"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Thursday, September 27, 2007

Tarik undi bukan Melayu - Jangan harap parti lain


ImageLujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat baru-baru ini melancarkan kempen "PAS Untuk Semua" di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur. Walaupun beritanya kurang meluas kerana pemberita bertumpu kepada insiden di Batu Burok tetapi kesan kempen ini cukup besar kepada orang-orang bukan melayu.

Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat melalui Kelab Penyokong PAS di seluruh negara perlu menyebar luaskan kempen ini dengan penerangan yang jelas kepada orang bukan Melayu tentang konsep "PAS Untuk Semua".

Image
TG Hj Hadi menyampaikan sumbangan untuk Bomba Sukarela Kuala Kurau
Lujnah Perpaduan Nasional PAS setiap negeri perlu mengerakkan Kelab Penyokong masing-masing untuk menjayakan kempen ini. Perlu diingat bahawa penubuhan Kelab Penyokong PAS adalah untuk menarik sokongan orang bukan Melayu kepada PAS kerana mereka tidak boleh menjadi ahli PAS.

Setelah hampir dua tahun penubuhan kelab ini, kejayaannya menarik sokongan orang bukan melayu masih ditahap sederhana. Keadaan ini berlaku kerana masih banyak PAS Kawasan yang belum menubuhkan kelab penyokong di kawasan masing-masing. Malah mungkin ada PAS Negeri yang belum menubuhkan kelab penyokong. Sekiranya ada PAS negeri dan kawasan yang menubuhkan kelab penyokong, hanya beberapa tempat yang aktif tetapi yang lain masih lemah.

Image
Mereka sendiri memasang bendera untuk menyambut Presiden PAS
Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat nampak bersungguh-sungguh mengerakkan kelab penyokong. Ust. Mujahid, Dr. Halimah, Khairul Faizi, En. Hu Phang Chow dan beberapa pimpinan kelab penyokong bergerak aktif dalam satu pasukan mengatur pelbagai program bersama orang bukan Melayu.

PAS Pusat juga jelas meletakkan keutamaan kepada kelab penyokong apabila Presiden dan Ketua Pemuda PAS Pusat mempunyai Setiausaha Sulit di kalangan pimpinan kelab penyokong. Baru-baru ini, PAS Terengganu juga melancarkan penubuhan kelab penyokong walaupun negeri itu mempunyai peratusan pengundi bukan Melayu sekitar 15 peratus sahaja. Usaha pihak musuh menggagalkan pelancaran kelab penyokong di Terengganu menunjukkan ketakutan mereka terhadap kelab penyokong.

Image
Ketua Penerangan dalam kempen Daftar Pemilih bersama Kelab
Lujnah Perpaduan Nasional PAS negeri dan kawasan sepatutnya terus berusaha bersungguh-sungguh menubuh dan mengerakkan kelab penyokong. Memang diakui sukar untuk masuk bergerak bersama-sama orang bukan Melayu di kampung baru, bandar dan estet-estet yang sangat asing bagi orang Melayu.

Kejayaan bergerak dalam komuniti orang bukan Melayu sebenarnya terletak di tangan pimpinan PAS negeri dan kawasan. Jika kita sanggup membuang perasaan asing kepada orang bukan Melayu, sanggup memimpin tangan orang bukan Melayu, makan semeja dengan mereka, melawat kematian orang bukan Melayu, bersama-sama menyelami kesusahan orang bukan Melayu dan membantu mereka mengikut kemampuan kita. Kita akan menjadi biasa dengan mereka dan kebiasaan inilah yang akan membuahkan kejayaan.

Image
Tanpa berbaju diperiksa oleh doktor sukarela
Pimpinan PAS Negeri Sembilan sudah membuktikan kejayaan ini, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan menjadi tempat mengadu orang Cina dalam isu Pelupusan Sampah di Semenyeh. Orang bukan Melayu juga manusia seperti kita ada perasaan simpati, persahabatan dan kasih sayang.

Selama ini orang bukan Melayu tidak menyokong PAS kerana pimpinan PAS tidak mendekati mereka, hanya di hari pilihanraya kita masuk meminta sokongan mereka. Jika pimpinan PAS sentiasa bersama mereka dan mengadakan program bersama, yakinlah mereka akan memberi sokongan kepada PAS. Berita kita mengadakan program dan membantu masyarakat Cina tidak keluar dalam akhbar harian bahasa melayu tetapi mendapat tempat dalam akhbar-akhbar Cina yang tempatan yang lebih terbuka.

Image
Keratan akhbar Oriental Daily
Lujnah Perpaduan Nasional PAS Perak juga patut dipuji kerana berjaya membawa satu bas rombongan orang Cina ke Kelantan. Mereka melawat sendiri negeri yang selama ini ditohmah oleh pemimpin MCA dan Gerakan sebagai kejam terhadap orang Cina. Mereka dibawa melawat patung Buddha terbesar di Tumpat, bertemu dengan masyarakat Cina Kelatan supaya mereka melihat dan mendengar sendiri keadaan kehidupan masyarakat Cina Kelantan. Mereka yang dibawa melawat ini apabila pulang jangan kita biarkan, terus buat hubungan dengan mereka kerana merekalah yang menjadi pemberita kita menjawab tohmahan pemimpin BN.

Menjelang pilihanraya umum ke 12, pimpinan PAS Negeri dan kawasan sepatutnya meletakkan keutamaan kepada kelab penyokong untuk menarik sokongan orang bukan Melayu. Kepentingan kelab penyokong jangan dilupakan kerana mengharapkan parti lain membantu PAS dalam menarik sokongan orang bukan Melayu.

Malang sekali jika ada pimpinan PAS negeri dan kawasan meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada parti lain untuk menarik undi orang Cina. Ada kawasan yang boleh diminta pertolongan parti lain menarik undi orang Cina jika kelab penyokong tidak ada atau tidak aktif di kawasan itu. Namun pengecualian perlu diberi kepada kawasan yang aktif kelab penyokongnya.

Image
Dr. Mujahid ziarah jenazah cina Kristian
Tidak semua orang Cina pembangkang yang menyokong PKR, tiada semua menyokong DAP. Ramai orang Cina yang akan menyokong PAS, jika PAS aktif bergerak bersama orang Cina. Letaklah nama 'Negeri Barisan Alternatif ', 'Negeri BA' tidak menjadi masalah, tetapi jangan sesekali melupakan usaha kelab penyokong yang membantu PAS.

Jangan melupakan orang bukan melayu yang berkorban masa, tenaga dan wang ringgit semata-mata hendak membantu PAS. Jangan kecewakan mereka. Sampai bila kita akan bergantung kepada parti lain untuk mendapat undi orang Cina?.

Image
Ingatlah, bahawa kelab penyokong sangat penting jika PAS ingin mendapat undi bukan Melayu bukan sahaja pada masa sekarang tetapi juga untuk masa depan. Pimpinan PAS negeri dan kawasan sepatutnya terus berusaha menubuh dan mengerakkan kelab penyokong. Hakikat untuk mendapat undi orang Cina bukan terletak kepada teori di atas kertas sahaja. Parti Keadilan Sejahtera di Indonesia dan AK Parti di Turki mendapat sokongan pengundi bukan hanya berharap kepada teori tetapi usaha bersungguh-sungguh pimpinan mereka turun ke bawah membantu rakyat tidak mengira bangsa dan agama.

Image
Melawat warga tua yang uzur
Image
Semasa pelancaran Kelap peringkat negeri Perak
Image
Berserban dan makan setalam
Image
Dua ibu identiti berbeza berbual tanpa jurang
Image
Muslimat pada program pertama, belum berani duduk semeja

Dipetik dari Laman Web PAS Parit Buntar

Tuesday, September 25, 2007

Perayaan Kuih Bulan 2007

KUALA LUMPUR 25 SEP -Baru sahaja rasanya sambutan perayaan Kuih Bulan disambut di Dewan Perhimpunan Cina tahun lalu oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat yang dirasmikan oleh YB Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Dalam majlis tersebut buat julung kalinya, PAS mengedar kuih bulan halal kepada masyarakat Cina.Tidak kurang, ahli-ahli PAS mengambil kesempatan membeli kuih bulan tersebut untuk dimakan ataupun untuk diserah kepada kaum Tionghua.Melalui kuih yang halal penyediaan sahaja, telah berjaya merapatkan jurang atau persefahaman di antara kaum khususnya masyarakat Melayu dan Cina.

Bagi mewakili warga Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, ucapan tahniah kepada semua masyarakat Tionghua didahulukan sempena sambutan perayaan Kuih Bulan.Konsep Perayaan Kuih Bulan ini mempunyai satu mesej reformasi perjuangan.


Cuba imbas semula ingatan berhubung dengan perayaan kuih bulan ini:

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke limabelas pada bulan ke lapan pada kalender Cina iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan Kuih Bulan disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan.

Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.


Ayuh semua rakan-rakan yang menyokong Perjuangan BA lestarikan semangat reform ini dengan penjanaan semangat perayaan kuih bulan demi perjuangan menegak keadilan sejagat.Saya juga difahamkan bukan sahaja masyarakat kaum Tionghua menyambut perayaan ini bahkan masyarakat Korea juga.
















"PAS FOR ALL" @ PAS Untuk Semua"












Thursday, September 13, 2007

PAS Untuk Semua dari Parit Buntar

Kuala Lumpur - Kelab Penyokong PAS Kawasan Parit Buntar telah menghantar satu rombongan untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Pelancaran Kempen "PAS Untuk Semua" yang diadakan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seramai 33 orang dari kalangan ahli kelab telah ke Kuala Lumpur menaiki sebuah bas di ketuai oleh En. Wong dari DUN Kuala Kurau. Rombongan ini turut diiringi Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan, En. Hamdan Fadel dan beberapa orang ahli jawatankuasanya.

Ustaz Mujahid sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dalam ucapan aluannya di majlis tersebut telah merakam ucapan tahniah kepada semua yang hadir, lebih-lebih lagi Penyokong-penyokong Kelab PAS dari Parit Buntar yang datang dari jauh dengan menyewa sebuah bas.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa. Dalam Ucapannya beliau mengemukakan tawaran PAS untuk membawa keadilan dan kesejahteraan kepada semua kaum, tanpa mengira perbezaan agama.
Dalam Ucapannya beliau juga menegaskan betapa PAS sebagai sebuah Parti Islam akan sentiasa memperjuangkan kepentingan semua kaum kerana itu adalah ajaran Islam. Ketika hangat isu penutupan SRJK (C) Damansara, PAS tanpa teragak-agak bersama orang cina mempertahankannya.

Majlis tersebut menarik perhatian ramai terutama pengguna jalan Raja Laut di Hadapan Pejabat Agung PAS kerana di situ diadakan persembahan kebudayaan 3 bangsa iaitu Persembahan Kompang mewakili kaum Melayu, Tarian Singa mewakili kaum Cina dan Mirudengam mewakili kaum India.

Sebelum majlis tersebut rombongan telah di bawa melawat sekitar Puterajaya melihat kehebatan pembangunan pusat pentadbiran kebanggaan kerajaan. Menurut salah seorang ahli rombongan beliau amat kagum dengan kehebatan banggunan di Puterajaya tetapi apabila dibandingkan dengan sekitar rumahnya di Kuala kurau beliau berasa amat sedih kerana mengenangkan masih terdapat rakyat yang hidup susah di Kuala Kurau yang tidak mampu walaupun untuk datang ke Putrajaya apatah lagi untuk tinggal di sini.


Dipetik dari Laman Web PAS Parit Buntar

"PAS For All" Sloga tawaran untuk pelbagai kaum



Petikan Harakahdaily

'PAS For All' slogan tawaran untuk pelbagai kaum
Anis Nazri Foto Nasir Sudin Wed Sep 12, 07 01:51:59 PM

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Hrkh) - Istilah 'PAS For All' atau 'PAS Untuk Semua' akan dijadikan dan digunakan sebagai slogan tawaran PAS kepada semua rakyat yang meliputi pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, berkata penggunaan istilah tersebut amat bersesuaian dengan tawaran PAS untuk membawa keadilan dan kesejahteraan kepada semua kaum, tanpa mengira perbezaan agama dan sebagainya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran kempen 'PAS For All' dan pelancaran buletin 'Ren Men Shi Shi' online, yang diadakan di Pejabat Agung PAS, petang semalam.
Nasharudin menegaskan PAS tidak pernah ketinggalan dalam isu kepentingan semua kaum, termasuklah isu penutupan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Damansara, yang pernah membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat Cina.

Bukan itu sahaja, katanya PAS melalui Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) sudah banyak menabur khidmat kepada golongan Cina dan India, sehingga berjaya menubuhkan beberapa kelab penyokong PAS melibatkan kaum Cina dan India di seluruh negara.

Justeru, beliau mengharapkan pada pilihan raya umum ke-12 nanti, rakyat berbilang kaum akan bangkit membuat perubahan dengan menggantikan kerajaan sedia ada yang penuh kepincangan dan kelemahan kepada PAS.

Sementara itu, majlis pelancaran kempen anjuran LPN itu menarik perhatian ramai, termasuk orang yang berada di sekitar Jalan Raja Laut, khususnya masyarakat Cina. Malah, ada di antara mereka yang turut menepuk tangan serta melambai-lambaikan tangan ke arah pimpinan PAS yang menyaksikan persembahan tarian singa di hadapan Pejabat Agung PAS.

Tarian singa yang mengambil masa hampir 15 minit itu menarik perhatian orang ramai hingga menyebabkan sedikit kesesakan di jalan itu, bagaimanapun kehadiran dan kepakaran pasukan Unit Amal PAS membantu pengguna jalan raya berkenaan melalui jalan tersebut dengan lancar.
Kehadiran pimpinan tertinggi PAS, seperti Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh; Ketua Penerangan Muslimat, Salbiah Abdul Wahab; dan beberapa pimpinan lain turut menarik perhatian pengguna jalan raya yang membunyikan hon tanda sokongan.

Selain persembahan tarian singa, persembahan paluan rebana dan seruling India atau Mirudengam turut dipersembahkan kepada tetamu yang hadir, di samping paluan kompang dari pelajar Sekolah Menengah Agama Puchong, Selangor.

Majlis pelancaran kempen itu turut mengumumkan pemenang bagi pertandingan mencipta logo yang dianjurkan LPN bagi digunakan sebagai kempen 'PAS For ALL'.

Seorang pereka grafik dari Pandan Indah, Norazian Abu Hassan tampil sebagai pemenang mencipta logo dan menerima sijil penyertaan, serta beberapa hadiah sampingan lain. - mks.

Logo PAS Untuk Semua

Logo PAS Untuk Semua

Laporan Akhbar The STAR



KUALA LUMPUR: PAS will make another attempt to woo non-Muslims by launching its PAS For All campaign. Party deputy president Datuk Nasharuddin Mat Isa said the party was not only for Malays or Muslims but cuts across communal and religious lines.

“The Quran teaches us to respect each other’s religious beliefs. So if it is the welfare of the Chinese that needs to be championed, we will be there. If it’s Indians who need help, we will come forward. And it is the same with the Malays,” he said yesterday.

The launch at the PAS office in Jalan Raja Laut started with the Malay kompang, Chinese lion dance, followed by the Indian miruthengam instrument.

Later at the press conference, Nasharuddin was asked about the fears of non-Muslims about PAS’ push for an Islamic state.

“We are explaining substance rather than debating on the form. Substance is about justice, good governance, free and fair treatment of all citizens,” he said.

He believed “the mood is there” for a change, adding that the party had been doing a lot to woo non-Muslim votes.

The party has also set up PAS Chinese clubs and PAS Indian clubs to help spread the message.

