"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Friday, January 30, 2009

Kenyataan Tok Guru berhubung kes kematian A.Kugan

Sumber : Utusan Malaysia Online


Jangan jejaskan keharmonian rakyat

KOTA BHARU 28 Jan. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa semua pihak supaya tidak menjadikan kes kematian A. Kugan sebagai isu perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian kehidupan masyarakat.


Beliau yang bimbang isu itu berlarutan berkata, walaupun negara ini terdiri daripada pelbagai kaum, namun apa yang berlaku perlu dilihat dari sudut kemanusiaan dan tidak disempitkan.


Katanya, sebagai sebuah negara berbilang kaum, perkara paling penting setiap kali timbul masalah seperti itu ialah nilai kemanusiaan dan biarlah siasatan terperinci dilakukan terlebih dahulu.


"Saya harap tidak ada pihak yang melihat isu ini melalui sudut perkauman kerana ia akan menjadikan perkara ini semakin rumit," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas mengenai kes kematian A. Kugan, seorang suspek kumpulan samun dan curi kereta mewah yang ditahan reman sejak 15 Januari lalu untuk membantu siasatan.


Kugan disahkan mati empat hari kemudian selepas muntah-muntah pada pukul 11.30 pagi di Hospital Serdang, Kuala Lumpur.


Sambil melahirkan rasa sedih beliau mengenai insiden itu, Nik Abdul Aziz menggesa pihak berwajib yang melakukan siasatan supaya menjalankannya dengan telus tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.


Katanya, pihak berwajib tidak boleh menutup kes itu daripada pengetahuan orang ramai kerana ia akan memberi satu gambaran negatif.


Selain itu, beliau akan turut menghantar seorang wakil untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga Kugan yang dalam keadaan kesedihan.


Menyentuh mengenai perarakan mengiringi upacara pengkebumian Kugan hari ini, beliau berkata, ia tidak sepatutnya dihalang kerana mereka yang menyertainya cuma ingin menyatakan simpati.

2 comments:

Anonymous said...

bila nak dtg sabah y.b. kelab penyokong pas sabah still 'zero'

pasnational_unity said...

InsyaAllah, pihak LPN Pusat akan mengambil perhatian di atas maklumat ini.

Masa dan tarikh akan ditentukan kemudian.