"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Monday, February 16, 2009

PAS bimbang nama baik sultan tercemar

Sumber : Siasahdaily

IPOH, 14 Feb: PAS menyifatkan kisis di Perak boleh mencemarkan nama baik raja yang dianggap sebagai payung rakyat.Demikian kata Dr Mujahid Yusof Rawa, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS dalam kenyataannya.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
Krisis di negeri Perak telah menggemparkan rakyat Malaysia dan membawa kesan yang buruk kepada usaha menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kesan daripada krisis ini juga telah mengheret institusi raja kepada tanggapan yang boleh mencemarkan nama baik raja yang dianggap sebagai payung rakyat.
Umno dan BN pula dianggap sebagai pencetus kepada keadaan huru-hara pentadbiran kerajaan Negeri Perak di mana rakyat negeri Perak menjadi mangsa rakus politik ala ‘perompak’ BN /Umno.
Kami merakamkan rasa kesal yang amat sangat kepada apa yang berlaku di negeri Perak dan merayu pihak yang mencetuskan keadaan ini supaya bersikap rasional dalam membuat percaturan politik dan mengecam politik gangsterism yang telah menafikan hak rakyat Perak yang telah memilih kerajaan pilihanmereka.
Kebimbangan kami berasaskan kepada beberapa amalan politik tidak bertamadun antaranya;
1. Menculik , mengugut dan menyiksa secara mental ADUN yang terlibat supaya meninggalkan Pakatan Rakyat dalam usaha menjatuhkan kerajaan sah Pakatan Rakyat.
2. Mengamalkan budaya rasuah dengan membeli 3 ADUN Pakatan Rakyat sebagai ganjaran mereka meninggalkan parti yang mereka menang dalam PRU yang lalu.
3. Politik dendam kesumat dan benci sehingga sanggup melakukan apa sahaja walaupun dengan cara yang kotor dan tidak bertamadun.
4. Amalan bacul yang berselindung di sebalik istana, polis dan media bagi menutup pekong mereka sehingga rakyat hilang kepercayaan kepada institusi yang sifatnya melindungi kepentingan awam bukan parti tertentu.
5. Amalan politik perkauman yang mencetuskan ketegangan kaum melalui fitnah dan penipuan seolah Pakatan Rakyat anti raja dan anti Melayu.
6. Media menjadi alat menyebarkan fitnah, pembohongan dan penipuan bagi memenuhi kehendak agenda Umno/BN sehingga hilang kredebiliti pemberitaan yang professional.
Oleh itu, penyelesaian yang adil bagi menamatkan krisis yang berlaku perlu dikembalikan kepada landasannya yang sahih. Landasan itu hendaklah mengembalikan mandat rakyat supaya diberi peluang menentukan parti manakah yang mereka akan pilih unuk mewakili mereka di DUN.
Sebagaimana kami menegaskan juga bahwa kami tidak menentang Raja atau tidak menghormati Institusi Istana, kami Cuma menuntut supaya mandat rakya dikembalikan bagi menyelamatkan kecelaruan yang berlaku kerana tindakan tidak demokratik BN/Umno dalam memenuhi nafsu politik yang tidak mengenali batasan batasan amalan politik matang dan waras.
Akhirnya kami menyeru supaya rakyat Perak khususnya bertenang menghadapi ujian perit dan konsisten dalam tuntutan mereka untuk mendapat mandat baru dan tidak melakukan sesuatu hasil daripada provokasi pihak-pihat tertentu yang sememangnya mahu kita bertindak di luar undang-undang.