Februari ini di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar.

Menurut Mujahid lagi, sebelum ini satu jawatankuasa yang dianggotai oleh kaum India telah dibentuk atas inisiatif aktivis masyarakat, N. Gobakrishnan.

" Pada malam pelancaran nanti kita jangkakan kita akan mendapat jawatankuasa lengkap dan kelab ini diharap akan berkembangan dengan lebih jauh. Oleh kerana mereka telah mempunyai jawatankuasa di kalangan kaum India yang memberi sokongan kepada PAS, jadi kita membentuk Kelab Penyokong PAS Kaum India.

"Sebenarnya Kelab Penyokong PAS Kaum India ini berada di bawah Kelab Penyokong PAS pusat yang kebanyakan dianggotai kaum Cina serta diketuai Hu Pang Chaw. Bagaimanapun kita mahu membentuk satu platform untuk mendekatkan kaum India dengan PAS, "katanya.
Tambah Mujahid lagi, jika tumpuan Kelab Penyokong PAS sebelum ini kepada kaum Cina di Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan, Kelab Penyokong PAS Kaum India ini lebih tertumpu pada masyarakat India di Perak.

"Sebelum ini kita mendapat sokongan daripada kaum India di beberapa tempat di Perak. Bagaimanapun kita akan menjejaki juga beberapa tempat yang mempunyai ramai kaum India.
"Kita mahu menjadikan PAS bukan hanya parti agama seperti tanggapan ramai tetapi satu parti yang dianggotai pelbagai kaum yang melihat semua permasalahan dan Islam sebagai panduan,"katanya. - mks.

Kelab Penyokong India diharap mampu bantu PAS

Mohd Sabri Said Mon Feb 12, 07 01:48:26 PM

PULAU PINANG, 12 Feb (Hrkh) - Aktivis politik terkenal, N. Gobalakrishnan berharap penubuhan Kelab Penyokong PAS dikalangan kaum India pada 15 Februari nanti boleh membantu PAS menghidupkan peluang memperolehi seberapa banyak kerusi untuk dimenangi.

Jelasnya, beliau bersama rakan-rakan sebangsa berazam melihat PAS dan Barisan Alternatif (BA) berjaya mengembangkan pengaruh di luar batasan kaum dan agama.

Penglibatan beliau dalam kelab itu tambahnya, tidak bermakna beliau telah meninggalkan Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) sebaliknya bertujuan memberi nafas baru kepada PAS terutamanya Lajnah Perpaduan Nasional yang disandang oleh Ustaz Mujahid Yusuf Rawa.

"Saya bergerak dengan kelab ini macam Cikgu Badrul Hisyam atau Ezam dalam Gerakan Anti Kroni dan Korupsi (Gerak). Mereka bukan keluar PKR bahkan bekerja lebih kuat untuk memenangkan BA," terangnya.

Lagipun beliau nampak PAS boleh ke hadapan jika bijak merangka beberapa strateji politik.
"Kaedah yang PAS ambil untuk menubuhkan kelab penyokong di kalangan bukan Islam memang tepat kerana selama ini mereka jauh seolah ada 'perenggan' yang memisahkan, " tambahnya.

Lain pula dengan PKR kerana ia parti Malaysia yang sejak mula mengabungkan semua kaum.
Umno pula berjaya bertindak memburuk-burukkan imej PAS untuk mengungguli bukan Islam.

"Memandangkan Umno menang dalam aspek ini maka saya bersedia membantu PAS melalui Kelab Penyokong di kalangan India macam Pengerusi Kelab Penyokong PAS masyarakat cina, Hu Pang Chau, " terang beliau yang mesra dipanggil Gobi.

Beliau yakin masyarakat India boleh menerima kelab ini sebagaimana masyarakat Cina di beberapa buah negeri seperti Negeri Sembilan, Selangor dan sebagainya. - mks.

PAS akan tubuh kelab penyokong di kalangan Iban

Mohd Sabri Said Sun Jul 16, 06 02:03:19 PM

PULAU PINANG, 16 Julai (Hrkh) - Buat pertama kalinya Lajnah Perpaduan Nasional PAS akan menubuhkan Kelab penyokong PAS dari kalangan masyarakat Iban di Sarawak pada September tahun ini kata pengerusinya, Ustaz Mujahid Yusuf Rawa.Perancangan itu mulai terpahat apabila mendapati masyarakat tersebut menaruh harapan yang tinggi pada PAS sewaktu bertanding di Beting Maro dalam pilihan raya Sarawak beberapa bulan lepas.

"Kelab penyokong PAS merupakan wadah baru bagi masyarakat bukan Islam untuk berganding bahu bersama PAS bagi merealisasikan manifesto PAS dalam pilihan raya umum nanti, " ujarnya sewaktu berucap menutup program 'Seminar Memaksimun Sokongan Pengundi Bukan Melayu' terhadap PAS di Pusat Pendidikan Islam, Padang Menora, Tasek Gelugor semalam.
Dua orang telah dijemput membentangkan kertas kerja pada majlis berkenaan. Mereka ialah Timbalan Pengerusi Kelab penyokong PAS, Dr Halimah Ali dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chau.

Menurut Ustaz Mujahid lagi, Hu Pang Chua menunjukkan minat yang tinggi terhadap perjuangan ini sehingga bergerak seiring dengan lajnah.

Ini katanya, satu kejayaan PAS untuk meneroka wajah baru senario politik Malaysia di mana sudah ramai masyarakat bukan Islam memberi komitmen yang jitu terhadap PAS yang dianggap sebuah parti yang bersih untuk memimpin negara.

Tambahan lagi isu ini telah dibangkitkan di Muktamar PAS ke-52 di Kota Sarang Semut Jun lepas maka menjadi tanggungjawab lajnah untuk membentuk politik baru bersama masyarakat bukan Islam seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Memandangkan golongan bukan Islam beri sokongan di luar dugaan maka kami akan teruskan usaha ini sehingga Sabah dan Sarawak, " tegasnya yang juga Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Pulau Pinang.

Timbalan Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Halimah Ali semasa membentangkan kertas kerja yakin masyarakat bukan Islam dapat menerima PAS dengan baik asalkan kepimpinan semua peringkat bersedia melakukan perubahan.

"Kebanyakan ahli dan kepimpinan PAS masih lagi ada dalam kepompong. Mereka patut melangkah ke arah depan untuk melihat kemajuan PAS selari dengan kepesatan pembangunan sekarang, " jelas beliau.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chua menegaskan, media memainkan peranan penting untuk meningkatkan pengaruh sesuatu parti maka menjadi keperluan setiap program PAS akhbar Cina tidak diketepikan

Kerja Keras Hapus Keraguan Terhadap PAS

Sahar Abdul Majid Thu Feb 22, 07 11:26:51 AM

SANDAKAN, 22 Feb (Hrkh) – Ahli PAS semua peringkat diingatkan agar tidak mengulangi kerja atau pendekatan yang sama, semasa memberikan penerangan pelbagai isu dan perjuangan parti kepada rakyat sekiranya mahu mencapai kemenangan sebenar dalam pilihan raya.
Ingatan itu dibuat oleh Dr Dzulkifli Ahmad, Pengarah Penyelidikan Pas Pusat ketika membentangkan kertas kerjanya dalam program Ijtima Pilihan Raya bagi Zon Sandakan, kelmarin.

Sebelum itu, beliau membentangkan kertas kerja pada majlis yang sama bagi Zon Pantai Barat di Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Hadir sama pada majlis itu Ketua Pemuda Pas Sabah Ustaz Anuar Ali.Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata kemenangan bukan suatu yang mudah, tatapi ia perlu dengan perancangan yang rapi dan gerak kerja yang berterusan dan terkini.

“ Jangan pula mengulangi kerja dan pendekatan yang serupa kerana ia tidak memberi apa-apa perubahan yang lebih baik kepada parti dan sokongan rakyat,” katanya.

Beliau menegaskan, penjelasan dan penerangan yang diberikan kepada rakyat bukannya bersifat retorik semata-mata tetap ianya perlu dengan 'point' dan fakta yang jelas.
Perkara yang perlu diberi perhatian kata beliau ialah, apakah bentuk tawaran dan pulangan yang rakyat boleh perolehi hasil daripada sokongan mereka kepada PAS dan Barisan Alternatif (BA).

Walau apa pun katanya, perkara yang perlu menjadi prioriti ialah, PAS harus melakukan ‘engagement’ dengan rakyat pelbagai kaum, bagi memastikan tidak lagi timbul keraguan pada mereka terhadap kemampuan PAS dalam menangani kehendak masyarakat dan keupayaan memerintah negara.

“Kita jangan takut untuk ‘engagement’, dan jangan pula ‘engagement’ kerana takut,” ujar beliau. Beliau turut menggariskan tiga perkara penting untuk memastikan Islam diberi mandat oleh rakyat pelbagai kaum iaitu;
1.Sejauhmana PAS dan BA menyelesaikan permasalahan rakyat;
2.Pembinaan potensi sumber manusia dan
3.Pemeliharaan kepentingan rakyat.

“Inilah perkara yang harus diperjuangkan bagi memastikan Islam diberi kuasa untuk memerintah,” tegasnya.

Beliau mengajak ahli dan kepimpinan PAS untuk mengenepikan sifat putus asa, sebaliknya diisi dengan semangat yang kental tanpa mengenal erti jemu dalam perjuangan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Katanya “Walaupun kemenangan bukan segala-galanya, tetapi ketahuilah bahawa segala-galanya memerlukan kemenangan,” ujarnya. - mr

Monday, May 21, 2007

Cina Muslim boleh pimpin gerakan Islam


Cina Muslim boleh pimpin gerakan Islam
Maslan Yusoh Sat May 13, 06 02:33:05 PM

Kehangatan muktamar PAS kali ke-52 di Alor Setar semakin terasa sekarang. Ribuan ahli, penyokong dan pemerhati sudah berada di negeri 'Baluh Negara' itu bagi mengikuti ucapan dasar Presiden esok. Bagi Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat isu keahlian bersekutu wajar diungkit kembali. Alasannya Islam bukan milik orang Melayu sahaja. Ikuti pandangannya sebelum bertolak ke Kota Setar semalam.

Sebelum Tuan Guru pernah membangkitkan isu keahlian bukan Islam. Adakah wajar pada muktamar kali ini diungkit kembali isu lama?

Kita orang Melayu kebanyakan menjaga Islam untuk diri sendiri. Tidak ada semangat untuk menyebarkan Islam ke seluruh masyarakat. Ini sebenarnya salah kerana Islam bukan untuk dikurung dalam sesuatu kelompok manusia sahaja. Islam dijadikan untuk disebarkan. Orang panggil dakwah. Kita di Kelantan, kita dakwah dalam bentuk kerajaan Islam. Ini sebenarnya cabaran dakwah bagi membolehkan orang bukan Islam melihat sendiri apa yang telah kita lakukan. Betulkah Islam dianggap ganas.

Di Kelantan kita pamerkan Islam tidak guna kaedah keganasan. Betulkah Islam tidak suka kepada pembangunan. Sedangkan kita juga buat pembangunan di Kelantan. Biar orang tengok sendiri gerakan Islam di Kelantan secara nyata dan terang. Kalau hendak disebut sekadar pembangunan, semuanya ada di Kelantan. Malah bagi pendidikan agama kita peruntukan kira-kira RM50 juta setahun. Kita memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk mewujudkan institusi pendidikan di Kelantan.

Malah sekarang kita juga ada sekolah latihan penerbangan. Dan sekolah kejuteraan penerbangan sedang dalam perancangan untuk dibina di sini. Kita bukan antipembangunan dan tamadun. Sejak kita pegang Kelantan, kita melaksanakan mengikut al Quran dan Hadis. Dan sesiapa fikir apa yang kita buat sekarang tidak kena dengan al Quran dan Hadis maka mereka kena tegur, kita akan terima secara terbuka. Asas Islam ialah al Quran, Hadis, ijmak dan qias.
Kenyataan yang saya buat sebelum ini, turut mendapat respon positif daripada Timbalan Presiden PAS yang menjelaskan mahu mengkaji perkara-perkara yang boleh menghalang kepada ahli bersekutu dibuka kepada orang bukan Islam. Dan bagi saya permulaan yang berlaku sekarang cukup baik bagi membolehkan Islam berkembang kepada kaum bukan Islam terutamanya orang Cina. Saya juga berharap orang Cina yang beragama Islam boleh memimpin gerakan Islam pada suatu masa nanti.

Kalau orang Melayu nampak sejuk, slow adalah lebih baik bagi kepada orang Cina Muslim untuk mengetuai gerakan Islam. Mereka mempunyai pengalaman yang cukup luas, tambahan pula ramai yang mempunyai harta dan berpendidikan tinggi. Biar orang Cina merasai bahawa menjadi tanggungjawab mereka sebagai manusia dan cuba membetulkan pemikiran lama orang Melayu. Jangan mereka merasakan Islam adalah hak orang Melayu semata-mata. Apabila orang Cina boleh memimpin maka jelaslah sekarang, Islam bukan agama milik orang Melayu sahaja. Kita hidup di dunia ini telah ditetap akan dihidupkan semula di akhirat kelak dan bakal menerima pembalasan.

Maksudnya Cina Muslim ketuai gerakan Islam?

Boleh bagi peluang kepada Cina Muslim. Pada peringkat permulaan biar kita dakwah kepada masyarakat Cina dahulu kerana mereka adalah etnik yang terbesar di negara ini selepas orang Melayu. Mereka juga mempunyai sejarah kedatangan Islam ke Tanah Besar China lebih awal berbanding kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Maka mereka lebih berpengalaman untuk memimpin masyarakat Islam.

Tidak timbul masalah kepada masyarakat Melayu?

Tidak menjadi masalah. Contohnya di negara Arab bukan bangsa Arab yang memimpin Islam, orang Arab sekejap sahaja, selepas itu datang orang Mesir, Iran, Turki dan Sepanyol. Itu sejarah yang berlaku di tanah Arab. Begitu juga pengarang kitab Hadis dan Tafsir, mana ada orang Arab yang tulis. Imam Tarmizi, Abu Daud, Bukhari, Muslim dan ramai lagi bukan orang yang lahir di Semenanjung Arab.
Mungkinkah ia boleh memberi tafsiran baru kepada suasana demokrasi di Malaysia?
Golongan yang menolak Islam sama ada demokrasi atau berfahaman kebangsaan mereka menganggap bumi yang mereka kuasai sekarang adalah milik mereka. Maka mereka tidak peduli langsung kepada perintah Allah Taala. Mereka membuat sesuka hati kerana merasakan semuanya hak dia. Tetapi orang Islam sama ada Melayu atau Cina merasakan bumi ini adalah 100 peratus milik Allah Taala.

Kita hanya bertaraf khalifah, sama seperti pengurus yang tidak boleh buat pandai-pandai terhadap harta syarikat. Dia mesti patut kepada segala peraturan syarikat. Begitu juga dengan kehidupan kita tidak boleh buat pandai-pandai kerana semua perkara adalah milik mutlak Allah Taala. Kita mesti turut peraturan ditetapkan Allah.

Bagaimana pula Tuan Guru melihat bebanan kehidupan rakyat sekarang?

Ada menteri menyebut tidak membebankan rakyat biar pun harga minyak naik, kerana mereka mempunyai pendapatan besar. Tak apa lah bagi mereka. Menteri mendapat banyak kemudahan secara percuma. Bagaimana pula dengan rakyat yang berpendapatan kecil. Kalau dulu motokar dapat diisi minyak setangki penuh sebanyak RM60 dan sekarang telah meningkat kepada RM90.

Ini bermakna duit mereka kurang sebanyak RM30. Mereka hendak mencari duit kat mana bagi menampung kekurangan itu, sedangkan gaji pula tidak meningkat. Ini belum lagi dikira dengan kenaikan tarif elektrik yang bermula 1 Jun lalu. Ini akan menyebabkan duit semakin kurang dan kuasa beli akan menjadi semakin lemah sehingga boleh mengundang kepada inflasi. Tidak dapat ditolak kemungkinan timbul kejadian mencuri dan merompak kerana manusia terdesak bagi menyempurnakan kehidupan masing-masing.

Sunday, May 20, 2007

PAS Pemimpin Kebangkitan Umat & Negara

"Sebagai sebuah jamaah Islam, PAS tidak tenggelam dengan
sorak sorai kemenangan dan angkuh dengan kejayaan yang
diperolehi dan tidak juga berduka dengan kekalahan.
Bagi kita, kalah menang dalam pilihanraya adalah
laluan yang lumrah kita tempuhi.Sementara matlamat
kita sebenarnya ialah mencapai keredhaan Allah SWT."

"Kerjasama PAS dengan rakan2 dalam Barisan Alternatif
telah berupaya menghapuskan semua prasangka buruk
musuh politik PAS bahawa kononnya PAS sebuah parti
yang tidak terbuka, pelampau dan sebagainya"

- Almarhum Ustaz Dato' Haji Fadzil Mohd Noor

Friday, May 18, 2007

Fasal 6.Usaha-usaha PAS

Fasal 6
3) Memupuk dan memperkuatkan ukhwah Islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

6) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan,persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang Negara.

Survival Perjuangan

"Keupayaan PAS menggarap seluruh cabaran dalaman dan persaingan luar (realiti baru), akan bergantung kepada kesediaannya, di mana ia amat dipengaruhi oleh keupayaan keilmuan, hikmah & kebijaksanaan menyongsong senario politik masa depan secara pro aktif, antisipatif dan berani" - Al-marhum Ust Dato'Hj Fadzil Mohd Nor





Sekitar Karnival Kemerdekaan ke 49 di Negeri Sembilan

"Siapa kata PAS anti kemerdekaan" ? " PAS akan sentiasa mempertahanankan kedaulatan kemerdekaan yang tulen sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam".

Sabda Nabi SAW bermaksud

"Sesungguhnya zaman akan pantas berubah,

tidak dapat tidak bagi mereka yang bijak untuk

sentiasa menguasai realiti zamannya itu"





Merentasi Perbezaan Agama



"PAS bukan lagi sekadar sebuah gerakan Islam yang memimpin
sebahagian umat yang mencintai Islam, bahkan kepimpinan
PAS kini merentasi seluruh lapisan masyarakat,
melampaui perbezaan agama,ras dan budaya"
(Al-marhum Ust Dato' Hj Fadzil Mohd Nor)



Sambutan Perayaan Kuih Bulan di Seremban, Negeri Sembilan


Tetamu dari kaum Tionghua yang hadir

Di sebalik kisah perayaan kuih bulan..




Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke limabelas pada bulan ke lapan pada kalender Cina iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan Kuih Bulan disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan.

Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.





Thursday, May 17, 2007

Kenali PAS

Politik Malaysia sedang mengalami perubahan pesat.Suasana yang mana rakyat berbilang kaum benar-benar satu hati untuk membina negara dengan ikhlas semakin menjadi kenyataan.

Perkembangan baru ini mendesak rakyat Malaysia agar membuangkan fahaman perkauman yang disebarkan pihak tertentu selama ini.Sebaliknya, rakyat pelbagai kaum harus meningkatkan persefahaman satu antara lain demi masa depan negara.

Buku KENALI PAS adalah merupakan satu usaha untuk menghadapi cabaran perkembangan politik yang baru ini (ditulis dalam Bahasa Mandrain).Parti PAS yang berpengaruh luas dalam masyarakat Melayu ini diperkenalkan melalui tajuk-tajuk di bawah :-

1.Perkembangan dan Perubahan PAS
2.Matlamat Perjuangan PAS
3.Saf Kepimpinan PAS
4.Pencapaian PAS dalam Pilihanraya
5.Kenali keadaan sebenar Negeri Kelantan
6.PAS Optimis melangkah ke alaf baru

PAS Memimpin Perpaduan


"PAS cukup konsisten untuk mendokongi prinsip perjuangannya dalam mengekalkan perpaduan demi menjaga kemaslahatan agama dan negara bermula semenjak zaman Dr Burhanuddin al-Helmi dan juga Prof Zulkefli Muhammad" - Almarhum Ust Dato'Hj Fadzil Mohd Noor (Ucapan Dasar Muktamar ke 46)

Mercu Tanda Lanskap Baru Perjuangan PAS




Seremban - Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah melakar satu lanskap baru dalam era perjuangannya apabila berjaya menubuhkan "Pusat Khidmat PAS" di Negeri Sembilan yang dikelola sepenuhnya oleh Kelab Penyokong PAS Kaum Tiong Hua yang di ketuai oleh Sdr Kenneth selaku Pengerusi Kelab Negeri Sembilan dengan dibantu oleh Sdr Yow Con Seng dan Sdr Kent.






Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pusat, Ust Mujahid Yusof Ar-Rawa menyempurnakan majlis pembukaan pusat ini dengan mengadakan sidang akhbar dan lawatan ke pejabat.Pusat ini terletak di Lobak, Seremban yang bakal berfungsi untuk memberi khidmat kepada masyarakat setempat khususnya di Seremban.

Mercu kejayaan ini telah membuka mata masyarakat setempat terhadap PAS yang selama ini dimomokkan sebagai "parti perkauman" oleh pihak parti memerintah.


Menurut Ust Mujahid melalui pusat khidmat ini, orang ramai boleh mengajukan sebarang masalah yang timbul kepada PAS.Para petugas dari ahli Kelab Penyokong PAS akan sentiasa cuba untuk menghulur bantuan semampu mungkin.