"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Wednesday, April 2, 2008

Kelab Penyokong PAS tumbuh bagaikan cendawan

Kelab Penyokong PAS akan dikembangkan ke peringkat kawasan dan negeri

Nyza Ayob Wed Apr 02, 08 2:15:34 pm MYT (Petikan dari Harakahdaily)


KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi India dan Cina di seluruh negara kerana memberi kepercayaan kepada calon-calon PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

Katanya, berdasarkan keputusan pilihan raya yang lalu, PAS telah memperolehi jumlah undi yang agak besar di tempat yang mempunyai komposisi kaum 40 peratus, 60 peratus dan 70 peratus.

Jelasnya, kemenangan tersebut menunjukkan kaum India dan Cina mula memahami agenda dan perjuangan PAS dan tidak lagi mengenali PAS hanya sebagai parti Islam yang kolot.

"Mereka bukan sahaja mengundi PAS bahkan bersedia menyertai Kelab Penyokong PAS seluruh negara, satu petanda yang baik kerana Kelab Penyokong PAS ini menjadi lebih relevan.

"Pada 2005, Lajnah Perpaduan Nasional telah memecah tembok dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS di seluruh negara. Seterusnya pelancaran PAS For All pada 2007 juga membantu menambah sokongan bukan Melayu kepada PAS," katanya sewaktu menghubungi Harakahdaily.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar mengharapkan Penubuhan Kelab Penyokong PAS dapat dikembangkan di seluruh kawasan dan negeri supaya pengundi di kalangan bukan Melayu diberi ruang dalam kelab ini.

Jelasnya, melalui kelab ini, pengundi bukan Melayu akan sentiasa bersama dengan setiap aktiviti PAS dan bukan hanya sewaktu pilihan raya sahaja.

"Lajnah Perpaduan Nasional sedang mengemas kini agenda Kelab Penyokong PAS dengan aktivit baru dan pendekatan yang lebih menarik. Diharap pendekatan yang kita gunakan akan dapat menarik lebih ramai bukan Melayu menyertai kelab ini.

"Buletin Ren Min Shi Shi dan forum serta dialog yang kami anjurkan juga membantu mereka mengenali PAS. Begitu juga liputan tentang aktiviti lajnah ini yang sering keluar dalam akhbar berbahasa Cina," katanya.

Tambahnya lagi, konvensyen yang dianjurkan Kelab Penyokong PAS sebelum pembubaran Parlimen baru-baru ini juga telah melahirkan cetusan baru, yang mana penubuhan kelab ini semakin bertambah sebaik sahaja pilihan raya berakhir.

Jelas Mujahid, pihaknya juga berharap dalam muktamar PAS akan datang, kalangan ahli Kelab Penyokong PAS diberi keistimewaan dan dalam pilihan raya akan datang dapat meletakkan calon di kalangan bukan Islam untuk bertanding atas tiket PAS.

Di samping itu Mujahid juga mengharapkan PAS Pusat dapat mempertimbangkan penyertaan bukan Islam sebagai ahli PAS. - mns

No comments: