"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Tuesday, May 22, 2007

PAS akan tubuh kelab penyokong di kalangan Iban

Mohd Sabri Said Sun Jul 16, 06 02:03:19 PM

PULAU PINANG, 16 Julai (Hrkh) - Buat pertama kalinya Lajnah Perpaduan Nasional PAS akan menubuhkan Kelab penyokong PAS dari kalangan masyarakat Iban di Sarawak pada September tahun ini kata pengerusinya, Ustaz Mujahid Yusuf Rawa.Perancangan itu mulai terpahat apabila mendapati masyarakat tersebut menaruh harapan yang tinggi pada PAS sewaktu bertanding di Beting Maro dalam pilihan raya Sarawak beberapa bulan lepas.

"Kelab penyokong PAS merupakan wadah baru bagi masyarakat bukan Islam untuk berganding bahu bersama PAS bagi merealisasikan manifesto PAS dalam pilihan raya umum nanti, " ujarnya sewaktu berucap menutup program 'Seminar Memaksimun Sokongan Pengundi Bukan Melayu' terhadap PAS di Pusat Pendidikan Islam, Padang Menora, Tasek Gelugor semalam.
Dua orang telah dijemput membentangkan kertas kerja pada majlis berkenaan. Mereka ialah Timbalan Pengerusi Kelab penyokong PAS, Dr Halimah Ali dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chau.

Menurut Ustaz Mujahid lagi, Hu Pang Chua menunjukkan minat yang tinggi terhadap perjuangan ini sehingga bergerak seiring dengan lajnah.

Ini katanya, satu kejayaan PAS untuk meneroka wajah baru senario politik Malaysia di mana sudah ramai masyarakat bukan Islam memberi komitmen yang jitu terhadap PAS yang dianggap sebuah parti yang bersih untuk memimpin negara.

Tambahan lagi isu ini telah dibangkitkan di Muktamar PAS ke-52 di Kota Sarang Semut Jun lepas maka menjadi tanggungjawab lajnah untuk membentuk politik baru bersama masyarakat bukan Islam seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Memandangkan golongan bukan Islam beri sokongan di luar dugaan maka kami akan teruskan usaha ini sehingga Sabah dan Sarawak, " tegasnya yang juga Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Pulau Pinang.

Timbalan Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Halimah Ali semasa membentangkan kertas kerja yakin masyarakat bukan Islam dapat menerima PAS dengan baik asalkan kepimpinan semua peringkat bersedia melakukan perubahan.

"Kebanyakan ahli dan kepimpinan PAS masih lagi ada dalam kepompong. Mereka patut melangkah ke arah depan untuk melihat kemajuan PAS selari dengan kepesatan pembangunan sekarang, " jelas beliau.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chua menegaskan, media memainkan peranan penting untuk meningkatkan pengaruh sesuatu parti maka menjadi keperluan setiap program PAS akhbar Cina tidak diketepikan

No comments: