"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Thursday, June 25, 2009

Islam Memimpin Perubahan



Muktamar sudah berlalu.Pokoknya semuanya sudah dimuhasabahkan…apa yang perlu tika dan saat ini, bagaimana kita nak melakarkan peta “Islam Memimpin Perubahan”?

Ayuh semua pejuang ‘ansarullah’ lakukan / laksanakan tuntutan yang berat ini.Jangan kita tertipu dengan mainan dunia.Perjuangan Islam mesti berpijak dibumi nyata.

Rakyat pelbagai kaum sedang memerhati kita.Perkiraan kita adalah dosa & pahala.Jangan leka agenda musuh yang tak henti-henti mengintai peluang.Sahabat jangan dianggap musuh atau sebaliknya.Orang Timur kata "jangan cah keting"

Perjuangan Islam penuh ujian, bantulah ummah kerana ia merupakan tuntutan agama bukan kerana atas niat tertentu.Betulkan niat, biar kita tak dikenali di dunia tetapi dikenali dilangit itulah yang terbaik.Memang tak dinafikan naluri manusia, ia akan suka bila disanjung..tetapi ia bukan matlamat.

Perpaduan antara kaum perlu diberi perhatian oleh mereka yang alim dalam bidang agama, bukan hanya dibiarkan saja kepada mereka yang bukan bergelar Ustaz @ Ustazah.Tak semua yang mahu menyambutnya mungkin kerana kerja-kerja ini tak popular, wallahu'allam.


Walaubagaimana payah atau tak popular pun , kami berkeyakinan apa yang dilakukan oleh ini bukan kerana untuk mendapat nama tetapi atas tanggungjawab untuk mengangkat tema “PAS Untuk Semua” yang telah diterima oleh semua masyarakat tak kira Melayu, Cina atau India.Sekarang medan dakwah terbuka luas, ayuh kita berkerjasama…merealisasikan "Islam Memimpin Perubahan"


“You are welcome to the world of unity”

Muktamar: Menguruskan perbezaan pendekatan dalam PAS

Sumber : The Malaysian Insider


JUN 24 — Muktamar pun berlalu dan PAS meneruskan perjalanannya untuk masa-masa akan datang. Sementara perwakilan cuba memahami isi kandungan ucapan dasar Presiden, gerak kerja parti akan terus diperkasakan melalui kepimpinan parti yang baru dilantik. Kenyataan ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi begitulah routin setiap tahun, selesai sahaja Muktamar semua berasa lega kerana telah memenuhi kehendak perlembagaan parti yang menuntut supaya muktamar diadakan setahun sekali.


Apa yang menarik dalam Muktamar tahun ini ialah “ketegangan” yang disengajakan atau tidak disengajakan kerana pencalonan timbalan presiden dan naib-naib dan calon AJK yang begitu ramai. Pada satu sudut bilangan pencalonan yang ramai menunjukkan PAS tidak kekeringan pelapis yang bersedia untuk berkhidmat kepada parti. Pada satu sudut yang lain ia juga ditafsirkan sebagai perebutan jawatan yang bagi sesetengah pihak sudah mula mengejar “pangkat” dan “kedudukan”.

Walau apapun tanggapan ahli PAS sendiri atau orang ramai kepada pemilihan parti baru-baru ini, saya menganggap PAS melalui satu proses di mana fasa baru PAS sedang muncul dengan memberikan kepada PAS satu wajah baru yang dinamik.

Dengan menyebut dua sudut di atas, pemilihan Muktamar PAS telah sampai kepada tahap yang baru jika dibuat perbandingan dengan tahap dahulu. Ini memandangkan kepada beberapa faktor. Pertama ahli PAS semakin bertambah, kedua, potensi kepimpinan terserlah dan ketiga PAS menjadi parti nasional. Saya akan huraikan satu persatu.

Ahli PAS semakin bertambah bilangannya kepada 1juta ahli. Bermula sebagai sebuah parti yang kecil, kini PAS dikenali sebagai parti yang kategorinya ialah parti massa. Sudah tentulah bilangan yang ramai ini terbentuk daripada berbagai latarbelakang.

Walaupun pada awalnya PAS menarik minat golongan dari latarbelakang agama, namun trend ini berubah pada tahun 80an apabila golongan professional turut berminat untuk menyertai PAS. Trend ini telah mengadunkan keunikan PAS antara golongan agama dan professional, sehingga kini PAS mempunyai keahlian yang berbagai rencam dan tidak boleh dianggap sebagai parti agamawan semata-mata.

Latarbelakang yang berbagai ini telah menghasilkan dinamika kumpulan dalam PAS berasaskan pendidikan dan cara mereka melihat atau menilai sesuatu isu. Namun rencam dan ragam ini tidak boleh dilihat dalam perspektif yang negatif, ia sebahagian daripada proses kematangan sesebuah parti politik.

Sememangnya bukan mudah untuk mengendalikan kepelbagaian yang ada kerana ia memerlukan kepimpinan yang mampu menyesuaikan keadaan yang ada dengan menggunakan semaksima mungkin potensi parti. Cabaran yang perlu ditangani oleh kepimpinan PAS dalam suasana ini ialah bagaimana dapat mengimbangkan antara menggunakan potensi yang ada dan pada waktu yang sama mengekalkan kualiti komitmen kepada dasar perjuangan parti.

Selalunya “golongan lama” (old guard) parti akan lebih mementingkan soal-soal komitmen dasar manakala golongan muda (young turks) lebih melihat soal potensi yang hendak disumbangkan kepada parti. Di antara kebimbangan “komitmen dasar akan hilang” dan keghairahan “pelepasan potensi” berlakulah pembentukan kumpulan dalam parti yang merupakan sebahagian daripada dinamika kumpulan.

Berdasarkan kepada pemikiran ini, saya menilai pemilihan dalam Muktamar PAS kali ini adalah kerana ahli mahu menterjemahkan dan menyampaikan message kepada kepimpinan bahawa semua tenaga ini mesti digunakan potensi mereka. Dalam lipatan proses ini berlakulah pengecaman dan pelabelan kumpulan yang secara otomatik akan berlaku maka lahirlah berbagai istilah berdasarkan pengecaman kumpulan yang pada hakikatnya hanyalah pertembungan persepsi dan cara menilai bagaimana parti harus maju ke hadapan. Dalam proses itu ada di kalangan ahli yang menjadi emosional sehingga tanpa disedari mereka lebih fokus kepada isu kumpulan tetapi tidak tertumpu kepada isu membangunkan parti.

Kedua ialah lahirnya potensi-potensi baru yang muncul melalui pandangan-pandangan dan aktiviti yang dijalankan melalui platform parti sehingga terserlah kepimpinannya. Potensi-potensi ini mahu diambil perhatian supaya terserlah. Jika tidak mendapat perhatian potensi-potensi ini akan mencari ruang untuk menonjolkan dirinya antaranya ialah melalui pentas ceramah, program dalaman dan penulisan-penulisan serta kenyataan-kenyataan akhbar.

Bagi saya ini adalah normal dalam proses kemunculan kader-kader baru. Yang tidak normal ialah apabila potensi ini diabaikan dan suara yang mahukan perhatian akhirnya menjadi “suara-suara sumbang”. Saya menganggap lambakan calon untuk pertandingan ajk baru-baru ini adalah kemunculan potensi-potensi baru yang suara mereka mahu didengarkan melalui peti–peti undi.

Namun bagi para perwakilan, mereka terlalu berhati-hati dalam memberikan “ruang” kepada suara-suara baru ini, kecuali YB Bukit Gantang yang lain adalah barisan yang lama. Tetapi mereka tetap dapat meluahkan potensi mereka dengan jawatan-jawatan di kawasan atau negeri dan seperti pepatah Melayu “ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya” Walaupun semua mereka berpotensi namun hanya 18 kerusi sahaja yang ada untuk dipertandingkan untuk ajk sedangkan yang bertanding ialah 58 calon!

Ketiga ialah kemunculan PAS sebagai alternatif kepada Umno berupaya menjadikan PAS sebagai parti nasional. Kemunculan PAS sebagai parti nasional untuk semua kaum selain daripada mengekalkan base Melayunya sudah tentu menarik minat ramai orang. Persepsi awam kepada PAS pun sudah meningkat sebagai parti yang popular, PAS terus mendapat perhatian berbagai lapisan berbanding sebelumnya kerana ia sudah mendapat tempat dalam pesada politik nasional. Persepsi yang meningkat kepada PAS turut memberi rangsangan kepada calon-calon kerana mahu mendapat penghormatan berkhidmat kepada parti dalam suasana parti menjadi arus perdana.

Walaupun ketiga faktor di atas merasionalkan mengapa Muktamar baru-baru ini menjadi perhatian, namun saya turut merasa bimbang jika trend ini tidak diuruskan dengan baik oleh kepimpinan parti. Kita tidak boleh menafikan perkembangan positif ini untuk PAS tetapi ini bukan bermakna kita tidak boleh mengawal keadaan dari sudut perkembangan ini perlu menjadi pemangkin kepada kemunculan PAS sebagai parti nasional.

Secara ringkas mengurus perkembangan ini mesti bermula dengan menetapkan satu piawaian keahlian PAS supaya ada semacam satu standard ahli yang diiktiraf oleh sistem parti. Dengan cara ini tidak timbul lagi soal latarbelakang berbagai yang melabelkan dinamika kumpulan dalam PAS, yang ada ialah ahli PAS yang diiktiraf piawaiannya. Bagi mencapai maksud ini sistem pengkaderan keahlian perlu mentajdidkan program tarbiyahnya dalam kerangka sumber manusia parti yang lebih strategik.

Kedua ialah PAS perlu ada “successive leadership plan” supaya perancangan kepimpinan pelapis dapat memberi ruang kepada potensi-potensi baru mencari tapak-tapaknya untuk berlepas. Akhirnya kemunculan PAS sebagai parti yang aspirasinya adalah nasional perlu diurus dengan baik melalui penyerapan identiti nasional yang diterima sebagai simbol sebuah negara bangsa. Hanya dengan pemahaman kepada kemunculan elemen-elemen baru ini, PAS mampu mengharungi lebaran baru politik. Jika tidak Muktamar hanya tinggal resolusi dan calon yang beraspirasi dan berpotensi akan merasakan ruang dalam partinya terlalu sempit untuk dia melepaskan kebolehannya, dengan itu Muktamar pun berlalu...

Thursday, June 11, 2009

Mursyidul Am Ikon Perpaduan Rakyat Malaysia

Zainudin Hashim
Sun Jun 07, 09 9:45:33 am MYT

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - PAS tidak menerima konsep satu Malaysia yang digemar-gemburkan kerajaan kerana ia tidak lain adalah satu retorik Umno dan Barisan Nasional, dan kita telah mempunyai ikon perpaduan buat rakyat Malaysia iatu Mursyidul Am PAS, Dato? Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Demikian kata AJK MUslimat PAS Pusat, Dr Halimah Ali ketika membahaskan ucaptama Presiden dalam muktamar tahunan PAS kali ke-55 di Stadium Tertutup Malawati, semalam.

Beliau memetik Tuan Guru sebagai berkata, bahawa orang-orang Cina, India, Melayu dan mungkin bangsa-bangsa lain dalam Malaysia ini adalah adik-beradik kerana mereka datang daripada satu ibu dan bapa iaitu Nabi Adam a.s.

Tuan Guru juga tegasnya, adalah contoh teladan kepada semua bangsa di Malaysia ini, ia menjangkau golongan lelaki, wanita, tua, muda, anak-anak muda termasuk dari golongan rock yang sudah jatuh cinta terhadap Tuan Guru kerana beliau disifatkan sebagai inspirasi menuju jalan sempurna.

Dalam majlis yang sama juga, Dr Halimah yang juga exco kerajaan Negeri Selangor menyatakan bahawa Selangor memerlukan contoh pentadbiran Islam seperti yang ditonjolkan oleh kerajaan negeri Kelantan.

Tegas Dr Halimah yang juga mantan Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Islam yang dibawa oleh PAS tidak sama dengan apa yang dibawa oleh Umno.

Justeru katanya, kita perlu mencontohkan kepada semua dengan akhlak yang murni yang merupakan salah satu bahagian daripada ajaran agama Islam. - mns_

Tuesday, June 2, 2009

Muktamar ke 55 - Persediaan PAS untuk menggantikan Umno



Sumber : Harakahdaily

Dr Dzulkefly Ahmad
Tue Jun 02, 09 4:58:37 pm MYT

Sesungguhnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sedang berada di tahap paling baik dalam 58 tahun sejarah jatuh-bangun perjuangan politiknya.

Natijah dari pelbagai dinamika politik nasional dan hasil kesediaan kepimpinan memposisi kepentingan perjuangan, PAS kini berada sekali lagi di kedudukan penting yang sekaligus menuntut parti Islam ini terus membuat beberapa pilihan strategik.

Paling kritikal, atas pilihan strategik ini pula akan ditentukan keupayaan dan kelangsungan PAS, samada untuk terus mara menempah kejayaan yang lebih besar atau berpatah balik seumpama yang disaksikan pasca-kejayaan PRU ke-10, yakni keputusan PRU ke-11 April 2004 yang mengembalikan PAS pada garis sokongan tegarnya, tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

Maka di ambang Muktamar ke-55 ini, punya cita-cita besar bagi meletakkan seluruh kepimpinan parti, aktivis, pendukung dan pencintanya, supaya sedar dan insaf, bahawa sekali lagi, kita berada di persimpangan kritikal ini.

Umum bahkan dunia, sedang memerhatikan penampilan serta pengolahan 'Risalah Perjuangan Parti Politik Islam' ini, dalam persaingan mendominasi kuasa abad 21 Masihi-15 Hijrah.

Khususnya di persada pertarungan politik sebuah negara-bangsa yang punya demografi cukup plural atau majmuk, di segi pertentangan pelbagai tuntutan agama, etnik dan budaya yang bersifat 60:40 Islam:Bukan-Islamnya. Cabaran inilah yang cuba digarap dalam penulisan ini, bagi menyambung penulisan lalu "Meniti Tuntutan Perjuangan Pasca Muktamar ke-55".

Penulis ingin pertama-tamanya merakamkan perasaan terkilannya, bahawa polemik kepimpinan Ulama-Profesional telah menelan waktu, tenaga dan penumpuan yang agak keterlaluan.

Yang lebih penting dari kesemua itu sewajarnya ialah menekuni serta mentakrifkan tuntutan perjuangan yang bakal dipikul kepimpinan yang akan dipilih.

Dengan kejelasan itu, akan terserlah gandingan pasukan kepimpinan yang diperlukan bagi memantapkan lagi kepemimpinan Presiden memacu dan melonjakkan parti ke garis prestasi ke keluk yang seterusnya.

Maka membicarakan pilihan strategik di ketika ini adalah satu yang 'dhoruri' dan paling tidaknya sangat dihajatkan parti dalam rangka tuntutan kebijaksanaan perjuangan.

Menggantikan kepimpinan Umno bagi kelompok Islam-Melayu

Seperti yang ditegaskan kepimpinan tertinggi parti umpama Pengarah JK Pilihanraya PAS Pusat, waktunya telah tiba untuk mengambil alih kedudukan Umno selaku parti politik pilihan nombor satu untuk kelompok demografi pengundi Melayu-Islam di Negara ini.

Meski pun telah acap disebut termasuk salah seorang calon Timbalan Presiden, belum ada satu kejelasan strategi yang pernah dilakarkan kearah itu.

Sementara PAS berada di tahap paling kukuh dan kuat, Umno sebaliknya sedang berada di tahap paling lemah dalam laluan usia politiknya. Sebelum kita dikatakan berkhayal, PAS (dan Pakatan) perlu mengalahkan Umno dalam pertandingan 72 kerusi parlimen yang memiliki 2/3 majoriti Melayu-Islam dan 42 kerusi di mana yang majoriti mudahnya adalah pengundi Islam-Melayu. Selebih 51 kerusi parlimen yang lain adalah kerusi majoriti Bukan-Melayu, di mana 18 adalah kerusi majoriti 2/3 dan 33 adalah kerusi majoriti mudah Bukan-Melayu.

Jumlah kerusi pertarungan di Semenanjung ialah 165. Nah, perhatikan baik-baik apa maksud untuk menumbangkan Umno sebagai parti untuk orang Melayu-Islam.

Penulis, seorang optimis tegar seperti didakwanya, yakin bahawa objektif tersebut mampu dilakukan.

Telahan para 'pundit' politik meramalkan Umno tidak akan dapat memugarkan atau 'reengineer' kembali perjuangan sehingga parti Melayu terbesar itu mengalami kekalahan kuasa di peringkat Pusat dan belajar semula selepas menjadi pembangkang untuk satu jangka waktu.

Menarik tesis tersebut. Tidak mustahil kerana kemenangan disilih gantikan Allah SWT. (al-ayat) .

Pun begitu, di segi perhitungan politiknya PAS perlu mengalahkan Umno dalam pertandingan pilihanraya umum akan datang. Untuk ingatan, PAS bertanding dalam 64 kerusi parlimen di Semenanjung, sementara memenangi 27 kerusi.

Umno sebagai perbandingan, menguasai 78 kerusi di Semenanjung. Sebutan mengambil alih kedudukan Umno sebagai parti pilihan orang Islam-Melayu wajar menyedari tuntutan realitinya.

PAS dalam ukuran politik hari ini sudah melepasi kekangan prestasi tradisinya. Dulu, PAS hanya mampu menang dalam pertandingan kerusi-kerusi yang berada dalam 'Malay Belt' atau Kawasan Melayu di Utara dan Pantai Timur.

PAS telah memecahkan tembok ini dalam pola Politik Baru dan bersedia memenangi kerusi-kerusi campuran 60:40 bahkan lebih "mixed" dari itu seperti kerusi Kota Raja. Tegasnya PAS telah menemui formula dan resepi kejayaannya.

Persoalan buat kepimpinan kini ialah: Apakah yang perlu dilakukan kepimpinan parti untuk seterusnya merealisasikan cita-cita mengambil alih kedudukan Umno? Apakah yang bakal menghalang pencapaian objektif ini?

Bersama menggandingkan kekuatan menjatuhkan Umno-BN

Muktamar ke-55 ini juga membawa erti besar untuk parti Islam yang terbesar di negara ini, sekali lagi mempertegaskan komitmennya untuk menyaksikan tumbang kuasa yang telah memerintah negara selama lebih 5 desawarsa.

Lanjutnya kuasa ini telah menafikan negara dan rakyat mengecapi kesejahteraan hidup sebenar sesuai dengan kedudukan negara yang memilikki sumber per kapita antara tertinggi di dunia kerana pelbagai kebobrokan gelagat segelintir pemerintah yang sarat rasuah, kerakusan dan mementing diri.

Amalan demokrasi rosak sementara institusi kehakiman terus reput dan badan legislatif dicekik kuasa Eksekutif.

Media Baru memerdekakan rakyat dan pengundi. Tekanan ke arah pertanggungjawaban dan ketelusan menuntut kerajaan mendedahkan segala kecurangan yang dilakukan pihak pemerintah. Terkini skandal besar PKFZ yang bakal menelan RM12.8 bilion, sebagai 'mercu tanda' pengurusan sarat rasuah Umno-BN.

Umno-BN sudah sampai ke penghujung usianya. Mereka wajib di kalahkan dalam PRU ke-13 bagi mengangkat martabat, maruah dan daya saing negara.

Tidak ada kemungkaran yang lebih jelek dan membinasakan watak negara-bangsa ini amnya dan ummat Islam khususnya dari kehidupan yang menjauhkan manusia dari fitrahnya untuk memakmurkan bumi dan mensejahterakan kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

PAS bergandingan dengan komponen parti Pakatan Rakyat, KeADILan dan DAP, berupaya melakukan sesuatu yang ajaib dan bijak dalam Politik Permuafakatan atau Tahaluf Siyasi (Coalition Politics).

Sindrom takut kalah Umno, takut menang PAS

Di persimpangan 'Politik Transisi' yang serba tidak menentu ini, Umno jelas telah dihinggapi 'Sindrom Takut Kalah' atau 'Atichyphobia- Fear of Failures', sehingga sanggup memberi laluan mudah di Penanti. Umno akan terus dihantui ketakutan dahsyat ini sehinggalah dapat menjalani rawatannya.

Namun PAS juga ditanggapi menghadapi satu fenomena yang sama tetapi sedikit berlainan. Apa yang dialami PAS kini ialah 'Sindrom Takut Kejayaan - Fear of Success'.

PAS bukan takut dikalahkan tetapi lebih takut kejayaan akan mengakibatkan parti Islam kehilangan aAl-Asolahnya' atau 'Ketulenan keIslamannya' lantas curiga serta khawatir untuk menempuh 'jalan-jalan' yang ditanggapi bukan lebuhrayanya bahkan didakwa sesetengah pihak berpotensi membawa kelunturan, pelarutan dan penyimpangannya dari cita-cita perjuangannya.

Penulis memerhatikan bahawa di sebaliknya polemik Ulama-Profesional, tersirat secara lebih mendalam tekanan sindrom ini, khususnya kepada golongan tertentu yang tidak dapat mentasawurkan proses dan gelagat perubahan yang wajar di pacu PAS dalam persaingan di gelanggang politik pluralis yang punya matlamat yang saling bertentangan dan bersimpang-siur.

PAS sangat berhajatkan dirawat dengan tekunan ilmu yang lebih mendalam dan keberanian ijtihad para ulama harakinya untuk keluar dari bahana sindrom ini.

Kesimpulan

Di persimpangan kritikal ini juga, PAS perlu tahu bahawa Umno bukan kawan tapi lawannya. PAS wajar menegaskan bahawa Pakatan Rakyat adalah wasilah paling bijak bertepatan dengan tuntutan waqi? dan fiqh siyasi serta berpadanan dengan maslahah perjuangannya.

PAS sangat perlu menekuni kebijaksanaan untuk menampilkan terus 'tag-line' - 'PAS Untuk Semua' dan 'Islam Untuk Semua' melalui program-program perjuangan yang lebih 'Inklusif' menggamit serta melebarkan tapak sokongan, sementara memperkukuhkan kemurnian agenda Islam bagi sokongan tegar Melayu-Islam.

Sebagai contoh kecil, sedikit waktu lalu beberapa tokoh muda ulama PAS cukup berani membicarakan tentang zakat yang harus dipanjangkan kepada golongan 'asnaf muallaf' termasuk yang bukan-Islam seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Tegasnya, PAS wajar keluar dari kotak pemikiran terlalu 'fiqhiy' (legalistik) kepada paradigma pemikiran 'Usuliy dan Maqasidiy' (Prinsip dan Maksud) lantas berani memposisi Islam dengan lebih mantap lagi dengan hujjah tekunan ilmu Islam yang lebih 'daqiq' (mendalam) dan intelek yang lebih peka dengan realiti semasa.

Terlalu banyak yang perlu digarap termasuk hiburan, mua'malat kewangan-ekonomi, pembangunan sosial, pendidikan dan pertentangan perundangan itu sendiri.

Inilah antara pengisian agenda "Penampilan Agenda Politik Islam PAS" dalam persaingan era baru. PAS mengongsi Keadilan serta Kesejahteraan sistem Islam kepada semua dan Aqidah Islam kepada yang meyakini.

PAS tidak wajar mengulangi kesilapan pendekatan terlalu 'eksklusif' dan 'centrik' yang meminggir rakyat dan pengundi dan dalam kedudukan yang tidak difahami kecuali penyokong tegarnya di kawasan-kawasan tradisinya.

Kesemua ini adalah agenda kepimpinan yang wajar diperbahaskan dan dicermati dengan lebih mendetail dalam Muktamar yang mempersiapkan parti untuk menempah kejayaan yang sama-sama di ingini dan diperjuangkan.

Memang benar kejayaan bukan segala-galanya, namun segala-galanya menantikan kejayaan bagi melakasanakam cita-cita perjuangan!

(Penulis adalah AJK PAS Pusat). - mr

Dr Mujahid: Akhil perlu tangani masalah dengan bijak

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

PASTINYA bukan mudah menjadi ‘public figure’ dalam masyarakat, lebih-lebih lagi bila kita punya latar belakang agama yang kuat.

Apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi ukuran, yang akan dinilai baik atau buruknya.

Jika apa yang melanda itu melibatkan peribadi lebih-lebih lagi kisah kontrvresi pastilah ia cepat dinilai dari aspek negatif.

Maka hilanglah ‘imej bersih dan baik’ yang dipaparkan kepada masyarakat maka timbulah pula cemuhan dan cacian kepada si empunya diri.

Itulah harga yang perlu dibayar oleh penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy. Semuanya bermula gara-gara akil digosipkan bercinta dengan penyanyi kelahiran Johor Bharu, Waheeda Abdul Wahab.

Rentetan penafian kedua-dua selebriti ini, akhirnya tidak dapat diselindungi lagi apabila isterinya, Maizawati Zainal membuat kenyataan media bahawa dia telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Ipoh awal bulan Mei lalu.

Natijahnya, bukan sahaja si suami menerima tempias dek gosip yang melanda malah ahli keluarga dan sanak-saudara terdekat juga tidak terkecuali menjadi sasaran untuk menanyakan hal sebenar yang melanda Akhil.

Semestinya ramai tidak tahu nama sebenar Akil adalah Akhil Hayy Rawa. Ayahnya juga dikenali sebagai tokoh agama yang disegani.

Kesempatan menemui sepupu Akhil iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa membuat penulis tidak melepaskan peluang menanyakan soalan berikutan kontroversi pergolakan rumahtangga Akhil yang masih menjadi bualan ramai.

Walaupun pada mulanya, Dr Mujahid nampak tidak selesa dengan soalan tersebut nyata dia tidak lokek berkongsi kisah mengenai Akhil yang merupakan pangkat dua pupunya.

“Sebenarnya, ayah dia dengan ayah saya kenal dan sangat rapat..Keluarga ayah Akhil dan ayah saya punya sebuah kedai buku di Pulau Pinang.

“Hubungan keluarga kedua belah pihak rapat Cuma saya tak mengenali Akhil secara peribadi kerana dia dibesarkan di Gopeng oleh neneknya. Saya lebih rapat dengan Abang kepada Akhil iaitu Isa,” katanya selepas temubual berkaitan dengan pemilihan Muktamar PAS ke-55 di Hotel Grand Bluwave baru-baru ini.

“Saya memang tidak rapat dengan beliau cuma apa yang dapat saya katakan di sini saya bersimpati kepada Akhil atas apa yang menimpanya bukan sahaja sebagai ‘sepupu kedua’ malah sebagai peminatnya,” katanya.

Jelas Mujahid yang juga calon Naib Presiden PAS ini, bukan hanya beliau meminati Akhil malah anak dan isterinya turut meminati Akil.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut beliau berkata, sebelum ‘gosip panas’ melanda Akhil beliau sering menjemput Akhil untuk berceramah menggunakan platform PAS.

“Kadang-kadang tu bila saya pergi ceramah, anak saya nak ikut semata-mata nak tengok Akhil berceramah, bukan dia nak dengar ayah dia ceramah.

“Mungkin dia (Akhil) tidak minta isu ini terjadi lebih-lebih lagi dia sebagai selebriti yang dikenali. Isu ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada personaliti beliau (Akil),” katanya.

Menurut Mujahid, pada awalnya beliau amat terkejut dengan apa yang berlaku ke atas Akhil hingga beliau tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku ke atas sepupunya itu.

Namun pada masa yang sama, Mujahid yang juga bekas anak kepada Presiden PAS yang ke-3 Yusof Rawa ini sedia menawarkan khidmat nasihat dan sokongan moral sekiranya Akil memerlukannya.

Tambah Mujahid, walaupun perhubungannya dan Akhil tidak rapat dia turut berbangga dengan populariti yang dimiliki sepupunya itu.

“Kadang-kadang apabila orang ramai kata, Mujahid awak ni sepupu Akhil Hayy kan? Nanti sampaikan salam saya pada dia ye?. Kita pun tumpang seronok dengan dia. Dia (Akil) punya personaliti yang tersendiri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar ini tidak lokek menitipkan nasihat buat Akhil agar bijak menangani apa jua rintangan yang melandanya ketika ini.

“Cuma saat ini, apa yang boleh saya nasihatkan kepada dia (Akhil) adalah, banyak-banyakkan bersabar dan minta petunjuk daripada Allah. Mungkin itu jalan penyelesaian terbaik. Pasti ada hikmah atas apa yang berlaku,” katanya.

http://diari-hamba.blogspot.com/2009/06/dr-mujahid-akhil-perlu-tangani-masalah.html

Sekilas Pandang Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional


From The Malaysian Insider











PAS Supporter Club (The Malaysian Insider)


Details please see :






Memahami Dialog Antara Agama (Interfaith)

"Seek first to understand, then to be understood!"

Terperinci sila layari :

http://saifulislam.com/?p=614

http://saifulislam.com/?p=1912

http://saifulislam.com/?p=2166