"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Thursday, September 27, 2007

Tarik undi bukan Melayu - Jangan harap parti lain


ImageLujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat baru-baru ini melancarkan kempen "PAS Untuk Semua" di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur. Walaupun beritanya kurang meluas kerana pemberita bertumpu kepada insiden di Batu Burok tetapi kesan kempen ini cukup besar kepada orang-orang bukan melayu.

Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat melalui Kelab Penyokong PAS di seluruh negara perlu menyebar luaskan kempen ini dengan penerangan yang jelas kepada orang bukan Melayu tentang konsep "PAS Untuk Semua".

Image
TG Hj Hadi menyampaikan sumbangan untuk Bomba Sukarela Kuala Kurau
Lujnah Perpaduan Nasional PAS setiap negeri perlu mengerakkan Kelab Penyokong masing-masing untuk menjayakan kempen ini. Perlu diingat bahawa penubuhan Kelab Penyokong PAS adalah untuk menarik sokongan orang bukan Melayu kepada PAS kerana mereka tidak boleh menjadi ahli PAS.

Setelah hampir dua tahun penubuhan kelab ini, kejayaannya menarik sokongan orang bukan melayu masih ditahap sederhana. Keadaan ini berlaku kerana masih banyak PAS Kawasan yang belum menubuhkan kelab penyokong di kawasan masing-masing. Malah mungkin ada PAS Negeri yang belum menubuhkan kelab penyokong. Sekiranya ada PAS negeri dan kawasan yang menubuhkan kelab penyokong, hanya beberapa tempat yang aktif tetapi yang lain masih lemah.

Image
Mereka sendiri memasang bendera untuk menyambut Presiden PAS
Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat nampak bersungguh-sungguh mengerakkan kelab penyokong. Ust. Mujahid, Dr. Halimah, Khairul Faizi, En. Hu Phang Chow dan beberapa pimpinan kelab penyokong bergerak aktif dalam satu pasukan mengatur pelbagai program bersama orang bukan Melayu.

PAS Pusat juga jelas meletakkan keutamaan kepada kelab penyokong apabila Presiden dan Ketua Pemuda PAS Pusat mempunyai Setiausaha Sulit di kalangan pimpinan kelab penyokong. Baru-baru ini, PAS Terengganu juga melancarkan penubuhan kelab penyokong walaupun negeri itu mempunyai peratusan pengundi bukan Melayu sekitar 15 peratus sahaja. Usaha pihak musuh menggagalkan pelancaran kelab penyokong di Terengganu menunjukkan ketakutan mereka terhadap kelab penyokong.

Image
Ketua Penerangan dalam kempen Daftar Pemilih bersama Kelab
Lujnah Perpaduan Nasional PAS negeri dan kawasan sepatutnya terus berusaha bersungguh-sungguh menubuh dan mengerakkan kelab penyokong. Memang diakui sukar untuk masuk bergerak bersama-sama orang bukan Melayu di kampung baru, bandar dan estet-estet yang sangat asing bagi orang Melayu.

Kejayaan bergerak dalam komuniti orang bukan Melayu sebenarnya terletak di tangan pimpinan PAS negeri dan kawasan. Jika kita sanggup membuang perasaan asing kepada orang bukan Melayu, sanggup memimpin tangan orang bukan Melayu, makan semeja dengan mereka, melawat kematian orang bukan Melayu, bersama-sama menyelami kesusahan orang bukan Melayu dan membantu mereka mengikut kemampuan kita. Kita akan menjadi biasa dengan mereka dan kebiasaan inilah yang akan membuahkan kejayaan.

Image
Tanpa berbaju diperiksa oleh doktor sukarela
Pimpinan PAS Negeri Sembilan sudah membuktikan kejayaan ini, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan menjadi tempat mengadu orang Cina dalam isu Pelupusan Sampah di Semenyeh. Orang bukan Melayu juga manusia seperti kita ada perasaan simpati, persahabatan dan kasih sayang.

Selama ini orang bukan Melayu tidak menyokong PAS kerana pimpinan PAS tidak mendekati mereka, hanya di hari pilihanraya kita masuk meminta sokongan mereka. Jika pimpinan PAS sentiasa bersama mereka dan mengadakan program bersama, yakinlah mereka akan memberi sokongan kepada PAS. Berita kita mengadakan program dan membantu masyarakat Cina tidak keluar dalam akhbar harian bahasa melayu tetapi mendapat tempat dalam akhbar-akhbar Cina yang tempatan yang lebih terbuka.

Image
Keratan akhbar Oriental Daily
Lujnah Perpaduan Nasional PAS Perak juga patut dipuji kerana berjaya membawa satu bas rombongan orang Cina ke Kelantan. Mereka melawat sendiri negeri yang selama ini ditohmah oleh pemimpin MCA dan Gerakan sebagai kejam terhadap orang Cina. Mereka dibawa melawat patung Buddha terbesar di Tumpat, bertemu dengan masyarakat Cina Kelatan supaya mereka melihat dan mendengar sendiri keadaan kehidupan masyarakat Cina Kelantan. Mereka yang dibawa melawat ini apabila pulang jangan kita biarkan, terus buat hubungan dengan mereka kerana merekalah yang menjadi pemberita kita menjawab tohmahan pemimpin BN.

Menjelang pilihanraya umum ke 12, pimpinan PAS Negeri dan kawasan sepatutnya meletakkan keutamaan kepada kelab penyokong untuk menarik sokongan orang bukan Melayu. Kepentingan kelab penyokong jangan dilupakan kerana mengharapkan parti lain membantu PAS dalam menarik sokongan orang bukan Melayu.

Malang sekali jika ada pimpinan PAS negeri dan kawasan meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada parti lain untuk menarik undi orang Cina. Ada kawasan yang boleh diminta pertolongan parti lain menarik undi orang Cina jika kelab penyokong tidak ada atau tidak aktif di kawasan itu. Namun pengecualian perlu diberi kepada kawasan yang aktif kelab penyokongnya.

Image
Dr. Mujahid ziarah jenazah cina Kristian
Tidak semua orang Cina pembangkang yang menyokong PKR, tiada semua menyokong DAP. Ramai orang Cina yang akan menyokong PAS, jika PAS aktif bergerak bersama orang Cina. Letaklah nama 'Negeri Barisan Alternatif ', 'Negeri BA' tidak menjadi masalah, tetapi jangan sesekali melupakan usaha kelab penyokong yang membantu PAS.

Jangan melupakan orang bukan melayu yang berkorban masa, tenaga dan wang ringgit semata-mata hendak membantu PAS. Jangan kecewakan mereka. Sampai bila kita akan bergantung kepada parti lain untuk mendapat undi orang Cina?.

Image
Ingatlah, bahawa kelab penyokong sangat penting jika PAS ingin mendapat undi bukan Melayu bukan sahaja pada masa sekarang tetapi juga untuk masa depan. Pimpinan PAS negeri dan kawasan sepatutnya terus berusaha menubuh dan mengerakkan kelab penyokong. Hakikat untuk mendapat undi orang Cina bukan terletak kepada teori di atas kertas sahaja. Parti Keadilan Sejahtera di Indonesia dan AK Parti di Turki mendapat sokongan pengundi bukan hanya berharap kepada teori tetapi usaha bersungguh-sungguh pimpinan mereka turun ke bawah membantu rakyat tidak mengira bangsa dan agama.

Image
Melawat warga tua yang uzur
Image
Semasa pelancaran Kelap peringkat negeri Perak
Image
Berserban dan makan setalam
Image
Dua ibu identiti berbeza berbual tanpa jurang
Image
Muslimat pada program pertama, belum berani duduk semeja

Dipetik dari Laman Web PAS Parit Buntar

1 comment:

hanfeitsu said...

salam. teruskan gerak kerja, tahniah!

regards,

Nazman
Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional DPPNJ

http://www.hanfeitsu.blogspot.com/