Kerjasama Pakatan Rakyat dipertingkat lagi - Mursyidul Am
Muhammad Yusri Amin Mon Jul 14, 08 7:09:04 pm MYT
KOTA BHARU, 14 Julai (Hrkh) - PAS tidak akan merubah jalinan dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat termasuk KeADIlan dan DAP, malah mempertingkatkan lagi kerjasama sedia ada.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS tetap akan meneruskan kerjasama dengan KeADILan, biar pun pemimpin parti itu cuba dikaitkan dengan isu liwat.
Menurutnya pihak lawan cuba mengeruhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat dengan melemparkan pelbagai tuduhan.
Kata beliau Malaysia pernah dilabelkan sebagai sebuah negara Islam, namun kejadian jenayah semakin menjadi-jadi.
"Bahkan istilah liwat disebut secara terbuka walau pun perkara itu belum pasti berlaku, namun acap kali disebut pemimpin kerajaan. Orang berkenaan sebenarnya tidak ada tokoh untuk menjadi ahli agama,"katanya di sini.
Beliau juga berkata, Umno, MCA dan MIC pun bergolak sesama mereka biar pun sudah lama berada dalam satu pakatan.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyarankan sekolah-sekolah agama di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (Yik) mengajar pelbagai bahasa.
Menurutnya, pengajaran pelbagai bahasa penting bagi melengkapkan lagi usaha dakwah.
"Seboleh-bolehnya di sekolah Yik diajar bahasa-bahasa yang menjadi pertuturan rakyat di negara ini termasuk bahasa Inggeris, Tamil dan Cina.
"Dengan cara itu kita dapat menangkis tuduhan negatif terhadap Islam,"katanya. - mj
Saya tertarik untuk memberi sedikit komentar berhubung saranan Mursyidul Am PAS YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam artikel “Kerjasama Pakatan Rakyat dipertingkat lagi” di mana YAB menyarankan agar sekolah agama dibawah kelolaan YIK perlu mengajar pelbagai bahasa bagi melengkapkan usaha dakwah terutama bahasa Inggeris, Tamil dan Cina.
Saya sokong 100% saranan tersebut. Ia merupakan satu cabaran dakwah yang perlu bagi setiap para pendakwah untuk menguasai bahasa tersebut. Secara jujur saya menyatakan bahawa kita (pendakwah-pendakwah) telah terlepas pandang akan usaha ini, al-maklum mungkin terleka selama 50 tahun secara tidak sengaja ataupun mungkin ada keutamaan-keutamaan lain yang membantutkan usaha ini. Saranan yang diutarakan oleh YAB hendaklah disambut dengan baik dan dilihat sebagai satu usaha murni ke arah meningkatkan lagi keazaman pendakwah untuk menguasai pelbagai bahasa.Ia menjadi satu cabaran kepada Kerajaan Kelantan melalui Exconya YB Ust Nik Amar Nik Abdullah bagi merealisasikan hasrat ini dan dilaksanakan dengan sebail mungkin.
Jika dilihat realiti dunia pekerjaan hari ini, bagi sesiapa yang mampu menguasai pelbagai bahasa, mereka ini mempunyai nilai tambah (value added) dan berdaya saing diperingkat tempatan dan global. Keperluan menguasai bahasa utama rakyat Malaysia ini adalah menjadi mendesak, lebih-lebih lagi dengan kebanjiran kemasukan masyarakat orang bukan Islam untuk bersama dengan perjuangan Islam melalui Kelab Penyokong PAS.
Kekurangan tenaga pendakwah yang menguasai bahasa-bahasa ini, sedikit sebanyak menyukarkan proses penerangan kefahaman terhadap orang bukan Islam (India dan Cina) untuk bersama dalam perjuangan ini dan usaha menangkis tuduhan negatif terhadap Islam yang dilemparkan oleh musuh yang tidak suka dengan perpaduan yang dipelopori oleh Islam melalui PAS.
Saya amat mengkagumi usaha yang dilakukan oleh pihak negara luar sebagai contohnya Kerajaan China melalui badan penyiarannya (CRI-Chinese Radio International) yang melakukan usaha menterjemah berita-berita semasa dalam negeri mahupun luar negeri ke pelbagai bahasa (47 bahasa) yang ada dalam dunia ini http://malay.cri.cn/ .Ia satu cabaran bagi Malaysia lebih-lebih lagi pedakwah-pendakwah Islam.Bagi saya inilah masanya walaupun terlewat, jika tidak bila lagi?

No comments:
Post a Comment