"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Friday, May 22, 2009

Mursyidul Am rasmi Konvensyen Kelab Penyokong PAS

Sumber : Harakahdaily.net

Ahmad Tajdid
Thu May 21, 09 4:03:23 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional akan berlangsung pada 30 Mei ini bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Klang bermula jam 9.00 pagi.

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof berkata majlis itu akan dirasmikan Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sehubungan itu beliau memohon kerjasama Perhubungan PAS negeri-negeri supaya menghantar wakil dari Kelab Penyokong PAS seperti mana yang ditetapkan dalam surat Lujnah Perpaduan Nasional.

"Penyertaan semua negeri adalah penting bagi menjayakan program bersejarah ini kerana ia akan menunjukkan tahap sokongan orang bukan Islam kepada perjuangan PAS.

"Surat-surat telah dikirimkan dan diharap mendapat respon segera dari pihak negeri," katanya.

Konvensyen bertemakan "Berdiri Teguh Menempuh Cabaran" (Stand United, Brave the Challenges) itu, tambahnya adalah kemuncak siri Konvensyen yang telah diadakan di peringkat negeri.

"Selain daripada matlamat mengumpulkan semua ahli Kelab dari seluruh negara, konvensyen ini juga mengharapkan penstrukturan jawatankuasa di peringkat negeri-negeri dapat dilaksanakan segera bagi melicinkan lagi perjalanan Kelab Penyokong PAS di semua peringkat," jelas beliau.

Selain ucapan perasmian Tuan Guru Nik Abdul Aziz, ucaptama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional yang menggariskan hala tuju kelab juga dinanti-nantikan peserta konvensyen.

"Pencapaian Kelab Penyokong PAS yang ahlinya kini di sekitar 20,000 orang telah membawa PAS ke persada politik berbagai kaum yang mula menjadi popular di kalangan masyarakat India dan Cina.

"Selain daripada itu, Selangor dipilih menjadi tuan rumah kerana menjadi antara negeri yang paling aktif kegiatan Kelab Penyokong PAS selain daripada Perak dan Kedah," kenyataan beliau dipetik.

Friday, May 15, 2009

Kelab Penyokong PAS Melaka Dilancarkan


Kelab Penyokong PAS Melaka dilancarkan malam tadi oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, YB Dr Mujahid Yusof Rawa di perkarangan Pejabat PAS Negeri Melaka di Semabok.

Setelah sekian lama ianya dinantikan, akhirnya Kelab Penyokong PAS menjadi realiti apabila En Lim Swee dilantik sebagai Pengerusi kelab tersebut sebentar tadi.

Dr Mujahid dalam ucapannya melahirkan rasa syukur dan gembira kerana PAS Melaka akhirnya berjaya melahirkan Kelab tersebut setelah negeri-negeri selesai menubuhkannya bermula sejak tahun 2005 lagi.

"Insya Allah dengan penubuhan kelab ini di Melaka, PAS Melaka akan berjaya menarik lebih ramai kaum Cina dan India untuk mendekati PAS dan seterusnya berjaya meraih sokongan mereka dengan lebih baik lagi, lebih baik dari yang dizahirkan semasa pilihanraya umum baru-baru ini".

"Kita merasakan bahawa penubuhan Kelab Penyokong PAS di Melaka ini akan menyemarakkan lagi sokongan kaum bukan Melayu kepada PAS" kata Mujahid yang juga merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak.

Encik Lim Swee telah dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS Melaka dan beliau telah menerima surat watikah perlantikan dari YB Dr Mujahid dalam majlis tersebut.

Dalam ucapan ringkasnya Encik Lim Swee mengharapkan semua pimpinan dan ahli PAS dapat membantunya menggerakkan Kelab Penyokong PAS Melaka bagi menarik lebih ramai kaum Bukan Melayu menyertai Kelab Penyokong PAS Melaka ini.

"Kita yakin PAS akan memenangi kerusi pada Pilihanraya akan datang dengan bantuan Kelab ini" tegas beliau dengan penuh semangat.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, pimpinan-pimpinan PAS Negeri; aktivis Persatuan Penternak Babi Paya Mengkuang, Encik Lim Oh Pah; Aktivis masyarakat India, Encik Karupaya serta masyarakat Tionghua dan India dari seluruh negeri Melaka.

Oleh Sofi Wahab
Ketua Penerangan DPPNM

Wednesday, May 13, 2009

Himpunan & Konvensyen Kelab Penyokong PAS Kebangsaan 2009

Kota Raja : Alhamdulillah, berkat usaha yang dilakukan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Yang Berhormat AF Ustaz Mujahid Yusof Rawa, serta YB Dr Halimah Ali selaku Timbalan LPN PAS Pusat dan Jawatankuasa Penganjurnya akhirnya keputusan untuk mengadakan Konvensyen ini telah dimuktamadkan iaitu pada tarikh 30hb Mei 2009 bersamaan hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.


Himpunan dan konvensyen kali pertama ini telah memilih Selangor khususnya Kota Raja sebagai tuan rumah. Sebagai tuan rumah Kota Raja telah menubuhkan Sekretariat dan Jawatankuasa Kecil Perlaksanaan.

Alhamdulillah segala persiapan sedang rancak diatur untuk menerima kehadiran kira-kira 500 peserta kovensyen pada kali ini.Perasmian Konvensyen akan dilakukan oleh YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS Pusat.


Dewan Serbaguna Majlis Daerah Klang (MDK) telah dipilih sebagai tempat berlansungnya Konvensyen pada kali ini.Surat-surat jemputan kepada negeri-negeri untuk menghantar wakil ke konvensyen ini telah mula di hantar oleh Puan Hajjah Kamariah selaku Setiausaha LPN PAS Pusat.

Diharap setiap negeri dapat memberikan respon yang segera kepada penganjur.untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr. Khairul Faizi 019-7701830 (Pengarah Program), Pn Hajjah Kamariah 016-3226159 (Setiausaha LPN PAS Pusat) atau Mohd Razif Maslan 013-3610603 (Timb. Pengarah Program/Kota Raja).

13 Mei 2009 : Kelantan Cetus Deklarasi Perpaduan Nasional

Sumber : Harakahdaily.net
Lanjusoh Wed May 13, 09 1:30:18 pm MYT

KOTA BHARU, 13 Mei (Hrkh) - Tanggal 13 Mei 1969, sejarah hitam negara tercatat. Ramai penduduk menjadi mangsa rusuhan antara kaum. Ia masih diingati sehingga ke hari ini.


Mungkinkah peristiwa seumpama itu berulang kembali, seperti yang pernah berlaku di Kampung Medan beberapa tahun lalu.

Ekoran peristiwa itulah kerajaan mengubal Dasar Ekonomi Baru (1970 - 1990). Dan paling menarik apabila PAS dipelawa Tun Abdul Razak Hussien berada dalam kerajaan Barisan Nasional pada 1974.


Mengingatkan peristiwa itu buat julungkali kerajaan PAS di Kelantan mencetus deklarasi perpaduan nasional dan keamanan sejagat 13 Mei 2009 pada satu sidang akhbar yang agak luar biasa hari ini.


Sidang akhbar itu dihadiri hampir kesemua anggota Exco kerajaan negeri termasuk Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, sebahagian wakil rakyat, penjawat awam dan pemimpin PAS yang diadakan di Bilik Gerakan Negeri.


Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tarikh 13 Mei sebelum ini sering dirujuk kepada tragedi buruk yang menghitamkan sejarah perpaduan kaum di negara ini.
"Maka saya kira tanggal 13 Mei untuk masa-masa ke hadapan boleh kita jadikan sebagai tanggal yang boleh mencetus momentum baru.


"Dengan perkembangan-perkembangan laporan semasa di pelbagai segmen kehidupan baik luar negara mahu pun dalam negeri sejak akhir-akhir ini lebih banyak menimbulkan kerisauan.


"Saya seolah-olah dapat merasakan betapa rakyat kita sudah semakin berada dalam rasa resah, ketidaktentuan dan serba salah. Mereka tidak lagi terasa yang kehidupan mereka dilindungi," katanya.


Menurutnya apa yang ada dijanjikan untuk diri, keluarga, agama dan negara kini hampir semuanya kabur dan sedang berada dalam suasana berkecamuk.


Kata beliau sekarang banyak berlaku ketirisan, pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang memegang amanah, namun telah mengkhianatinya.

"Contoh tipikal ialah apa yang telah dan sedang berlaku di Perak sekarang. Maka, jadilah banyak slogan yang baik-baik itu menjadi motto kosong yang tidak memberi apa-apa kesan dan harapan pemulihan.


"Maka hari ini 13 Mei 2009 Masehi bersamaan 18 Jamadil Awal 1430 Hijrah, izinkan saya mengajak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia supaya kembali mencintai diri sendiri terlebih dahulu," katanya.


Oleh itu beliau mengajak rakyat di negara ini kembali kepada ajaran agama dan bertaqwalah kepada Allah S.W.T sebagai premis kebahagiaan yang pertama.


Dan keduanya rakyat negara ini memerlukan sebuah kerajaan yang betul-betul berjiwa rakyat.

Monday, May 4, 2009

Sekadar ingatan sempena Muktamar Tahunan PAS Kali 55

Survival Perjuangan Oleh
Al-marhum Ust Dato' Hj Fadzil Mohd Nor
"Keupayaan PAS menggarap seluruh cabaran dalaman dan persaingan luar (realiti baru), akan bergantung kepada kesediaannya, di mana ia amat dipengaruhi oleh keupayaan keilmuan, hikmah & kebijaksanaan menyongsong senario politik masa depan secara pro aktif, antisipatif dan berani"

Muktamar menuntut kematangan PAS menetapkan hala tuju

Sumber : Harakahdaily.net

Dr Mujahid Yusof Rawa
(Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional)

Mon May 04, 09 10:03:19 am MYT

Muktamar Tahunan PAS Pusat Jun ini dijangka menarik kerana parti ini mengadakan muktamarnya dalam suasana kemunculan Pakatan rakyat sebagai pesaing kuat Barisan Nasional.


Dalam pakatan rakyat PAS merupakan parti terbesar dari segi bilangan ahli, cawangan dan jentera serta organisasi.

Apatah lagi buat masa ini rekod PAS dianggap terbaik setelah 1969 dengan 28 kerusi di Parlimen dan yang terbanyak pada kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri.

Rakyat sedang memerhatikan Muktamar PAS dengan satu harapan. Muktamar PAS kali ini juga menarik kerana perwakilan parti akan memilih calon-calon untuk diletakkan sebagai kepimpinan parti dan diharapkan dapat menerajui parti dalam suasana mencabar hari ini.

Tanggapan umum

Sememangnya menarik muktamar kali ini kerana selain daipada orang ramai, rakan-rakannya dari DAP dan Parti KeADILan Rakyat pun memerhatikan muktamar dengan berdebar-debar untuk melangsungkan persahabatan, tidak lupa juga pihak lain yang berminat ialah pesaing PAS iaitu Umno.

Mereka melihat perkembangan muktamar ini dengan bercampur baur perasaan supaya mereka dapat mengukur kekuatan kepimpinan yang akan dilantik kelak.

Demikianlah tanggapan kawan dan lawan PAS, namun bagaimana pula ahli-ahli PAS?

Sudah tentu lebih menarik kerana ahli PAS akan bergantung harap kepada kepimpinan baru yang akan dilantik dan ahli PAS juga mengharapkan kepimpinan yang akan dilantik dapat membawa imej parti yang semakin mendapat perhatian berbagai kaum.

Dalam suasana ini, calon-calon yang akan mendapat perhatian ialah kepimpinan tertinggi parti bermula dari Presiden, Timbalan Presiden, dan jawatan tiga Naib Presiden.

Walaupun bagi jawatan Presiden, dijangka tiada pencabar, namun jawatan Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden akan menjadi tumpuan.

Kecualilah calon-calon menarik diri maka tidak akan ada pertandingan, tetapi melihat perkembangan hari ini, pertandingan tidak dapat dielakkan lagi.

Isu-isu menarik

Yang lebih menarik ialah 'kehangatan' sebelum pemilihan parti kerana sebelum muktamar akan menyaksikan berbagai spekulasi tentang calon yang akan bertanding.

Di sebalik nama-nama calon itu akan ada pula isu-isu yang akan dikaitkan dengan calon-calon yang akan bertanding walaupun tidak seperti pemilihan parti Umno yang menabur duit di sana sini.

Tapi yang pasti isu lama akan muncul dan kriteria ulama-profesional akan menjadi persoalan.

Ada juga isu lanjutan ulama-profesional ialah isu kumpulan Erdogan. Entah dari mana asal-usul isu ini tidaklah dapat diketahui tetapi ia sudah menjadi bahan utama yang cuba mempengaruhi kecenderungan perwakilan membuat pilihan.

Soalnya apakah makna kumpulan Erdogan? Bagi yang tidak tahu siapa Erdogan, dia bukanlah ahli PAS tetapi Perdana Menteri Turki hari ini dari AK parti yang telah berpisah dengan parti Islam Refah di Turki.

Namanya menjulang apabila partinya berjaya menguasai kerajaan sekular Turki dengan kemenangan yang besar dan bergaya.

Erdogan adalah lambang reformasi yang mahu melihat partinya maju ke hadapan dan menguasai pesada politik tanahair.

Ikon ini dikaitkan dengan kononnya kumpulan dalam parti yang berusaha melakukan reformasi dalaman parti PAS.

Apakah jolokan nama Erdogan yang dikaitkan dengan kumpulan tertentu dalam PAS cuba menggambarkan bahawa yang bukan Erdogan adalah mereka yang tidak mahu melihat reformasi parti PAS?

Apakah reformasi parti untuk melihat ia lebih maju dan dapat menangani cabaran mendatang satu yang negatif?

Ataukah ada isyarat yang cuba hendak disampaikan bahawa yang bukan Erdogan adalah mereka yang tidak mahu melihat reformasi parti?

Isu ini dikhuatiri akan menghantar isyarat yang salah untuk kebaikan parti.

Pertembungan Konservatif-Reformis?

Dalam mana-mana parti politik mesti ada kumpulan yang dianggap konservatif yang mahu melihat dasar parti tidak berubah dan garis perjalanan parti kekal seperti mana bentuk asalnya manakala golongan reformis pula mahukan perubahan yang membolehkan parti terus maju.

Persoalannya apakah kebimbangan konservatif dan reformis ini relevan untuk dikaitkan dengan pemilihan PAS kali ini? Hakikatnya persoalan meninggalkan dasar parti tidak timbul begitu juga budaya dan garis perjalanan parti pun tidak timbul, yang timbul ialah bagaimana parti harus membawa perjuangannya dalam suasana yang mencabar hari ini.

Dasar akan tetap kekal, tetapi adaptasi dan penyesuaian kepada politik baru, cara berfikir pengundi yang baru dan trend politik baru itulah yang memerlukan kepimpinan yang responsif kepada keadaan sekelilingnya.

Tidak kiralah samada Erdogan atau tidak, konservatif atau reformis, soalannya apakah PAS mampu menerajui politik dan perkembangan baru politik tanah air?

Bagaimana pula kepimpinan baru nanti akan membawa parti ini pada era baru yang akan bersifat inklusif untuk semua kaum tanpa meninggalkan dasar Islamnya?

Ini yang sepatutnya menjadi pertimbangan perwakilan nanti bukan dari mana kumpulan ini atau itu datang.

Lebih buruk perwakilan langsung tidak mengambil kira segala perkembangan baru yang berlaku disekeliling mereka.

Malang sekali jikalau kesempatan ini diambil oleh pihak tertentu untuk melihat Muktamar ini sebagai medan ujian peribadi dan bukan melihat keperluan membawa parti ini kepada tahap yang lebih meyakinkan rakyat Malaysia.

PAS melalui proses kematangan

Namun isu yang cuba dilontarkan samada secara sengaja atau tidak dan dari pihak luar atau dalam adalah sebahagian dari rencah-rencam perjuangan PAS.

Ia bukan hanya kali ini, sebelum ini isu ulama-profesional menjadi bahan, sebelumnya isu kedaerahan, ini adalah pengalaman-pengalaman yang telah memantangkan PAS dan kepimpinannya.'

Oleh itu isu Erdogan hanya sebahagian daripada proses ini, sebab itu ahli PAS sepatutnya matang untuk membuat penilaian ke arah mana parti ini hendak dibawa dan siapakah kepimpinan yang mampu untuk membawanya. Inilah sepatutnya menjadi isu.

Persoalan siapa akan menjadi kepimpinan yang akan dipilih bukanlah sukar sangat untuk dibuat andaian dan telahan.

Tetapi yang membimbangkan kita ialah isu disebalik pemilihan inilah yang jika tidak ditangani dengan baik hanya akan memberi keuntungan kepada pihak-pihak yang melihat kepentingan dirinya dalam parti dan sekaligus menjadi pengkhianat kepada perjuangan parti kerana memberi jalan mudah kepada musuh-musuhnya. - mr_

Saturday, May 2, 2009

Sekarang Saya Memahaminya

Syeikh Muhammad al-Ghazali, seorang ulama Azhar juga penggerak awal gerakan Ikhwan al-Muslimin pernah mengungkapkan: “Berapa ramai yang bersama kita tetapi bukan daripada kita, dan berapa ramai pula yang daripada kita tetapi tidak bersama kita”[1]..



Ucapan yang panjang tidak semestinya lengkap, manakala ucapan yang pendek pula tidak semestinya mempunyai kekurangan. Ia bergantung sejauh mana kekuasaan seseorang untuk menghuraikan dan menyampaikan sesuatu yang terbuku di dalam hatinya.



Akan tetapi, di antara dua jenis ucapan tadi, ucapan yang pendek dan padat adalah terlebih baik daripada ucapan yang panjang yang lengkap.



Mengklafikasikan jenis ucapan yang baik, ungkapan Arab menyebutkan "Qalla wa Dalla" iaitu ringkas dan bersumber serta bernilai..Apa yang diluahkan oleh Syeikh al-Ghazali ini adalah antara ucapan yang pendek, namun padat isinya, tepat maksudnya, sesuai dengan realiti dan kena pada waktunya. Ia tersurat bagi yang faham, tersirat bagi yang bodoh.



Jelas bagi mereka yang jelas dan kabur bagi mereka yang kabur..Ia bukan matan mutiara hadis, tetapi luahan seorang ulama dan da’i yang peka terhadap permasalahan umat, menterjemahkan kata hati yang sengsara, pedih dan sakit dengan kepincangan umat yang sedang berdiri tanpa jati diri, prinsip dan identiti..



Saat pertama kali saya mendengar ungkapan ini, saya tidak merasakan kepentingannya. Namun saya menghafalnya, tetapi bukan kerana saya dapat merasai seperti apa yang sedang dirasai ketika ucapan ini diluahkan.



Ia tidak lebih sekadar tertarik dengan bait bahasanya (dalam bahasa arab) yang sangat memukau, tidak lebih daripada itu. Ia berlalu seperti berlalunya angin pagi yang mendinginkan, tanpa meninggalkan sebarang bekas kepada diri saya..Tetapi setelah melihat keganjilan yang berlaku akhir-akhir ini, barulah ungkapan itu kembali terpanggil memberi makna di dalam jiwa saya ….Sekarang saya memahaminya .....







Non-muslim yang menyertai kelab penyokong PAS


Sumber : http://ibnasmuni.blogspot.com/2008_10_01_archive.html