Pelancaran PAS Untuk Semua


KUALA LUMPUR - 11 Sep 07, PAS melalui Lajnah Perpaduan Nasional di bawah pimpinan Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa telah melakar satu sejarah perjuangan merentasi sempadan kaum melalui satu program yang diberi nama "PAS Untuk Semua" atau "PAS For All".




Program yang dirasmikan oleh YBhg Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS bagi mewakili YB Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang yang tidak dapat hadir atas urusan parti. Dalam ucapan beliau menyeru semua kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa untuk bersama dengan PAS.Masyarakat non-muslim tak perlu takut untuk menyokong PAS kerana Islam mengajar umatnya untuk berlaku adil kepada semua pihak tak kira bangsa dan agama.




Ust Nasaruddin Mat Isa berucap ketika merasmikan Pelancaran "PAS For All"


Sebelum itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa memberi ucapan kata aluan kepada tetamu yang hadir.Beliau merakam ucapan tahniah kepada semua yang hadir, lebih-lebih lagi Penyokong-penyokong Kelab PAS dari Parit Buntar yang datang dari jauh dengan menyewa sebuah bas.Dalam ucapan beliau, tembok perkauman yang dibina oleh UMNO Barisan Nasional telah runtuh dengan sokong dan dokongan yang ditunjukkan pada hari ini.


Sebelum itu, Pengarah Program Dr Halimah Ali Abdullah menyatakan bahawa pihak Urusetia dan dengan persetujuan pimpinan PAS Pusat telah memilih satu logo rasmi untuk "PAS Untuk Semua".Logo ini telah dipilih daripada peserta-peserta yang menghantar logo tersebut kepada urusetia.Peserta yang bertuah adalah seorang Pereka Grafik lulusan UiTM yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan.Beliau adalah En Nor Azian bin A.Hassan, 35 tahun.




Tuesday, September 11, 2007

PAS UNTUK SEMUA

KUALA LUMPUR -InsyaAllah, hari ini 11 September 2007, Parti Islam SeMalaysia (PAS) melakar satu sejarah dalam arena politik tanahair, melalui Lajnah Perpaduan Nasional akan melancarkan satu program "PAS UNTUK SEMUA"atau "PAS FOR ALL".Majlis pelancaran program ini bakal dilakukan oleh YB Dato'Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam SeMalaysia di Pejabat Pentadbiran PAS Jalan Raja Laut.

Lajnah yang di ketuai oleh Dr Ustaz Hj Mujahid Yusof Ar-Rawa telah meneroka jauh dalam usaha untuk mengajak semua lapisan masyarakat untuk bersama dengan perjuangan PAS. Program separuh hari ini bertujuan untuk :

1. Menyingkir sikap prajudis Non malay /Non Muslim terhadap PAS sebagai hanya
memperjuangkan nasib orang Islam sahaja.

2. Memasarkan PAS yang serius dan komited menjuarai nasib dan hak semua kaum.
3. Mengambil peluang MEMUTIHKAN tarikh 11hb September yang melambangkan

keganasan atau terrrorisme orang ‘Islam’ yang menjauhkan Non- Malay daripada PAS.

Menurut Pengarah Program Dr Halimah Ali Abdullah, tetamu yang hadir akan disajikan dengan 3 jenis persembahan kebudayaan 3 bangsa iaitu Persembahan Kompang (Melayu), Tarian Singa (Cina) dan Mirudengam (India).

Dalam majlis tersebut, satu logo rasmi "PAS UNTUK SEMUA" akan diumumkan oleh YB Dato'Presiden hasil dari pertandingan mencipta logo.Disamping itu YB Dato' Presiden akan melancarkan laman web Ren Min Shi Shi Online yang bertujuan untuk memudahkan lagi Berita Rakyat Semasa ini dicapai di seluruh dunia-ski

Wednesday, September 5, 2007

PAS sentiasa Istiqomah

Lihat emel di bawah adalah salah satu contoh, kebijasanaan pimpinan PAS tak kira Pemuda mahupun Pimpinan Atasan. Sebagaimana yang dinyatakan melalui blog ini http://pasnational_unity.blongspot.com/ , PAS sentiasa konsisten terhadap "Prinsip Perpaduan" sejak ia ditubuhkan kerana Islam telah mengajar kita....erti perpaduan yang sebenarnya. InsyaAllah, PAS tidak akan membenarkan ada pihak yang menangguk di air yang keruh.
Sejak kelmarin, saya kerap dihubungi oleh banyak pihak bertanyakan tentang kemungkinan akan berlakunya rusuhan kaum di Johor Bahru. Beberapa SMS telah disebarkan dan diperpanjangkan kepada ramai termasuklah di kalangan ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Blog saya (http://minda-kembara.blogspot.com/) tiba-tiba mencapai hits yang tinggi sejak semalam dan saya yakin ianya ada kaitan dengan penyebaran SMS tersebut.
SMS yang dilihat cuba meransang kaum Melayu untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ini telah membangkitkan rasa cemas sehingga terdapat pendudk di sekitar Johor Bahru bimbang untuk keluar daripada kawasan rumah. Kononnya, pada 30 Ogos 2007 akan berlakunya huru-hara di Masai dan Pasir Gudang, Johor dan semua agar berwaspada. SMS ini juga dikatakan disebarkan untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanahair.

Saya paparkan beberapa SMS yang telah disebarkan ;

SMS 1,
Rdblock tmn cendana&masai dbuat arini 24j. India dr bt caves ada d jb. Bdk melayu dtembak mati d masai smlm. Baik2 bw kenderaan. Jgn kuar mlm. Balai polis brgerak dh ada d kwsn kita. Smpaikan pd kaum melayu kna bhati2. Smpikn info ini kpda semua bngsa mlayu.

SMS 2,
A'kum pd smua kekanda2 dn adinda2, ptg td sy messy besama abg2 P*k**a JB, dn secara rasmi info kekacauan d PG pd 30hb dijangka timbul huru hara yg dibuat olh kaum India, d hrp smua berhati2 dr 28hb dn stanby, pd 30hb pastikn smua berada dgn jarakberhampiran dn memberi info antara 1 sama lain. Pd 30hb mlm juga sy brada d masai. Pjgnkn AMANAH ini pd smua. Msg ini PENTING, sygilah agama, bangsa, tanahair kte ALAHUAKBAR 3x – FOSSIL MEI LONG -

Saya telah mengarahkan kepada semua anggota Pemuda PAS di negeri Johor agar tidak mudah panik dan terpengaruh dengan SMS tersebut. Kebimbangan saya adalah ianya adalah merupakan satu episod yang sengaja direka bagi menimbulkan situasi yang tegang di antara kaum kerana kita telah banyak belajar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang sengaja direka untuk kepentingan politik.

Semalam, pihak keselamatan telahpun mengadakan pertemuan tergempar dengan parti-parti politik termasuklah PAS, badan bukan kerajaan dan ketua-ketua agama bagi menyampaikan hasrat agar semua pihak dapat mengawal keadaan dan menasihatkan kepada semua ahli agar mengambil sikap bertenang.

Malam ini, satu taklimat khas yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Roslan Ahmad kepada penduduk-penduduk diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Cendana, Pasir Gudang untuk menenangkan keadaan.
Sehingga kini, keadaan di Johor masih lagi terkawal, tidak seperti yang digembar-gemburkan. PAS Johor akan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak keselamatan untuk bersama menegakkan keamanan.

Paling utama, saya mengharapkan agar semua pihak dapat bertenang dan tidak mudah menyebarkan maklumat yang diragui kesahihannya. Apa yang mampu kita lakukan ketika ini adalah dengan menghadapinya dengan ketenangan dan berserah kepadaNya agar tidak akan terjadi perkara yang tidak diingini.

"PAS Memimpin Perpaduan"

Wassalam.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Pengerusi Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat
28 Ogos 2007, 019-7701830

"Promosi Perpaduan Lebih Real"
Ust Mujahid Yusof Ar-Rawa,
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pusat