"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Tuesday, August 21, 2007

Lagi aktiviti kebajikan Kelab Penyokong Di Parit Buntar

Tanjung Piandang : Kekerapan aktiviti Kelab Penyokong PAS Parit Buntar bersama orang Tionghua membuktikan keaktifan bergerak dalam komuniti orang Tionghua. Perkara ini diakui sendiri oleh penduduk Tionghua yang mendapatkan khidmat kesihatan anjuran Kelab Penyokong bersama doktor-doktor sukarela. Menurut mereka, PAS sudah banyak mengadakan aktiviti bersama-sama dengan orang Tionghua dan mereka tidak berasa janggal bila PAS datang mengadakan program.

Image

Seorang doktor sukarela yang menabur khidmat berkata, mereka tidak pernah melihat kawasan lain di Perak yang dapat mengadakan program bersama dengan orang Tionghua semeriah di Parit Buntar.

"Kami rasa seronok menerima jemputan Kelab Penyokong kerana orang-orang Cina di sini tidak kekok untuk berinteraksi dengan kami. Sebelum ini kami banyak mengadakan khidmat kesihatan untuk orang Melayu. Parit Buntar sahaja yang buat untuk orang Cina. Orang Cina ini amat menghargai kami kerana setiap kali program adalah buah tangan yang orang Cina di sini beri. Dulu di Pekan Kuala Kurau mereka beri ikan.“ katanya.

Image


Khidmat Kesihatan percuma ini telah menarik ramai orang Tionghua untuk mendapatkan kaunseling kesihatan dan ubat-ubatan. Menurut En. Hamdan Fadel, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Parit Buntar, sebelum tertubuhnya Kelab Penyokong orang Tionghua di sini sudah banyak bersama PAS mengadakan program-program seperti ini. Turut hadir memberi sokongan kepada program Kelab Penyokong PAS Parit Buntar ialah Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Dr. Mujahid bin Haji Yusuf Rawa.

Di petik dari laman PAS Parit Buntar