"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Tuesday, May 22, 2007

Kelab Penyokong PAS kaum India akan dilancarkan 15 Februari 2007


Nyza Ayob Fri Feb 09, 07 05:46:06 PM

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Hrkh) - Penubuhan Kelab Penyokong PAS Kaum India diharap berjaya membentuk PAS sebuah parti yang 'multi-racial' serta menjadi satu sebab asas untuk pimpinan PAS membuka keahlian kepada kaum bukan Islam yang menyokong dasar-dasar PAS.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Uztaz Mujahid Yusof berkata jika sebelum ini Kelab Penyokong PAS banyak menerima sokongan daripada kaum Cina, penubuhan Kelab Penyokong PAS Kaum India ini merupakan perkembangan yang amat baik apabila kaum India turut berminat untuk turut serta memberi sokongan kepada PAS.

Majlis pelancaran penubuhan kelab tersebut akan dilancarkan oleh Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu pada 15 Februari ini di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar.

Menurut Mujahid lagi, sebelum ini satu jawatankuasa yang dianggotai oleh kaum India telah dibentuk atas inisiatif aktivis masyarakat, N. Gobakrishnan.

" Pada malam pelancaran nanti kita jangkakan kita akan mendapat jawatankuasa lengkap dan kelab ini diharap akan berkembangan dengan lebih jauh. Oleh kerana mereka telah mempunyai jawatankuasa di kalangan kaum India yang memberi sokongan kepada PAS, jadi kita membentuk Kelab Penyokong PAS Kaum India.

"Sebenarnya Kelab Penyokong PAS Kaum India ini berada di bawah Kelab Penyokong PAS pusat yang kebanyakan dianggotai kaum Cina serta diketuai Hu Pang Chaw. Bagaimanapun kita mahu membentuk satu platform untuk mendekatkan kaum India dengan PAS, "katanya.
Tambah Mujahid lagi, jika tumpuan Kelab Penyokong PAS sebelum ini kepada kaum Cina di Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan, Kelab Penyokong PAS Kaum India ini lebih tertumpu pada masyarakat India di Perak.

"Sebelum ini kita mendapat sokongan daripada kaum India di beberapa tempat di Perak. Bagaimanapun kita akan menjejaki juga beberapa tempat yang mempunyai ramai kaum India.
"Kita mahu menjadikan PAS bukan hanya parti agama seperti tanggapan ramai tetapi satu parti yang dianggotai pelbagai kaum yang melihat semua permasalahan dan Islam sebagai panduan,"katanya. - mks.

No comments: