"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Saturday, July 11, 2009

High Chaparal: PAS sedia jadi orang tengah


Sumber : Siasahdaily

PULAU PINANG, 7 Julai: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa PAS akan memberi pembelaan kepada sesiapa sahaja yang ditindas dan dizalimi tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Menurut beliau lagi PAS akan cuba untuk mencari jalan penyelesaian dengan menjadi orang tengah untuk memastikan pembelaan dapat dicapai dalam isu Kampung Buah Pala atau High Chaparal.

Beliau berkata demikian semasa mengetuai rombongan PAS melawat Kampung Buah Pala, Gelugor, yang menjadi isu hangat diperkatakan sekarang.

"PAS sedia untuk menawarkan diri bagi menjadi orang perantaraan dalam isu yang membabitkan masyarakat Kampung Buah Pala dengan kerajaan negeri demi perpaduan. Ini juga adalah sejajar dengan dasar Pakatan Rakyat (PR) yang mengutamakan semangat kekeluargaan.

"Dalam lain ertikata ia tidak membawa maksud bahawa PAS menentang pembangunan. Kita mau rakyat dijagai terutamanya mereka yang sememangnya berhak mendapat pembelaan yang sewajarnya."

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata kehadiran PAS ke kampung tersebut bukanlah bagi merumitkan lagi situasi yang sedia ada.

Ia bertujuan untuk melahirkan keresahan penduduk kerana apabila projek pembangunan dilaksanakan di kampung yang berusia 100 tahun maka tidak mustahil insiden ini akan terjadi kepada kampung-kampung lain selepas ini.

Turut hadir dalam rombongan tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Zolkeply Ishak, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuff, serta kepimpinan PAS dan PKR kawasan Jelutong, Balik Pulau dan Bukit Gelugor.

1 comment:

Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang said...

Assalammualaikum..

Terlebih dahulu pihak kami koperasi yang merupakan tuan tanah kepada Kg Buah Pala ingin memohon maaf sekiranya kenyataan kami menyinggung mana-mana pihak.

Apa yang pihak kami harapkan adalah penyelesaian yang bersifat adil dan bukan menunding jari kepada pemaju, koperasi dan kerajaan terdahulu

Ini akan memburukan lagi keadaan.Tiada siapa meminta untuk jadi seperti yang terjadi sekarang mahupun pemaju atau koperasi. Perkara ini sebenarnya telah diperbesarkan oleh media sehingga menjadi isu nasional dan boleh menjejaskan perpaduan.

Pihak kami berharap Yb bersikap adil dalam kes Kg buah Pala ini. Pihak koperasi juga merupakan rakyat negeri Pulau Pinang iaitu hampir 3500 anggota.Sehingga waktu sekarang tiada siapa bangkit membantu koperasi baik kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat.Kami benar-benar terkilan dan berkecil hati kerana kaum lain lebih diutamakan demi perpaduan nasional sedangkan ahli koperasi yang 75% islam tiada siapa yang bela.

Sekiranya projek tersebut gagal sudah tentu koperasi akan mengalami kerugian yang teruk kerana sudah berjuta wang ahli dibelanjakan untuk projek tersebut.

Kami telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berunding dengan penduduk bagi pampasan yang sesuai tetapi penduduk telah mengambil jalan untuk ke mahkamah.Apabila kes ke mahkamah sebarang tuntutan tidak lagi releven dan ini amat malang bagi penduduk tersebut dan koperasi juga telah menganggung resiko kerugian.

Ada pihak menyatakan koperasi kroni kerajaan BN ini merupakan kenyataan berbau fitnah dan memburukan koperasi.Sebagai badan NGO kami akan menyokong mana-mana kerajaan berlaku adil dan banyak membantu koperasi.

Pihak kami berharap Kerajaan Pakatan Rakyat buat keputusan yang bijak demi kepientingan rakyat.

Lawati blog rasmi koperasi bagi mengetahui maklumat lebih lanjut.

http://kpkppenang.blogspot.com/