"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Wednesday, July 15, 2009

Satu MUhasabah secara KAFFAH perlu dilakukan

Salam Perjuangan,

Biasanya saya jarang memberi komen berhubung dengan isu-isu politik yang berlaku di tanahair atas keterbatasan tertentu. Lebih-lebih lagi Blog "Memimpin Perpaduan" adalah blog berkonsepkan penerangan dan dakwah, melalui himpunan ucapan-ucapan penting pimpinan dan artikel-artikel santai yang membina ke arah meningkatkan kefahaman berhubung Isu Perpaduan; gagasan yang telah di bawa oleh PAS sejak ia ditubuhkan.

Oleh kerana, keputusan PrK MU semalam dengan kemenangan majoriti yang rendah ia telah menarik hati saya (terpanggil) untuk memberi sedikit komentar yang InsyaAllah ia adalah untuk kebaikan bersama.Ia bukan untuk menunding jari pada sesiapa.Saya mengikuti perkembangan PrK MU sebermulanya sejurus pengisytiran SPR kekosongan kerusi DUN ini asbab wakilnya daripada PAS meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Semua orang tahu majoriti pengundinya 99.9% Melayu.PAS menang banyak kali di MU termasuk 5 kali melalui Pak Su Wil.Dari 5 PrK yang disertai oleh Pakatan Rakyat (PR), 4 menyebelahi PR.Melihat kepada peratus etnik pengundi Melayu yang tinggi, ia adalah satu PrK yang cukup menarik dan signifikan untuk dijadikan satu tanda aras sokongan kepada PAS dalam mencorak percaturan dalam PRU-13.Jika dilihat PRU-12, hampir 70% (anggaran purata) kerusi yang di menangi oleh PAS @ PR sehingga berjaya membentuk negeri Pakatan Rakyat adalah kerusi campuran (bilangan pengundinya terdiri dari pelbagai kaum cth : Parlimen Bukit Raja) termasuk di Negeri-Negeri baru bagi PAS seperti Negeri Sembilan & Johor.


Menanti keputusan PrK MU pada kali ini seolah-olah cukup selesa, manakan tidak lewat petang sejurus tamat waktu pembuangan undi, kita diberitakan bahawa PAS telah menang mendahului BN dengan majoriti 2000.Peratus keluar mengundi melebihi sasaran 84%. Adakah ini petanda yang baik? Wallahu’alam.

Sebelum itu,bertalu-talu SMS dihantar untuk ucapan tahniah, tetapi yang diterima.. “masih belum rasmi”, “boleh menang ke” dari sahabat-sahabat di sana. Bagi menyedapkan hati, SMS saya lebih menjurus kepada ucapan tahniah kepada petugas-petugas yang bertungkus lumus untuk mempertahankan kemenangan di MU, natijah dari usaha ini kita sandarkan kepada Allah SWT.

Lewat petang saya menerima SMS lagi, keadaan sengit jangkaan menang 2000 tersasar, berdebar rasanya. Alhamdulillah, SMS diterima muktamad PAS menang dengan majoriti 70 undi sahaja. Maklumat ini disahkan oleh anak perempuan saya yang baru berusia 11 tahun apabila mendengar pengumuman SPR di televisyen PAS menang di MU. Secara rasminya PAS berjaya mempertahankan kemenangannya di MU, walaupun terpaksa berhadapan dengan jentera Kerajaan UBN.

Hari ini media elektronik dan cetak menyiarkan komentar dari kedua-dua pihak yang bertanding PAS dan UBN. Bagi pihak UBN, sanjungan diberikan kerana berjaya mengekang kemenangan PAS dengan memberi tentangan sengit.Olahan berita dilakukan bagi memberi gambaran bahawa orang Melayu telah memberi sokongan balik kepada UBN. Manakala komentar pimpinan PAS, banyak komentar tertumpu kepada faktor-faktor pengurangan sokongan pengundi PAS di MU.

Bagi saya, sebagai satu MU = MUhasabah, komentar pimpinan PAS jangan tertumpu hanya memfokuskan punca kekurangan undi di MU kepada pengundi yang tidak mengundi PAS kali ini semata-mata, sekadar satu contoh "kekalahan tipis PAS di Manek Urai berkemungkinan rakyat di sana terpengaruh dengan janji-janji BN seperti pembinaan jambatan dan beberapa pembangunan yang mereka janjikan". Komen sebegini hanya memberi kesan (-) pada usaha dakwah dan susulan selepas ini. Orang Melayu ni sensitif, jika terluka parutnya masih ada.

Berhubung dengan komentar blogger, saya boleh bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh sahabat saya Sdr Roslan SMS dalam blognya http://n32.blogspot.com/ (Iktibar disebalik Manek Urai).Rasanya tak perlu saya ulas, kita boleh layari jika ingin melihat komentarnya. Asbab-asbab yang lebih spesifik akan diMUhasabahkan di peringkat MTD MU dan pihak JPN Negeri Kelantan (Harakahdaily : PAS akan lakukan post-mortem - Dato' Halim ).
Pada pandangan saya, PAS telah banyak melalui pengalaman yang berharga untuk kita koreksikan bersama dalam isu yang sering dimanipulasikan oleh media cetak dan elektronik. Isu UG sebagai contohnya telah merimaskan kita sehinggakan banyak orang-orang kita terpengaruh dengan mainan media ini.

Sebagai satu pengharapan, koreksilah PrK MU secara KAFFAH.Kongsi bersama kebaikan yang ada, jadikan sempadan kelemahan yang ada. Keputusan PrK MU adalah indikator awal kepada PAS untuk mencatur bidak-bidak dalam menghadapi PRU-13. Ia adalah isyarat bahasa yang jelas kepada semua peringkat kepimpinan PAS, Apakah "BAHASA" yang paling sesuai digunakan sepanjang persediaan PAS untuk PRU-13? dan Apakah peta lakaran yang paling berhemah dan sesuai untuk menterjemah slogan "ISLAM Memimpin Perubahan" & "PAS Untuk Semua".
Kata Ketua saya Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, YB Dr Mujahid Yusof Rawa dalam artikelnya "Muktamar-Mengurus Perbezaan Pendekatan Di Dalam PAS"
boleh diasimilasikan jika perubahan hendak dilakukan. Segalanya mungkin, kerana semuanya adalah ujian untuk kita yang sedang menuju KEMENANGAN. Semoga Allah SWT sentiasa mengistiqomahkan kita dalam perjuangan yang suci ini.

Teruskan Perjuangan
“Stand United, Brave The Challenges”
“Selamat Datang Ke Dunia Perpaduan”

*** Pandangan ini adalah satu luahan tulus dari Moderator, ia bukan pandangan rasmi dari Lajnah Perpaduan Nasional.

2 comments:

Din Binjai said...

sayalah org yg paling awal buat analisa awal manek urai.. keluar dalam tranungkite semalam juga.. namun yg lebih penting adalah bagaimana nak ubah persepsi rakyat dari propaganda media arus perdana. Jentera Praya Pakatan Rakyat tak pernah wujud, di peringkat tinggi, peringkat negeri, kawasan mahupun cawangan. sudah tiba masanya pakatan rakyat hanya gunakan 1 lambang sahaja utk praya... http://sharpshooterblogger.blogspot.com

Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang said...

Dalam perjuangan Pas berkenaan Perpaduan Nasional dan Pas untuk semua.Dengan slogan ini tidak bermakma Pas boleh terus melupakan masyarakat melayu dan sibuk melayan kaum lain.Semua kaum haruslah dilayan dengan adil dan islam ialah majoriti di negara kita dan perlu di beri perhatian agar tidak menyingung mana-mana pihak.

Contohnya baru baru nie Yb telah melawat Kg Buah Pala dan memberi sokongan penuh kepada penduduk tersebut.Walaupun perkara ini merupakan sokongan politik dan atas sebab tertentu pihak pas tidak harus lupa bahawa tuan tanah kg tersebut pada masa sekarang ini adalan Koperasi.Jgn diunkit lagi kisah lama berkenaan kerajaan BN kerana Pakatan Rakyat telah memerintah Pulau Pinang pada waktu ini.Pihak koperasi telah mengalami kerugian yang sgt banyak sekiranya projek tersebut tidak dapt dilaksanaan. Kerajaan Pakatan Rakyat harus mencari jalan supaya kedua-dua pihak tidak mengalami kerugian dan bukan menuduh pihak ketiga dalah situasi ini.Anggota koperasi mempunyai kekuatan anggota 3500 orang lebih dan harus difikirkan oleh ahli politik. Koperasi bukalah BN seperti yang disebut dan koperasi merupakan NGO yang menjalankan usaha untuk kebajikan anggotanya.

Kalau marahkan nyamuk jgn kelambu di bakar.Ini akan merugikan pakatan rakyat sendiri.Sokongan melayu juga harus diambil kira dalam situasi ini.

Dalam perjuangan Pas berkenaan Perpaduan Nasional dan Pas untuk semua.Dengan slogan ini tidak bermakma Pas boleh terus melupakan masyarakat melayu dan sibuk melayan kaum lain.Semua kaum haruslah dilayan dengan adil dan islam ialah majoriti di negara kita dan perlu di beri perhatian agar tidak menyingung mana-mana pihak.

Contohnya baru baru nie Yb telah melawat Kg Buah Pala dan memberi sokongan penuh kepada penduduk tersebut.Walaupun perkara ini merupakan sokongan politik dan atas sebab tertentu pihak pas tidak harus lupa bahawa tuan tanah kg tersebut pada masa sekarang ini adalan Koperasi.Jgn diunkit lagi kisah lama berkenaan kerajaan BN kerana Pakatan Rakyat telah memerintah Pulau Pinang pada waktu ini.Pihak koperasi telah mengalami kerugian yang sgt banyak sekiranya projek tersebut tidak dapt dilaksanaan. Kerajaan Pakatan Rakyat harus mencari jalan supaya kedua-dua pihak tidak mengalami kerugian dan bukan menuduh pihak ketiga dalah situasi ini.Anggota koperasi mempunyai kekuatan anggota 3500 orang lebih dan harus difikirkan oleh ahli politik. Koperasi bukalah BN seperti yang disebut dan koperasi merupakan NGO yang menjalankan usaha untuk kebajikan anggotanya.

Kalau marahkan nyamuk jgn kelambu di bakar.Ini akan merugikan pakatan rakyat sendiri.Sokongan melayu juga harus diambil kira dalam situasi ini.

http://kpkppenang.blogspot.com/