"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Tuesday, July 14, 2009

Kehebatan Islam dari kacamata bukan Islam

Sumber : Harakahdaily.net

Mohamed Hanipa Maidin
Mon Jul 13, 09 1:49:16 pm MYT

Apabila mendengar ucapan dari sahabat Kelab Penyokong PAS di Muktamar PAS yang baru berlalu, saya merasa gembira bercampur cemas. Gembira kerana golongan bukan Islam tidak takut dan kekok bersama-sama dengan PAS. Cemas kerana harapan yang tinggi mereka letakkan pada PAS takut-takut diambil ringan oleh pemimpin PAS di segenap peringkat.


Atas kesedaran itu saya bercadang untuk menulis di ruangan ini berkaitan kehebatan undang-undang Islam berbanding undang-undang buatan manusia (man made law) sebagai satu renungan para sahabat bukan Islam atau orang Islam (baca Umno) yang masih tidak yakin dengan undang-undang Islam.

Di dalam buku yang ditulis Dr Ali Akbar Velayati (mantan Menteri Luar Iran) bertajuk "The Encyclopedia of Islam and Iran", penulis memberitahu bagaimana ketika beliau menjadi Menteri Luar Iran dan berjumpa dengan Menteri Luar Jerman, Hans Detrisch Ganscher, pemimpin Jerman itu telah meminta Iran menggunakan pengaruhnya untuk meyakinkan pemerintah Sudan agar meninggalkan hasrat menegakkan undang-undang Islam (syariah) di negara tersebut.

Dr Velayati mengatakan bahawa daripada apa yang dikatakan oleh Menteri Luar Jerman kepada beliau, adalah jelas bahawa rakan sejawatnya itu tidak mempunyai idea apakah undang-undang Islam yang sebenar.

Sebab itu tidak pelik jika kita membaca buku yang ditulis oleh Murad Wilfried Hofman (seorang bekas diplomat German yang memeluk Islam) bertajuk "Islam the Alternative" (Der Islam als Alternative). Buku itu menjadi perbahasan hangat di Bundestag (Parlimen Jerman) dan beliau telah dilabel sebagai fundamentalis oleh rakyat Jerman.

Namun buku yang ditulis oleh Murad Hofman diterjemahkan dalam banyak bahasa termasuk bahasa Arab (al-Islam ka Badil).

Di dalam buku itu beliau telah berhujah dengan menarik sekali tentang kehebatan sistem Islam. Sebagai contoh ketika membincangkan tajuk undang-undang antarabangsa, Murad Hoffman menyatakan:

"Al-Quran memberikan landasan yang sangat baik untuk undang-undang antarabangsa mengenai kontrak dan perjanjian, status golongan minoriti dan hukum suaka politik dan hukum perang. Al-Quran menekankan prinsip bahawa perjanjian harus dipatuhi hatta dengan orang-orang bukan Islam.

"Surah Al-Maidah dimulai dengan kalimat: "Wahai orang-orang yang beriman tepatilah semua janji kamu". Prinsip menghormati perjanjian sekarang ini diguna pakai di dalam undang-undang antarabangsa di bawah doktrin "pacta sunt servanda".

Mengenai hak golongan minoriti kata Murad Hoffman, undang-undang al-Quran menunjukkan toleransi yang amat luar biasa. Undang-undang ini dan amalan yang serupa tidak akan dijumpai di tempat lain baik pada abad ke tujuh atau seribu tahun kemudian.

Kita hanya perlu mengingat kembali nasib kaum Hugenout, orang-orang Protestan di Salzburg, bangsa Yahudi di Rusia dan kaum Muslim di Andalusia, India (misalnya pembunuhan di Gujerat) dan Bosnia bagi membolehkan kita menghargai kehebatan Islam dalam melindungi nasib golongan minoriti.

Keberkesanan Islam melindungi hak dan kepentingan kaum minoriti terbukti dari berkembangnya masyarakat Yahudi di seluruh dunia Islam ? dari Maghribi ke Yaman dan Istanbul hingga abad ke-20 ini. Bangsa Yahudi di Sepanyol yang telah mengenal kaum Muslim mencari perlindungan di kawasan kediaman orang Islam di Sepanyol dan Saloniki Turki ketika mereka diusir oleh golongan Kristian pada awal abad ke-16.

Saya tidak pasti sama ada orang Barat atau orang Islam sendiri sedar bahawa pada 7 Julai 1951 satu persidangan yang dinamakan sebagai "Minggu Undang-undang Islam" (Week of Islamic Law) telah diadakan di Perancis. Program bersejarah tersebut telah dihadiri oleh ramai cerdik pandai atau sarjana undang-undang dari Timur dan Barat dan program tersebut telah dipengerusikan oleh Profesor Milliot dari Universiti Paris.

Apa yang saya ingin kongsikan dengan para pembaca sekelian adalah resolusi yang diluluskan sebulat suara di akhir persidangan tersebut.

Antara resolusi yang diluluskan adalah seperti berikut:

"Kami para delegasi yang amat berminat dengan masalah yang dibangkitkan ketika persidangan 'Minggu Undang-Undang Islam' dan melalui perbahasan yang dilakukan amat jelas menunjukkan bahawa prinsip undang-undang Islam adalah satu nilai yang amat berharga dan tidak boleh dipertikaikan.

"Kewujudan pelbagai mazhab di dalam sistem undang-undang yang hebat ini menunjukkan wujudnya nilai dan unsur penghakiman dan teknik-teknik hebat yang membuatkan undang-undang ini amat mudah untuk menjawab dan mengadaptasi keperluan-keperluan semasa yang berlaku di dalam kehidupan moden ini.

"Dan adalah disyorkan suatu jawatankuasa dibentuk untuk membuat satu Kamus Undang-Undang Islam bagi memudahkan orang ramai merujuk hasil-hasil karya berkaitan sekaligus menjadi satu khazanah maklumat undang-undang Islam mengikut kaedah moden."


Mantan Pengerusi Majlis Peguam Britain Stephen Hockman QC pernah menyatakan bahawa syariah pasti akan menjadi sebahagian sistem undang-undang British dan kerja-kerja perlu dilakukan untuk memasukkan syariah ke dalam undang-undang British.

Hockman berkata demikian ketika berucap dalam satu pertemuan yang dianjurkan oleh Website Islam4UK.

Ketika memberitahu Daily Express, Hockman berkata: "Mengambil kira jumlah besar penduduk Islam di Britain adalah penting kita mencari jalan untuk menyatukan budaya Islam ke dalam tradisi kita."- tajdid_

Monday, July 13, 2009

Islam jamin keadilan untuk bukan Islam

Harakahdaily
Sun Jul 12, 09 2:31:16 pm MYT


MARANG, 12 Julai (Hrkh) - Islam tetap akan memberi jaminan keadilan hak terhadap orang bukan Islam sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata hak orang bukan Islam di negara ini tetap dijamin dengan adil.

Oleh itu, katanya masyarakat bukan Islam tidak perlu bimbang dalam urusan kebebasan hak kehidupan, perkahwinan dan makanan.

"Kita (PAS) jamin boleh selesai kerana hak orang bukan Islam tetap dijamin dengan adil dalam keadaan kita memelihara masyarakat sekeliling.

"Apa lagi dalam suasana negara dilanda penyakit H1N1 pada hari ini dan itu perlu dipandang dengan serius.

"Kita tidak boleh haram (makan babi) walau itu membawa penyakit tetapi itu hak orang bukan Islam yang mesti kita beri kepada mereka," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Star, Kedah.

Ustaz Abdul Hadi berkata hak orang bukan Islam dijamin oleh al-Quran dan Hadis dalam masalah kehidupan, perkahwinan dan makanan mereka.

"Dijamin oleh al-Quran, dijamin oleh Hadis Nabi s.a.w. supaya hak orang bukan Islam dalam masalah kehidupan mereka, perkahwinan mereka, makanan mereka hendaklah diberi kebebasan dengan kawalan-kawalan yang manasabah.

"Kita (PAS) serah kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk melaksanakan kawalan yang munasabah dengan tidak menafikan hak orang bukan Islam," ujarnya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini. - mks. _

Sunday, July 12, 2009

MANEK URAI : EKSKLUSIF - VINCENT LEE AJAK SOKONG PERJUANGAN ISLAM


oleh MEDIA BYPASS rakan Kelantan

Pengerusi Kelab Penyokong Pas Pusat (Kaum Cina), Vincent Lee menyifatkan perjuangan Pas yang berlandaskan Islam merupakan wadah terbaik merealisasikan pentadbiran jujur, ikhlas dan adil untuk seluruh umat termasuk bukan Islam.

Oleh demikian, katanya orang Islam sendiri wajar berjuang seiringan dengan Pas bagi memastikan rakyat negara ini memdapat layanan dan pembelaan yang sepatutnya tanpa membeza-bezakan kaum.

"Perjuangan Pas berlandaskan tuntutan Islam jelas terbukti mendatangkan kebaikan kepada semua kaum, sebab itulah Pas beroleh sokongan luar biasa pada Pilihan Raya Umum lalu.

"Saya merayu kepada orang Melayu (Islam), jika bukan Islam sudah menaruh keyakinan sedemikian rupa terhadap perjuangan Pas, kenapa anda (orang Melayu) sendiri tidak ikut dan menyokong sebuah parti yang menjadikan ajaran Islam sebagai landas perjuangannya?

"Oleh itu, saya harap pengundi-pengundi di Manik Urai sedar bahawa inilah masa untuk mereka memberi sokongan kepada Pas yang selama ini tidak pernah berhenti memperjuangan keadilan untuk rakyat dan memartabatkan Islam sebagai panduan hidup ke arah kemuliaan dan perpaduan semua kaum," katanya kepada MEDIA BYPASS ketika ditemui di Manik Urai semalam.

Vincent Lee yang juga Pembantu Khas kepada YB Dr Lo'Lo (Ahli Parlimen Titiwangsa)berkata, pelbagai isu membabitkan pemimpin BN telah membangkitkan rasa muak rakyat, mereka merungut kerana hak rakyat tidak dibela sepenuhnya kerana sikap sesetengah pemimpin lebih mengutamakan kepentingan diri.


Menurutnya, rakyat khususnya di manik Urai patut buat perhitungan dengan pengkhianat bangsa seperti itu dengan menggunakan kuasa undi memberikan kemenangan kepada calon Pas.

"Kita ada undi di tangan, kitalah yang berhak tentukan siapa pemimpin yang akan mewakili dan membela nasib kita kerana rakyatlah yang membayar gaji mereka. Jadi, jangan terpengaruh dengan umpan gula-gula BN kerana mereka datang hanya pada masa pilihan raya sahaja.

"Pengundi Manik Urai sudah kenal dengan permainan BN yang hantar bermacam peruntukan semasa pilihan raya, kita kena tetapkan hati untuk tidak tertipu, pastikan undi hanya untuk memperkukuhkan kerajaan Kelantan yang membangun bersama Islam," katanya.

http://kedahlanie.blogspot.com/2009/07/manek-urai-eksklusif-vincent-lee-ajak.html

http://pendikargunung.blogspot.com/2009/07/vincent-di-mu-cina-sokong-islam-mengapa.html

http://rubbertapperz.blogspot.com/2009/07/eksklusif-vincent-lee-ajak-sokong.html

Melayu mesti kaji Cina

Oleh A. Murad Merican

Pada hari Sabtu 20 Jun, Utusan Malaysia menyiarkan paparan dan perbincangan isu-isu utama akhbar-akhbar berbahasa Cina dari 8 hingga 13 Jun. Dalam senario negara sekarang, amatlah wajar dan tepat sekali kita dimaklumkan kandungan dan sentimen salah satu kumpulan surat khabar yang mewakili kaum minoriti yang signifikan dalam masa depan politik kita.

Peraturan politik dan perundangan negara dicetuskan dan diwarnai oleh kesefahaman antara Melayu, Cina dan India. Masing-masing dari segi sejarah dan politik telah mencapai kesefahaman dalam berkongsi kuasa memerintah negara ini. Malangnya kesefahaman itu berlandaskan kepada rasional dan hujah yang tidak semestinya sealiran.

Dan ini dapat kita perhatikan dalam kandungan dan perdebatan surat khabar dan majalah yang diterbitkan sepanjang zaman sejak 1806, permulaan penerbitan surat khabar dalam sejarah Malaysia.

Persejarahan dan sejarah surat khabar di Malaysia umumnya menyentuh penerbitan dan perjuangan kewartawanan Melayu, berlandaskan kepada politik identiti, gagasan dan budaya Melayu. Tidak ada persejarahan perjuangan kewartawanan Cina atau Tamil dalam mendebatkan masyarakat majmuk lalu mewujudkan masyarakat Malaysia.

Memang terdapat kaitan yang akrab di antara kewartawanan dan persuratkhabaran dengan pembentukan identiti, jiwa bangsa, ruang sejarah, tempat asal dan memori kolektif.
Kewartawanan dan surat khabar Melayu memaparkan soal-soal identiti dan kemelayuan, sama ada dalam lingkungan Melayu Semenanjung Tanah Melayu atau menyuarakan gagasan "Melayu Raya"; begitu juga ekspresi "Melayu Jati" dalam membezakan dengan "Darah Keturunan Keling" - DKK atau "Darah Keturunan Arab" - DKA sebelum Perang Dunia Kedua.

Setiap surat khabar mempunyai khalayaknya sendiri, seperti juga halnya dengan surat khabar dan majalah Melayu sepanjang zaman - dari Jawi Peranakan (1876), kepada al-Imam (1906), Idaran Zaman (1925), al-Ikhwan (1926), Warta MalayaMajlis (1931) dan Utusan Melayu (1939), sehinggalah kepada terbitan-terbitan selepas merdeka dan pasca 1970-an.

Surat khabar-surat khabar tersebut, dengan berganding bersama persatuan-persatuan Melayu sebelum perang, seperti Persatuan Guru-Guru Melayu, Persatuan Kesusasteraan Melayu, Persatuan Bolasepak Melayu dan sebagainya, giat "memajukan" nama "Melayu" dalam pelbagai bentuk termasuk nama-nama surat khabar seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Panji-Panji Melayu, Jajahan Melayu, Suara Melayu, Dunia Melayu, dan Pemimpin Melayu.

Kita akur jasa dan pengorbanan wartawan, persuratkhabaran dan kewartawanan Melayu dalam menonjolkan dan meletakan tema Melayu dalam naratif mereka. Malah Utusan Melayu dalam isu pertamanya mengiystiharkan perjuangannya kepada agama, bangsa dan negara.

Tetapi kita tidak nampak surat khabar berbahasa Cina dan Tamil memaparkan sentimen dan menghala kiblat mereka kepada Malaya dan masa depan pembentukan Malaya sebagai satu masyarakat dan negara bangsa, walaupun surat khabar seperti Nanyang Siang Pau (1923) atau China Press (1946) telah lama wujud.

Tidak dinafikan surat khabar Cina di Malaysia mempunyai kepentingan dan tanggungjawab kepada masyarakat Cina. Persoalannya, apakah kepentingan itu melebihi kepentingan negara, kepentingan tanggungjawab kaum Cina dalam mengamal dan mematuhi sikap dan nilai yang sepatutnya sebagai warganegara Malaysia?

Sebenarnya, di sinilah letaknya kewartawanan dan persuratkhabaran dalam memperjuangkan konsep dan amalan Malaysia berlandaskan kepada perlembagaan. Kewartawanan mesti menunjukkan jalan ke arah keluhuran Perlembagaan. Usaha ini merentasi parti dan perkauman.

Saya tidak nampak peranan ini dimainkan dan dipertanggungjawabkan ke atas surat khabar Cina. Masyarakat dan surat khabar Cina di negara ini perlu bersyukur bahawa kerajaan tidak menyekat dan membantut perkembangan kewartawanan Cina di negara ini. Terdapat lebih banyak tajuk, pengedaran dan pembacaan surat khabar Cina berbanding dengan tajuk, pengedaran dan pembacaan surat khabar Melayu.

Pihak kerajaan juga akur akan gesaan masyarakat Cina untuk mengekalkan kepelbagaian pendapat dan ekspresi identiti mereka. Akan tetapi, para wartawan dan surat khabar Cina nampaknya terasing daripada aliran perdana negara. Sebagai bekas wartawan dan sekian lama mengkaji kewartawanan dan persuratkhabaran di Malaysia, saya dapati masyarakat kewartawanan Cina wujud dalam dunia mereka tersendiri, seolah-olah enggan berganding sebagai satu fraterniti kewartawanan di Malaysia.

Di sinilah letaknya peranan kewartawanan dan persuratkhabaran Melayu sebagai pemimpin dan 'abang' kepada fraterniti itu di Malaysia. Walaupun surat khabar Melayu perlu akur kepada pembaca dan khalayaknya, ia juga mesti meluaskan ruang dan penonjolan identitinya sebagai surat khabar nasional, dan bukannya vernakular.

Surat khabar Melayu yang ada hendaklah mencipta semula nilai dan falsafah mereka dan menjadi setanding dengan surat khabar di dunia. Surat khabar Melayu hendaklah "menasionalkan" semula bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Walaupun kita berlegar dalam dunia siber dengan kewartawanan dalam talian, serta aktiviti blog, surat khabar dalam bentuk dan paparannya, akan terus menjadi satu institusi penting dalam mencorak pemikiran dan politik sesebuah negara. Dengan itu saya mencadangkan beberapa rancangan untuk tindakan selanjutnya.

Pertama, sekolah-sekolah kewartawanan di Malaysia melihat kaitan kewartawanan dan etnisiti sebagai satu fenomenon kritikal dan perlu dikaji dan fahami dengan mendalam. Surat khabar dan kewartawanan perlu dengan sedar dikaji dalam konteks budaya dan etnisiti. Selama ini kewartawanan di negara ini diajar tanpa meletakkannya dalam konteks budaya dan masyarakat di Malaysia.

Dengan itu, kajian kewartawanan dan surat khabar Cina di Malaysia/Asia Tenggara/Cina Nanyang dalam bentuk mata pelajaran, projek penyelidikan atau pusat kecemerlangan (pusat/institut kajian kewartawanan Cina) perlu diwujudkan.

Sudah tiba masanya para akademik/penyelidik Melayu melihat kajian Cina pada umumnya sebagai satu rancangan strategik. Jika kita tidak kaji masyarakat itu, sampai bila-bila kita tidak dapat mencetuskan ilmu yang semantap-mantapnya. Kita hanya mengetahui masyarakat Cina umumnya melalui budaya dan media popular, serta pengalaman secara individu dan seharian. Kita tidak mengetahui orang Cina melalui ilmu yang objektif.

Kedua, lanjutan cadangan yang pertama, ada baiknya dalam hal ini jika universiti-universiti tempatan menubuhkan pusat kecemerlangan kajian Cina (Chinese Studies), bukan kajian negara China (China Studies) seperti yang tertubuh di Universiti Malaya.
Ini bukan soalan belajar bahasa Cina yang telah lama dijalankan dan dipelajari oleh pelajar Melayu. Ini soal mengkaji dan mempelajari psiki, jiwa, pandangan, pemikiran dan sentimen Cina. Beberapa tahun lalu, idea itu dilontarkan kepada kalangan pengurusan Universiti Teknologi Mara dalam usaha menstruktur semula universiti itu dan menubuhkan sebuah gugusan Liberal Arts.

Cadangan menubuhkan institut kajian Cina dan memulakan program kajian Cina dipandang serong kononnya ia tidak sesuai diwujudkan dalam sebuah universiti Bumiputera. Soalan yang dilontarkan sebaliknya ialah mengapa perlu belajar dan mengkaji masyarakat Cina? Inilah prejudis Melayu yang hanya merugikan dirinya sendiri.

Pada hal usaha tersebut perlu dilihat secara strategik di mana sebuah universiti Bumiputera dapat secara sistematik mencetuskan ilmu tentang masyarakat dan pemikiran Cina supaya persaingan itu dapat dilakukan secara bijak. Kita mesti tahu pesaing kita dahulu. Inilah peranan gagasan kajian Cina oleh para akademik, pengkaji dan cendekiawan Melayu.

Ketiga, memandangkan kepada pengaruh kewartawanan Cina kepada masyarakat Cina di negara ini sehinggakan ia menjadi satu arus aliran yang bertentangan dengan saluran maklumat berkepentingan negara, ada baiknya pemilik surat khabar/media Melayu, dan para wartawan dan editor Melayu menerbitkan surat khabar berbahasa Cina. Tidak kiralah sama ada ini strategi terbuka atau tidak. Apa yang penting, Melayu juga ada hak untuk menentukan arah aliran kewartawanan berbahasa Cina.

Beberapa institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) milik kaum Cina telah mewujudkan pusat pengajian Melayu. Apakah perkembangan ini dan implikasi jangka panjangnya tidak dipedulikan oleh masyarakat, wartawan dan cendekiawan Melayu? Apa yang penting sekarang ialah masyarakat cendekiawan Melayu memulakan usaha mengkaji kaum Cina dalam dimensi keilmuan dan kesarjanaan dan menerbitkan ilmu itu daripada perspektif Melayu.

Jika tidak, pemikiran, masyarakat dan surat khabar Melayu, serta konsep-konsep hak asas dan demokrasi di Malaysia akhirnya akan ditakrifkan oleh kewartawanan Cina.

PENULIS ialah Profesor Ilmu Kemanusiaan, Universiti Teknologi Petronas, Perak.

WANITA PAKATAN RAKYAT FAKTOR PENSTABIL KEPADA MUAFAKAT PAKATAN RAKYAT:

Pelbagai isu timbul akhir-akhir ini yang boleh menggoyahkan PR, dari isu Kerajaan Perpaduan, isu pemecatan Ahli Majlis PKR oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, isu Pusat Penyembelihan babi di Kedah dan yang terkini pertemuan Pemuda PAS dengan Pemuda UMNO di Lobi Parlimen.

Wanita PR mengambil berat akan perkara2 dan isu2 yang timbul dan telah mengambil satu keputusan untuk meletakkan Wanita PR berperanan sebagai FAKTOR PENSTABIL UNTUK MUAFAKAT PAKATAN RAKYAT.

Pakatan Rakyat baru sahaja diujudkan selepas keputusan PRK12 pada 8 Mac 2008 sudah pastilah belum cukup kuat, sudah pastilah memerlukan kebijaksanaan, kesabaran dan pengorbanan yang tinggi sebelum satu keyakinan antara satu sama lain benar2 mengikat PR dalam satu muafakat yang mantap.

Oleh itu Wanita PR telah bersetuju untuk mengambil satu pendekatan pro-aktif iaitu Wanita PR tidak lagi hanya menjadi pemerhati dan penonton kepada percecokan antara komponen2 PR. Kita akan mainkan peranan yang aktif dan pro-aktif untuk menyatakan pendirian kami dan akan mengambil pendekatan2 yang kami fikir perlu sebagai Faktor Penstabil PR.

Seruan kami supaya dalam apa2 isu pun pimpinan PR disemua peringkat mesti mengambil langkah2 melalui saluran parti masing2 dan forum PR sebelum membuat kenyataan media atau mengambil sesuatu langkah terutama langkah2 yang boleh menggugat muafakat PR.

Gunakan semua saluran komunikasi dalam parti, give&take, bersedia untuk bersetuju atas perkara2 yang dipersetujui dan bersedia untuk BERSETUJU atas perkara yang TIDAK disetujui . Sekali lagi kami Wanita PR merayu dan menyeru supaya segera diwujudkan satu Sekretariat PR disemua peringkat juga mewujudkan MEKANISMA PERMUAFAKATAN PR yang jelas dan dihayati oleh pimpinan dari peringkat Majlis Presiden hingga kepimpinan cawangan juga Wakil-wakil Rakyat.

Kami juga menyeru supaya segera dirancang satu 'reatreat' pimpinan PR selepas PRK Manek Urai yang melibatkan semua pimpinan Pusat, Negeri, Ahli2 Parlimen dan ADUN PR. Tulisan saya ini bukan satu kenyataan rasmi tetapi hanyalah satu pemerhatian yang saya catitkan dalam perbincangan2 tidak rasmi dikalangan Ahli2 Parlimen Wanita PR.

YB Dr Lo'lo' Dato' Ghazali
Ahli Parlimen Titi Wangsa

Saturday, July 11, 2009

A rude lesson on unity and stability — Ching Cheong

Source : The Malaysian Insider

JULY 10 — Decades of bad blood over inter-ethnic ties, official missteps and external influences boiled over into violence last Sunday in remote Xinjiang province in northwest China.

Unlike the rest of the province, which is predominantly Muslim, the capital city Urumqi is populated by mostly Han Chinese.

To the Han Chinese, Xinjiang — so named by Qing Dynasty rulers and whose name means “new frontier” — has been a part of China since 1884. Before that, China and 36 small kingdoms in the region had maintained a kind of suzerain relationship for some 2,000 years. But in the eyes of the Uighurs, their homeland was taken away from them.

It was, in fact, the Chinese Communist Party (CCP) that first spurred the Uighurs' separatist aspirations. In its bid to weaken the ruling Kuomintang government in the 1940s, the CCP encouraged Xinjiang to break away from China.

Led by CCP member Bao Erhan, himself an Uighur, the Uighurs succeeded in 1944-45 to declare the establishment of an East Turkestan Republic (ETR) covering the present-day lands of Yili, Tacheng and Aishan in northern Xinjiang.

Bao, who later became deputy chairman of the Chinese People's Political Consultative Conference (CPPCC), admitted in his memoirs that the independence movement received strong support from the Soviet Union. ETR's success resulted in the growth of similar movements in southern Xinjiang and Tibet.

At the time, CCP leader Mao Zedong fully endorsed the separatist movement. In his congratulatory message to the newly established ETR, Mao said that the ETR movement “was an integral part of the Chinese people's democratic revolution”.

But the CCP did an about-face after it won power in 1949, cracking down hard on separatism. General Wang Zhen was dispatched to suppress the disgruntled and his iron-hand rule earned him the nickname Tiger Wang. So while he was able to restore stability, albeit at gun-point, his heavy-handed ways only bred greater ethnic hatred.

The Uighurs felt betrayed. Subsequent missteps by the CCP served only to deepen the rift between the Uighurs and the Han Chinese.

These included promoting class struggles between social groups, depriving people of basic human rights and freedom, and destroying cultural relics of all sorts during the period from 1949 to 1976, which covers the 10-year disastrous Cultural Revolution.

Tens of millions of people died across China, Han Chinese and minority people alike. But to minority groups such as the Uighurs, atrocities on such a scale were akin to ethnic cleansing. No thanks to these missteps, Xinjiang and Tibet are now ticking ethnic time bombs.

The communist government has invested huge amounts of funds in recent decades to modernise their economies, in the belief that material progress would take the people's minds off separatist sentiments and ease ethnic tensions.

Progress has improved lives but, in the case of Xinjiang and Tibet, the people still hanker for autonomy. The late communist leader Hu Yaobang devised a six-point policy in 1985 as a way to accommodate these demands for autonomy in Xinjiang and Tibet.

Under this policy, the central government in Beijing would, for example, retain powers in only three areas: defence, diplomacy and right to veto certain domestic policies.

But Hu's fall from grace in 1987 meant that his benign policy was never implemented.

The Chinese authorities have blamed Uighur-related organisations operating abroad for instigating the current unrest.

In his paper on the Dangers of Balticisation of China's periphery this week, B. Raman noted the close links allegedly maintained by the Munich-based World Uighur Congress with the US National Endowment for Democracy (NED) and the Unrepresented Nations and Peoples Organisation (UNPO) in Holland. The UNPO had played an active role in promoting the separation of the Baltic States from the erstwhile Soviet Union.

“It (UNPO) had trained people from the Baltic states for many years. It has a similar active programme for the training of Uighurs from the diaspora. This training programme is allegedly being funded by the NED,” wrote Raman, who is director of the Institute For Topical Studies in Chennai and is also associated with the Chennai Centre for China Studies.

He concluded: “The Lhasa uprising of March 2008 and the Urumqi uprising of July 2009 have brought home a rude lesson to the Chinese — namely, that they cannot take China's unity and stability for granted.

“What happened in the Baltic states of the USSR can happen in China's periphery inhabited by non-Han minorities if they do not pay attention to their grievances, anger and political and cultural aspirations.”

Perhaps President Hu Jintao's surprise decision to drop the G-8 summit and rush home to attend to the Xinjiang crisis was not only a sound one, but also a first step in the right direction. — The Straits Times

Ujian untuk Pakatan Rakyat

Sumber : TheMalaysianinsider

JULAI 10 — Semasa sesi Parlimen yang berakhir 2 Julai yang lalu, saya “berserabut” dengan berbagai isu yang melanda pesada politik tanahair. Dalam Parlimen, upacara angkat sumpah yang dinanti-nantikan berubah menjadi upacara laungan “bubarkan Dun” malah hari pertama sidang beberapa ahli Parlimen dari Pakatan mendapat kad merah keluar dewan selama 2 hari.

Saya terpinga-pinga apa yang berlaku, tapi saya memahami ini mungkin satu cara mendapat perhatian umum tentang isu Perak yang belum selesai namun “harga” untuk mendapat perhatian itu ialah hukuman dan “serangan” lisan yang tak henti-henti oleh ahli Parlimen BN. Paling pedih telinga saya mendengarnya ialah “…patutlah Sidang Dun Perak kecoh, dalam dewan Parlimen pun buat kecoh!”

Saya sempat mencelah dalam salah satu perbahasan saya, tak silap saya semasa membahas Rang Undang-Undang Pemakanan haiwan saya berkata “…kita kena berlaku adil kepada tuduhan yang kita buat, kita kena jadi seperti bapa yang berjiwa besar, kalau marah anak, seorang bapa kena tanya dulu mengapa anaknya bersikap demikian, mesti ada sebabnya...”

Saya meneruskan dengan berkata”…dalam kes Dun Perak kita kena tanya mengapa jadi demikian? Jadi janganlah sewenang-wenangnya membuat tuduhan tanpa mengambil kira mengapa semua ini terjadi. Kalau mengkaji manusia ini dinamakan sebagai “attributive theory...”

Saya cuba membawa keluar dari kepompong politik serang dan kebencian kepada politik berfikir dan berhemah. Saya tahu pendekatan ini tak berapa diminati kerana ada orang menganggap pesaing politik kita tidak memahami kaedah itu, mereka hanya memahami bahasa serang. Apa pun seseorang perlu memulakan sesuatu yang dianggap baik untuk politik baharu.

Parlimen juga kali ini tergesa-gesa untuk menyelesaikan RUU (Rang Undang-undang) yang tertangguh antaranya ialah Pindaan Akta PLKN, RUU Pemakanan Haiwan, Pindaan Akta LHDN, Pindaan Akta Pengangkutan, Pindaan Akta Bank Negara, Pindaan Akta Bank Persisiran Pantai, Bekalan Tambahan dll. Hanya satu Pindaan yang melibatkan Law Reform Act dan Akta Keluarga Islam tidak dapat dibentangkan setelah Majlis Raja-raja meminta supaya negeri-negeri menelitinya dahulu sebelum dibawa ke Parlimen.

Saya sempat mengambil bahagian dalam beberapa RUU dan bersedia untuk bahas pindaan kontraversi LRA dan Keluarga Islam tetapi dibatalkan saat akhir. Saya perlu mengaku, membahas senarai RUU yang panjang bukanlah menyeronokkan, ia menjadi sesuatu yang mencabar keupayaan bahas ahli-ahli Parlimen, apatah lagi jika Ahli Dewan masuk tanpa “homework” memanglah sekadar berbahas untuk memuaskan nafsu amarah kepada parti lawan atau sekadar “berhujjah” dengan isu yang tak ada kena mengena dengan tajuk amatlah mudah. Saya memilih untuk diam daripada “memperbodohkan” diri dengan sesuatu yang mendedahkan “kebodohan” kita apabila bercakap perkara yang kita tidak tahu!

Di luar dewan isu lain terus mendesak Pakatan antaranya ialah Kerajaan Perpaduan yang tidak semena-mena muncul istilah itu semula setelah Muktamar PAS lalu. Setelah menarik nafas lega pada mesyuarat pertama PAS sesi baru yang “menutup” isu Kerajaan Perpaduan, timbul “sesak dada” balik apabila isu ini diungkit kembali semasa sesi Parlimen berlangsung. Datuk Halim Abdul Rahman dari PAS Pengkalan Chepa dalam perbahasan pindaan Akta LHDN terpaksa menyebut bahawa isu Kerajaan Perpaduan selesai dan tidak timbul lagi.

Kehangatan kerajaan perpaduan terus menghimpit Pakatan Rakyat dan seminggu sebelum selesai sesi Parlimen wakil rakyat dari PAS terpaksa membuat kenyataan dan tandatangan menolak isu ini dari terus dibangkitkan. Gara-gara dalam The Star frontpage keesokannya gambar kami sepuluh orang wakil rakyat PAS mendapat jolokan bagi sesetengah sebagai “10 budak hitam” Justifikasi tindakan amat mudah kerana tekanan dari pengundi mendesak kami membuat satu keputusan, apatah lagi keputusan itu tidak bertentangan dengan sikap PAS yang ditentukan dalam mesyuarat pertama PAS. Kami jelas apabila membuat PC hari itu. Malah esoknya apabila saya turun ke Kawasan di Tanjung Piandang, soalan bertubi-tubi dari pengundi telah dapat dijelaskan melalui kenyataan kami di parlimen kelmarinnya. Malah akhbar Cina turut memuatkan PC kami dan itu jadi bahan hujah saya bersama pengundi yang mahukan penjelasan.

Minggu depannya kenyataan dari semua pemimpin PR menegaskan sikap PR menolak isu ini yang hanyalah mainan wayang BN khususnya Umno bagi memecahbelahkan Pakatan. Selesai PC dari PR hari itu wartawan bertanya saya apakah komen saya? Saya menarik nafas lega kerana isu ini dijelaskan dan saya minta semua kita memfokuskan tentang PRU 13 dan memastikan PR mengukuhkan kedudukannya yang ada hari ini. Malam itu adalah mesyuarat khas PAS Pusat menjelaskan sikap muktamad parti tentang persoalan Kerajaan Perpaduan dengan mengambil keputusan memperkukuhkan PR dan bahawa isu ini adalah usaha Umno untuk mendapat kelebihan politiknya secara sendiri.

Minggu terakhir dalam dewan turut menyaksikan perbahasan tentang keputusan Jawatankuasa Khas Parlimen yang mengenakan tindakan denda RM1,000 kepada empat Pemuda Umno yang menghalang Ahli Palimen Bukit Gelugor. Itu bukanlah isunya, yang pelik ialah dalam keputusan Jawatankuasa dikenakan juga celaan kepada beberapa Ahli Parlimen PR kerana dikatakan tidak memberi kerjasama dengan menarik diri dari menjadi saksi dan ahli jawatankuasa yang membincangkan isu “Pemuda Umno menghalang wakil Bukit Gelugor di dalam kawasan Parlimen”. Walaupun perdebatannya panjang tetapi satu kes duluan telah ditetapkan bahawa menarik diri dari menjadi ahli dalam jawatankuasa Parlimen adalah satu kesalahan dan bermula dengan keputusan itu mana-mana wakil rakyat yang enggan menerima keahlian dalam jawatankuasa boleh dicela!

Hari terakhir Parlimen meninggalkan urusan yang belum selesai samada perbahasan RUU yang tidak sempat dibawa mahupun isu politik yang akan terus mengasak PR dan BN. Manek Urai menjadi medan ujian bagi memastikan kewibawaan masing-masing. Rakyat Perak terus menanti dengan debar persoalan “apakah DUN Perak akan dibubarkan?” Bagi saya selesai sesi Parlimen adalah sesuatu yang dinanti-nantikan supaya saya dapat kembali ke routine normal berjogging, lawat kawasan dan menulis di bilik saya. Saya mengharapkan dapat membuat “unfinished homework” tentang persediaan sesi parlimen akan datang yang akan bermula Oktober hingga Disember. Sementara itu kesegaran dataran Sungai Kerian di pagi hari dan kawan se jogging dari semua keturunan sedia menggamit saya untuk “release tension” dan bersosial seketika, maksud saya lupakan politik…