"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Thursday, February 28, 2008

Calon Perpaduan Nasional (1)


Nama : Dr. Mujahid bin Hj Yusof Rawa
P.057 Parit Buntar

Tarikh Lahir : 25/10/1964

Umur : 44 tahun

Asal : Pulau Pinang
Alamat : Markaz UPU Kg Melaka, X10, Jalan Cempaka,
Taman Kerian, 34200 Parit Buntar Perak
Kerjaya & Kerjaya Pengalaman
1.Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang (2007-hingga kini)
2.Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS (2005-hingga kini)
3.AJK PAS Pusat (2005-hingga kini)
4.AJK Pemuda PAS Pusat (2001-2005)
5.Tenaga Pengajar Masjid dan Surau
6.Guru Bahasa Arab
7.Petugas Sukarela Bantuan Islam Antarabangsa
8.Pensyarah Multimedia Universiti Jawatan Dalam Politik/Masyarakat
1.Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang (2007-hingga kini)
2.Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS (2005-hingga kini)
3.AJK PAS Pusat (2005-hingga kini)
4.AJK Pemuda PAS Pusat (2001-2005)
5.Tenaga Pengajar Masjid dan Surau

Komentar Persiapan Penamaan Calon PRU-12

Kepenatan & bercampur marah saya kepada pihak SPR yang memberi arahan "last minute" pada hari Khamis (21/Feb) supaya semua calon-calon parti politik agar membayar duti stem di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Terbayangkan saudara, bagaimana dengan calon-calon BA yang negerinya bercuti hari Jumaat, bila masa hendak melakukannya? Tidakkah ini satu perancangan atau satu permulaan yang tidak baik bagi badan bertanggungjawab (SPR) yang berkecuali dalam menjalankan haknya.SPR dilihat sebagai satu badan yang tidak beretika dalam menjalankan tanggungjawabnya asbab untuk memastikan parti BN menang besar.
Pembatalan "last minute" duti stem pada 24/Feb/2008 yakni semasa hari penamaan calon melengkapkan lagi tipu daya SPR.Bantahan telah dilakukan oleh pihak PAS bila mendapati calon BN tidak membayar duti stem.Walaubagaimanapun bantahan tersebut tidak diterima selepas pihak Pengurus Pilihanraya menunjukkan surat dari SPR Putrajaya yang membantalkan arahan surat bertarikh 22/Feb/2008.
Walau apapun yang terjadi, Pihak BA sentiasa "bermaruah" bagi menghadapi BN dalam PRU-12 dibandingkan BN.Menjadi wakil rakyat bukan tempat mencari wang atau pengaruh,ia adalah tempat untuk memberi khidmat kepada masyarakat..sesuai dengan Manifesto PAS "Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih".
InsyaAllah, bagi mewakili warga Perpaduan Nasional ingin mengucapkan Selamat Mengundi /Buat keputusan bijak demi agama, bangsa dan negara.Buat pertimbangan waras, jika tidak, rakyat akan menanggung sengsara selama 4 ~ 5 tahun.Calon-calon Perpaduan Nasional menanti anda, InsyaAllah.

Tuesday, February 19, 2008

Hanya Perubahan politik mampu ubah nasib kaum India

Mohd Sabri Said Tue Feb 19, 08 10:59:41 am MYT
KEPALA BATAS, 19 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan, masalah yang melanda kaum India di Malaysia hanya boleh diselesaikan dengan melakukan perubahan politik.

Menurutnya, bila perubahan politik berlaku pastinya, masalah yang dihadapi sekian lama akan terhurai bahkan dapat menjalin perpaduan yang lebih kukuh di bawah pentadbiran baru.

"Tiada cara lain untuk membaiki atau mencari titik penyelesaian berhubung masalah kaum India bahkan Cina dan Melayu di Malaysia. Jika Barisan Nasional (BN) berkuasa semula nescaya ia bertambah kusut maka ia perlukan perubahan di semua peringkat bagi menjamin kesejahteraan semula, " jelasnya ketika pertemuan dengan masyarakat India di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di Pongsu Seribu semalam.

Menurut beliau, Hindraf banyak membantu membuka mata masyarakat India itu sendiri kerana MIC, PPP atau IPF yang kononnya mewakili suara keturunan India gagal menjadi penyelamat sebaliknya menambah kesengsaraan masa depan mereka terutamanya golongan sederhana dan daif.

Hindraf sambungnya, bukan memberontak tetapi sekadar mahu menyerahkan memorandum kepada Kerajaan British tetapi lain pula yang terjadi sehingga berlaku peristiwa yang memalukan negara apabila ada yang dipukul, ditangkap dan diletakkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Sepatutnya, sebagai sebuah kerajaan yang adil jangan bertindak sebegitu. Terima saja memorandum dan sampaikan kepada Kerajaan British bukan bertindak seolah Malaysia sebahagian daripada negara itu. Tapi, kita tahu British pun takkan bersikap kasar umpama Malaysia, " tegasnya.

Tambahnya, bukan sahaja Hindraf tetapi turut menerima kesannya ialah orang Cina dan Melayu apabila terlibat dengan kumpulan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH) dan mereka juga dipukul dan ditahan semata-mata mahu menegakkan demokrasi agar terpelihara kembali.
Begitu juga 'Kempen Kenaikan Harga Barang' (Protes) mereka juga dibelasah tanpa budi bicara sedangkan mereka hanya mengadakan perhimpunan aman.

Oleh itu, jatuhkan BN menjadi agenda semua kaum di Malaysia masa kini seandainya mahukan kestabilan negara dikembalikan.

Umno dan BN ujar Dato' Seri Abdul Hadi, sengaja mahu melihat negara kacau bilau untuk berkuasa semula. Contohnya, masa 13 Mei 1969 ia digemburkan ke seluruh negara walhal kejadian itu hanya berlaku di Kuala Lumpur tidak di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

"Bila Umno dan BN terdesak mereka cuba provokasi menerusi polis supaya rakyat menilai kembali berada di bawah naungan kerajaan sedia ada kerana kerajaan milik pembangkang belum terjamin, " tambah beliau.

Maka sebab itu, PAS menerusi manifestonya meletakkan tawaran 'Negara Berkebajikan' dan 'PAS Untuk Semua' semata-mata mahukan perubahan dalam pentadbiran.

Katanya, dari tawaran itu rakyat boleh menikmati kebahagian, keharmonian serta hidup aman damai jauh dari unsur-unsur jenayah dan perlakuan seks sebagaimana sekarang.

Semasa pertemuan dengan kaum India semalam, Dato' Seri Abdul Hadi menyerahkan bendera berlambangkan bulan purnama kepada mereka sebagai kenangan.

Program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu turut dihadiri oleh Yang DiPertuanya, Ustaz Khalid Man; Setiausaha PAS Kawasan Tasek Gelugor, Zamri Darus; Setiausaha Perhubungan, Fadzil Kemi dan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin. - mks.

Friday, February 15, 2008

Negara Beamanah,Bersih, Adil & Berkebajikan




Presiden PAS gesa masyarakat Melayu terajui perubahan

Johari Jaafar Fri Feb 15, 08 11:40:01 am MYT

KAMPUNG GAJAH, 15 Feb (Hrkh) - Orang Melayu di negara ini diingatkan tentang perlunya mereka memimpin perubahan yang boleh dicetuskan dalam pilihan raya umum ke-12 ini kerana masyarakat Melayu adalah golongan yang dominan dan boleh menentukan corak politik dan pemerintahan negara ini.

"Kita lihat kaum Cina telah melakukan perubahan, begitu juga kaum India dilihat telah mula mahukan perubahan, apakah kaum Melayu tidak mahukan perubahan bagi menentukan corak politik negara ini?"

Demikian ditegeskan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ketika menyampaikan amanahnya di Perhimpunan Perdana Jelajah Presiden Ke Negeri Perak yang diadakan di Padang Majlis Daerah Kampung Gajah Sabtu lalu.

Masyarakat bukan Islam telah merasakan keperitan kehidupan mereka di bawah pemerintahan BN dengan kenaikan harga bahan bakar, diikuti kenaikan harga barang-barang keperluan menyebabkan mereka mula hilang kepercayaan terhadap BN.

"Bukan Melayu sudah merasa tersepit dengan kehidupan ini, mereka mahukan sebuah kerajaan yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda pemerintahan, kerajaan yang adil, bersih dan berkebajikan, kerana itu mereka kini mula menunjukkan sikap bersama dengan kita, apakah orang Melayu hanya mahu menjadi pemerhati sahaja," soal beliau.

Sekarang ini bukan masanya masyarakat Melayu berasa selamat dan selesa di bawah pemerintahan BN' kerana kerajaan yang ada sekarang ternyata banyak melakukan kezaliman, ketidakadilan dan memperbodohkan rakyat.

Beliau turut mengingatkan rakyat bahawa memilih pemimpin dalam pilihan raya adalah adalah satu amanah kerana itu mereka wajar memilih calon dan parti yang benar-benar bersih, adil dan beramanah kerana sebuah kerajaan yang mempunyai sifat seperti itu sahajalah yang mampu membela nasib rakyat.

"Manifesto PAS dan KeADILan ialah beramanah, adil, bersih dan berkebajikan, ini bukan janji kosong atau tidak berpijak di bumi nyata, jika kita berjaya membentuk kerajaan, kita tunaikan janji kita, harga petrol akan kita turun, pelajaran percuma untuk semua, dan program kebajikan untuk rakyat akan kita jalankan," katanya.

Menurut beliau `negara kebnajikan' bukan satu yang baru dalam Islam mahupun di dunia moden kini, England adalah sebuah negara mengamalkan konsep negara berkebajikan.

"Negara kebajikan yang kita hendak jalankan lebih baik dari England, dan lebih baik dari negara komunis, kita mampu menjalankannya, negara tidak akan bangkrap seperti yang didakwa oleh pemimpin BN," tegas beliau.

Sehubungan itu beliau mengajak rakyat untuk melakukan perubahan pada pilihan raya umum kali ini bagi menyelamatkan rakyat dan negara ini daripada terus menderita di bawah pemerintah BN. - mns

Wednesday, February 13, 2008