"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Tuesday, May 22, 2007

Kelab Penyokong India diharap mampu bantu PAS

Mohd Sabri Said Mon Feb 12, 07 01:48:26 PM

PULAU PINANG, 12 Feb (Hrkh) - Aktivis politik terkenal, N. Gobalakrishnan berharap penubuhan Kelab Penyokong PAS dikalangan kaum India pada 15 Februari nanti boleh membantu PAS menghidupkan peluang memperolehi seberapa banyak kerusi untuk dimenangi.

Jelasnya, beliau bersama rakan-rakan sebangsa berazam melihat PAS dan Barisan Alternatif (BA) berjaya mengembangkan pengaruh di luar batasan kaum dan agama.

Penglibatan beliau dalam kelab itu tambahnya, tidak bermakna beliau telah meninggalkan Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) sebaliknya bertujuan memberi nafas baru kepada PAS terutamanya Lajnah Perpaduan Nasional yang disandang oleh Ustaz Mujahid Yusuf Rawa.

"Saya bergerak dengan kelab ini macam Cikgu Badrul Hisyam atau Ezam dalam Gerakan Anti Kroni dan Korupsi (Gerak). Mereka bukan keluar PKR bahkan bekerja lebih kuat untuk memenangkan BA," terangnya.

Lagipun beliau nampak PAS boleh ke hadapan jika bijak merangka beberapa strateji politik.
"Kaedah yang PAS ambil untuk menubuhkan kelab penyokong di kalangan bukan Islam memang tepat kerana selama ini mereka jauh seolah ada 'perenggan' yang memisahkan, " tambahnya.

Lain pula dengan PKR kerana ia parti Malaysia yang sejak mula mengabungkan semua kaum.
Umno pula berjaya bertindak memburuk-burukkan imej PAS untuk mengungguli bukan Islam.

"Memandangkan Umno menang dalam aspek ini maka saya bersedia membantu PAS melalui Kelab Penyokong di kalangan India macam Pengerusi Kelab Penyokong PAS masyarakat cina, Hu Pang Chau, " terang beliau yang mesra dipanggil Gobi.

Beliau yakin masyarakat India boleh menerima kelab ini sebagaimana masyarakat Cina di beberapa buah negeri seperti Negeri Sembilan, Selangor dan sebagainya. - mks.

No comments: