"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Wednesday, September 5, 2007

PAS sentiasa Istiqomah

Lihat emel di bawah adalah salah satu contoh, kebijasanaan pimpinan PAS tak kira Pemuda mahupun Pimpinan Atasan. Sebagaimana yang dinyatakan melalui blog ini http://pasnational_unity.blongspot.com/ , PAS sentiasa konsisten terhadap "Prinsip Perpaduan" sejak ia ditubuhkan kerana Islam telah mengajar kita....erti perpaduan yang sebenarnya. InsyaAllah, PAS tidak akan membenarkan ada pihak yang menangguk di air yang keruh.
Sejak kelmarin, saya kerap dihubungi oleh banyak pihak bertanyakan tentang kemungkinan akan berlakunya rusuhan kaum di Johor Bahru. Beberapa SMS telah disebarkan dan diperpanjangkan kepada ramai termasuklah di kalangan ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Blog saya (http://minda-kembara.blogspot.com/) tiba-tiba mencapai hits yang tinggi sejak semalam dan saya yakin ianya ada kaitan dengan penyebaran SMS tersebut.
SMS yang dilihat cuba meransang kaum Melayu untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ini telah membangkitkan rasa cemas sehingga terdapat pendudk di sekitar Johor Bahru bimbang untuk keluar daripada kawasan rumah. Kononnya, pada 30 Ogos 2007 akan berlakunya huru-hara di Masai dan Pasir Gudang, Johor dan semua agar berwaspada. SMS ini juga dikatakan disebarkan untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanahair.

Saya paparkan beberapa SMS yang telah disebarkan ;

SMS 1,
Rdblock tmn cendana&masai dbuat arini 24j. India dr bt caves ada d jb. Bdk melayu dtembak mati d masai smlm. Baik2 bw kenderaan. Jgn kuar mlm. Balai polis brgerak dh ada d kwsn kita. Smpaikan pd kaum melayu kna bhati2. Smpikn info ini kpda semua bngsa mlayu.

SMS 2,
A'kum pd smua kekanda2 dn adinda2, ptg td sy messy besama abg2 P*k**a JB, dn secara rasmi info kekacauan d PG pd 30hb dijangka timbul huru hara yg dibuat olh kaum India, d hrp smua berhati2 dr 28hb dn stanby, pd 30hb pastikn smua berada dgn jarakberhampiran dn memberi info antara 1 sama lain. Pd 30hb mlm juga sy brada d masai. Pjgnkn AMANAH ini pd smua. Msg ini PENTING, sygilah agama, bangsa, tanahair kte ALAHUAKBAR 3x – FOSSIL MEI LONG -

Saya telah mengarahkan kepada semua anggota Pemuda PAS di negeri Johor agar tidak mudah panik dan terpengaruh dengan SMS tersebut. Kebimbangan saya adalah ianya adalah merupakan satu episod yang sengaja direka bagi menimbulkan situasi yang tegang di antara kaum kerana kita telah banyak belajar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang sengaja direka untuk kepentingan politik.

Semalam, pihak keselamatan telahpun mengadakan pertemuan tergempar dengan parti-parti politik termasuklah PAS, badan bukan kerajaan dan ketua-ketua agama bagi menyampaikan hasrat agar semua pihak dapat mengawal keadaan dan menasihatkan kepada semua ahli agar mengambil sikap bertenang.

Malam ini, satu taklimat khas yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Roslan Ahmad kepada penduduk-penduduk diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Cendana, Pasir Gudang untuk menenangkan keadaan.
Sehingga kini, keadaan di Johor masih lagi terkawal, tidak seperti yang digembar-gemburkan. PAS Johor akan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak keselamatan untuk bersama menegakkan keamanan.

Paling utama, saya mengharapkan agar semua pihak dapat bertenang dan tidak mudah menyebarkan maklumat yang diragui kesahihannya. Apa yang mampu kita lakukan ketika ini adalah dengan menghadapinya dengan ketenangan dan berserah kepadaNya agar tidak akan terjadi perkara yang tidak diingini.

"PAS Memimpin Perpaduan"

Wassalam.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Pengerusi Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat
28 Ogos 2007, 019-7701830

No comments: