"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Monday, April 27, 2009

Cadangan Penyelesaian Isu Mohd Ridzuan Abdullah & Keluarga



DRAF CADANGAN PENYELESAIAN ISU
MOHD RIDZUAN ABDULLAH
DAN KELUARGA


1. PENDAHULUAN

Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang akan dibincangkan di sini adalah

a- Status agama tiga orang anak beliau [ iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun). ]
b- Hak penjagaan anak.
c- Status perkahwinan selepas pengislaman.

2. STATUS AGAMA ANAK-ANAK SELEPAS SALAH SEORANG PASANGAN SUAMI ISTERI MEMELUK AGAMA ISLAM

2.1 - Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam.


Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan:

Pandangan Pertama:

Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu.


Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah[1].


Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi:

عَنْ عَائِذِ بْنِ عَمْرٍو الْمُزَنِيِّ عَنِ النَّبِيِّ  قَالَ : (( الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى )) . رواه البيهقي والدارقطني والروياني .

Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."

Pandangan Kedua:


Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik.

Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah[2].


Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

2.2 - Cadangan Terhadap Penyelesaian Isu Ini

Berdasarkan kajian ringkas di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak kepada saudara Mohd Ridzuan Abdullah adalah beragama Islam kerana mengikut agama Islam yang telah dianuti oleh beliau.

Namun disebabkan pihak isteri beliau masih beragama Hindu yang berkeras untuk menjaga anak-anaknya dan membesarkannya dalam agama Hindu, semestinya kenyataan kita untuk mengekalkan status ketiga-tiga anak mereka berdua sebagai beragama Islam akan menimbulkan satu ketegangan antara masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam secara umumnya.

Atas dasar ingin mencari jalan yang paling baik dengan meraikan pandangan-pandangan para ulama, kami mencadangkan perkara-perkara di bawah:

a) Menerangkan kepada masyarakat di Malaysia bahawa maksud anak-anak tersebut berstatuskan agama Islam adalah mereka bertiga dianggap sebagai seorang Islam sepanjang tempoh mereka belum lagi mencapai umur baligh. Status keislaman mereka sebelum tempoh baligh akan berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka khususnya[3].

b) Apabila anak-anak tersebut telah mencapai umur baligh, mereka akan diberikan hak untuk memilih sama ada ingin memeluk agama Islam ataupun memeluk agama Hindu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam al-Thauriyy ( الثوري ) .[4]

c) Kami tidak mendapati sebarang masalah sekiranya nama ketiga-tiga anak saudara Mohd Ridzuan Abdullah dikekalkan dengan nama asal melainkan sekiranya makna nama mereka mengandungi unsur-unsur syirik dan makna-makna yang buruk.

3. HAK PENJAGAAN ANAK

3.1 - Pendapat Ulamak

Para ulama di dalam keempat-empat mazhab membincangkan tentang perkara ini . Para ulama bermazhab Syafie dan Hanbali rahimahumullah meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang Islam. Orang bukan Islam tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut.

Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama Maliki rahimahumullah tidak meletakkan Islam sebagai syarat untuk penjagaan. Ini bermakna jika penjaga tersebut (ibu atau bapa) salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal (non muslim) maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga.

Ini berdasarkan kepada hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud , al-Nasa'ie , Ibn Majah , Ahmad bin Hambal , al-Baihaqi , al-Hakim Naisaburi, Ibn Abi Syaibah rahimahumullah dan para ulama hadis yang lain . Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam membenarkan untuk budak tersebut memilih dengan siapakah dia ingin tinggal, sama ada dengan ayahnya yang Muslim atau Ibunya yang Non-Muslimah. Ini kerana hak penjagaan adalah atas rasa belas kasihan dan ianya tidak menjadi masalah walaupun berbeza agama. Nas hadis tersebut adalah seperti berikut:

حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا هُشَيْمٌ ثنا عُثْمَانُ أبو عَمْرٍو البتي عن عبد الْحَمِيدِ بن سَلَمَةَ أَنَّ جَدَّهُ أَسْلَمَ في عَهْدِ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ولم تُسْلِمْ جَدَّتُهُ وَلَهُ منها بن فَاخْتَصَمَا إلى رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فقال لَهُمَا رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ان شِئْتُمَا خَيَّرْتُمَا الْغُلاَمَ قال وَأَجْلَسَ الأَبَ في نَاحِيَةٍ وَالأُمَّ نَاحِيَةً فَخَيَّرَهُ فَانْطَلَقَ نحو أُمِّهِ فقال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم اللهم اهْدِهِ قال فَرَجَعَ إلى أبيه[5]

Maksud: Diriwayatkan daripada Saidina Abdul Humaid bin Salamah radhiyallahu anhuma bahawa datuknya telah memeluk Islam pada zaman Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi neneknya enggan. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan seorang anak. Mereka berdua datang mengadu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam (berkenaan hak penjagaan terhadap budak tersebut).

Sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam kepada mereka berdua : Jika kamu berdua mahu, budak tersebut akan diberikan pilihan untuk memilih kamu berdua. Kata Abdul Humaid bin Salamah : Si ayah diletakkan di suatu sudut, dan si ibu juga diletakkan di suatu sudut, maka budak tadi diberi pilihan . Didapati budak tersebut bergerak ke arah ibunya.Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam berdoa: Ya Allah berikanlah hidayah kepadanya. Kata Abdul Humaid bin Salamah :Maka budak tersebut kembali kepada ayahnya (mengikut ayahnya).

Tetapi para ulama di dalam mazhab Hanafiyah dan Malikiyah berbeza pendapat pula berapa lamakah tempoh budak tersebut perlu berada di bawah penjaganya yang bukan Islam:

1) Ulama Hanafiyah berpendapat : Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam sehinggalah dia mampu berfikir tentang keagamaan(iaitu setelah mencapai umur 7 tahun). Hak penjagaan juga akan tamat jika budak tersebut tidak terjamin keselamatan agamanya jika berada bersama penjaga tersebut(seperti dibawa ke tempat ibadah mereka, budak tersebut mempelajari perkara berkaitan agama penjaga tersebut, diberi minum arak atau memakan makanan yang haram)

2) Ulama Malikiyah berpendapat: Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam tersebut sehinggalah tamat waktu hak penjagaan[6]. Tetapi penjaga tersebut perlu menjaga hak-hak penjagaan terhadap budak tersebut seperti tidak memberi makanan yang haram dan memberi minum arak kepadanya. Tetapi jika dikhuatiri akan berlaku perkara tersebut maka hak penjagaan tersebut perlulah diberikan kepada golongan Muslimin demi menjaga budak tersebut daripada kesesatan[7].

3.2 - Cadangan Terhadap Kes Yang Berlaku

1) Berdasarkan pendapat para ulama yang kita telah bincangkan, anak kepada Mohd Ridzuan bin Abdullah @ K Patmanathan, 40 tahun iaitu Tevi Darsiny (12 tahun) dan Karen Danish ( 11 tahun ) tidaklah dibenarkan untuk berada dibawah penjagaan si isteri yang enggan memeluk Islam. Ini kerana, keadaan kedua-dua anak mereka jika berada di bawah jagaan ibu sahaja dibimbangi persekitaran yang tidak baik akan mempengaruhi mereka.

2) Manakala anak yang ketiga iaitu Prasana Diksa (1 tahun), dibenarkan untuk berada di bawah jagaan si ibu (dengan syarat diadakan giliran antara ibu dan bapa) berdasarkan pendapat yang disebutkan oleh Mazhab Hanafiyah dan Malikiyah. Ini kerana Prasana Diksa masih kecil dan belum mencapai umur yang memungkinkan untuknya berfikir tentang keagamaan. Ini juga menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang bersikap kuku besi yang menghalang secara semberono hak individu.

4. STATUS PERKAHWINAN SELEPAS PENGISLAMAN SALAH SEORANG SUAMI ISTERI

4.1 - Pendapat Para Ulama

Syariah Islam menetapkan, apabila seorang suami memeluk Islam, maka si isteri juga perlu diminta untuk memeluk Islam. Jika si isteri memeluk Islam di dalam tempoh ‘iddahnya, maka perkahwinan tersebut boleh diteruskan seperti biasa(tanpa perlu diperbaharui akad nikahnya).

Islam bukanlah satu agama yang memecah belahkan institusi kekeluargaan, bahkan Islam itu sendiri mengajar ummatnya untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Perbezaan agama antara suami dan isteri bukanlah penghalang kepada ikatan pernikahan mereka, tetapi keengganan si isteri untuk berbuat demikian menyebabkan berlakunya perpisahan [8].

Keempat-empat mazhab Islam iaitu Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali menetapkan perkahwinan mereka berdua akan terfasakh[9]. Para ulamak hanya berselisih pendapat dari sudut bilakah waktu fasakh itu berlaku, samaada daripada saat pengIslaman suami atau saat isteri enggan memeluk Islam. Perpisahan tersebut akan berlaku melalui kuasa qadhi[10].

Fasakh atau perpisahan tersebut bukan bermakna si suami meninggalkan tanggungjawabnya ke atas isteri dan anak-anaknya dari sudut nafkah dan perbelanjaan. Islam sangat menjaga hak setiap manusia samaada Muslim atau Non Muslim. Perpisahan yang berlaku di antara pasangan suami isteri disebabkan perbezaan agama tidak menggugurkan kewajipan suami kepada isterinya dan anak-anaknya.

4.2 - Hak Pemberian Nafkah[11]

a - Nafkah kepada anak


Si ayah wajib memberikan nafkah dan keperluan kepada anak-anaknya selagi mana mereka masih kecil sehingga mampu berdikari sendiri jika anak tersebut adalah anak lelaki. Manakala bagi anak perempuan, bapa perlu memberi nafkah kepadanya sehingga anak tersebut berkahwin sahaja.

b - Nafkah kepada isteri


Suami wajib memberi nafkah kepada isteri tersebut selama mana di dalam tempoh ‘iddah sahaja.

Ini jelas menunjukkan hujah yang mengatakan bertukar agama adalah satu cara untuk lari daripada tanggungjawab adalah hujah yang amat dangkal. Ini kerana Islam sama sekali tidak memberikan ruang kepada penganutnya untuk lari atau cuai menunaikan tanggungjawab masing-masing.


Disediakan oleh :Fellow MANHAL PMRAM 2009

Hasil kajian:
1. Al Fadhil Ustaz Syed Abdul Qadir Al-Jofree
2. Al Fadhil Ustaz Abd Rahman Mohd Tharin
3. Al Fadhil Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir
4. Al Fadhil Ustaz Hairul Nizam Mat Husain

[1] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.


[2] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.


[3] Sebagaimana yang dimaklumi, apabila anak-anak tersebut berstatuskan Islam, mereka berhak mewarisi harta saudara Mohd Ridzuan Abdullah kerana persamaan agama antara pihak ayah dan anak-anak. Walau bagaimanapun sekiranya anak-anak tersebut meninggal dunia sebelum mereka mencapai umur baligh, maka berdasarkan pandangan Islam jenazah mereka akan diuruskan sebagai seorang Muslim. Ini dijangka akan menimbulkan satu lagi masalah perebutan jenazah antara si isteri yang beragama Hindu dan si ayah yang beragama Islam.


[4] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/271. Para pembaca perlu menyedari bahawa pandangan yang kami pilih ini bukanlah pandangan majoriti ulama Islam.Adapun pandangan majoriti ulama Islam, anak-anak tersebut secara automatik akan menjadi seorang muslim sebaik sahaja si ayah memeluk agama Islam. Sekiranya anak-anak tersebut setelah baligh memilih untuk tidak beragama Islam, berdasarkan pandangan majoriti ulama, mereka akan menjadi murtad.Pandangan al-Thauri yang kami pilih ini adalah semata-mata memikirkan situasi masyarakat non Muslim di Malaysia yang mungkin tidak akan dapat menerima keputusan bahawa kesemua anak-anak terbabit hendaklah beragama Islam. Sekurang-kurangnya dengan berpegang pandangan al-Thauri, masyarakat non Muslim dapat menerima keputusan kerana hak untuk memilih agama diserahkan kepada anak-anak tersebut selepas mereka baligh.


[5] Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal, hadis 23807 jilid 5 mukasurat 446 Darul Nasyr, Muassasah Qurtubah


[6] Bagi budak perempuan, hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia berkahwin, manakala bagi budak lelaki pula hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia baligh.


[7] Fiqh al-Islami wa Adillatuhu jilid 7 mukasurat 727-728 cetakan Darul Fikr Cetakan Kedua 1985


[8] Bada'ie Sana'ie, Imam al-Kasani, m.s 1558 jilid 3.


[9] Mughniyul Muhtaj, Khotib as-Syarbini, m.s 244 jilid 3.


[10] Fiqhul Islami Wa Adilatuh, Dr. Wahbah Az-Zuhaili, m.s 7163 jilid 9.


[11] Al-Mughni, Imam Ibn Qudamah, m.s 402 - 409, jilid 7.

Agama anak: Kabinet diminta kaji semula gesa Pengerusi LPN YB Dr Mujahid

Sumber : Siasahdaily.blogspot.com
PULAU PINANG, 26 April: Keputusan kabinet bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang pasangan itu menukar agamanya dibantah oleh majoriti daripada NGO Islam, parti politik dan majoriti rakyat apabila ia diputuskan tanpa diambil kira pandangan pihak yang arif dalam bidang syarie.

Keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat Kabinet itu adalah sebagai langkah panjang dalam isu yang melibatkan pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

YB Dr Mujahid Yusof

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr.Mujahid Yusof Rawa,tindakan kabinet ini adalah membelakangkan mahkamah kerana kes yang disabitkan oleh kabinet adalah merujuk kepada isu yang berlaku di Perak yang membabitkan seorang lelaki bukan Islam yang telah memeluk Islam dan kemudian mengislamkan tiga anaknya tanpa pengetahuan isteri beliau.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata kabinet berpendapat ketiga-tiga anak pasangan ini perlu mendapat hak serta penjagaan menurut ajaran asal kerana ia agama kedua-dua ibu bapanya ketika perkahwinan,tambahan pula pasangan tersebut belum bercerai.

"Dalam isu ini kabinet tidak boleh campur tangan. Perkara ini masih lagi dalam perbicaraan mahkamah.Oleh kerana itu kabinet sepatutnya mendapat pandangan daripada Jakim, NGO Islam dan para ulama. PAS juga sanggup untuk memberi pandangan dalam perkara yang menyentuh sensitiviti umat Islam ini.

"Sepatutnya kabinet harus mendapat consent daripada mahkamah dahulu sebelum membuat keputusan.Tindakan mereka ini juga melambangkan seolah-olah mereka tidak menghormati hak mahkamah syariah.Hak ini telah dirampas oleh mereka tanpa mempedulikan para ilmuan dan ulama serta peguam syarie yang mahir dalam bidang tersebut," katanya.


En Rosidi Hussain (Pen Setiausaha PUM Pulau Pinang)


Penolong Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang,Rosidi Hussain berkata pandangan Presiden Persatuan Peguam Syarie,Mohamad Isa Abd Ralip bahawa kabinet seharusnya mempertimbangkan dan membawa perkara ini kepada perbincangan dengan NGO Islam sebelum membuat keputusan adalah satu tindakan yang wajar dilakukan oleh kabinet sebelum membuat keputusan yang bercanggah dan menyentuh sensitiviti umat Islam ini.


Beliau yang juga seorang peguam berkata tindakan kabinet ini seperti menolak kewujudan pakar agama,ulama dan ilmuan Islam yang ada dalam negara.

Beliau juga mendesak kabinet supaya mengambil pandangan golongan profesional seperti pakar agama, mufti dan seumpamanya sebelum membuat keputusan.

"Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa agama seseorang yang dibawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan ibu atau bapanya atau penjaganya.Berdasarkan perkara ini persetujuan satu pihak memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4) adalah 'parents or guardian' bukannya 'parents or guardians'."

Semak semula keputusan kabinet ini

Sumber : n32.blogspot.com
Saya tidak tahu bagimana anda, tetapi sebagai seorang Muslim saya sangat terganggu dengan keputusan kabinet baru-baru ini yang menyatakan bahawa mana-mana pasangan yang salah-satunya menukar agama, maka anak-anak mereka hendaklah kekal dengan agama asalnya. Lebih terganggu kerana kes melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah yang telah mengislamkan ketiga-tiga orang anaknya itu, kini berada dalam tangan pihak polis, dimana perintah dikeluarkan agar beliau menyerahkan kembali anaknya untuk dibesarkan sebagai seorang Hindu oleh ibunya.

Menurut berita terkini dalam The Star Online, si ibu ditemani oleh peguamnya A.Sivanesan dan Augustine Anthony, AJK pusat Parti Sosialis Malaysia Dr D.Jeyakumar, Setiausaha Eksekutif Majlis Perundingan Penganut Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisma, Goh Keat Peng dan ahli parlimen Ipoh Barat M.Kulasegaran berada di Ibupejabat Polis Daerah Ipoh, menunggu pihak polis “merampas” kembali anak tadi dari bekas suaminya.

Sudah menjadi lumrah bahawa keputusan kabinet ini melega dan menggembirakan penganut-penganut bukan Islam. Akhbar-akhbar tempatan ,emyiarkan berbabagi kenyataan pemimpin-pemimpin MCA, MIC dan badan-badan agama bukan Islam yang meuji keputusan kabinet itu.

Malangnya tidak ramai pemimpin Islam yang keluar memberikan pandangan termasuklah mereka yang “ganas” di parlimen membahaskan isu-isu negara, namun menikus dalam kes ini!

Persatuan Peguam Syariah Malaysia, ABIM dan beberapa NGO lain mengeluarkan kenyataan mendesak agar pihak kerajaan menyemak semula keputusan kabinet ini kerana ia dikeluarkan tanpa mengambil-pandangan pihak lain serta membelakangkan pula keputusan mahkamah yang berkaitan (re: Subashini lwn Saravana) dan peruntukkan undang-undang (perlembagaan Persekutuan) yang sedia ada.

Menurut Mufti Perak, Datuk Seri Harussani:

Menurut Islam, apabila salah seorang ibu atau bapa masuk Islam, maka mana-mana anaknya secara otomatik menjadi Muslim melainkan si anak tadi melebihi umur 15 tahun, ketika itu ia boleh putuskan sendiri.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Sdr Zulkifli Nordin dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com/ menulis:

Saya tidak pasti samada kabinet telah benar-benar diberi penerangan tentang kedudukan Perlembagaan dan keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes berkaitan. Kerana adalah jelas keputusan kabinet tersebut jelas bercanggah dengan Perlembagaan dan bertentangan dengan keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan sendiri.

Dalam kes Subashini Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan bahawa seseorang ibu atau bapa yang telah memeluk Islam boleh mengislamkan anak-anaknya tanpa merujuk kepada (bekas) pasangannya.

Sebelum api yang terbakar marak membakar hangus kita semua,wajarlah pihak kabinet menangguhkan keputusannya ini dan membuats emakan dan rujukan pada semuayang perlu.

Tuesday, April 21, 2009

Perhebatkan Dialog Antara Muslim dan Non Muslim

Islam tegak di atas Burhan [ bukti dan dalil ] ! .... demikian antara ungkapan tegas Tok Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada kami rombongan Dewan Pemuda PAS Pusat di Pejabatnya pagi kelmarin .

Al Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Negeri Kelantan ini cukup ramah dan mesra menyambut ketibaan rombongan kami .

Saya memimpin rombongan Dewan Pemuda PAS Pusat dalam misi lawatan kerjanya untuk mengundang sendiri YAB Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi merasmikan Penubuhan Kem Akademi Kepimpinan Pemuda DPP Pusat di Kok Lanas Kelantan pada 14 Mac 09 kelak sekaligus melancarkan modul terkini Akademi Kepimpinan Pemuda .

Alhamdulillah jika tiada halangan , insyaallah majlis perasmian tersebut akan berlangsung dengan jayanya pada 14 Mac nanti disamping ucapan oleh beberapa pimpinan PAS Pusat yang akan dinamakan kemudian .

Sewaktu rancak kami berbincang dan saya menjelaskan tujuan kedatangan kami , Tok Guru sempat mengambil kesempatan untuk memberi amanah dan tazkirah kepada kami yang saya kira sangat tinggi nilai malah sangat bermakna buat kami .

Antara yang ditegaskan oleh Tok Guru agar ditangani oleh Dewan Pemuda PAS Pusat khususnya ialah :

1. Memperhebatkan dialog dengan golongan bukan Islam agar Islam difahami dengan baik dan tiada lagi salah faham terhadap agama Islam . Malangnya lebih 50 tahun negara di tadbir oleh UMNO dan BN tetapi mereka tidak berusaha untuk memahamkan Islam kepada golongan non muslim . Bahkan lebih malang , ummat Islam sendiri telah luntur nilai keislaman mereka .

2. Menekankan agar golongan muda dalam PAS ini memperbanyakkan bacaan justeru Islam berkembang dan Ilmu bertambah melalui pembacaan . Paling tidak satu buku untuk satu bulan atau jika tidak mampu juga , [ penuh sinis kata Tok Guru biarlah satu buku untuk satu tahun .]

3. Mengharapkan agar pemimpin muda dalam PAS dapat menggerakkan perjuangan Islam ini dengan lebih gigih merentas agama dan budaya sehingga dilihat PAS sebagai sebuah jamaah besar untuk rakyat bernaung setelah rakyat putus harap dengan UMNO dan BN , sesuai dengan slogan PAS For All .

4. Jadikan kelantan sebagai model pentadbiran yang telus dan bersih termasuklah melahirkan pemimpin yang tidak boleh dibeli dan dirasuah oleh UMNO dan BN . Sambil menceritakan bagaimana terdapat ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan yang ditawarkan puluhan juta ringgit untuk melompat parti . Alhamdulillah mereka thabat dengan perjuangan Islam .

5. Jangan gunakan pendekatan menghukum dalam dakwah . " Saya sangat tidak suka sikap kita cepat mengkafirkan seseorang kemudian barulah kalut kita mahu memberi penerangan , Ini tindakan tidak bijak " kata Tok Guru . Terangkan dulu baru jelaskan hukum bukan hukum dulu baru nak bagi penerangan .

6. Pemuda mesti serius untuk lahirkan Tok Guru Muda bagi membawa Islam dengan segala burhannya [ bukti dan dalil ] kepada masyarakat khasnya masyarakat bukan Islam agar mereka dapat memahami Islam dengan baik dan pihak kita juga dapat mempertahankan hujjah dengan baik . " Jangan tonjolkan yang jahil nanti kalah hujjah malu kita " jelas Tok Guru .
Dipetik dari : ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com

Adakah Hindu itu Ahli Kitab?

Pendedahan ini mungkin akan mengejutkan kebanyakan umat islam dan hindu. Adakah Muhammad itu juga adalah umat bagi Hindu ? Jika benar bermakna Hindu itu juga boleh dikategori sebagai Ahli Kitab. Mungkin perkara ini tidak mustahil.
Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. ( Al-Anbiya’ ayat 107)

Maka amat jelaslah bahawa risalah yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah bersifat universal kerana Baginda diutus untuk segenap umat manusia samada islam atau bukan islam. Jika kita lihat memang islam telah menyatakan sebelum Al-Qur’an dan nabi Muhammad ,memang sudah terdapat ajaran dan kitab-kitab suci dari Tuhan. Jadi tidak mustahil kitab Al-Quran memang terdapat dalam kitab-kitab yang terdahulu.
Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar (tersebut) dalam Kitab-kitab orang yang dahulu”.(Asy Syu'araa':196)

Diharap pendedahan ini walaupun tidak kesemuanya ditulis tetapi ia dapat disebarkan dan dijelaskan kepada mereka serta dijadikan ia sebagai alat untuk menyebarkan dakwah islam dan ini dapat memperkukuhkam lagi persaudaraan kaum muslim dan Hindu.

Berikut adalah pembentangan oleh Dr. Zakir Abdul Karim Naik mengenai “Persamaan Antara Hindu dan Islam”. Beliau merupakan seorang yang pakar dalam perbandingan agama di peringkat antarabangsa dan terkenal dengan teknik pidato dan debatnya yang sangat mantap dan berkesan.

Dalam surah Ali 'Imran Ch.3:V.64 Allah berfirman:

Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)."

Ayat ini walaupun pertama kali ditujukan kepada Ahli Kitab pada orang Yahudi dan Kristian tapi secara umum dapat digunakan bagi setiap orang yang berbeza keyakinan dan ini adalah ayat terbaik dapat digunakan ketika kita berbicara dengan sesiapa. Jika ajakan ini tidak dihiraukan untuk memahami agama tertentu dengan melihat para pengikut agama tertentu tapi dalam waktu yang sama ternyata orang tersebut tidak faham akan agamanya.Kerana itulah yang paling baiknya dengan cara memahami kitab suci tersebut secara langsung.

Ingin faham ajaran Hindu ,pelajarilah rahsia kitab sucinya yang paling dikramatkan adalah Weda. Sebagai pelengkapnya adalah Upanishad,Ityas, Ramayana,Mahabarata,Bhagavad gita, Puranas dan banyak lagi yang lainnya.

Konsep Hindu tentang Tuhan

Kebanyakan orang Hindu awam mempercayai Tuhan boleh ada 1, 10 ,100, 1000, atau mungkin sejuta. Tapi kalangan Hindu yang terpelajar yang mempelajari kitab sucimereka) akan menjawab bahwa ajaran Hindu hanya percaya pada satu Tuhan.

Tapi kebanyakan Hindu beriman pada filsafat Phanteism/Fantaisme (Pancaran), yaitu “Everything is God” (semua adalah Tuhan). bulan, bintang, matahari bahkan ular sekalipun dianggap Tuhan. Sedang muslim percaya bahawa “Everything is God’s” (semuanya milik Tuhan). Pohon,matahari ,bulan kera,ular juga milik Tuhan. Dalam Hindu=God, dalam Islam=God’s, perbezaannya hanya pada “’s”. Maka jika umat Hindu dan Islam sepakat pada “’s” ini maka mereka akan bersatu.


Kitab Suci Hindu Tentang Tuhan

Dalam kitab Upanishad :

a) Chandogya Upanishad Ch. 6 Sec. 2 V. 1 bahawa Tuhan hanya ada satu.

b) Shvetashvatara Upanishad Ch. 6 V. 9 bahawa Tuhan itu tidak punya ibu dan bapa, Dia tidak punya tuan dan pelindung.

c) Shvetashvatara Upanishad Ch. 4 v. 19 bahawa Tuhan itu tidak ada sesuatupun yang menyerupai Dia

d) Shvetashatara Upanishad Ch. 4 v. 20 bahawa Tuhan tidak boleh dilihat. Tidak ada orang yg mampu melihat dengan mata.

Dalam kitab suci Hindu yg paling banyak dibaca adalah Bhagavad Gita :

a) Dalam Bhagavat Gita Ch. 10 V. 3 bahawa Tuhan yang tidak dilahirkan, tak ada permulaan, Tuhan seru sekalian alam.

Dalam kitab utama Hindu, Veda seperti yang disebut dalam Yahurveda :

a) Yajurveda Ch. 32 V. 3 bahawa tidak ada rupa bagi Tuhan, Dia tidak pernah dilahirkan, Dia yang berhak disembah

b) Yajurveda Ch. 40 V. 8 bahawa Tuhan tidak berbentuk dan dia suci

c) Yajurveda Ch. 40 V. 9 bahawa “Andhatma pravishanti” ertinya memasuki, dan “assambhuti” ertinya benda/alam seperti api, air, dan udara. Maksudnya mereka yg menyembah benda/alam spt api, air, udara, selanjutnya dia memasuki dunia gelap

d) Atharvaveda Bk. 20 Hymn 58 V. 3 bahawa sungguh Tuhan itu Maha Besar

e) Rigveda Bk. 1 Hymn 164. V. 46 bahawa : Tuhan itu Maha Esa, panggillah Dia dg berbagai nama.

f) Juga diulangi pada Rigveda Bk. 10 Hymn 114 V. 5 menyatakan Tuhan itu satu tapi Dia disebut dg nama yg bermacam-macam

g) Pada Rigveda Bk. 2 Hymn 1 menyatakan bahwa ada 33 nama yg ditujukan pada Tuhan, diantaranya :

Ø Rigveda Bk. 2 Hymn 1 V. 3 : Brahama (pencipta), bahasa arabnya “Choliq”. Umat muslim tidak keberatan kalau Allah dipanggil dg Khalik atau Creator, atau Brahama. Tapi kalau orang menyebutkan Brahama itu adalah Tuhan yg berkepala 4 dg mahkota, tapi umat islam sangat tidak setuju.

Ø Shvetashvatara Upanishad Ch. 4 V. 19 bahawa tidak ada satupun makhluk yg menyerupai Tuhan.

Ø Rigveda Bk. 2 Hymn 1 V. 3 : Vishnu (Wishnu) artinya Sustainer (pemelihara alam), yg memberi rezeki. Bahasa arabnya adalah “Rabb”. Orang muslim tidak keberatan Allah disebut Rabb, Vishnu, Sustainer, Cheriser. Yang jadi masalah adalah Vishnu adalah Tuhan yang punya 4 tangan, tiap tangan memegang cakra, tangan kirinya memegang rumah kerang, menaiki seekor burung garuda sambil bersandar pada gulungan ular. Umat muslim tidak boleh menerima itu.

h) Dalam Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyebutkan tidak ada rupa bagi Tuhan

i) Rigveda Bk. 8 Hymn 1 V. 1 menyebutkan kami tidak menyembah kecuali Tuhan yg satu

j) Rigveda Bk. 6 Hymn 45 V. 16 menyebutkan “sembahlah Dia saja, Tuhan yang sesungguhnya”

k) Dalam Brahama Sutra disebutkan : “Hanya ada satu Tuhan, tidak ada yangg kedua. Tuhan tidak berbilang sama sekali”.



Konsep Tuhan menurut Islam

Jawaban terbaik seorang muslim tentang Konsep Tuhan dalam islam ialah QS. Al-Ikhlas (112) : V.1 – 4 :

· Ayat 1 : Katakanlah, “Dialah Allah, Yang Maha Esa”

· Ayat 2 : Allah tempat meminta segala sesuatu

· Ayat 3 : Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan,

· Ayat 4 : dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya.

Ternyata surah Al-Ikhlas tersebut mempunyai kesamaraan dalam kitab-kitab Hindu tersebut seperti:

· QS. Al-Ikhlas : 1 = Chandogya Upanishad Ch. 6 Sec. 2 V. 1 iaitu Tuhan hanya satu tidak ada sekutunya

· QS. Al-Ikhlas : 2 = Bhagavat Gita Ch. 10 V. 3 iaitu Dia adalah Tuhan semesta alam

· QS. Al-Ikhlas : 3 = Shvetashvatara Upanishad Ch. 6 V. 9 –> Tuhan tidak punya ibu & amp; bapa

· QS. Al-Ikhlas : 4 = Shvetashvatara Upanishad Ch. 4 v. 19 dan Yajurveda Ch. 32 V. 3 iaitu bagi Dia tidak ada yg menyerupai Tuhan

Rukun Iman

1) Beriman pada Allah

"God" itu bukan terjemahan yang tepat untuk kata bahasa Arab Allah dan Allah ini disebutkan dalam semua kitab suci termasuk dalam kitab Hindu.

Dalam Rigveda buku no.2 Hym no.1 V.11 menyebutkan baik dengan istilah "illah" atau Allah yang ertinya "Tuhan".

Rigveda buku no.9 Hym no.67 V.30 menyebutkan dengan jelas kalimah Allah dalam beberapa ayat dalam Weda.

2) Beriman pada Malaikat

Sepanjang pengetahuan orang Hindu tidak ada konsep yang khusus dalam ajaran Hindu, tapi dalam Hindu ada konsep manusia "super" yang bekerja diluar kebiasaan manusia pada umunya.

3) Beriman pada Kitab

Kitab-kitab Hindu suci terbahagi pada 2 kategori iaitu "Shruti" dan "Smiriti".

Shruti iaitu sesuatu yang diturunkan yang didengar yang dirasakan dan yang difahami. Kitab ini diyakini oleh cendiakawan Hindu sebagai wahyu dari Tuhan.


Konsep utusan Allah dalam ajaran Hindu

Kebanyakan orang Hindu punyai konsep sebagai berikut:

Mereka percaya "Avtar". 'Av' ertinya turun. 'tr' ertinya melewati.Jadi Avtar " diturunkan atau diutuskan untuk turun". Menurut kamus oxford menurut mytology hindu iaitu " Tuhan/Dewa yang turun" atau "Ruh yang keluar turun kebumi dalam bentuk manusia".

Kebanyakan orang Hindu percaya Avtar Allah SWT yang turun kedunia sebagai manusia dan konsep ini tertulis dalam Bhagavad Gita Ch.4: V.7-8 iaitu ketika agama telah rosak dan bangkitnay kebatilan maka saya akan menjelmakan diri untuk melindungi kebenaran dan menghancurkan kejahatan dan menegakkan yang benar. Saya akan lahir pada setiap zaman.

Ia juga disebut dalam Bhagavata Purana Khand 9 Adhyay 24 Shloka 56 iaitu ketika kebenaran itu telah hancur dan perbuatan dosa telah bermaharajalela, saya kan menjelmakan diri.

Tapi dalam konsep Avtar ini seperti kebanyakan orang Hindu percayai tak ada sedikitpun didalam Weda padahal Weda adalah kitab yang paling suci dan diagungkan.Sebab itu para cendiakawan Weda mengatakan bahawa konsep Avtar yang dipercayai kebanyakan Hindu berbeza kerana Avtar adalah kata yang melambangkan pemilikan Tuhan. Itu tidak bererti bahawa Tuhan itu yang turun tapi menunjukkan pada orang yang diutuskan Allah.

Tidak ada konsep Avtar dalam Weda tapi Weda mengatakan manusia biasa.Maka yang paling tepat adalah seperti konsep islam bahawa Allah memilih manusia di antara sekian banyak manusia.


Ramalan kedatangan nabi Muhammad

Disebutkan dalam Bhavisa Purana iaitu dalam Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shaloka 10 to 27 :

"Aryadarma akan tampil di muka bumi ini. 'Agama kebenaran' akan memimpin dunia ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yg berada di lingkungan itu, yg kepalanya tidak dikucir, mereka akan memelihara janggot dan akan mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan panggilan solat (azan), mereka akan memakan apa saja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dg tanaman semak/umbi-umbian tapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil "Musalaman" (perantara kedamaian)."

Kalau anda baca tulisan diatas dg baik, maka anda akan melihat bahwa cirri-ciri dari pengikut agama kebenaran yg disebutkan adalah cirri-ciri yg umum terdapat pada pengikut umat Muhammad.

Dalam Atharvaveda book 20 Hymn 127 Shlokas 1-14 disebutkan tentang Kuntupsuktas yg mengisyaratkan bahwa nabi Muhammad akan terungkap kemudian.

Mantra 1 mengatakan : Dia akan disebut Narasangsa. Dia akan disebut Kaurama.Dia akan dilindungi dari musuh yang berjumlah 60,090 orang.Narasangka dalam bahasa sangsekerta "Nars" artinya orang, "sangsa" artinya "yg terpuji". Jadi Narasangsa artinya : orang yg terpuji.
Kata "Muhammad" dalam bahasa arab juga berarti : orang yg terpuji. Jadi Narasangsa dalam bahasa Sansekerta adalah identik dg Muhammad dalam bahasa arab. Jadi Narasangsa adalah figur yg sama dg nabi Muhammad. Ia akan disebut "Kaurama" yg bisa berarti : pangeran kedamaian, dan bisa berarti : orang yg pindah (hijrah).
Nabi Muhammad adalah seorang pangeran kedamaian yg hijrah dari Makkah ke Madinah. Ia akan dilindungi dari musuh yg akan dikalahkannya yg berjumlah 60.090 orang. Jumlah itu adalah sebanyak penduduk Makkah pada masa Muhammad hidup yaitu sekitar 60.000 orang.

Mantra 2 mengatakan : ia adalah resi yang naik unta. Ini bererti ia bukan seorang bangsawan India, karena dikatakan dalam Mansuriti(11) : 202 mengatakan bahwa Brahma tidak boleh menaiki unta atau keledai. Jadi tokoh ini jelas bukan dari golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu), tapi seorang asing.

Mantra 3 mengatakan : ia adalah "Mama Rishi" atau resi agung. Ini cocok dengan nabi agung umat Islam yaitu nabi Muhammad SAW.

Mantra 4 mengatakan : ia adalah Washwereda (Rebb) ertinya orang yang terpuji. Nabi Muhammad yg juga dipanggil dg nama Ahmad adalah berarti juga "orang yang terpuji" yang terjemahan bahasa Sansekerta-nya adalah Rebb.

Beberapa ramalan lainnya :

Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 6 dinyatakan bahawa di sana disebutkan dengan istilah : "akkaru" yang ertinya : "yang mendapat pujian". Dia akan mengalahkan 10.000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada perang Ahzab yg mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yang berjumlah 10.000 orang tanpa pertumpahan darah.

Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 7 dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 penguasa. Abandu juga bererti seorang yatim atau seorang yg mendapat pujian. Ini mengarah pada nabi Muhammad yg seorang yatim sejak lahir dan arti kata Muhammad/Ahmad yang bererti yang terpuji, yang akan mengalahkan kepala-suku-suku dari suku-suku di sekitar Makkah yg berjumlah sekitar 20 suku.

Dalam Rigveda book 1 Hymn 53 : 9 nabi dipanggil dengan sebutan "Suslama" yang ertinya lagi-lagi adalah : orang yang terpuji yang merupakan erti dari nama Muhammad.

Dalam Samaveda Agni Mantra 64 dinyatakan bahawa ia tidak disusui oleh ibunya. Hal ini sama dengan nabi Muhammad yang tidak disusui oleh ibunya tapi oleh seorang wanita bernama Halimah.

Dalam Samaveda Uttararchika Mantra 1500 dinyatakan bahawa Ahmad akan dianugrahi undang-undang abadi, yang jelas pada nabi Muhammad yg akan dianugreahi kitab suci Al-Qur'an. Tapi kerana orang India yg berbahasa sansekerta tidak faham kata Ahmad, maka diterjemahkan menjadi "a" dan "mahdi" iaitu "saya sendiri", jadi diertikan "saya sendiri yg menerima undang-undang abadi". Padahal seharusnya "Muhammad sendiri yang dianugrahi undang-undang abadi".

Nabi Muhammad diramalkan dengan nama Ahmad pada banyak bahagian dalam kitab-kitab Weda. Juga diramalkan pada tidak kurang dari 16 tempat yg berbeza dalam kitab weda dengan nama Narasangsa ertinya adalah sama dengan erti dari nama Muhammad, iaitu "yang terpuji".

Rujukan:
Pembentangan oleh Dr. Zakir Abdul Karim Naik mengenai "Persamaan Antara Hindu dan Islam".

Tutup Kedai Arak & Judi Dalam Negara Islam???

Dipetik dari : Al-Bakistani http://g-82.blogspot.com/
Merujuk kepada akhbar utusan Malaysia bertarikh 25 Mac, dinyatakan bahawa Menteri Besar kedah yang baru, iaitu Ustaz Azizan Razak mengakui sukar kuat kuasakan larangan arak dan judi di negeri Kedah yang di perintah oleh PAS[1].
Dalam berita itu juga menyatakan;”Sehubungan itu, katanya, beliau telah meminta pihak berkenaan mengkaji peraturan dan syarat pelesenan judi bagi mencegah pembabitan orang Islam”usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan PAS di Kedah patut dipuji, jika dibandingkan dengan negeri-negeri dibawah pemerintahan Barisan Nasional yang masih lagi redha mendapat habuan dari hasil arak dan judi.
Membaca kandungan berita itu, menyebabkan aku berfikir tentang hak-hak yang perlu ditunaikan oleh kerajaan islam terhadap non muslim. Ini adalah kerana, sebuah pemerintahan islam tidak pernah menafikan hak keagamaan non muslim yang berada dalam sesebuah kerajaan islam.
Bahkan, islam merupakan agama yang sangat-sangat menjaga hak manusia, samada mereka itu muslim atau non muslim. Penjagaan hak itu sehinggakan dinyatakan oleh nabi SAW dalam satu hadis;
فَإِنَّ لِصَاحِبِ الْحَقِّ مَقَالًا
Maksudnya;”bagi orang yang ada hak itu bersuara” (Sahih Al-Bukhari : 2141)
Lantaran Islam memberikan hak kepada non muslim, aku terpanggil untuk menyampaikan pandanganku yang berasaskan kepada rujukan kitab-kitab fiqh dalam isu ini.
ARAK DAN JUDI ADALAH HARAM
Pengharaman Arak dan judi dalam Al-Quran adalah perkara Qatii yang tidak boleh dinafikan lagi pengharamannya.
Firman Allah:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
Maksudnya;“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”(Surah Al-Baqarah : 219)
Dan juga firman Allah:
إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُ وَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya;“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”(Surah Al-Maidah : 90)
Dari segala nukilan nas-nas Al-Quran, jelas kepada kita bahawa pengaharaman Arak adalah perkara yang tidak dinafikan lagi didalam islam, tanpa khilaf.Imam As-Syafii menyatakan, setiap minuman yang memabukkan, maka itu adalah arak. adapun Imam Abu Hanifah pula menyatakan, Arak adalah perahan Anggur yang menghasilkan buih dan membawa kepada mabuk.Walaubagaimanapun, Arak itu tidak semestinya daripada Anggur.
Bahkan, arak juga boleh dibuat dengan benda yang lain. ini disandarkan kepada hadis daripada Abdullah bin omar yang berkata;
نزل تحريم الخمر يوم نزل وهي من خمسة : من العنب ، والتمر ، والحنطة ، والشعير ، والذرة ، والخمر ما خامر العقل
Maksudnya;“Diturunkan hukum pengharaman arak pada hari diturunkan itu sedangkan ia terdiri daripada lima, iaitu daripada Anggur, tamar, Gandum, barli dan Jagung. Arak adalah sesuatu yang boleh mengelegakkan akal (menghilangkan akal)”
Begitujuga, Sabda Nabi SAW
:إن من العنب خمراً ، وإن من التمر خمراً ، وإن من العسل خمراً ، وإن من البر خمراً ، وإن من الشعير خمراً
Maksudnya:“Sesungguhnya Arak diperbuat daripada Anggur, daripada tamar, daripada madu, daripada Gandum dan daripada Barli” Walaupun, jika dilihat kepada hadis-hadis yang dinyatakan disini, tidaklah difahami bahawa arak itu mesti terdiri dari benda-benda yang disebutkan sahaja, bahkan semua perkara yang mempunyai unsure-unsur arak (memabukkan), walau daripada apa benda dibuat sekalipun, maka ianya tetap dikira sebagai arak yang diharamkan oleh Allah SWT.
Ianya dikiaskan kepada pengharaman terhadap asnaf ar-riba.Daripada Ubadah bin As-Samit, bersabda Nabi SAW;
الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ مِثْلًا بِمِثْلٍ وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ مِثْلًا بِمِثْلٍ وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ مِثْلًا بِمِثْلٍ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ مِثْلًا بِمِثْلٍ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلًا بِمِثْلٍ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ مِثْلًا بِمِثْلٍ فَمَنْ زَادَ أَوْ ازْدَادَ فَقَدْ أَرْبَى
Maksudnya;“Emas dengan Emas hendaklah serupa, perak dengan perak hendaklah serupa, tamar dengan tamar hendaklah serupa, gandum dengan gandum hendalah serupa, garam dengan garam hendaklah serupa dan barli dengan barli hendaklah serupa. Barangsiapa beri lebih atau minta dilebih daripada itu, maka itu sudah dikira sebagai riba” (Sunan At-Tarmizi : 1161)
Dari hadis ini, walaupun Baginda SAW membataskan kepada enam perkara atau dikenali sebagai asnaf Ar-Riba, namun semua perkara yang mempunyai maksud seperti enam perkara ini, maka ianya juga dikira sebagai riba[2].
Maka keadaan yang sama juga tentang pengharaman Arak, walaupun ianya disebut oleh nabi SAW adalah pada benda-benda yang dinyatakan dalam hadis, namun tetap dikira arak pada benda lain yang mempunyai maksud dengan benda-benda yang dinyatakan pada hadis. (At-Tafsir Al-Kabir : 3/275).
Pengharaman arak tidak sekadar kepada peminumnya sahaja, bahkan pengharaman itu dikenakan juga kepada beberapa kategori manusia yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.
Sabda Nabi:
لعنت الخمر على عشرة وجوه: لعنت الخمر بعينها وشاربها، وساقيها، وبائعها، ومُبتاعها، وعاصرها، ومُعتصرها، وحاملها، والمحمولة إليه، وآكل ثمنها
Maksudnya;“Arak itu dilaknat atas sepuluh wajah, dilaknat Ain arak, peminum, tukang tuang, penjual, pembeli, pemerah, orang minta perah, pembawa, orang yang dibawa kepadanya dan orang yang makan hasil jualan arak”
JUDI
Judi atau dikenali dalam bahasa arab sebagai “Al-Maisir” juga adalah perkara yang diharamkan oleh Allah secara Qatii tanpa khilaf.“Al-maisir” berasal dari kalimah “Al-Yusr” yang membawa maksud “mudah”.
Al-Muqatil menyatakan, diambil dari kalimah “Al-Yusr” yang mengandungi makna “mudah” kerana, judi adalah mengambil harta manusia dengan jalan mudah, tanpa perlu kepada kesusahan dan kerja. (At-Tafsir Al-Kabir : 3/279)
Imam Az-Zamukhsyari menyatakan, pada zaman jahiliyyah, orang-orang dahulu berjudi atau bertaruhan dengan meletakkan beberapa batang kayu yang ditulis nama-nama orang yang bertaruh dalam satu bekas, kemudian apabila seorang “hakim” mencabut salah satu dari batang kayu tersebut, lalu didapati terdapat nama seseorang, maka taruhan itu akan menjadi miliknya.
Inilah judi yang berlaku pada zaman jahiliyyah terdahulu. Pun begitu, disebabkan zaman beralih zaman, judi sudah dilakukan dengan cara lebih hebat, sehinggakan di jadikan sebagai “business”
JUDI DAN ARAK DALAM NEGARA ISLAM
Aku secara peribadi pernah bertanya dengan sebilangan kawan-kawan berbangsa cina tentang status Arak dan Judi mengikut agama mereka.Tidak dipastikan kebenaran dakwaan mereka, yang mana mereka mendakwa, Arak merupakan budaya agama mereka, tetapi tidak pada Judi.
Maka dengan itu, jika diperhatikan kepada kerajaan islam, adakah boleh terus mengharamkan arak terhadap non muslim (kepada muslim adalah haram Qatii) sedangkan arak merupakan kebudayaan agama mereka.
Jika arak itu merupakan budaya keagamaan mereka, maka dalam hal ini, tidak seharusnya kerajaan islam melarang penjualan arak dalam negara Islam terhadap non muslim. Kebenaran menjual itu pula, hendaklah berlaku di kawasan-kawasan penempatan yang terdiri dari kalangan mereka yang tidak beragama Islam.
Hal ini disandarkan kepada pendapat Imam Al-kasani dalam kitabnya “badai As-Sanai’” yang menyatakan;
فِي الْقُرَى أَوْ فِي مَوْضِعٍ لَيْسَ مِنْ أَمْصَارِ الْمُسْلِمِينَ فَلَا يُمْنَعُونَ مِنْ إحْدَاثِ الْكَنَائِسِ وَالْبِيَعِ ، كَمَا لَا يُمْنَعُونَ مِنْ إظْهَارِ بَيْعِ الْخُمُورِ وَالْخَنَازِيرِ
Maksudnya;“Dalam negeri atau tempat yang bukan tempat penempatan orang islam, tidak ditegah mewujudkan gereja dan Biya’ (gereja yahudi), sepertimana tidak ditegah menjual arak dan babi” (Badai As-Sanai : 15/240)
Haram atas kerajaan islam membenarkan penjualan arak berlaku di kawasan-kawasan penempatan orang islam. Jika ini berlaku juga, maka kerajaan islam telah melakukan kesilapan dalam mengurus negara. Hal ini telah ditegaskan oleh Al-Qurafi.Adapun berkenaan dengan judi, maka hendaklah dipastikan, adakah ianya adalah perkara yang berkaitan dengan kebudayaan agama mereka atau tidak.
Jika ianya adalah kebudayaan agama mereka, maka itu dibenarkan. Adapun jika ianya bukan kebudayaan agama mereka, maka ianya hendaklah diharamkan dalam kerajaan Islam, hatta kepada non muslim sekalipun.
Semua keizinan ini sebenarnya diasaskan kepada kebebasan beragama yang kerajan islam berikan kepada non muslim, yang mana ianya adalah berasaskan kepada dalil-dalil berikut;
Firman Allah:
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya;”Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.
Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”(Surah Al-Baqarah : 256)
Sehubungan itu juga, Omar Al-Khattab pernah menulis surat kepada Ahl Al-Quds yang mana isi suratnya adalah seperti berikut;
هذا ما أعطى عبدالله عمر أمير المؤمنين أهل أيلياء من الأمان : أعطاهم أمانا لأنفسهم و أموالهم و كنائسهم
Maksudnya;“Ini adalah pemberian Abdullah Omar Amir Al-Mu’minin kepada Ahl Iilya’ daripada keamanan, Dia memberi keamaman terhadap nyawa mereka, harta mereka dan gereja-gereja mereka” (Tarikh Al-Rusul wa Al-Muluk : 2/308)
Memahami dari ulasan-ulasan ini, kerajaan islam tidak seharusnya melarang berlaku penjualan arak diantara non muslim. Pun begitu, pihak kerajaan islam tidak dibenarkan memakan hasil dari penjualan arak yang berlaku sesame non muslim tersebut.
Ini disandarkan kepada hadis Nabi SAW:
لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ حُرِّمَتْ عَلَيْهِمْ الشُّحُومُ فَبَاعُوهَا وَأَكَلُوا أَثْمَانَهَا وَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِذَا حَرَّمَ عَلَى قَوْمٍ أَكْلَ شَيْءٍ حَرَّمَ عَلَيْهِمْ ثَمَنَهُ
Maksudnya;“Allah telah melaknat yahudi, kerana mereka mengharamkan lemak, lalu mereka menjualnya dan mereka makan hasilnya.
Sesungguhnya Allah, apabila mengharamkan sesuatu kaum dari memakan seseorang, maka Allah akan mengharamkan atas mereka hasil jualannya” (musnad Ahmad : 2111)Ekoran dari itu, hasil jualan arak (samada berbentuk lesen permis atau sebagainya), maka hendaklah digunakan untuk kepentingan non muslim juga.
Ini disandarkan kepada kaedah “Al-Qiyas Al-Jali” yang mana, jika kerajaan islam boleh membenarkan orang non muslim minum arak, maka bersangat dibenarkan kepada non muslim makan hasil kerajaan yang bersumber dari bayaran permis arak.
PENUTUP
Islam adalah agama yang tidak memaksa mereka yang tidak sealiran dengan Islam agar mengikutinya. Dalam hal itu, Islam memberikan hak kepada golongan non muslim untuk mereka beramal dengan agama mereka dengan aman.
Maka dengan itu, negara Islam hendaklah memberikan hak mereka sebagai rakyat, disamping tidak lalai dari berbimbang bahawa amalan mereka itu terkena kepada orang-orang islam.Tulisan ini, bukanlah satu pandangan yang tepat, bahkan ianya sebagai asas perbincangan dari mana-mana pihak dalam menentukan hak non muslim dalam sesebuah negara Islam yang berasaskan ulasan ulama-ulama yang muktabar.
Sekianp/s : Negara Islam adalah negara adil dan Negara kasih sayang. Tidak memaksa, tetapi memberi kesedaran. Memberikan hak, tanpa menafikan. Tidak seperti negara bangsa melayu ala UMNO.
kalimah melayu dijulang, bangsatkan melayu diulang-ulang.. jijikkan cina dan india, dikala mereka tidak membela. Semua rakyat sudah pandai, justeru menumbangkan UMNO yang bebal .. UMNO memang jijik dan kotor.***ini artikle lama.
Sengaja di pamerkan sekali lagi untuk kefahaman kepada sebilangan orang-orang UMNO yang tak faham dan yang buat-buat tak faham....Wallahu ’Alam

Monday, April 20, 2009

Perkukuhkan Pakatan Rakyat - Presiden PAS

Sumber : siasahdaily.blogspot.com

Oleh Ismail Hashim

BUKIT GANTANG, 20 April: Kerjasama antara parti-parti politik yang berjuang menegakkan kebenaran dalam Pakatan Rakyat (PR) perlu diperkukuhkan bagi menghadapi segala situasi politik yang tidak konsisten mutakhir ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa bentuk kerjasama yang dijalin antara PAS dalam PR sangat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Umno dalam BN sejak sekian lama.Menurutnya, PAS tetap berpegang teguh dan istiqamah dengan dasar perjuangan parti tanpa sedikit pun menggadai prinsip tidak seperti mana Umno yang bergabung dalam BN tetapi langsung tidak menguntungkan bangsa Melayu, Islam dan masyarakat terbanyak.

Umno selama lebih 50 tahun, hujahnya, berkawan dengan parti bukan melayu gagal memberikan gambaran salah terhadap Islam sehingga mereka langsung tidak dapat mengenali agama suci ini dengan pandangan positif dan betul.


"Dalam feqah politik Islam, kerjasama wala’ diharamkan kerana menggadai prinsip, tidak istiqamah dan konsisten seperti mana yang dilakukan oleh Umno dalam BN, PAS pula dalam PR menjalin kerjasama tahalluf yang tetap pegangan, prinsip dan sikap,” tegas beliau lagi.


Presiden PAS sekali lagi menyatakan kejayaan PR selama ini adalah masing-masing dapat menerima fitrah manusia kerana sememangnya itu adalah kurniaan Tuhan yang mesti diterima semua pihak.


Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dalam majlis ceramah perdana sempena majlis kesyukuran kemenangan calon PAS, Datuk Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin dalam pilihan raya kecil (PRK) 7 April baru lalu.


Turut berucap dalam Majlis yang diadakan di Markas PAS Kawasan Bukit Gantang di Bukit Chempedak dekat sini adalah Naib Presiden PAS juga Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang, Haji Nizar, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham, Adun Hutan Melintang, K Kasavan dan YDP Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Nordin.


Dalam mesyuarat bulanannya baru-baru ini, Jawatankuasa PAS Pusat menarik balik idea membentuk kerajaan perpaduan ketika di bawah Datuk Seri Abdullah sebaik sahaja Datuk Seri Najib naik menjadi PM ke-6, awal April lepas.


Sementara itu, orang ramai bertali arus di Dataran Nik Aziz, Simpang, dari pagi hingga petang 19 April, baru-baru ini bagi memeriahkan lagi majlis meraikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) yang diwakili calon PAS, Dato’ Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin dalam pilihan raya kecil (PRK) 7 April lalu.


Sejak jam 12 tengah hari sehinggalah menjelang 4 petang, majlis berjalan dalam keadaan baik dan teratur meskipun berlaku hujan di kawasan-kawasan sekitar sebelum itu; kemeriahannya berlangsung dalam suasana sangat memberangsangkan.


Orang ramai secara bersama dan mewakili semua kaum di dalam kawasan mengundi Parlimen Bukit Gantang; dengan jelas memberikan isyarat terhadap kehendak anggota masyarakat dalam negara ini.

Wednesday, April 15, 2009

Iniya Tamizh Puthaandu Nalvazhthukkal!

Sumber : Siasahdaily

KUALA LUMPUR, 14 April: PAS berharap seluruh masyarakat India di dalam negara ini dapat membuat perubahan besar bagi mencapai kehidupan lebih hebat sempena sambutan tahun baru yang disambut pada hari ini di seluruh dunia.


Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa mengambil kesempatan mengucapkan Iniya Tamizh Puthaandu Nalvazhthukkal! kepada semua anggota masyarakat India yang sedang bergembira menyambut hari pertama dalam tahun ini.