"You are welcome to the world of unity"

YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
(Konvensyen Nasional Kelab Penyokong PAS Ke-1, Klang, Selangor)

"ALlah menegaskan lagi " Hai manusia,sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa danbersuku-suku supaya kamusalingkenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)

Wednesday, November 26, 2008

Tiada Istilah Ketuanan Bangsa

Baru-baru ini, umat Islam di malaysia dilanda dengan berbagai pandangan berkenaan isu ketuanan Melayu dari golongan para politik.
Mursyidul Am PAS, YAB Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaoprkan di agensi berita BERNAMA pada 18-Nov-2008, berkata tiada istilah ketuanan Melayu atau kelebihan terhadap satu bangsa ditekankan di dalam Islam.
Tok Guru Dato Nik Aziz seterusnya dilaporkan berkata :

“Di dalam Islam tidak mengira bangsa, apa yang penting adalah takwa kepada Allah s.w.t. Tidak kiralah bangsa apa, Cina, Melayu, India dan Arab. Tuhan hanya melihat ketakwaan seseorang itu… kerana bila kita bertakwa kita takut kepada Allah dan menjalankan tanggungjawab kita”
sumber : http//:www.harismibrahim.wordpress.com

Thursday, November 20, 2008

Penggerak Perpaduan Nasional


Sunday, November 16, 2008

Kelab Penyokong PAS akan jadi Dewan

Abdul Rahim Sabri Nov 15, 08 12:52pm

Kelab Penyokong PAS (KPP) akan diangkat menjadi satu dewan yang setaraf dengan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dalam organisasi parti tersebut, kata Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa."Sudah tentu, kerana itu asas kita.
Hampir semua negeri dan kawasan ada kelab penyokong PAS," katanya ketika mengulas mengenai langkah PAS berhubung dengan keahlian bukan Islam.Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata, kelab tersebut terletak di bawah lajnah yang dipengerusikannya itu dan keahliannya hingga kini mencecah antara 15,000 hingga 20,000 orangi.
Menurut Dr Mujahid lagi, kesediaan PAS untuk membuka keahlian kepada bukan Islam adalah rentetan daripada sokongan yang tinggi dan memberansangkan dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.
"Memandangkan bilangan sokongan (mereka) tinggi dan terlibat dengan formal dalam PAS, lebih baik kita buka keahlian dan menjadi sebahagian daripada organisasi PAS," tambahnya.
Bagaimanapun, kata beliau, nama dewan tersebut belum ditentukan lagi.Idea membuka keahlian bukan Islam menjadi sebuah dewan adalah reaksi daripada kertas kerja yang beliau bentangkan sewaktu permukiman PAS di Langkawi minggu lalu.
Dibawa ke muktamar

Kertas kerja tersebut menyentuh tentang keahlian bukan Islam dalam organisasi PAS dan masa depan tanahair.Ditanya bagaimana reaksi pimpinan PAS terhadap idea tersebut, beliau berkata secara umumnya, mereka bersetuju dan mahu ia disegerakan.
Sehubungan itu, kata Dr Mujahid, beliau akan menyediakan satu kertas kerja yang akan memperincikan aspek perlaksanaan teknikal sebelum ia diluluskan dalam muktamar tahun hadapan.Katanya, ini kerana ia melibatkan pindaan perlembagaan parti, terutama tentang fasal keahlian.
"Ia juga termasuklah urusan pembudayaan ahli dan pengurusan organisasi. Tidak mudah untuk menjadikan ia satu budaya dan suasana baru dalam PAS."Saya berharap transisi membuka pintu kepada bukan Islam (menjadi ahli PAS) berlaku dengan teratur, terang dan lancar."Usul yang datang daripada PAS Pusat itu diharap akan diluluskan," katanya.

Pemuda PAS lancar Kelab Penyokong Muda

Anis Nazri Foto Wan Zahari Wan Salleh Sun Nov 16, 08 11:58:08 am MYT

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Hrkh) - Pemuda PAS melangkah setapak lagi dalam arena politik semasa apabila melancarkan Kelab Penyokong Muda PAS, di pejabat parti itu, semalam.

