"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Thursday, September 13, 2007

"PAS For All" Sloga tawaran untuk pelbagai kaum



Petikan Harakahdaily

'PAS For All' slogan tawaran untuk pelbagai kaum
Anis Nazri Foto Nasir Sudin Wed Sep 12, 07 01:51:59 PM

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Hrkh) - Istilah 'PAS For All' atau 'PAS Untuk Semua' akan dijadikan dan digunakan sebagai slogan tawaran PAS kepada semua rakyat yang meliputi pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, berkata penggunaan istilah tersebut amat bersesuaian dengan tawaran PAS untuk membawa keadilan dan kesejahteraan kepada semua kaum, tanpa mengira perbezaan agama dan sebagainya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran kempen 'PAS For All' dan pelancaran buletin 'Ren Men Shi Shi' online, yang diadakan di Pejabat Agung PAS, petang semalam.
Nasharudin menegaskan PAS tidak pernah ketinggalan dalam isu kepentingan semua kaum, termasuklah isu penutupan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Damansara, yang pernah membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat Cina.

Bukan itu sahaja, katanya PAS melalui Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) sudah banyak menabur khidmat kepada golongan Cina dan India, sehingga berjaya menubuhkan beberapa kelab penyokong PAS melibatkan kaum Cina dan India di seluruh negara.

Justeru, beliau mengharapkan pada pilihan raya umum ke-12 nanti, rakyat berbilang kaum akan bangkit membuat perubahan dengan menggantikan kerajaan sedia ada yang penuh kepincangan dan kelemahan kepada PAS.

Sementara itu, majlis pelancaran kempen anjuran LPN itu menarik perhatian ramai, termasuk orang yang berada di sekitar Jalan Raja Laut, khususnya masyarakat Cina. Malah, ada di antara mereka yang turut menepuk tangan serta melambai-lambaikan tangan ke arah pimpinan PAS yang menyaksikan persembahan tarian singa di hadapan Pejabat Agung PAS.

Tarian singa yang mengambil masa hampir 15 minit itu menarik perhatian orang ramai hingga menyebabkan sedikit kesesakan di jalan itu, bagaimanapun kehadiran dan kepakaran pasukan Unit Amal PAS membantu pengguna jalan raya berkenaan melalui jalan tersebut dengan lancar.
Kehadiran pimpinan tertinggi PAS, seperti Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh; Ketua Penerangan Muslimat, Salbiah Abdul Wahab; dan beberapa pimpinan lain turut menarik perhatian pengguna jalan raya yang membunyikan hon tanda sokongan.

Selain persembahan tarian singa, persembahan paluan rebana dan seruling India atau Mirudengam turut dipersembahkan kepada tetamu yang hadir, di samping paluan kompang dari pelajar Sekolah Menengah Agama Puchong, Selangor.

Majlis pelancaran kempen itu turut mengumumkan pemenang bagi pertandingan mencipta logo yang dianjurkan LPN bagi digunakan sebagai kempen 'PAS For ALL'.

Seorang pereka grafik dari Pandan Indah, Norazian Abu Hassan tampil sebagai pemenang mencipta logo dan menerima sijil penyertaan, serta beberapa hadiah sampingan lain. - mks.

Logo PAS Untuk Semua

Logo PAS Untuk Semua

Laporan Akhbar The STAR



KUALA LUMPUR: PAS will make another attempt to woo non-Muslims by launching its PAS For All campaign. Party deputy president Datuk Nasharuddin Mat Isa said the party was not only for Malays or Muslims but cuts across communal and religious lines.

“The Quran teaches us to respect each other’s religious beliefs. So if it is the welfare of the Chinese that needs to be championed, we will be there. If it’s Indians who need help, we will come forward. And it is the same with the Malays,” he said yesterday.

The launch at the PAS office in Jalan Raja Laut started with the Malay kompang, Chinese lion dance, followed by the Indian miruthengam instrument.

Later at the press conference, Nasharuddin was asked about the fears of non-Muslims about PAS’ push for an Islamic state.

“We are explaining substance rather than debating on the form. Substance is about justice, good governance, free and fair treatment of all citizens,” he said.

He believed “the mood is there” for a change, adding that the party had been doing a lot to woo non-Muslim votes.

The party has also set up PAS Chinese clubs and PAS Indian clubs to help spread the message.

Pelancaran PAS Untuk Semua


KUALA LUMPUR - 11 Sep 07, PAS melalui Lajnah Perpaduan Nasional di bawah pimpinan Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa telah melakar satu sejarah perjuangan merentasi sempadan kaum melalui satu program yang diberi nama "PAS Untuk Semua" atau "PAS For All".




Program yang dirasmikan oleh YBhg Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS bagi mewakili YB Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang yang tidak dapat hadir atas urusan parti. Dalam ucapan beliau menyeru semua kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa untuk bersama dengan PAS.Masyarakat non-muslim tak perlu takut untuk menyokong PAS kerana Islam mengajar umatnya untuk berlaku adil kepada semua pihak tak kira bangsa dan agama.




Ust Nasaruddin Mat Isa berucap ketika merasmikan Pelancaran "PAS For All"


Sebelum itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa memberi ucapan kata aluan kepada tetamu yang hadir.Beliau merakam ucapan tahniah kepada semua yang hadir, lebih-lebih lagi Penyokong-penyokong Kelab PAS dari Parit Buntar yang datang dari jauh dengan menyewa sebuah bas.Dalam ucapan beliau, tembok perkauman yang dibina oleh UMNO Barisan Nasional telah runtuh dengan sokong dan dokongan yang ditunjukkan pada hari ini.


Sebelum itu, Pengarah Program Dr Halimah Ali Abdullah menyatakan bahawa pihak Urusetia dan dengan persetujuan pimpinan PAS Pusat telah memilih satu logo rasmi untuk "PAS Untuk Semua".Logo ini telah dipilih daripada peserta-peserta yang menghantar logo tersebut kepada urusetia.Peserta yang bertuah adalah seorang Pereka Grafik lulusan UiTM yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan.Beliau adalah En Nor Azian bin A.Hassan, 35 tahun.




Tuesday, September 11, 2007

PAS UNTUK SEMUA

KUALA LUMPUR -InsyaAllah, hari ini 11 September 2007, Parti Islam SeMalaysia (PAS) melakar satu sejarah dalam arena politik tanahair, melalui Lajnah Perpaduan Nasional akan melancarkan satu program "PAS UNTUK SEMUA"atau "PAS FOR ALL".Majlis pelancaran program ini bakal dilakukan oleh YB Dato'Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam SeMalaysia di Pejabat Pentadbiran PAS Jalan Raja Laut.

Lajnah yang di ketuai oleh Dr Ustaz Hj Mujahid Yusof Ar-Rawa telah meneroka jauh dalam usaha untuk mengajak semua lapisan masyarakat untuk bersama dengan perjuangan PAS. Program separuh hari ini bertujuan untuk :

1. Menyingkir sikap prajudis Non malay /Non Muslim terhadap PAS sebagai hanya
memperjuangkan nasib orang Islam sahaja.

2. Memasarkan PAS yang serius dan komited menjuarai nasib dan hak semua kaum.
3. Mengambil peluang MEMUTIHKAN tarikh 11hb September yang melambangkan

keganasan atau terrrorisme orang ‘Islam’ yang menjauhkan Non- Malay daripada PAS.

Menurut Pengarah Program Dr Halimah Ali Abdullah, tetamu yang hadir akan disajikan dengan 3 jenis persembahan kebudayaan 3 bangsa iaitu Persembahan Kompang (Melayu), Tarian Singa (Cina) dan Mirudengam (India).

Dalam majlis tersebut, satu logo rasmi "PAS UNTUK SEMUA" akan diumumkan oleh YB Dato'Presiden hasil dari pertandingan mencipta logo.Disamping itu YB Dato' Presiden akan melancarkan laman web Ren Min Shi Shi Online yang bertujuan untuk memudahkan lagi Berita Rakyat Semasa ini dicapai di seluruh dunia-ski

Wednesday, September 5, 2007

PAS sentiasa Istiqomah

Lihat emel di bawah adalah salah satu contoh, kebijasanaan pimpinan PAS tak kira Pemuda mahupun Pimpinan Atasan. Sebagaimana yang dinyatakan melalui blog ini http://pasnational_unity.blongspot.com/ , PAS sentiasa konsisten terhadap "Prinsip Perpaduan" sejak ia ditubuhkan kerana Islam telah mengajar kita....erti perpaduan yang sebenarnya. InsyaAllah, PAS tidak akan membenarkan ada pihak yang menangguk di air yang keruh.
Sejak kelmarin, saya kerap dihubungi oleh banyak pihak bertanyakan tentang kemungkinan akan berlakunya rusuhan kaum di Johor Bahru. Beberapa SMS telah disebarkan dan diperpanjangkan kepada ramai termasuklah di kalangan ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Blog saya (http://minda-kembara.blogspot.com/) tiba-tiba mencapai hits yang tinggi sejak semalam dan saya yakin ianya ada kaitan dengan penyebaran SMS tersebut.
SMS yang dilihat cuba meransang kaum Melayu untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ini telah membangkitkan rasa cemas sehingga terdapat pendudk di sekitar Johor Bahru bimbang untuk keluar daripada kawasan rumah. Kononnya, pada 30 Ogos 2007 akan berlakunya huru-hara di Masai dan Pasir Gudang, Johor dan semua agar berwaspada. SMS ini juga dikatakan disebarkan untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanahair.

Saya paparkan beberapa SMS yang telah disebarkan ;

SMS 1,
Rdblock tmn cendana&masai dbuat arini 24j. India dr bt caves ada d jb. Bdk melayu dtembak mati d masai smlm. Baik2 bw kenderaan. Jgn kuar mlm. Balai polis brgerak dh ada d kwsn kita. Smpaikan pd kaum melayu kna bhati2. Smpikn info ini kpda semua bngsa mlayu.

SMS 2,
A'kum pd smua kekanda2 dn adinda2, ptg td sy messy besama abg2 P*k**a JB, dn secara rasmi info kekacauan d PG pd 30hb dijangka timbul huru hara yg dibuat olh kaum India, d hrp smua berhati2 dr 28hb dn stanby, pd 30hb pastikn smua berada dgn jarakberhampiran dn memberi info antara 1 sama lain. Pd 30hb mlm juga sy brada d masai. Pjgnkn AMANAH ini pd smua. Msg ini PENTING, sygilah agama, bangsa, tanahair kte ALAHUAKBAR 3x – FOSSIL MEI LONG -

Saya telah mengarahkan kepada semua anggota Pemuda PAS di negeri Johor agar tidak mudah panik dan terpengaruh dengan SMS tersebut. Kebimbangan saya adalah ianya adalah merupakan satu episod yang sengaja direka bagi menimbulkan situasi yang tegang di antara kaum kerana kita telah banyak belajar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang sengaja direka untuk kepentingan politik.

Semalam, pihak keselamatan telahpun mengadakan pertemuan tergempar dengan parti-parti politik termasuklah PAS, badan bukan kerajaan dan ketua-ketua agama bagi menyampaikan hasrat agar semua pihak dapat mengawal keadaan dan menasihatkan kepada semua ahli agar mengambil sikap bertenang.

Malam ini, satu taklimat khas yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Roslan Ahmad kepada penduduk-penduduk diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Cendana, Pasir Gudang untuk menenangkan keadaan.
Sehingga kini, keadaan di Johor masih lagi terkawal, tidak seperti yang digembar-gemburkan. PAS Johor akan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak keselamatan untuk bersama menegakkan keamanan.

Paling utama, saya mengharapkan agar semua pihak dapat bertenang dan tidak mudah menyebarkan maklumat yang diragui kesahihannya. Apa yang mampu kita lakukan ketika ini adalah dengan menghadapinya dengan ketenangan dan berserah kepadaNya agar tidak akan terjadi perkara yang tidak diingini.

"PAS Memimpin Perpaduan"

Wassalam.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Pengerusi Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat
28 Ogos 2007, 019-7701830

"Promosi Perpaduan Lebih Real"
Ust Mujahid Yusof Ar-Rawa,
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pusat