"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Tuesday, May 22, 2007

Kerja Keras Hapus Keraguan Terhadap PAS

Sahar Abdul Majid Thu Feb 22, 07 11:26:51 AM

SANDAKAN, 22 Feb (Hrkh) – Ahli PAS semua peringkat diingatkan agar tidak mengulangi kerja atau pendekatan yang sama, semasa memberikan penerangan pelbagai isu dan perjuangan parti kepada rakyat sekiranya mahu mencapai kemenangan sebenar dalam pilihan raya.
Ingatan itu dibuat oleh Dr Dzulkifli Ahmad, Pengarah Penyelidikan Pas Pusat ketika membentangkan kertas kerjanya dalam program Ijtima Pilihan Raya bagi Zon Sandakan, kelmarin.

Sebelum itu, beliau membentangkan kertas kerja pada majlis yang sama bagi Zon Pantai Barat di Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Hadir sama pada majlis itu Ketua Pemuda Pas Sabah Ustaz Anuar Ali.Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata kemenangan bukan suatu yang mudah, tatapi ia perlu dengan perancangan yang rapi dan gerak kerja yang berterusan dan terkini.

“ Jangan pula mengulangi kerja dan pendekatan yang serupa kerana ia tidak memberi apa-apa perubahan yang lebih baik kepada parti dan sokongan rakyat,” katanya.

Beliau menegaskan, penjelasan dan penerangan yang diberikan kepada rakyat bukannya bersifat retorik semata-mata tetap ianya perlu dengan 'point' dan fakta yang jelas.
Perkara yang perlu diberi perhatian kata beliau ialah, apakah bentuk tawaran dan pulangan yang rakyat boleh perolehi hasil daripada sokongan mereka kepada PAS dan Barisan Alternatif (BA).

Walau apa pun katanya, perkara yang perlu menjadi prioriti ialah, PAS harus melakukan ‘engagement’ dengan rakyat pelbagai kaum, bagi memastikan tidak lagi timbul keraguan pada mereka terhadap kemampuan PAS dalam menangani kehendak masyarakat dan keupayaan memerintah negara.

“Kita jangan takut untuk ‘engagement’, dan jangan pula ‘engagement’ kerana takut,” ujar beliau. Beliau turut menggariskan tiga perkara penting untuk memastikan Islam diberi mandat oleh rakyat pelbagai kaum iaitu;
1.Sejauhmana PAS dan BA menyelesaikan permasalahan rakyat;
2.Pembinaan potensi sumber manusia dan
3.Pemeliharaan kepentingan rakyat.

“Inilah perkara yang harus diperjuangkan bagi memastikan Islam diberi kuasa untuk memerintah,” tegasnya.

Beliau mengajak ahli dan kepimpinan PAS untuk mengenepikan sifat putus asa, sebaliknya diisi dengan semangat yang kental tanpa mengenal erti jemu dalam perjuangan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Katanya “Walaupun kemenangan bukan segala-galanya, tetapi ketahuilah bahawa segala-galanya memerlukan kemenangan,” ujarnya. - mr

No comments: