"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Saturday, January 5, 2008

KMM : The Young Malay Union

KMM: The Young Malay Union (1938)

Dr Burhanuddin Al HelmiDr Burhanuddin, a colossal name in Malay left politics, was not a KMM member. KMM only contacted him a week after the fall of Singapore. Ibrahim Yaakub and I interviewed him before suggesting that the Japanese Military Administration employ him as Advisor on Malay Customs and Religion.

Dr Burhanuddin accepted the post graciously. Had he declined, KMM would have brought in Ustaz Abu Bakar Al Baqir, founder of the religious institute, Madrasah Maahad Il Ihya Assharif in Gunung Semanggul, Perak.Dr Burhanuddin worked in Singapore initially, but when the Japanese Military Administration for Sumatra and Malaya was incorporated, and its HQ moved to Taiping, Perak, so did Dr Burhanuddin.
We should commend Haniff bin Sulaiman, a faithful Taiping KMM member for introducing Dr Burhanuddin to the public in Perak through talks and religious sermons. That made it easy for the Malay Nationalist Party (MNP), the successor of KMM, to gain a foothold in Perak, when Dr Burhanuddin founded it in 1945.Dr Burhanuddin was a remarkable religious figure, who combined the logic of science and Islam most effectively.
Before World War II, he was a schoolteacher in Singapore and dabbled in politics from a distance. He had written many protest letters to the press on the Israeli Occupation of Palestine, and was once arrested and detained in a Police lock up. Although not a KMM member, he was very influenced by it.Ahmad BoestamamAccording to a statement given to me dated 12 November 1975, Ahmad Boestamam, another great name in Malay left politics, joined KMM a couple of months before the Japanese invasion.
He took over the post of Assistant Secretary from Abdullah Kamil, who had left Kuala Lumpur. Boestamam stated that although he was a member of the daily Majlis editorial board, led by Ibrahim Yaakub in Kuala Lumpur, he was never once invited by Ibrahim Yaakub to join KMM, although two other editorial board members (Abdul Samad Ahmad and Mohamad Salehuddin) were.
National List of KMM Members Whom I Knew :
Kuala Lumpur
Abdul Samad bin Ahmad, Majlis, Kuala Lumpur
Mohamad Salehuddin, Majlis, Kuala Lumpur
Ahmad Boestamam @ Abdullah Thani, Majlis, Kuala Lumpur
Mohd. Yassin bin Salleh, Malay schoolteacher, Kuala Lumpur
Hamzah bin Alang, businessman, Kampung Baru, Kuala Lumpur

Selangor
Abdul Rahman Tambi, clerk, Kampung Baru, Selangor
Mustaffa Yunus, barber, Kajang Selangor
Saidi Hashim, book store owner, Kajang, Selangor
Ahmad, Agricultural Department, Cheras, Selangor
Hashim bin Mat Dali, Pucung, Selangor
Ahmad bin Mohd. Amin, Agricultural Department, Selangor
Johar bin Kerong, Agricultural Department, Selangor
Rais bin Abdul Karim, Agricultural Department, Selangor
Abdul Rauf, Agricultural Department Selangor,
Hamzah Sanusi, Kuala Selangor
Perak
Tuan Haji Ariffin, Kuala Kangsar
Zainal Abidin bin Kassim, Technical School student, Kuala Lumpur (son of ‘Rich Man Kassim’ in Tapah Road,Perak)
Mohd. Nor bin Abdul Shukur, Ipoh
Mohd. Mustaffa bin Ali @ Majid, Ipoh
Aminuddin, Ipoh
Isa bin Sulaiman, Agricutural School graduate and Malay schoolteacher, Perak
Pak Cik Ahmad, self employed, Taiping
Haniff bin Sulaiman, insurance agent, Taiping
Mohd. Judin, Agricultural Department, Kuala Kangsar
Junid Mahmud, Malay school teacher, Tapah Road
Tuan Haji Mohd. Yusuf, Batu Gajah
Ahmad Shafik, Gunung Semanggul
Abdullah Che Dat or Abdullah C.D., Clifford English School, Kuala Kangsar (the youngest KMM member at 17)
Abdul Rahman Rahim
Mohd. Hanafiah Abdul Rahman

Pahang
Mohammad bin Baginda Besar, smallholder, Bentong
Yahaya bin Hussain, Agricultural Department (my brother)
Kamarulzaman bin Teh, Agricultural Department, Bentong
Negeri Sembilan
Jaafar SidekAchih bin Haji Masud
Thaharuddin Ahmad
Zubir Salam

Penang
Putih Badri bin Chek Mat, Al Mashoor schoolteacher
Abu Bakar Mohd Noor, Kelawai
Ustaz Abdul Majid
Kedah
Mohammad Ariff
Melaka
Mohd. Isa Mahmud
Ibrahim Endut
Abdul Hamid Abdul

Trengganu
Abdul Majid bin Haji Mohammad
Ibrahim Tahir
Wan Daud Ahmad (Datuk)

Johor
Haji Abdul Hamid
Fadzil Tahir
Ilias KarimMusa, Agricultural Department, Muar
Kelantan
Abdul Kadir Adabi, writer
Ibrahim Mustaffa, journalist
British Police Officer J. Birch, who once served in Bagan Serai, Perak was sent to arrest me in Taiping, but the Japanese military’s speedy advance forced Birch to retreat. He diverted to Teluk Anson (now Teluk Intan), hoping to arrest Raja Yahaya, a Police Officer absent without leave, but Birch was unlucky to be in the Japanese way. He was killed.


Translated by
Insun Mustapha
Edited by
Jomo K. S.


Publisher: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
No. 1 & 3, Jalan 3/91A,
Taman Shamelin Perkasa, Cheras,
56100 Kuala Lumpur
Tel: 03-9285 6577


Foreign Distributor: Singapore University Press Pte Ltd


Price: RM50.00

Menunggu pengundi India benar-benar menderhaka?

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Genap setahun lalu ramai menjangkakan 2007 adalah Tahun Pilihan Raya selain Tahun Melawat Malaysia. Sejak awal Januari, ada pembaca mencadangkan kepada Harakah agar dibuat countdown atau pengiraan detik pelancaran pilihan raya ke-12, khususnya bagi menyuntik semangat kerja berdepan "perang besar" itu.

Di sebalik keghairahan untuk menebus kekalahan dalam pilihan raya Mac 2004, ramai juga pihak yang bimbang tentang persiapan pihak oposisi, terutama dari segi semangat petugas dan usaha merakyatkan maklumat ke peringkat akar umbi. Dikhuatiri pelbagai kemelut dan krisis yang melanda kehidupan masyarakat tidak mampu diterjemahkan dalam bentuk undi pada pilihan raya nanti. Selama ini BN agak licik memanipulasikan keadaan yang pada awalnya dilihat menguntungkan pembangkang tetapi bertukar menyebelahinya di saat-saat akhir sebelum pengundian.

Babak getir
Meskipun tahun 2007 tidak sempat menyaksikan pertembungan sengit BN dengan parti-parti pembangkang dalam pilihan raya yang pastinya bersifat berat sebelah, namun ia menyimpan kenangan banyak sekali babak-babak getir pergolakan politik tanah air, terutama menyangkut konflik dalaman parti-parti komponen BN. Wibawa pengerusinya, Abdullah Ahmad Badawi jelas tercalar apabila percakaran sesama sendiri semakin menjadi-jadi.

Para menteri membawa haluan masing-masing sedang Abdullah lebih kerap terlena dan membiarkan negara terurus dengan sendirinya.Tarikh pilihan raya yang diramalkan itu sebenarnya tidak lari jauh. Kita hanya membilang hari. Abdullah tidak akan menunggu ilham lebih lama lagi.

Beliau tidak mempunyai banyak pilihan. Mungkin selepas semua jemaah haji pulang ke tanah air akhir Januari 2008, diikuti Tahun Baru Cina awal Februari, dan musim cuti sekolah 8 hingga 16 Mac, maka Abdullah semakin kesempitan waktu disebabkan faktor utamanya, iaitu Anwar Ibrahim akan dapat bertanding jika pilihan raya diadakan selepas April 2008.

Kebimbangan Najib
Sudah pasti timbalan Abdullah, Najib Razak mahu pastikan Anwar sekali lagi terlepas peluang untuk memintasnya. Najib sejak Anwar dibebaskan dari penjara tetap menyimpan syak wasangka yang tinggi, takut-takut ada "permainan halus-sulit" antara PM dan bekas TPM itu!
Tarik tali antara Najib dan menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin juga menjadi bualan hangat sejak lama. Impian Khairy mahu menggantikan bapa mentuanya dalam masa kurang 10 tahun bukan lagi jenaka.

Medan pilihan raya ke-12 ini cukup sesuai bagi Khairy untuk menempatkan orang-orangnya pada posisi strategik dalam kerajaan sebagai persiapan mengisi jawatan penting dalam pemilihan Majlis Tertinggi Umno akan datang. Tanpa kedudukan tinggi dalam kerajaan, lupakan sahaja cita-cita untuk bertanding merebut jawatan parti. Difahamkan ramai muka-muka baru yang rapat dengan Khairy bakal mendapat durian runtuh, selain Naib Ketua Pemuda Umno itu sendiri diberi laluan mudah untuk bertanding Parlimen.

Semasa pimpinan Umno lebih memikirkan siapa bakal gugur daripada menjadi calon pilihan raya, penilaian rakyat terhadap kerajaan Abdullah lebih mudah ditelah. Abdullah bukan lagi Mr Clean atau Mr Nice Guy yang boleh memperbodohkan rakyat dengan puisi, slogan dan janji manisnya.

Perisytiharan perang terbukanya terhadap rasuah empat tahun lalu tidak mampu menyembunyikan hakikat sebenar kebobrokan sistem yang menyaksikan monopoli kroninya mengaut kekayaan negara dengan begitu tamak sekali. (Seharusnya rakyat didedahkan dengan pelbagai janji manis semasa Abdullah mula menjadi Perdana Menteri lebih 4 tahun lalu itu).
Gagasan Islam Hadhari menjadi sendaan terbuka terutama apabila dikaitkan dengan isteri barunya, Jeanne Abdullah dan kaum keluarganya yang lain. Apakah umat Islam sekali lagi terleka dengan penonjolannya sebagai imam solat ataupun bersama-sama mengiringi takbir raya yang disiarkan di kaca tv itu?

Muka Abdullah ditampar
Saya kira Abdullah cukup penat-lelah sepanjang tempoh singkat pemerintahannya walaupun beliau memilih untuk tidak menjawab apa jua tuduhan terhadapnya. Krisis kehakiman, masalah ekonomi, kenaikan harga minyak, peningkatan kes jenayah berat merupakan antara beban yang terpaksa digalasnya dalam masa kecaman Dr Mahathir Mohamad masih menghantuinya.
Kebangkitan fenomena protes jalanan juga menambah hitamkan lagi sisi gelap rejim pemerintahannya terutama apabila beberapa amaran dan ugutan kerasnya seperti tidak diendahkan langsung. Malah ramai mendakwa, pasukan polis sendiri kini berpecah dua, petanda Abdullah perlahan-lahan hilang cengkaman.

Demonstrasi Hindraf menampar tepat ke muka Abdullah, selepas perhimpunan Bersih memalukannya. Mulanya beliau cuba menunjukkan ketegasan, sambil mahu mengheret PAS ke dalam kancah perkauman agar Umno dilihat bagai benteng terakhir Melayu.

Namun, selepas mencongak BN bakal kehilangan sokongan pengundi India, sekelip mata Abdullah bertukar strategi. Lagak keras Peguam Negara yang mahu ikat jamin tidak diberikan kepada penyokong Hindraf cair begitu sahaja. Hipokrasi makin nyata. Motif politik Abdullah jelas mengatasi kehendak undang-undang. Namun sifir politiknya tetap mengelirukan.
Hindraf dapat layanan istimewa
Tiba-tiba saja Hindraf yang dikutuk dan dituduh ada kaitan dengan pengganas antarabangsa mendapat layanan istimewa Abdullah. (Seorang rakan bertanya, jika lima pemimpin Hindraf yang ditahan ISA terus disumbat ke Kamunting, bila masa pula mereka akan disiasat bagi membuktikan kaitan dengan Tamil Elam?)

Tiap hari akhbar mencari sudut terbaik merakamkan gambar Perdana Menteri menyantuni masyarakat India. Delegasi NGO India diberi ruang meluahkan isi hati di hadapan Abdullah dan beliau pastinya memberikan pelbagai jaminan khusus.

Rupanya demonstrasi Hindraf berjaya mencapai hasil gemilang, jauh mengatasi perhimpunan Bersih yang aman itu!

Semasa menonton rancangan berita TV yang menyiarkan penjelasan Dato' Zainal Abidin Osman di Dewan Rakyat, saya agak pelik mendengar tepukan meja ahli-ahli Parlimen BN (majoritinya pasti wakil Umno) apabila Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu memberitahu persidangan: "Pada 2004, pendapatan isi rumah kasar bulanan kaum Bumiputera adalah RM2,711 sebulan, kaum Cina RM4,437, dan kaum India RM3,456. Manakala peratus kadar kemiskinan Bumiputera yang miskin adalah 8.3% dan kaum India cuma 2.9%, sedangkan kaum Cina 0.6%".

Tertanya-tanya juga, apa maksud sorakan wakil rakyat Umno itu? Apakah mereka seronok dengan pencapaian buruk Bumiputera selepas 50 tahun merdeka dan negara ditadbir terus-menerus oleh Umno?

Dengan segala bantuan dan kemudahan yang didakwa diberikan kerajaan kepada Bumiputera tetapi mengapa mereka masih tertinggal jauh di belakang?

Ahli Parlimen sorak diri sendiri
Bukankah ini bukti kegagalan Umno untuk meningkatkan taraf hidup orang Melayu-Bumiputera? Lalu, siapa sebenarnya sasaran sorakan itu, Hindraf atau ahli-ahli Parlimen Umno sendiri?

Jelas Abdullah tidak sanggup menunggu dihukum pengundi India yang selama ini terbukti setia kepada BN. Pengundi Cina misalnya pada 1986 dan 1990, juga pengundi Melayu sendiri pada 1999, pernah 'mengajar' BN. Mungkinkah masyarakat India sudah berpatah arang dengan BN kali ini, meskipun pelbagai kaedah diguna untuk meredakan kemarahan mereka?

Saya kira demi memburu kemenangan besar sekali lagi, Abdullah akan melakukan apa saja, meskipun maruah Melayu-Islam akan terhakis kerananya. Beliau tahu orang Melayu cepat memaafkan (dan seterusnya melupakan) apatah lagi Abdullah "pandai menjaga tutur-katanya", tidak sepertimana Dr Mahathir dahulu.

Ketua Pembangkang di Parlimen, Lim Kit Siang menyenaraikan 26 kawasan Parlimen yang mempunyai pengundi India sekitar 15 peratus ke atas, yang mungkin menyaksikan beberapa keputusan luar jangka jika benar amarah Hindraf kepada S Samy Vellu dan Umno tidak dapat dilunakkan.Kawasan-kawasan dianggap boleh membawa masalah kepada BN seandainya pengundi India bertekas mahu 'mengajar' BN dalam pilihan raya akan datang.

Kawasan bermasalah?
Kerusi berkenaan ialah Padang Serai (21.78%), Merbok (17.16%), Batu Kawan (22.35%), Nibong Tebal (14.43%), Sungai Siput (22.45%), Bagan Datok (22.36%), Ipoh Barat (21.24%), Tapah (19.67%), Telok Intan (19.02%), Tanjong Malim (17.29%), Cameron Highlands (22.72%), Kota Raja (25.91%), Kuala Selangor (21.32%), Hulu Selangor (19.01%), Kuala Langat (17.99%), Sepang (17.73%), Kelana Jaya (17.59%), Klang (17.43%), Selayang (15.23%), Shah Alam (14.71%), Lembah Pantai (17.94%), Batu (14.31%), Telok Kemang (22.64%), Rasah (19.15%), Rembau (14.94%), Labis (14.63%).

Difahamkan kedudukan Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo juga tergugat, dan mungkin terpaksa bertanding di peringkat Parlimen, memandangkan beliau merupakan antara target utama kritikan Hindraf. Kes perobohan kuil di negeri itu dikatakan membawa kesan berpanjangan meskipun kerajaan negeri menyediakan tawaran tapak baru dan jaminan ia tidak akan berulang.

Pastinya Khairy akan mengambil kesempatan bagi meminggirkan seteru ketatnya ini. Khir dianggap mempunyai potensi di masa depan bagi menghalang cita-cita besar menantu Perdana Menteri itu. Ramai perwakilan Umno yang bosan dengan "tradisi kebangsawanan baru" mungkin melihat Khir sebagai alternatif, bersama Zahid Hamidi misalnya.

Sedangkan Khairy tidak boleh melepaskan sebarang peluang kerana masanya untuk mengejar jawatan tertinggi parti cukup singkat, yakni selagi Abdullah masih bertakhta, paling lama pun sekitar 10 tahun lagi.

Tidak cukup sekadar lebih baik
Mengharapkan keputusan pilihan raya kali ini lebih baik buat pembangkang berbanding 2004 tentulah tidak sesukar mana.BN pastinya sukar mengekalkan kemenangan gemilang meraih lebih 91 peratus kerusi Parlimen.

Namun yang lebih penting ialah mencipta kejayaan yang benar-benar bermakna dan dapat memecahkan kebuntuan psikologi politik Melayu. (Apa pun saya masih bimbang dengan kedudukan di Kelantan terutama merujuk kedudukan kerusi Dun yang hanya dibezakan dengan satu kerusi dan dua undi. Walaupun mood pengundi di sana dilihat memihak PAS, usaha Umno untuk merebut kembali negeri itu tidak boleh diremehkan).

Pada 1999, PAS melepasi halangan pertama apabila berupaya menjadi parti Melayu terulung selepas hampir semua kerusi Parlimen di kawasan majoriti Melayu di Kelantan, Terengganu dan Kedah dikuasainya. Malangnya penguasaan itu tidak kekal lama. Mungkin tiada usaha pengukuhan bersungguh-sungguh sepanjang 1999-2004 sehinggakan pengundi Melayu mudah "tersihir" dengan penampilan bergaya Abdullah yang nampak berbeza jauh dengan pendahulunya, Dr Mahathir.

Ramuan kejayaan
Kini peluang terbuka luas untuk Barisan Alternatif. Ramuan kejayaan terhidang biarpun proses pilihan raya masih tempang dan SPR belum bersedia bebas daripada kongkongan Umno-BN.
Dan tuntutan Bersih pun nampaknya tidak begitu dihiraukan, malah Pengerusi SPR semakin galak menjadi sebahagian daripada pencacai Umno.

Selagi mana komitmen aktivis pembangkang - di segenap peringkat - kekal kental, gerak kerja pilihan raya berjalan secara sistematik, manakala pemimpinnya terus berakar dengan denyut nadi getar kehidupan rakyat, maka harapan untuk melakar sejarah baru tetap menggunung.
Cuma, pastikan keghairahan bekerja menjayakan misi parti itu mekar subur di setiap lapisan, daripada UPU, MTD dan juga kepemimpinan negeri, selain pendapat umum tidak terburai oleh terjahan propaganda Umno.

Tuesday, January 1, 2008

Sah Orang India Sudah Berubah


Isu Himpunan oleh HINDRAF memberi kesan yang sangat drastik kepada senario politik tanah air sekarang ini. Sebetulnya sebelum itu kesan dari himpunan BERSIH lebih awal memberi impak yang besar kepada beralihnya sokongan rakyat kepada Barisan Alternatif (BA) .

Contohnya sekembali saya ke Malaysia dalam tempoh dua minggu ini, saya sempat berada dalam 3 ceramah umum yang diadakan di kawasan Parlimen Parit Buntar anjuran Lajnah Penerangan Pas Kawasan. Kesemuanya diadakan dalam DUN Titi Serong yang pernah dimenangi calon PAS dalam PR Umum ke 10 tahun 1999. Sayangnya kita gagal mempertahannya pada PR Umum ke 11 pada tahun 2004. Pada tahun yang sama saya gagal dalam cubaan pertama di DUN Kuala Kurau.

Kesemua 3 ceramah tersebut menjadi perhatian masyarakat India di kawasan Parit Buntar dan mereka hadir dalam jumlah yanng ramai. Misalnya dalam Ceramah bersama Naib Presiden Hj. Mohd. Sabu orang India mula kelihatan dalam ceramah tersebut.

Ikhlas saya nyatakan amat susah malah tiadapun kehadiran orang India dalam Ceramah PAS sebelum dari ini. Sesudah itu ceramah Hj. Mahfuz dan Cikgu Wahab Abd. Rahman yang terpaksa diganti keduanya dengan dua penceramah dari pemuda Kedah dan pemuda Perak kerana keduanya ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Sambutan orang India juga begitu baik.

Begitu juga malam tadi ceramah dari Ust. Sharir Long dan Ust Sidek Noor, saya dapati lebih ramai lagi orang India yang memenuhi ruangan ceramah. Selain itu saya melihat sendiri orang India yang datang memberi derma dalam kutipan derma kilat yang dilancarkan.

Beberapa ceramah lagi akan diadakan dalam bulan Januari 2008, saya yakin dengan sikap orang India yang berubah ini sekiranya kita dapat memberikan penjelasan secara hikmah pada setiap kali ceramah, mereka pasti datang lagi. Sikap prajudis kepada PAS dan Islam nampaknya mula terhakis dari fikiran mereka. UMNO tidak lagi menjadi harapan kepada orang Melayu, malah dialah yang memusnahkan segala-galanya.

Begitu juga MIC bukan lagi tempat kebergantungan orang India. Mereka bersama kita untuk memperjuangkan apa yang dinamakan " keadilan" yang padam dalam kamus BN, UMNO, MIC dan MCA.

Demikianlah suasana berubah ini berlaku di seluruh negara. Saya ada bertemu dengan seorang India di Tol Tanjung malim, beliau mengatakan orang India di Tanjung Malim akan bagi sokongan kepada BA. Suatu pertemuan khusus PAS Kawasan Tg. Malim dengan orang India telah diadakan. Katanya ramai yang hadir.

Saya difahamkan oleh sahabat dari Kulim Kedah seramai 7000 orang India telah hadir dalam satu pertemuan dan ceramah Dato' Sri Anwar Ibrahim. Keadaan ini saya yakin berlaku dimana-mana diseluruh negara. Sahlah orang India telah berubah.

Kitalah yang dari dulu sehingga sekarang dan akan datang memperjuangan keadilan, kerana keadilan itu adalah tunggak pemerintah Islam. Keadilan kepada semua bangsa dan agama inilah yang telah menyebabkan kita bertahan di Kelantan sehingga 17 tahun hingga sekarang.

Diposting oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM @ LIM CHUAN HING

Friday, December 28, 2007

Keganasan : Bukan Cara Islam

Terkejut ketika melihat nota kaki semasa siaran TV3 "Ketua Pembangkang & Bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto terbunuh dalam satu serang nekad berani mati".Tahun 2007 seolah-olah melabuhkan tirainya dengan meninggalkan satu tragedi pembunuhan tokoh pemimpin.

Bagi mewakili pihak Lajnah Perpaduan Nasional, kita mengutuk sebarang bentuk kekerasan dan keganasan seperti yang berlaku di Pakistan. Takziah kepada semua Penyokong Parti Rakyat Pakistan (PPP).
Ketegasan PAS adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berbahagia Ust Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS ketika dihubungi wartawan Harakahdaily (Rujuk Laporan Harakahdaily di bawah).


Tragedi berdarah di Pakistan - PAS tolak sebarang bentuk keganasan

Intan Abdullah Fri Dec 28, 07 11:32:46 am MYT



KUALA LUMPUR, 28 Dis (Hrkh) - PAS menolak sebarang bentuk keganasan yang mencetuskan kekacauan yang berlaku di mana-mana tempat termasuk yang kini sedang berlaku di Pakistan.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam satu kenyataan berhubung tragedi pembunuhan bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto semalam, melahirkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku di sana di samping mendoakan keadaan di Pakistan kembali aman dan sentosa.

"Kita mendapat maklumat bahawa situasi Pakistan kini berada dalam keadaan huru-hara dan tidak stabil di seluruh kawasan negara itu," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Tambahnya, PAS tidak suka kepada keganasan dan menentang sebarang bentuk keganasan yang dilakukan kerana ia akan menyebabkan rakyat akan menerima kesan daripadanya.

Media melaporkan Benazir, 54, terbunuh selepas terkena tembakan dan serpihan bom dalam satu serangan nekad berani mati ketika mengakhiri kempen pilihanraya untuk Parti Rakyat Pakistan (PPP) pimpinannya di Rawalpindi, semalam.

"Beliau meninggal dunia pada pukul 5.25 petang (8.25 malam waktu Malaysia) di Hospital Umum Rawalpindi," kata jurucakap Parti Rakyat Pakistan (PPP), Rehman Malik.

Peguam Benazir, Sentor Babar Awan, pula berkata - "Doktor bedah mengesahkan kematiannya."

Dalam kejadian tragedi yang turut mengorbankan kira-kira 20 penyokongnya itu, seorang lelaki dikatakan mendekati beberapa pemimpin PPP termasuk Benazir dan melepaskan tembakan sebelum meletupkan bom.

Beliau, ketika itu baru sahaja selesai menyampaikan ceramah kepada beribu-ribu penyokongnya dan sedang berjalan ke arah kenderaannya apabila seorang lelaki menghampirinya dan melepaskan tembakan sebelum meletupkan dirinya.

"Lelaki berkenaan menembak ke arah kereta Benazir ketika beliau tunduk dan lelaki itu kemudian meletupkan dirinya,” kata seorang pegawai polis, Mohammad Shahid.


Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Javed Cheema, berkata Benazir mungkin terkena serpihan letupan bom yang dipasang pada jaket penyerang terbabit.

Bagaimanapun, penasihat keselamatan PPP, Rehman Malik, berkata Benazir ditembak di leher dan dada ketika memasuki kenderaannya sebelum penyerang meletupkan bom.

Manakala stesen televisyen Ary-One pula melaporkan pemimpin pembangkang itu terkena tembakan di kepala.

"Penyerang melepaskan tembakan ke arah kenderaan Benazir yang menundukkan kepala sebelum meletupkan bom," kata seorang anggota polis, Mohammad Shahid.

Ceramah itu diadakan sebagai kempen pilihan raya Pakistan yang akan diadakan pada 8 Januari ini.Ini merupakan serangan kedua ke atas Benazir sejak pulang dari tinggal dalam buangan di Britain, Oktober lalu. Pada serangan 19 Oktober lalu, lebih 138 orang terbunuh ketika berarak menyambut kepulangannya.

Menurut jurucakap Benazir, Farahtullah Babar, beliau baru saja melintasi pagar ketika dalam perjalanan ke keretanya yang terletak 50 meter dari tempat kejadian apabila tiba-tiba satu letupan berlaku.

"Tindakan ini dilakukan oleh mereka yang ingin melihat keadaan di Pakistan huru-hara kerana beliau adalah simbol penyatuan di sini.

"Mereka telah memusnahkan keluarga Bhutto dan merupakan musuh Pakistan," kata Farahtullah.

Benazir sebelum ini terselamat dalam cubaan membunuhnya pada 19 Oktober lalu di Karachi ketika pulang daripada buangan dalam kejadian yang membunuh hampir 150 orang. - mr

Thursday, December 27, 2007

Seruan Kepada Semua Cina Islam

Oleh Drs Idham Khalil Lim @ Lim Chuan Hing

Allah SWT telah memilih kita untuk menjadi seorang yang beriman kepada Nya. Dengan mengucapnya dua kalimah syahadah setelah bersaksi tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah..maka berakhirnya zaman jahiliyah kita dan kita semua menjadi sebahagian dari umat Islam. Alhamdulillah....

Maka bermulalah suatu kehidupan insan yang putih bersih tanpa sedikitpun dosa, setelah Allah mengampunkan segala perkerjaan yang lalu. Seperti anak anak yang baru dilahirkan, seputih kapas yang tak ternoda sedikitpun dosa. Seputih salji jauh mata memandang yang mengasyikkan.

Sesudah itu ingatlah kehidupan saudara hendak lah memenuhi hasrat penciptaan manusia itu sendiri dengan melakukan amal soleh :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku." ( Adz-Dzaariyaat : 56)

Tuntutan mengenai Rukun Iman dan Rukun Islam tidak berada dalam skop yang terbatas tetapi melaksanakan semua titah perintah Allah sehinggalah berjuang dalam perjuangan Islam sesuai dengan matlamat diutuskan Rasul itu sendiri :

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ الطَّاغُوتَ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى اللّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانظُرُواْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

"Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)." ( An Nahl : 36)

Sesungguhnya di Malaysia Jemaah Islam yang sedang memperjuangkan itu semua, iaitu Parti Islam Semalaysia (PAS), jauhilah parti atau jemaah yang sesat dan menyesatkan umat manusia seperti UMNO dan sebagainya..
Sia-sialah kita kalau saudara menyokong sebuah parti yang telah dan sentiasa melakukan malah mencipta kezaliman kepada rakyatnya disemua peringkat.

Sedangkan di sana Allah melarang kita melakukan kezaliman sesama manusia dan kepada semua makhluknya yang lain, cenderung kepada yang zalim pun dilarang oleh Allah SWT :

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan." (Hud : 113)

Apalagi kalau saudara adalah orang yang memilih calon-calon dari Parti UMNO dan BN yang sedang melaksanakan kezaliman yang melampau, saudara telah mempunyai saham atau aset yang menyebabkan hayat kezaliman itu berterusan untuk 5 tahun akan datang.
Ingatlah tanggungjawab berjuang untuk memenangkan Islam dan Jemaah Islam, tanggungjawab untuk meruntuhkan kezaliman dan menegakkan keadilan adalah soalan-soalan yang akan ditanya di hadapan Allah SWT kelak di akhirat.

Yakinlah dengan akidah dan perjuangan Islam dan itulah penyelamat kita semua setelah kita bergelar CINA ISLAM.

Keadilan Tidak Mengira Bangsa

Oleh Drs Idham Khalil Lim @ Lim Chuan Hing

Allah SWT mewajibkan kepada hamba untuk untuk berlaku adil kepada semua . Adil kepada diri sendiri, adil kepada anak isteri, adil kepada keluarga taulan, adil kepada semua manusia. Adil jua kepada alam sekitar dan seluruh makhluk yang lain.

Adil dalam pandangan Allah ialah menyampaikan amanah dan tanggung jawan sesuai dengan apa yang telah di pertanggunjawabkan kepadanya nya.

Firman Allah SWT.
وَكَذَلِكَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ وَإِن كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلاَّ عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللّهُ وَمَا كَانَ اللّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ اللّهَ بِالنَّاسِ لَرَؤُوفٌ رَّحِيمٌ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيداً وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنتَ عَلَيْهَا إِلاَّ لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُولَ

"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia. " (Al Baqarah :143)

Menegakkan keadilan berarti telah menegakkan satu amanah yang telah dipertanggung jawabkan oleh Sang Pencipta kepada makhlukNya. Tidak ramai yang mampu melaksanakan tanggung jawab ini. Kebanyakan manusia jadi lupa daratan lantas jauh sekali untuk menegakkan keadilan.Bila sudah mendapatkan kuasa manusia sebegini menganggap sebagai suatu peluang sehingga berlaku zalim dan lupa kepada azab Allah yang sedang menunggu. Ingatlah, janji Allah itu adalah pasti.

Bila manusia itu diberi satu amanah kepimpinan mereka mestilah berlaku adil kepada semua rakyatnya. Tidak mengira bangsa, agama dan warna kulit. Apa lagi mengutamakan keluarga dan orang yang terdekat, ini dilarang sama sekali.

Amanah ini sangat berat sebagaimana yang telah berlaku di zaman Umar Al Khattab. Beliau berlaku adil kepada semua rakyat nya sehingga tidak tidur malam untuk menjenguk rumah ke rumah mana kah ada rakyatnya yang tidak cukup makan dan mempunyai masaalah.

Lalu terkenal kisah beliau dengan seorang ibu yang terpaksa memasak ketulan batu untuk menidurkan anak-anak yang dalam keadaan yang kelaparan. Alangkah terkejutnya beliau mendapati rakyatnya dalam keadaan kesusahan yang demikian rupa sehingga dia balik mengambil gandum dalam simpanan baitulmal dan dipikulnya sendiri lalu diberikan kepada ibu yang daif itu.
Kata ibu itu Khalifah seronok dan zalim tanpa menjengukpun kesusahan rakyat nya, sedangkan dia tidak tahu yang membantunya itu adalah Khalifah. Inilah contoh sepanjang zaman dari kepimpinan seorang sahabat yang langsung mendapat pendidikan dari Nabi Allah.

Memetik kehidupan Khalifah Umar Abdul Aziz yang disebut oleh ahli sejarah sebagai khalifah Islam yang kelima sekiranya ingin disebut setelah Khalifah Ar Rasyidin. Keadilan pemerintahnnya yang cuma berlangsung dalam 2 tahun sangat terserlah. Sejarah telah membuktikan beliau adalah seorang pemimpin yang adil kepada seluruh rakyatnya.

Jauh sekali ingin mengambil dan menggunakan harta negara dengan jalan yang tidak betul atau rasuah. Suatu hari beliau sedang melakukan kerja-kerja negara dengan menggunakan pelita milik negara atau rakyat. Lalu datanglah anaknya ingin mengadu sesuatu hal, lantas beliau bertanya adakah ingin bercakap urusan keluarga atau negara kerana ia ingin memadamkan pelita minyak kalau urusan keluarga.
Subhanallah inilah pemimpin yang adil yang telah menjalankan amanahnya dengan rasa takut dan penuh tanggungjawab kepada Allah SWT. Dia tahu kuasa dan pemerintahan itu milik Allah, bila-bila masa akan jatuh dan tersungkur jua. Sehebat manapun pemimpin di dunia pasti akan jatuh dan yang zalim terutamanya jatuh tersungkur dengan keadaan yang paling hina sekali. Hina di dunia dan terhina di akhirat.

Berlaku adil dari seorang pemimpin akan mendapat ganjaran yang sangat istimewa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:-

"Dari Abu Hurairah ra dari Nabi saw., beliau bersabda : "Tujuh orang akan dilindungi Allah dalam lindungan-Nya pada hari yang tidak ada lindungan selain lindungan-Nya, yaitu : Imam yang adil, pemuda yang berkembang dalam beribadah kepada Allah Ta'ala, seseorang yang hatinya tergantung di masjid-masjid, dua orang laki-laki yang saling bercinta karena Allah, di mana keduanya berkumpul dan berpisah karena-Nya, orang laki-laki yng diajak oleh wanita yang berkedudukan cantik lalu laki-laki itu menjawab : "Sesungguhnya saya takut kepada Allah", orang laki-laki yang mensedekahkan sedekah lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, dan orang laki-laki yang ingat kepada Allah di tempat yang sunyi lalu kedua matanya berlinang." (HR: Bukhari)
Semua pemimpin dalam segala bentuk dan keadaan akan dipertanggung jawabkan kepada apa yang telah dia pimpin, tidak ada satupun walau sebesar zarrah yang akan ditanya dihadapan Allah SWT.; Sabda Rasulullah s.a.w:-

"Dari Ibnu Umar r.a berkata: Saya mendengar Rasulullahsaw. Bersabda: "Masing-masing dari kamu adalah pemimpin dan masing-masing dari kamu bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Imam itu adalah pemimpin dan bertanggung jawab akan kepemimpinannya. Seorang laki-laki pemimpin terhadap keluarganya dan bertanggung jawab akan kepemimpinannya. Perempuan itu pemimpin dalam rumah suaminya dan bertanggung jawab akan kepemimpinannya. Pelayan itu pemimpin dalam harta tuannya dan bertanggung jawab akan kepemimpinannya." Ia berkata: Dan saya menduga bahwa beliau telah bersabda: "Seorang laki-laki (anak) adalah pemimpin dalam harta ayahnya dan bertanggung jawab akan kepemimpinannya. Dan masing-masing dari kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab akan kepemimpinannya." (HR: Bukhari)

Semuga fajar akan menyingsing jua dalam keadaan rakyat yang sedang dizalimi di akhir zaman ini. Ya Allah kembalikan makhluk Mu yang dizalimi ini kepada suatu pemerintah yang adil berpandukan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Aaamin......

Kata Di Kota....Tahniah Lajnah Perpaduan Nasional

Kaum Iban mula tolak BN, tubuh Kelab Penyokong PAS di Sarawak

Nyza Ayob Wed Dec 26, 07 3:43:47 pm MYT


KUALA LUMPUR, 26 Dis (Hrkh)- Bersesuaian dengan misinya merentasi sempadan kaum, Lajnah Perpaduan Nasional telah menubuhkan Kelab Penyokong PAS Iban di rumah panjang Sungai Mulun, Batang Lupar, Sarawak baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Dr Mujahid Yusof, penubuhan kelab tersebut sempena lawatan kerja lajnah tersebut selama lima hari ke Sarawak baru-baru ini (gambar).

Jelasnya lagi, Kelab Penyokong PAS Iban ditubuhkan hasil usaha gigih PAS Sarawak dengan kerjasama beberapa PAS cawangan di Maludam. Hasil daripada penubuhan tersebut, sebuah jawatankuasa telah dibentuk yang mana ia diketuai oleh Akip ak Kundeng, Timbalan Pengerusi, Surau ak Nyamin dan Setiausaha, Molly ak Bungur.

Menurut Mujahid, dalam majlis yang sederhana di cawangan Hilir, selaku Pengerusi, Akip ak Kundeng berjanji untuk bekerjasama dengan PAS dan akan memastikan lebih ramai kaum Iban akan menyertai Kelab Penyokong PAS.

"Beliau melahirkan keyakinannya terhadap PAS dan kecewa dengan Barisan Nasional yang telah membelakangkan masyarakat Iban dalam arus pembangunan Sarawak. Antara masalah yang dihadapi oleh masyarakat Iban ialah masalah tanah yang sekarang ini diambil alih tanpa pampasan sedangkan masyarakat Iban telah mengusahakan tanah yang terbiar sejak turun temurun.

"Tanah-tanah diambil syarikat gergasi untuk membuka jalan kepada penanaman kelapa sawit dan aktiviti lain yang menyisihkan masyarakat Iban setempat, " katanya kepada Harakahdaily.

Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Sarawak, Ustaz Osman Mustapha yang member jaminan kepada masyarakat Iban setempat bahawa PAS adalah parti untuk semua kaum tanpa mengira keturunan kaum, bangsa atau agama.

Sementara itu, selepas perasmian tersebut, Mujahid turut meninjau keadaan di rumah panjang Mulun dan beramah mesra dengan masyarakat di sana.

Mujahid turut menyuarakan beliau berpuas hati dengan sambutan program PAS for All setakat ini kerana mendapat respon yang baik dari semua lapisan kaum dan agama di negara ini, yang mana penubuhan Kelab Penyokong PAS Iban membuktikan PAS tidak mengabaikan nasib kaum lain di negara ini.

Bagaimanapun Mujahid melahirkan kekecewaanya apabila melihat keadaan di beberapa rumah panjang yang seolah-olah tidak dipedulikan wakil rakyat kawasan berkenaan.
Jelasnya walaupun sudah merdeka jalan dan keperluan infrastruktur di beberapa kawasan rumah panjang Dun Lingga agak daif dan masih seperti tahun 60-an.

"Jalan masuk yang tidak diturap serta bergantung kepada generator untuk menggunakan elektrik, begitu juga kemudahan lain yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan yang memerintah.

"Keadaan ini menjadikan masyarakat Iban dilihat sebagai tersisih oleh arus pembangunan yang dibawa oleh BN,"katanya.

Sehubungan itu jelas Mujahid, PAS berjanji untuk memastikan rumah panjang tersebut diberi kemudahan asas sebagai komitmen PAS memastikan masyarakat rumah panjang tidak terpisah dengan kemudahan asas yang sepatutnya disediakan oleh parti pemerintah.

Usaha gigih PAS cawangan Kampung Lingga, katanya telah melahirkan hubungan yang mesra antara PAS dan masyarakat Iban setempat.

Dalam perkembangan lain, satu memorandum telah diserahkan kepada Pesuruhjaya Sarawak untuk memohon kepada Majlis Agama Sarawak satu tanah perkuburan baru di kampung Lingga.

Aduan itu dibuat oleh PAS Lingga yang kesal permohonan kepada wakil rakyat kawasan tersebut tidak dihiraukan walaupun sudah memohon beberapa kali.

Memorandum tersebut menyatakan tanah perkuburan yang sedia ada sudah tidak dapat menampung lagi kerana kedudukannya di tepi sungai kadang-kadang menyukarkan urusan jenazah kerana tidak cukup ruang.

Malahan air juga masuk ke dalam lubang galian kerana terpaksa menanam jenazah di tebing sungai. - mr