"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Saturday, February 13, 2010

Perutusan Tahun Baru Cina - Ust Nashruddin Tantawi

Friday, 12 February 2010

Utuhkan Perpaduan
Katakan Tidak !
kepada Racist

1. Sempena menyambut Tahun Baru Cina 2010 , saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan " semoga beroleh kegembiraan dan kebahagiaan " buat semua kaum Tiong Hua [ Chinese ] di negara ini.

2. Kegembiraan dan kebahagiaan adalah nikmat Allah swt Tuhan yang Mencipta seluruh manusia dan alam semesta ini . Ianya jua adalah manifestasi dari sebuah perpaduan yang sememangnya dianjurkan oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam Surah Al Hujurat ayat 13 :

Maksudnya : Wahai Manusia ! sesungguhnya kami [ Allah swt ] telah menciptakan kamu yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbilang - bilang bangsa dan kaum supaya kamu saling kenal mengenal antara satu sama lain . Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu [ manusia ] di sisi Allah swt ialah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu . Sesungguhnya Allah swt Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Teliti .

3. Perjuangan Parti Islam se Malaysia [ PAS ] pula melandasi firman Allah swt tersebut , bilamana PAS menjadikan perpaduan sebagai prinsip perjuangan melewati batas kaum dan bangsa . Politik baru PAS dengan prinsip Li Taarafu [ saling kenal mengenal ] membawa slogan PAS For All sekaligus meletakkan perjuangan PAS dan dakwahnya terbuka tanpa sempadan .

4. Perkauman sempit sebagaimana yang diperjuangkan oleh UMNO dan BN adalah musuh tradisi kepada usaha mewujudkan perpaduan dan keamanan di dalam negara ini . PAS konsisten menentang perjuangan dan gerakan yang berasaskan sentimen perkauman sempit justeru perbezaan kaum dan bangsa adalah suatu ciptaan Allah swt yang menandakan keagunganNya sebagai Tuhan Yang Maha Mencipta .

5. Baru - baru ini negara menjadi gempar dengan kenyataan ultra -racist dari Datuk Nasir Safar bekas Pegawai Khas YAB Perdana Menteri apabila beliau secara terbuka menyelar kaum Cina dan India sebagai pendatang dan peminta sedekah serta mengancam untuk menarik balik kerakyatan jika kaum - kaum ini gagal menuruti ketetapan dan peraturan yang dibuat oleh kerajaan UMNO dan BN .

6. Terbaru laporan dari Malaysianinsider bahawa setiausaha kerja UMNO menyebut di dalam satu ceramah beliau bersama kelab UMNO di United Kingdom bahawa Cina adalah kaum yang merempat di negara ini . Sebelum ini kenyataan Nasir Safar turut mendapat sokongan dari sebahagian kalangan pemimpin UMNO dan BN .

7. Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat kenyataan - kenyataan bersifat perkauman ini semakin ketara dan ia boleh mendorong berlakunya persengketaan antara kaum dan sekaligus mengganggu kesejahteraan rakyat malah mengancam keselamatan negara .

8. Selayaknya UMNO dan BN menghormati hak - hak orang Cina dan India di dalam negara ini dengan tidak melabelkan mereka sebagai pendatang atau merempat dan 1001 kenyataan yang mengeruhkan kedudukan antara kaum dalam negara kita sekaligus bertentang dengan semangat 1 Malaysia yang diperjuanhgkan oleh UMNO dan BN pada hari ini atau sememangnya konsep 1 Malaysia itu hanyalah retorik semata - mata .

9. Sekali lagi suka saya tegaskan bahawa kami Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat tidak senang dan sangat tidak setuju terhadap sebarang tindakan atau kenyataan yang berbau racist dan chauvinist . Sebaliknya marilah kita beramal atau menerima pakai apa yang diajar oleh Islam agar kita mewujudkan perpaduan atas semangat saling kenal mengenal antara satu sama lain . Bukan hanya kenal nama dan wajah tetapi turut mengenal budaya dan adat resam antara kaum dikalangan penduduk dan rakyat di dalam negara ini .

10. Islam menjadi dasar perjuangan PAS . Justeru itu , apa yang diperjuangkan oleh PAS ialah apa yang diajar oleh Islam . Antara ajaran Islam yang suci lagi mulia ini ialah saling hormat menghormati antara kaum , bangsa dan agama agar dapat diwujudkan suasana sejahtera , harmoni , aman dan damai . Sementara semua suasana - suasana itu bertepatan dengan nilai fitrah kejadian manusia .

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

No comments: