"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Tuesday, January 22, 2008

Antara Isi Kandungan Manifesto PAS ke Arah Negara Berkebajikan



Berikut adalah antara kandungan Manifesto PAS yang disebut oleh Presiden PAS di dalam Ceramah Perdana di Madrasah As-Saadah, dekat sini malam tadi.


1. Menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘negara kebajikan’ sekiranya menang dalam pilihan raya umum ke-12.


2.Mengurangkan harga minyak petrol sekurang-kurangnya 30 sen daripada harga semasa .


3. Menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


4. Menawarkan sistem pembelajaran percuma tanpa dikenakan bayaran tambahan di sekolah rendah dan menengah bagi semua aliran (termasuk di peringkat Universiti).


5. Perkhidmatan kesihatan percuma di hospital kerajaan.


6. Rakyat miskin terutama warga emas juga akan diberi elaun sara hidup bagi menampung kehidupan mereka setiap bulan.
7. Menubuh Tabung Dana Rakyat hasil dari keuntungan petroleum.


Dipetik dari idhamlim.blogspot.com

No comments: