"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Thursday, January 24, 2008

Kelab Penyokong PAS, kaum India berpusu memberi sokongan

Ekmal Yusof Mon Jan 21, 08 11:59:43 am MYT



TAIPING, 21 Jan (Hrkh) - 'Bagai cendawan tumbuh'. Sambutan sentiasa meriah. Demikian antara ungkapan yang mampu diterjemahkan apabila bercakap mengenai Kelab Penyokong PAS pada ketika ini.

Jika sebelum ini, ramai yang meragui dan meyakini kemampuan Kelab Penyokong PAS untuk diterima oleh pelbagai lapisan masrakat, namun sejak akhir-akhir ini penyertaan untuk masuk ke kelab ini bagai 'pisang goreng panas'.

Terbaru, apabila lebih 200 orang kaum India hadir untuk menyerahkan borang keahlian dalam majlis penubuhan Kelab Penyokong PAS Orang-orang India di Kampung Ekspo,Kamunting.

Dalam majlis tersebut, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat,Ustaz Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa pihaknya telah berjaya menubuhkan kelab-kelab tersebut terdiri dari orang-orang Cina, India, lain-lain bangsa diseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak

"Ianya telah ditubuhkan pada setiap negeri, di bandar-bandar dan pekan-pekan sejak beberapa tahun lalu hingga kini ianya ditubuhkan pada setiap masa seperti 'cendawan tumbuh di waktu hujan' dan mendapat galakan serta sambutan daripada semua rakyat pelbagai kaum di negara ini,"jelasnya ketika berucap di penubuhan Kelab Penyokong PAS Orang-orang India di Kampung Ekspo anjuran Cawangan PAS dan MTD N16 Kamunting dekat sini semalam.


Tambahnya, penubuhan kelab-Kelab berkenaan akan berterusan sehingga menjelangnya pilihan raya dan terus kekal selepasnya.

Menurutnya, selepas ini beliau akan merasmikan kemasukan 500 ahli Penyokong Kelab PAS orang India di Selangor.


Dalam majlis penubuhan semalam lebih 200 orang kaum India lelaki dan wanita telah mengisi borang-borang ahli dan ketuanya K. Balasundram sebagai tuan rumah majlis tersebut telah menyerahkan borang-borang berkenaan kepada Ustaz Mujahid yang kemudiannya telah menyampaikan bungkusan barangan keperluan dapur kepada ahli-ahli baru berkenaan.

Sementara itu, dalam ucapannya semalam, Ustaz Mujahid mengingatkan rakyat supaya jangan sekali-kali mendengar fitnah umno dan Barisan Nasional terutama dari media massa elektronik dan cetak yang sentiasa menakut-takutkan orang ramai dengan menimbulkan isu perkauman.

"Saya beri tahu, hak untuk berhimpun seperti yang telah diadakan oleh Bersih di Kuala Lumpur itu adalah sah mengikut hak undang-undang Perlembagaan Malaysia dan perhimpunan tersebut adalah 'halal' dan tidak salah.


Tetapi hanya apabila dia tidak jadi aman dan kacau bilau hanya semasa diceroboh oleh FRU dan polis yang menggunakan kekerasan dengan menembak gas pemedih mata dan peluru hidup seperti berlaku di tempat lain dahulu," ujarnya. - mks.

No comments: