"You are welcome to the world of unity"
YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)
"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)
Petikan titah DiRaja DYTM Raja Nazrin Shah
IPOH, 15 MEI 2008 –
“Tempoh hayat manusia terlalu singkat untuk dibazirkan dengan bersengketa. “Bumi dan negeri ini terlalu kecil untuk dijadikan medan berbalah.
“Berpeganglah kepada semangat bahawa air adalah air, tidakkan putus walaupun dicencang”.
“Sesungguhnya amat malanglah bagi generasi muda yang bakal mewarisi pusaka bangsa jika di hari muka mereka kehilangan khazanah yang selama ini berada dalam kendungan bangsanya.
“Bersatulah atas nama agama, bersatulah atas nama bangsa dan bersatulah atas nama negara”.
Demikianlah antara titah DYTM Raja Dr. Nazrin Shah ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak di Kompleks Islam Darul Ridzuan

Maaf dipinta kerana tak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini atas kekangan dan keterbatasan waktu yang ada.InsyaAllah, saya akan cuba kumpulkan semula berita-berita yang telah dilaporkan berhubung kait dengan aktiviti Lajnah Perpaduan Nasional Pusat dan Adun-adun Perpaduan Nasional dalam ruang blog ini bagi memudahkan akses carian maklumat atau aktiviti yang telah dijalankan atau yang akan diadakan.Moga Allah SWT memberi kekuatan...
Seeru 'ala barokatillah.
Moderator
"Memimpin Perpaduan"