"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Thursday, May 17, 2007

Kenali PAS

Politik Malaysia sedang mengalami perubahan pesat.Suasana yang mana rakyat berbilang kaum benar-benar satu hati untuk membina negara dengan ikhlas semakin menjadi kenyataan.

Perkembangan baru ini mendesak rakyat Malaysia agar membuangkan fahaman perkauman yang disebarkan pihak tertentu selama ini.Sebaliknya, rakyat pelbagai kaum harus meningkatkan persefahaman satu antara lain demi masa depan negara.

Buku KENALI PAS adalah merupakan satu usaha untuk menghadapi cabaran perkembangan politik yang baru ini (ditulis dalam Bahasa Mandrain).Parti PAS yang berpengaruh luas dalam masyarakat Melayu ini diperkenalkan melalui tajuk-tajuk di bawah :-

1.Perkembangan dan Perubahan PAS
2.Matlamat Perjuangan PAS
3.Saf Kepimpinan PAS
4.Pencapaian PAS dalam Pilihanraya
5.Kenali keadaan sebenar Negeri Kelantan
6.PAS Optimis melangkah ke alaf baru

2 comments:

Mohd Aqbal Salleh said...

Salam, saya amat mengalu-alukan usaha murni ini dalam menyebarluaskan fahaman sebenar tentang kewujudan PAS moga ianya bakal membuahkan hasil yang baik dan diberkati Allah jua. Dalam pada itu, diharap agar saudara dapat memeriksa juga kiranya ada kesilapan ejaan dan sebagainya agar blog ini tampak lebih professional. Sekian terima kasih.

pasnational_unity said...

Jazakallah, atas ingatan yang diutarakan...InsyaAllah akan saya baiki