"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Tuesday, June 17, 2008

Menjernihkan Perubahan PAS - DAP

Menjernihkan Perubahan PAS - DAP
March 17th, 2008 by Abu Saif 3,790 Views



“Susah nak ceramah bab Negara Berkebajikan ni”, antara keluhan yang terdengar semasa kempen pilihanraya baru-baru ini.

Perubahan pendekatan yang ditunjukkan oleh PAS sepanjang tempoh kempen, merupakan suatu proses yang mencabar. Biar pun taklimat telah dibuat oleh kepimpinan tertinggi PAS kepada jenteranya semasa melancarkan manifesto tempoh hari, ada beberapa persoalan yang lebih mendasar, memerlukan kepada perincian.

Ada serba sedikit kesulitan yang timbul semasa tempoh kempen. Pendekatan-pendekatan baru diperlukan oleh penceramah PAS untuk menghuraikan konsep kebajikan, hasrat memimpin masyarakat majmuk Malaysia, apatah lagi dengan kehadiran pendengar ke ceramah PAS yang amat berwarna warni.

Hadirin sudah tidak lagi berkopiah dan berserban, malah merentasi segala ragam manusia, termasuklah kaum Cina dan India, terutamanya di Lembah Kelang.

Keadaannya semacam tidak kena untuk bercakap tentang subjek biasa seperti UMNO itu fahaman Kebangsaan dan Sekular, apatah lagi untuk menyentuh tentang hudud dan Negara Islam. Penceramah dan jentera yang terbabit di dalam kempen senada, memfokuskan kepada isu-isu bersama seperti tekanan ekonomi, penyelewengan, rasuah dan politik wang, dan isu Pak Lah tidur!

Malah ada pula pesan memesan supaya jangan petik terlalu banyak ayat al-Quran semasa ceramah kempen, kerana mahu meraikan kepelbagaian hadirin dan menyatupadukan mesej pilihanraya.

Ada ustaz yang sampai merajuk dibuatnya.


KEBAJIKAN ISU ISLAM

Bagi saya, isu Negara Berkebajikan adalah isu yang sangat Islamik. Banyak ayat al-Quran dan Hadith Nabi SAW yang memperkatakannya, malah sokongan sejarah juga amat banyak. Saya tidak perlu mengurangkan petikan al-Quran atau Hadith semata-mata mahu meMalaysiakan bahasa kempen saya. Untuk saya, persoalan kebajikan rakyat dan ketelusan pemerintahan, adalah isu Negara Islam, urusan Islam dan saya memperkatakannya dengan merujuk kepada prinsip dan akhlak Islam.

Tetapi bagaimana pula penceramah yang lain?

Atau jika soalan itu boleh diperpanjangkan lagi… bagaimanakah persepsi keseluruhan ahli dan kepimpinan PAS terhadap perkembangan ini?



STRATEGI, UBAH PRINSIP, ATAU SEMAKAN SEMULA?


“Nak sangat kuasa, sampai sanggup gadai prinsip!”, kata-kata begini terdengar di sana sini.

“Mana pergi Negara Islam PAS?”, soal seorang yang lain.

“Dulu bermusuhan, tetapi akhirnya jadi kawan”, kata Najib dalam kempennya tempoh hari, merujuk kepada perkembangan DAP dan PAS.

“Berpolitik tanpa prinsip!”, kias SS Mufti Perlis dalam kolumnya di Mingguan Malaysia. Perlis satu-satunya negeri yang berjaya mengekalkan pemerintahan BN di Wilayah Koridor Utara.
Perubahan yang berlaku kepada PAS merupakan persoalan yang membabitkan dua dimensi pemerhatian. Dari satu sudut, apakah sebenarnya yang berlaku kepada PAS dari kacamata PAS sendiri? Apakah ini sekadar strategi pilihanraya, atau PAS sudah letih dan hilang keyakinan kepada Negara Islam yang diperjuangkannya, atau pun PAS telah memberikan definisi baru kepada Negara Islam dan idea politik Islamnya?


Saya melihat persoalan ini belum terjawab secara sekata oleh PAS sendiri. Ketidak jelasan terhadap mekanisma yang menjana perubahan PAS dalam PRU12, menjadikan sulit untuk PAS menangkis permainan media yang cuba melakukan provokasi bahawa Kedah bakal menyaksikan terlaksananya Hudud!


Apabila hal-hal seperti ini timbul, tidak hairan jika DAP terus menerus sangsi dengan perubahan PAS. Apakah ia perubahan yang benar-benar suatu perubahan, atau pengalaman 1999 bakal berulang?


Di dalam temubual yang disiarkan di Detikdaily (Ahad 16 Mac 2008) , Lim Kit Siang menyebut:
“Jika diimbas sejarah hubungan DAP dan Pas, ia bermula selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kedua-dua parti bekerjasama atas objektif yang sama dengan melancarkan manifesto untuk menjadikan Malaysia negara yang adil, demokratik dan bersih. Dalam tempoh itu, isu negara Islam tidak menjadi hal kerana ia bukan objektif jalinan kerjasama antara semua parti pembangkang.

Malangnya, selepas pilihan raya 1999, Pas yang memenangi 27 kerusi Parlimen bertindak agresif menekankan pelaksanaan negara Islam dan hukum hudud, menyebabkan DAP tidak tahan. Memandangkan DAP gagal mengubah Pas dan tiada sokongan parti lain, DAP keluar BA dan sejak itu, DAP dan Pas tiada hubungan kecuali melibatkan isu-isu semasa antaranya anti-ISA, bersih dan hak-hak manusia.”

Kegusaran ini dapat dielakkan jika PAS dapat mendokumentasikan perubahan yang dilakukannya dalam PRU12. Perubahan itu perlu dijernihkan, diperjelaskan agar tiada salah faham yang timbul, malah memberikan keuntungan kepada PAS untuk terus bergerak dengan pendekatan yang relevan dan semasa.

CHALLENGE AND RESPONSE

Challenge and response, adalah prinsip yang sering saya utarakan untuk membawa isu seperti ini kepada suatu konsep. Sebagaimana gerakan Islam muncul sebagai reaksi kepada tribulasi yang menimpa umat Islam, khususnya di era modernisasi pasca kejatuhan kuasa Islam terakhir di Turki pada tahu 1924, maka reaksi itu terus berkembang dari semasa ke semasa.

Politik Islam mestilah dilihat secara dinamik, dikaitkan dengan konteks yang berbeza-beza dari sebuah negara ke sebuah negara, dan dari satu masa ke satu masa. Politik Islam tidak boleh dipandangan secara monolitik seolah-olah setiap satu perkara hanya ada satu definisi dan tafsiran secara statik.

Hanya ada satu makna Negara Islam.
Hanya ada satu makna Sekularisma.
Hanya ada satu makna Demokrasi.
Hanya ada satu definisi PAS dan satu wajah DAP!


Selepas menganalisa tentang perkembangan yang berlaku kepada gerakan-gerakan Islam di Mesir, Algeria, Tunisia dan Turki, John L. Esposito di dalam bukunya, The Islamic Threat: Myth or Reality? membuat kesimpulan yang sama. Namun beliau telah mengenengahkan beberapa faktor yang perlu diberikan perhatian oleh gerakan Islam, seperti PAS di Malaysia.


Katanya:
“… theoretical or ideological statements are often not accompanied by specific models for change. Islamic movements tend to be more specific about what they are against than what they are for. While all may speak of an Islamic order or state, of implementation of the Sharia, of a society grounded more firmly on Islamic values, the details are often vague. This has been true for older movements such as Egypt’s Muslim Brotherhood as well as for more recent groups. After the electoral victory of Algeria’s FIS (Islamic Salvation Front), when Abbas Madani was questioned about his program, he described it as broad. When pressed for its practical steps, he replied,”Our practical program is also broad”…” [muka surat 208]


Dalam erti kata yang lain, terdapat vakum pada agenda politik Islam yang menyulitkan masyarakat untuk membaca dan menafsir dengan betul terhadap apakah sebenarnya yang berlaku di sebalik perubahan yang dijana.


Di ruangan Surat Pembaca e-akhbar Malaysiakini bertarikh 14 Januari 2008, Norman Fernandez telah menimbulkan soalan yang sama.

Beliau mempertikaikan pandangan DSAI yang mengatakan bahawa PAS sudah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam. Pandangan ini dikemukakan oleh DSAI sebagai reaksi kepada kenyataan Karpal Singh bahawa DAP akan hanya bekerjasama dengan PKR jika PKR menjauhkan dirinya dari PAS.

Tentu sahaja 3 bulan pertama 2008 telah menyaksikan banyak perubahan yang berlaku. Lim Kit Siang di dalam temuramah bersamanya yang disiarkan di Detikdaily (Ahad 16 Mac 2008) , beliau menyebut:

Segala-galanya berubah selepas 8 Mac setelah rakyat dari semua bangsa mahu perubahan. Apabila tidak ada satu parti yang betul-betul kuat untuk menubuhkan kerajaan, tiga parti pembangkang membentuk pakatan dan memaksa DAP menilai semula hubungan dengan Pas demi merubah keadaan di Perak dan Selangor.

Inilah yang perlu digarap oleh PAS. Peluang untuk mengemaskinikan agendanya, mengolah kembali ideanya tentang politik Islam, Negara Islam dan pendiriannya tentang cabaran sekularisma, demokrasi, hubungan antara kaum, dan hal-hal yang lebih pluralistik sifatnya.
Sudah tentu hal ini bukan merupakan sesuatu yang mudah. PAS terbentuk dari pada ideologue yang datang daripada latar belakang yang amat pelbagai.
Sebahagiannya merupakan ilmuan yang datang dari kerangka Pengajian Islam manakala sebahagiannya pula adalah golongan profesional yang datang dari bidang sains, khususnya sains aplikasi seperti kejuruteraan, perubatan dan yang seumpama dengannya.

Di sinilah perlunya peranan besar golongan profesional khususnya saintis sosial yang berada di dalam PAS untuk memainkan peranan kerana saintis sosial di dalam sains politik, sejarah dan sosiologi bertugas untuk memperbaiki dan membetulkan teori.

Apakah kefahaman yang mendominasi kaderisasi PAS bahawa sekularisma itu hanya ada satu warna dan sentiasa bertentangan dengan agama, khususnya agama Islam? Hal ini perlu diperbaiki untuk proses bridging dan menyesuaikan perjuangan PAS dengan realiti semasa di Malaysia.

Misalnya Asghar Ali Engineer, seorang ilmuan dari India, pernah menulis sebuah kertas kerja bertajuk ISLAM AND SECULARISM. Beliau mencadangkan penafsiran yang lebih terbuka terhadap Islam dan Sekularisma untuk membuktikan bahawa banyaknya titik temu di antara Islam dan Sekularisma, dan bukannya sentiasa berlaga kepala sebagaimana yang disangkakan oleh kebanyakan pendokong PAS, juga DAP.

Katanya:
“Now, the important question is can Islam and secularism go together? We have already said above that religion and secularism can go together or not, depending on the interpretation of both religion as well as secularism. If religion is intepreted in keeping with very conservative traditions, it may be difficult for it to go along with secularism which demands more liberal disposition and not only tolerance but also promotion of pluralism. On the other hand, if secularism is interpreted too rigidly (i.e., if it is equated with atheism), as many rationalists do, then also the two (i.e., religion and secularism) will find it difficult to go together…” [petikan dari ISLAM IN TRANSITION: MUSLIM PERSPECTIVE oleh John. J. Donohue dan John L. Esposito]

Demi sebuah Malaysia yang lebih baik untuk seluruh rakyatnya, demi membuktikan secara praktikal bahawa Islam itu adalah rahmat kepada rakyat Malaysia, demi untuk membuktikan bahawa Malaysian Malaysia adalah formula yang adil untuk semua kaum di Malaysia, maka kedua belah pihak iaitu PAS dan DAP perlu sama-sama mengembangkan ideologi masing-masing dan hari ini adalah peluang terbaik apabila kita semua telah dibebaskan daripada kefahaman sempit UMNO yang membelenggu pemikiran seluruh warga Malaysia selama ini.

UMNOisma (saya tidak berjumpa dengan perkataan yang lebih tepat kerana sejak sekian lama UMNO sudah tidak lagi berjuang atas satu idea dan pemikiran kecuali self interest) sebagai sumbatan minda utama masyarakat kita sudah tercabut. Gunakan peluang kerjasama di Perak dan Selangor untuk membangunkan secara praktikal ideologi masing-masing.

PAS perlu menyemak semula perkara-perkara teras yang menjadi asas perjuangannya dan menterjemahkannya dalam bentuk wacana perkaderan untuk pendukungnya, juga kaum Muslimin di Malaysia. Manakala DAP pula perlu menyemak kembali apakah yang dimaksudkannya dengan sekularisma, Malaysian Malaysia serta menterjemahkan semakan itu kepada ahli-ahlinya juga kaum Cina dan India di Malaysia.


Politik tidak dapat berdiri tanpa pendidikan.

Sebelum rakyat boleh dididik agar lebih faham justeru matang dan bijaksana, PAS dan DAP perlu saling mendidik jentera dan penyokong mereka agar memulakan setiap kerja dengan al-Fahmu.

Saya optimis.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com56000 Kuala Lumpur

http://saifulislam.com/?p=1595

Bukan Islam boleh jadi Ahli PAS?

Roy Rasul Foto Wan Zahari Wan SallehMon Jun 16, 08 9:55:46 am MYT
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Hrkh) - Cadangan orang bukan Islam menjadi ahli PAS mungkin akan menjadi kenyataan, kata AJK PAS Pusat Dr MujahidYusof Rawa.
Katanya, walaupun belum ada keputusan rasmi tetapi secarainisiatif sudah ada perbincangan meluaskan skop ahli Kelab PenyokongPAS untuk menjadi ahli PAS.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional berkata, kelab tersebut menunjukkan perkembangan positif dan pemimpin PAS melihatnya sebagai satu keperluan strategik bagi meningkatkan penglibatan merekadalam struktur parti.
"Maknanya mereka boleh menyertai PAS cuma memerlu sedikit pindaan diperingkat perlembagaan iaitu bab keahlian yang mensyaratkan seorangahli yang menyertai PAS mesti beragama Islam.
"Mungkin perlu 'adjust' di situ untuk membuka ruang ini dan pada masayang sama Kelab Penyokong PAS akan dipertingkatkan, " katanya dalam satu sidang media selepas merasmi mesyuarat Agung Tahunan ke 23 PASKawasan Titiwangsa, di Markas PAS, Darul Ummah, Desa Pandan, dekatsini semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, sekarang perkaratersebut antara cadangan serius dibincangkan untuk menjadikan kelabitu sebagai sayap parti.Katanya, ia penting untuk dijadikan sayap parti dalam usaha untukmembuka medan baru supaya PAS boleh diterima dan dilihat identitinyasebagai parti pelbagai bangsa.
"Bukan hanya melalui kelab tetapi sebagai keahlian itu sendiri sudahmenunjukkan PAS parti berbilang bangsa," katanya.Menurutnya, perkara tersebut dijangka akan dibincangkan dalam MuktamarAgung PAS pada bulan Ogos nanti.
Tambahan pula katanya, perkembangan mesyuarat-mesyuarat kawasan sudahada usul-usul menjirus ke arah itu.Kemungkinan besar katanya, Kelap Penyokong PAS akan dijadikan sebagaisayap parti sama seperti Dewan Pemuda PAS, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama.Katanya, sayap tersebut akan mempunyai strukturnya tersendiri.
Katanya, sekarang ini kelab itu berada di bawah Lajnahnya yang manaiaadalah sebahagian kecil di antara berpuluh lajnah yang ada dalam PAS.Sebaliknya jika ia dijadikan sebagai sayap parti beliau berkata, iamenjadi sebahagian dari struktur parti.
"Bagi saya ini satu penghargaan kepada bukan Melayu dan bukan Islamuntuk duduk dalam sebuah parti Islam sebagai tempat dalam strukturparti," katanya.
Selain itu katanya, sayap tersebut akan ada ruang yang lebih efektifuntuk meneroka medan politik baru PAS iaitu medan pengundi bukanMelayu yang merupakan pengundi baru bagi PAS.
Satu lagi katanya, penerimaan orang bukan Islam sebagai ahli PAS dapatmembuktikan kepada parti lain bahawa PAS lebih serius menghampiridirinya kepada kelompok berbilang kaum.Namun katanya, cadangan tersebut mesti mendapat persetujuan daripadaAhli Jawatankuasa PAS Pusat untuk melihat perkara tersebut perlu atautidak dan juga perlu dulu diusul dalam muktamar ini.
Sementara itu Pengerusi Kelab penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw yangturut hadir dalam sidang media tersebut berkata, cadangan tersebutmenapati masanya selaras fenomena politik negara sekarang.
"Perjuagan PAS sudah terbukti dengan pemerintahannya di Kelantan iaadalah untuk Melayu, Cina dan India dan ia seperti adik beradik."Sebab itu saya sanggup memikul jawatan pengerusi kelab ini," katanya.
Beliau berkata orang Melayu juga harus sedar bahawa Islam bukan untukorang Melayu dan orang Cina dan India pula kena ingat Islam itumembawa mesej yang jelas iaitu keadilan untuk semua.
Dalam pada itu PAS kawasan Titiwangsa mencatat satu sejarah apabilaMesyuarat Agungnya dirasmi sekali dengan Pelancaran Kelab penyokong PAS.Majlis tersebut turut dihadiri kira-kira 100 orang Cina dan India.
Mereka juga turut menyerahkan borang permohonan menjadi ahli kelab danacara penyampaian watikah pelantikan kepada Jawatankuasa KelabPenyokong PAS 2008/2009 dan penyerahan kad-kad keahlian kepada ahliturut diserahkan oleh Mujahid.
Sementara itu Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali yang turutberucap di majlis tersebut berkata, PAS kawasan menempa sejarahapabila mesyuarat agungnya dirasmikan sekali dengan majlis pelancaranKelab penyokong PAS Parlimen Titiwangsa.Malah katanya, pertama kalinya Mesyuarat Agungnya disertai olehorang-orang Cina dan India. - mr

Berita-Berita Tertangguh

1.PAS Bukit Bintang cadang 'ahli bersekutu PAS'
Harakahdaily Tue May 20, 08 4:14:27 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - PAS Kawasan Bukit Bintang akan mengadakan Mesyuarat Agungnya pada Ahad, 25 Mei akan datang, jam 4.30 petang.

Sehubungan itu, Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Azemi Azman Johari menjemput ahli-ahli PAS kawasan tersebut agar dapat menghadirkan diri di Markaz Tarbiyah PAS Pusat bagi mengikuti perjalanan mesyuarat agung itu.

Menurut beliau, antara usul yang akan dibincangkan adalah mewujudkan status 'ahli bersekutu PAS' bagi rakyat bukan Islam.

"Kita akan membincangkan cadangan usul ini untuk dibawa ke Muktamar PAS Pusat," katanya.
Mesyuarat agung itu bakal dirasmikan Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Ishak Surin. - tajdid


2.Lebih 200 bukan Islam dijangka masuk Kelab Penyokong PAS Kepala Batas
Mohd Sabri Said Tue May 20, 08 12:30:41 pm MYT

PULAU PINANG, 20 Mei (Hrkh) - 200 orang masyarakat bukan Islam sekitar Parlimen Kepala Batas dijangka mengisytiharkan diri menyertai Kelab Penyokong PAS pada penghujung bulan ini.

Fenomena itu terjadi setelah nasib mereka diabaikan oleh Barisan Nasional (BN) serta berlaku penyalahgunaan peruntukan oleh parti dalam komponen yang mewakili bangsa mereka.

Program meraikan mereka akan diadakan di sebuah dewan orang ramai di Pekan Kepala Batas oleh Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

Kemelut mereka terus memuncak ketika pilihan raya umum dulu dan hasilnya sokongan pada Ahli Parlimen Kepala Batas merangkap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi merosot teruk walaupun berbagai program di atur membabitkan artis dalam kempen sebelum 8 Mac lepas.

Peristiwa ini bakal mengejutkan sekali lagi Parlimen Kepala Batas setelah beberapa siri kejutan berlaku menjelang hari pengumuman calon dulunya.

Seramai 200 masyarakat bukan Islam itu dikatakan memberi sokongan padu pada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 kelak.

Bukan 200 orang sahaja akan keluar parti yang menjadi tunggak perjuangan mereka selama ini bahkan lebih daripada itu. - mns

3.Tidak hairan jika kaum lain hadir ke program PAS - Mujahid
Basiron Abdul Wahab Tue May 20, 08 6:35:30 am MYT

TEMERLOH, 20 Mei (Hrkh) - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, PAS telah berjaya memecahkan tembok politik yang memisahkannya dengan bukan Islam melalui penubuhan Kelab Penyokong PAS di seluruh negara.

Katanya, hari ini Kelab Penyokong PAS telah wujud di mana-mana dari pelbagai kaum sama ada dari kaum Cina, India, Iban dan tidak lama lagi Kadazan di Sabah, kini golongan bukan Islam hadir ke program-program anjuran PAS bukanlah sesuatu yang menghairankan malah ia telah menjadi perkara biasa.

"Kelab Penyokong PAS kini wujud di seluruh negara, terdiri daripada pelbagai kaum sama ada kaum Cina, India, Iban dan tidak lama lagi Kadazan di Sabah, kehadiran mereka di dalam program PAS sudah menjadi kebiasaan,"katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat PAS Kawasan Temerloh kali ke-21, di Darul Amin Sungai Gau, dekat sini.

Mujahid berkata, PAS telah memainkan peranan besar dalam membentuk lanskap politik negara, PAS pernah berkerjasama dengan Umno sehingga membentuk Barisan Nasional (BN), Semangat 46, Parti Rakyat, DAP, KeAdilan dan kini Pakatan Rakyat.

"PAS adalah parti yang paling banyak mengadakan pakatan dengan parti ?parti politik di Malaysia melalui perbagai gagasan politik, PAS pernah bekerjasama dengan Umno, Parti rakyat, Semangat 46, DAP dan lain-lain.

"PAS pernah memerintah kerajaan negeri Terengganu dan Kelantan, PAS juga pernah menjadi pembangkang di kedua-dua negeri itu, PAS pernah menang dan kalah dalam pilihan raya sehingga pada suatu ketika PAS mempunyai seorang sahaja wakil di parlimen,"katanya.

PAS juga katanya, menentang apa juga bentuk kezaliman termasuk ISA yang memenjarakan seseorang yang belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Memenjara seseorang yang belum dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah adalah bertentangan dengan prinsip asas keadilan sejagat.

"Kita bukan sahaja mendesak supaya tahanan ISA dari Hindraf dibebaskan tetapi kesemua 70 orang tahanan lain yang ditahan di bawah Akta tersebut dibebaskan atau didakwa di mahkamah supaya dibuktikan kesalahanya, barulah dihukum, Menurut perjuangan Islam yang dibawa PAS memberi keadilan kepada semua rakyat,"tegasnya. - mks.

4.Lebih 200 sertai PAS Jelutong
Wan Nasru Ahmad Thu May 08, 08 2:31:29 pm MYT

JELUTONG, 8 Mei (Hrkh) - Perubahan pucuk pimpinan di beberapa buah negeri selepas pilihan raya ke-12 baru-baru ini tidak berakhir di situ sahaja malah saban hari semakin ramai bekas penyokong atau ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini, dalam majlis ramah mesra yang dianjurkan PAS Kawasan Jelutong, lebih 50 orang menyertai PAS cawangan Kebun Lama dan 160 orang di cawangan Sg. Pinang.

Majlis penyerahan borang keahlian turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit, Kedah, Ir Amirrudin Hamzah yang juga merupakan anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah.
Semasa berucap sempena program setengah hari berdekatan Masjid Jelutong, beliau memberitahu perubahan pentadbiran di pantai barat terutama di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor adalah sesuatu di luar dugaan, namun ia tidak bermakna kerajaan Kedah tidak bersedia mentadbir Kedah malah bersedia menghadapi apa jua rintangan dan menyediakan pelbagai polisi baru dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Kerajaan Kedah telah bersetuju menurunkan cukai tanah yang tinggi sebelum ini supaya tidak membebankan rakyat. Sekolah-sekolah agama, Cina dan Tamil yang bukan berorientasikan keuntungan dikenakan bayaran RM10 setahun. Bantuan juga diutamakan kepada warga emas, anak-anak yatim dan ibu tunggal dan yang lebih penting meminimumkan beban kepada rakyat," katanya.

Ujarnya lagi, Kerajaan Kedah juga menwujudkan peluang pelaburan yang bebas daripada unsur rasuah dengan polisi yang mudah dan menyakinkan serta kos serendah mungkin dengan mengikut cara yang mudah.

Ini kerana katanya, apabila berlaku perubahan pentadbiran, para pelabur terutama di Kulim Hi-Tech diugut kononnya kerajaan yang baru memerintah adalah kerajaan ala taliban.

Majlis Ramah Mesra ini juga turut memberi peluang kepada hadirin untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan percuma.

Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS Jelutong, Ustaz Takiudin Hamzah, YDP Glugor, Ir Aziz Ismail dan Ketua Penerangan PAS Negeri, Haji Halim Saleh serta Adun Sungai Pinang. - mns

5.Kelab Penyokong PAS Kaum Cina, India Perak akan lawat Kelantan
Johari Jaafar Wed May 07, 08 4:00:41 pm MYT

IPOH, 7 Mei (Hrkh) - Hasil daripada lawatan 42 orang dari masyarakat Cina di Ipoh ke Kelantan pada bulan September tahun lalu, kali ini Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Perak akan menghantar rombongan Kelab Penyokong Cina dan India pula ke negeri tersebut.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Perak, Khalilul Rahman Abdul Samad ketika ditemui di Pejabat PAS Negeri hari ini.

Menurut beliau, program seumpama itu memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat Cina dan India kerana mereka dapat melihat sendiri apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan PAS di Kelantan terhadap masyarakat Cina dan India di situ.

Berdasarkan kepada maklum balas yang kita terima daripada 42 orang Cina dari Ipoh yang memberikan reaksi yang amat positif, kali ini kita menghantar rombongan empat buah bas dari Kelab Penyokong Kaum Cina dan dua buah bas dari Kelab Penyokong Kaum India ke Kelantan pada bulan Jun ini, katanya.

Rombongan tersebut dijangka mendengar taklimat pembangunan Negeri Kelantan di Pejabat Menteri Besar serta beberapa taklimat bagi mendapatkan perkembangan terkini Kerajaan Negeri Kelantan.

Kemungkinan juga rombongan Kelab Penyokong PAS Kaum Cina akan mengunjungi rumah Menteri Besar Kelantan di Pulau Melaka dan tokong buddha di Tumpat.

"Kita berharap mereka yang akan mengikuti rombongan tersebut telah mendapat gambaran sebenar apa yang berlaku di Kelantan akan menceritakannya kepada masyarakat Cina dan India di tempat lain tentang kebaikan pemerintahan Kerajaan PAS di Kelantan," ujar beliau.

Sementara itu, memandangkan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Negeri, Haji Zainuddin Mohd Yusof terpaksa melakukan tugas-tugas sebagai Exco Kerajaan Negeri, maka segala urusan berkaitan dengan lajnah tersebut kini akan diteruskan oleh Khalilul dan beliau boleh dihubungi di talian 019-5713771. - mks.
6.Kelab Penyokong PAS India Kedah serah 160 borang keahlian
Mazelan Harron Sun Apr 27, 08 2:46:06 pm MYT

Kulim, 27 April (Hrkh) - Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ustaz Haji Hassan Abdul Razak menerima 160 borang ahli Kelab Penyokong PAS Kaum India sempena ceramah perdana yang diadakan di Taman Kenari, Kulim baru-baru ini.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum India bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kulim, Vickram a/l Jayaraman mewakili rakan-rakan ahli Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), dan Makkal Shakti menyerahkan borang berkenaan.

"Kami ingin bersama-sama kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak menyokong dan mendukung aspirasi kerajaan Pakatan Rakyat," ujar beliau ketika ditemu bual oleh wakil Harakah.

Turut hadir memberi ceramah pada malam itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Perak, Ustaz Drs Khalili Idham Lim Abdullah dan Pengerusi Hindraf Kulim, Sathia Seelan .

Majlis yang berjaya mengumpulkan para penyokong PAS, KeADILan, Hindraf dan Makkal Shakti itu merupakan satu sejarah selepas terciptanya kemenangan besar Pakatan Rakyat yang berjaya memerintah Kedah selepas memenangi Pilihan raya Umum Ke-12 yang lalu.

Ketua PAS Cawangan Taman Kenari, Sulaiman Ibrahim berkata, gerak kerja pilihan raya sudah selesai, tapi gerak kerja untuk merealisasikan manifesto yang dijanjikan perlu diteruskan.
7.Pelancaran Kelab Penyokong PAS Melaka 24 April
Zaili Muhammad Mon Apr 21, 08 12:39:26 pm MYT

MELAKA, 21 April (Hrkh) - Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka (BPPNM) akan melancarkan Kelab Penyokong PAS Melaka pada 24 April ini, jam 8.00 malam, bertempat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Melaka, Semabok, di sini.

Menurut Setiausaha BPPNM, Harun Mohamed, majlis pelancaran itu akan disempurnakan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan akan turut sama dihadiri pimpinan PAS Melaka.

"Semua ahli dan penyokong PAS diminta hadir beramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada kepimpinan Kelab Penyokong PAS yang akan dibentuk pada malam tersebut.

"Selepas ini pula kita harap Kelab Penyokong PAS ditubuhkan di setiap Kawasan kerana maklum balas yang kita terima mengenai sambutannya begitu menggalakkan dan ia juga begitu penting dalam konteks negeri Melaka bagi menghubungkan PAS dengan orang bukan Islam," kata beliau.

Sokongan orang bukan Islam kepada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu begitu memberangsangkan dan hampir semua kerusi yang ditandingi menyaksikan pertambahan undi kepada calon PAS.

Walaupun masih belum memenangi sebarang kerusi tetapi senario semasa ini menarik ramai orang bukan Islam untuk bersama-sama dengan PAS dan mereka sudah tidak kekok lagi untuk menghadiri majlis atau program anjuran PAS Melaka. - mns
8.Permasalahan penganut Hindu, MB Kedah jamin beri perhatian
Izwan Abdul Halim Tue Apr 08, 08 5:34:36 pm MYT

ALOR STAR, 8 April (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan memberi perhatian kepada permasalahan yang dikemukakan oleh penganut Hindu.

Dalam sidang media selepas pertemuan dengan Malaysia Hindu Sangam (MHS) di Wisma Darul Aman di sini, beliau menjelaskan MHS meminta untuk diselesaikan masalah kuil yang dirobohkan akibat pembangunan.

"Kuil diroboh jadi orang nak sembahyang payahlah. Ganti pula tidak diberi. Aduan mereka bukan minta yang baru tetapi hak dia yang lama diruntuhkan, yang dibina masa sebelum penjajah lagi, 100 tahun dah," ujar beliau.

Katanya lagi, kerajaan negeri akan meneliti perkara tersebut dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak pemaju.

Dalam pertemuan tersebut juga pihak MHS mengadu kepada beliau mengenai penyertaan kaum India yang kurang dalam sektor awam.

"Itu bidang kuasa kerajaan pusat," katanya ringkas.

Selain itu menurut Azizan, MHS turut mendakwa mayat bukan Islam tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan feri antara Langkawi dengan tanah besar sebaliknya menggunakan khidmat bot laju.

"Yang Islam dibenarkan tetapi yang bukan Islam tidak dibenarkan, ini satu diskriminasi, kerajaan negeri akan meneliti hal tersebut dan berbincang dengan pihak pengendali feri untuk mengatasi masalah tersebut," ulasnya. - mks.

Saturday, June 7, 2008

Semalam bersama YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa

Parit Buntar - Dalam perjalanan ke Ipoh pada 2 Jun lalu, saya menerima panggilan dari Sdr Hamdan (Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Parit Buntar) mengajak saya bersama YB Dr Mujahid (Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pusat merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar) untuk berjumpa dengan masyarakat Cina di Parit Buntar pada jam 5 petang. Perjumpaan tersebut adalah untuk mengutip derma bagi mengisi Tabung Bencana Gempabumi di Sinchuan, China.Walaubagaimanapun saya tak berkesempatan untuk bersama atas sebab tak sempat pulang ke Parit Buntar pada sebelah petangnya.



Saya juga dimaklumkan pada sebelah malam kutipan derma juga akan dilakukan.Bagi memenuhi tuntutan berjamaah, saya sempat untuk bersama dengan YB Dr Mujahid Yusof melakukan kutipan derma pada sebelah malamnya.YB Dr Mujahid Yusof ditemani bersama oleh YDP Kawasan Pt Buntar Tuan Hj Harun.Selain daripada itu Penyokong Kelab PAS Cina Sdr Ah Seng dan Sdr Siva (India) bersama rakan-rakannya.


Kesungguhan yang ditunjukkan oleh kawan-kawan dari kaum Cina dan India amat membanggakan saya.Keikhlasan mereka terserlah sehingga sanggup mengikuti YB Dr Mujahid dan Tn Hj Harun sehingga selesai kutipan dilakukan sekitar jam 10.30 malam.Oleh kerana kepenatan dan lapar, saya menjamu selera bersama YB Dr Mujahid dan rakan-rakan dari Kelab Penyokong.

Syabas kepada YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa.

Moderator