Kelab tersebut ditubuhkan sebagai penghubung di antara PAS dengan masyarakat bukan Islam khususnya serta menambahkan kesedaran dan pemahaman terhadap peranan Pakatan Rakyat.
Kelab yang ditubuhkan melalui Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Pusat ini meletakkan syarat hanya mereka yang berumur 40 tahun ke bawah layak menyertai kelab ini.

Pengerusi Kelab Penaja Kelab Penyokong Muda PAS, Vincent Lee berkata, kelab ini ditubuhkan memandangkan PAS menerima permintaan daripada golongan muda, khususnya mereka yang bukan Islam.

"Melalui kelab ini, kita akan mengadakan 'roadshow' di setiap negeri bagi kempen mengumpulkan ahli menjelang 27 Nov ini, di mana kita mensasarkan sebanyak 100,000 ahli akan menyertai kelab ini," kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, kelab ini bersifat lebih muda, berbanding Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan pada 2004 lebih menekankan aspek politik.

Katanya, melalui kelab ini, pelbagai program akan diadakan bagi mendapatkan lebih ramai ahli muda, selain meningkatkan tahap pemahaman golongan itu terhadap PAS.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, yang merasmikan kelab itu pula menyatakan bahawa kelab ini bakal memberi sumbangan besar kepada PAS sebagai pemangkin masa depan PAS.


"PAS serius dengan golongan bukan Islam, di mana PAS akan terus berhadapan dan menyelesaikan permasalahan orang bukan Islam memandangkan Islam memberi hak kepada semua, tanpa mengira kaum," tegas beliau.


Tambah beliau, penubuhan Kelab Penyokong Muda ini akan diberikan peranan sewajarnya di bawah Lajnah Perpaduan, selain PAS akan sentiasa bersama mereka di saat susah dan senang.

Sementara itu, pada majlis pelancaran yang disempurnakan Salahuddin, para tetamu yang menghadiri majlis itu disajikan dengan tarian singa dan paluan Urumi Melam, satu muzik tradisional klasik kaum India.


Suasana meriah pada pelancaran itu menggamit minat dan menjadi tumpuan ramai pengguna jalan raya yang melalui Jalan Raja Laut untuk berhenti merakamkan gambar serta menerima informasi mengenai kelab berkenaan.


Turut hadir dalam majlis pelancaran kelab itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan; Naib Ketua Pemuda, Azman Shapawi; Setiausaha, Sabky Yusof dan anggota exco Pemuda PAS Pusat dan ahli Kelab Penyokong PAS. - mns_


Tuesday, November 11, 2008

Titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah - Integrasi Nasional

Buang Mentaliti 'silo', Titah Raja Nazrin

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini menyeru rakyat supaya tidak mengamalkan mentaliti "silo" iaitu hanya melihat apa yang berlaku dan tidak mempedulikan apa yang dialami orang lain, kecuali apa yang berlaku terhadap diri sendiri.
Dalam keadaan sekarang, menurut baginda, mereka tidak lagi boleh menggubal dasar, undang-undang dan peraturan yang bersifat menindas serta tidak beretika."Dalam hal ini, beta yakin, prinsip yang bersifat inklusif perlu dijunjung tinggi. Tidak sepatutnya ada mana-mana kelompok masyarakat yang tidak dihormati, dipandang sangsi dan dinafikan hak mereka sebagai rakyat.
Tidak sepatutnya ada mana-mana kumpulan berasa usaha dan sumbangan mereka dipandang remeh dan tidak diperlukan," titah baginda semasa menyampaikan ucapan khas pada Persidangan LawAsia Ke-21 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.
Raja Nazrin bertitah bahawa langkah melaksanakan prinsip itu merupakan antara cabaran paling besar yang mendepani pemerintah hari ini, dan pada pendapat baginda, tiada cara yang lebih berkesan bagi menzahirkan prinsip bersifat inklusif selain melalui amalan pemerkasaan.
"Hanya melalui pembangunan inklusif sajalah kita akan dapat menikmati hasil yang berkekalan," titah baginda.Baginda bertitah bahawa pada asalnya, perkataan "pemerkasaan" digunakan dalam konteks persamaan gender tetapi kini ia mempunyai makna lebih meluas.
Ia bukan saja melibatkan mereka yang tergolong dalam kelas bawahan tetapi juga mereka yang tidak berada di serambi kuasa dan mereka yang tidak ada banyak suara dalam mempengaruhi perkara yang menjejaskan kehidupan mereka.
"Ia mengenai pemberian peluang kepada mereka yang tidak mempunyainya, bagi membolehkan mereka menikmati kebahagian dalam kehidupan," titah baginda.
Raja Nazrin bertitah bahawa kesan daripada kegagalan memperkasakan rakyat atau lebih buruk lagi, melemahkan mereka, ialah wujudnya rasa terpinggir dan permusuhan yang amat mendalam, yang selalunya menjurus kepada wujudnya tindakan ganas, yang merosakkan masyarakat.
Mereka yang berperasaan demikian akan memecah belahkan masyarakat sebagai cara untuk mengatasi rasa tidak puas hati mereka."Ini adalah jenis politik yang buruk dan tidak sensitif.
Pada waktu yang sama, daripada segi moral, kita tidak boleh memejamkan mata terhadap tanggungjawab asas dalam menentukan bahawa semua pemegang kepentingan dalam masyarakat kita, tidak kira sekecil mana atau sama ada penting atau tidak mereka ini, tetap mempunyai tempat di negara ini," titah bagidna.
Raja Nazrin bertitah semua pihak boleh mengabaikan anasir-anasir yang gemar membuat kacau dalam masyarakat tetapi tindakan menutup kedua-dua mata terhadap perkara itu, tidak akan membantu memupuk perpaduan dan integrasi yang diperlukan dalam menghadapi gelodak ekonomi dan sosial yang mungkin terhasil daripadanya.
"Di mana sepatutnya ada kesepakatan, wujud perpecahan. Di mana sepatutnya diwujudkan kelas menengah, sebaliknya wujud sektarianisme yang teruk. Ini bukan spekulasi berdasarkan teori. Kita melihat bukti kewujudannya di seluruh dunia, tidak ketinggalan di Asia sendiri," titah baginda.
Raja Nazrin bertitah bahawa pemerkasaan merupakan prasyarat bagi membina sebuah Asia yang bersatu-padu serta progresif dan baginda menyebut lima bidang yang boleh membantu mewujudkan hubungan serta pemerkasaan bagi rantau ini.
Titah baginda, prasyarat pertama bagi menghasilkan pemerkasaan ialah memperkukuhkan keluhuran undang-undang, kedua, penyertaan lebih meluas dalam bidang politik, ketiga, pelaksanaan perubahan terhadap "perisian" masyarakat seperti nilai dan kepercayaan, keempat, menjadikan teknologi sebagai sumber pemerkasaan, terutama teknologi maklumat dan komunikasi, dan akhir sekali pendidikan, yang mampu menghapuskan rantaian tradisi yang bersifat menindas dan sikap melampau.-- BERNAMA

Pelancaran Kelab Penyokong Muda PAS

Pihak moderator Lajnah Perpaduan Nasional PAS baru menerima SMS dari Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat Sdr Khairul Faizi berhubung perkara di atas :

"URGENT! Sponsor sedang dicari untuk pelancaran Kelab Penyokong Muda PAS Malaysia, 15 November 2008. Butiran adalah seperti berikut :

1.RM900 T-Shirt (x 60)
2.RM250 Banner (x 10)
3.RM300 Pemidang Perasmian + Belon
4.RM400 Gendang India
5.RM700 Tarian Singa
6.RM100 Phemplet
7.RM200 Jamuan

Jumlah : RM2,850.00 ; sumbangan anda sangat diperlukan".

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghulur bantuan sila hubungi Sdr Khairul Faizi (019-7701830)

Monday, November 10, 2008

Keahlian Kelab Penyokong PAS - YB Dr Mujahid

Kini 20 ribu ahli Kelab Penyokong PAS - Dr Mujahid
Nyza Ayob
Sat Nov 08, 08 6:49:33 am MYT


KUALA LUMPUR, 8 Nov (Hrkh) - Penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS telah membuka ruang yang lebih luas bagi PAS untuk menambahkan sokongan daripada generasi muda daripada kaum yang lain.

Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa merakamkan tahniah di atas usaha yang dilakukan oleh sayap PAS, Dewan Pemuda PAS dengan penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS, sebagai kesinambungan kewujudan Kelab Penyokong PAS.

Dalam responsnya kepada Harakahdaily mengenai penubuhan kelab tersebut, katanya, dengan adanya Kelab Penyokong Muda PAS ini, keahlian Kelab Penyokong PAS mungkin akan bertambah.

Jelas Mujahid, melalui data yang telah dikemas kini oleh Lajnah Perpaduan Nasional, seramai 20,000 orang telah berdaftar sebgai ahli Kelab Penyokong PAS.

"Jika sebelum ini sukar untuk kita mengadakan aktiviti yang hanya melibatkan golongan muda. Bagaimanapun, dengan adanya Kelab Penyokong Muda PAS ini, kita boleh fokuskan aktiviti untuk mereka yang berumur bawah 40 tahun,"katanya, sewaktu dihubungi baru-baru ini


Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mujahid dalam kenyataanya turut melontarkan mengenai perkembangan terkini mengenai perpaduan nasional.


Jelasnya, isu seperti kenyataan tentang pertikaian fakta sejarah, tuntutan kuota 30% pemilikan korporat untuk bumiputera dan pelantikan Pengurus Besar PKNS bukan dari orang Melayu menimbulkan berbagai perspektif yang boleh menggugat perpaduan sekaligus kestabilan politik negara.


Sehubungan itu beliau menyeru supaya semua pihak mengawal emosi masing-masing dan melihat perspektif yang lebih besar dari kepentingan politik perkauman.


Tegasnya, seharusnya konsensus terhadap kontrak sosial, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara menjadi penghayatan yang perlu dinyatakan maknanya untuk kepentingan semua rakyat Malaysia.


Justeru beliau mengharapkan, sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat, pengecaman kepada kaum dan identiti budaya masing-masing hanya akan meningkatkan lagi ketaksuban dan sentiment perkauman.


"Seharusnya kita menghindari syak wasangka dan mentaliti ethno-centric yang sentiasa mengundang konflik sosial samada secara sembunyi atau nampak yang melihat kaum lain dengan kacamata kebencian dan permusuhan.


"Rakyat juga seharusnya menghayati kontrak sosial sebagai satu toleransi yang asasnya meletakkan Raja Melayu, Agama Islam dan orang Melayu sebagai asas kepada terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Persekutuan Malaysia. Dengan pemahaman ini masing-masing akan lebih peka dalam menyampaikan apa sahaja pandangannya yang membina untuk negara,"tegasnya.


Mujahid berkeyakinan, dengan langkah-langkah ini, keruncingan dari masalah perkauman hari ini dapat diselamatkan apatah lagi selama ini negara diperintah dengan hegemoni BN yang menyalahgunakan kerangka dan asas negara untuk tujuan kepentingan sempit politik perkauman. - mks. _

Thursday, November 6, 2008

Satu Renungan Bersama-Mengelak perangkap perkauman

Mengelak perangkap perkauman yang menjerat Pakatan Rakyat
Mohd Rashidi Hassan rashidi@harakah.net.my
Thu Nov 06, 08 7:32:59 am MYT

KEMENANGAN gabungan parti-parti pembangkang seperti PAS, KeADILan di lima negeri dan pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat, terdiri dari kalangan pelbagai kaum dan agama, benar-benar menggugat kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Hegemoni BN yang berkuasa sejak sebelum merdeka, bahawasanya mereka sahaja yang mampu mentadbir negara yang mempunyai masyarakat majmuk atau 'prural society' sudah dileburkan.
Selaku tunggak kepada BN, Umno sebagai parti yang berteraskan agenda Melayu, sentiasa memainkan 'racial card' atau sentimen perkauman, kononnya mereka adalah juara orang-orang Melayu.
Harapan Umno ialah supaya orang Melayu terus mempercayai bahawa parti itulah sahaja yang mampu memartabatkan kepentingan bangsa dan terus memberi sokongan kepada mereka.

Dalam masa yang sama anggota komponen BN yang terdiri daripada MCA, Gerakan dan MIC turut menyambut 'echo' Umno, dengan memainkan sentimen yang sama kepada bangsa mereka sendiri.

Hakikatnya selama lebih 50 tahun kerajaan BN dibentuk, pemimpin-pemimpin mereka sentiasa 'riding on racial sentiments' - menunggangi sentimen-sentimen perkauman, untuk meraih sokongan dan populariti.

Kerjasama rapuh ini sebenarnya semakin terserlah. Diskriminasi bangsa sentiasa wujud dalam pentadbiran BN.

Kebobrokan parti-parti komponen BN terserlah sejak zaman Kerajaan Perikatan, di mana wujud sentimen perkauman yang menebal, sehingga membawa kepada tragedi 13 Mei 1969.

Masalah perkauman dalam BN, yang diwujudkan oleh sesama anggota BN, untuk 'mencuri' pengaruh bangsa masing-masing, disambung dengan 'pertelagahan' terbuka Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Najib Razak dengan Timbalan Presiden MCA, Dato' Lee Kim Sai.

Perhimpunan 'racist' Umno dibalas oleh perhimpunan 'racist' MCA di sekitar tahun 1987. Perbalahan terbuka pemimpin Umno dan MCA disiarkan tanpa tapisan oleh media massa Pakatan Rakyato BN.

Sentimen kaum yang ditiupkan amat bahaya. Mereka bukan sekadar bertikam lidah, tuduh menuduh Umno (Melayu) menindas MCA (Cina), membangkitkan ketidakadilan DEB, menuntut TPM kedua berbangsa Cina, menuntut kuota lebih besar kaum Cina di IPT.


Malah ayat-ayat yang digunakan amat mengerunkan. "Kami sanggup mempertahankan bangsa kami, sehingga titisan darah yang terakhir," kata pemimpin Umno dan MCA.

Apakah maknanya di sebalik ungkapan kata-kata setajam ini? Tidak lain tidak bukan, ianya bertujuan untuk menyemarakkan kebencian antara kaum dan mencetuskan api pertumpahan darah yang amat membahayakan.


Namun, semua ini lakonan yang menjelekkan akhirnya dihentikan dengan memangsakan pemimpin Melayu, Cina, India dan lain-lain, dari kalangan pembangkang.


Pemimpin-pemimpin Umno dan MCA yang bergaduh, malangnya pemimpin PAS dan DAP yang disumbat dalam ISA. Inilah hasil kekejaman BN akibat daripada permainan 'racial card' yang membahayakan.

Kedangkalan BN tidak terhenti setakat itu sahaja. Mereka meneruskan lakonan sehingga sekarang ini. Pemimpin-pemimpin Umno, MCA dan Gerakan terus menyemarakkan api perkauman.

Tuduh menuduh antara sesama parti komponen BN diteruskan. Semangat kecintaan bangsa cuba disemai kembali dengan mendakwa Umno sebuah parti pembuli, Melayu menindas Cina, India dan sebagainya.

Umno turut terus memainkan semangat kemelayuannya. Sehingga ada pemimpin Umno yang mengelar kaum lain, yang parti mereka menjadi 'sahabat' dalam komponen BN, sebagai kaum pendatang.


Berbalah kepentingan kaum ini tidak terhenti. Melayu dengan semangat kemelayunya, Cina dengan semangat kecinaannya, malah kaum India juga begitu.

Matlamat BN yang pertama, ialah untuk meraih kembali sokongan bangsa masing-masing kepada anggota komponen BN yang sudah tercalar sejak Pilihan Raya Umum 8 Mac.

Matlamat kedua ialah untuk menarik sokongan atau mengajak parti-parti gabungan Pakatan Rakyat untuk menari mengikut 'echo' mereka. Ini yang amat membahayakan!


Usaha memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat

Tidak hairanlah BN sentiasa berusaha mencari jalan untuk memecahbelahkan kesatuan yang terbentuk dalam Pakatan Rakyat, khususnya di lima buah negeri.

BN dan media pengampu mereka tahu, PAS, KeADILan dan DAP mempunyai dasar perjuangan yang berbeza-beza. Malah suatu ketika, PAS dan DAP dianggap sebagai seteru politik dengan pelbagai isu yang diketahui bersama.

Perbezaan ideologi ini mudah untuk dimanipulasikan untuk kepentingan BN dan merosakkan kerjasama Pakatan Rakyat.

BN amat khuatir, jika lima buah negeri dari parti pelbagai ideologi yang bezanya 'bak langit dan bumi' ini, berjaya ditadbir dengan saksama, tidak mustahil rakyat akan terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.


Malah mereka lebih bimbang, jika pengaruh keadilan dan kesaksamaan yang diamalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, menular ke negeri yang berada di bawah 'jajahan takluk' mereka.
Justeru, tidak ada jalan lain sebaik daripada memecahbelahkan perpaduan di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat.

Malangnya, tidak dinafikan kadang-kadang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sering 'terpengaruh' dengan sentimen perkauman yang ditiupkan BN, seperti yang dimainkan oleh media massa.

Banyak isu-isu yang 'menghantui' kerjasama serta kesepakatan Pakatan Rakyat, masih belum dapat selesaikan dengan baik.

Dengan usia kerajaan negeri Pakatan Rakyat (kecuali Kelantan) yang sudah mencecah lapan bulan, seharusnya isu-isu yang boleh memecahbelahkan gabungan tidak seharusnya timbul lagi.
Isu-isu seperti siapa harus terajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti PKNS, isu papan tanda, isu bahasa, isu azan dan sebagainya seharusnya diselesaikan dengan bijaksana.

Kadang-kadang ada antara isu terbabit dibangkitkan hasil daripada aduan-aduan dari kalangan rakyat. Namun selaku pemimpin politik, misalnya, mereka tidak harus memikirkan mereka akan disokong atau menjadi juara 'bangsa' atau 'agama' masing-masing dengan mengenengahkan isu terbabit di dalam media massa.

Kadang-kadang isu yang dibangkitkan ada logik dan rasionalnya mengikut keperluan penduduk setempat, tetapi apabila ia dibawa dalam media, ianya sudah menjadi isu nasional.

Isu nasional kadang-kadang amat bahaya kepada kaum dan agama tertentu, kerana ianya boleh mencetuskan reaksi dan persepsi yang berbeza.

Masalahnya, pihak yang membangkitkan isu barangkali ada rasionalnya yang tersendiri, namun, ianya membuka ruang kepada manipulasi media BN yang sentiasa mahu 'menangguk di air yang keruh'.

Sementara isu itu belum dapat diperjelaskan, ianya sudah menimbulkan pelbagai reaksi dan manipulasi media.

Reaksi wakil Rakyat Pakatan

Dalam isu perlantikan Pengurus Besar PKNS misalnya, apabila Harun Salim bersara 31 Oktober lepas, dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik Low Siew Moi, memangku jawatan, sementara menemui calon yang sesuai.

Sama ada PAS atau DAP dan KeADILan, harus mengambil pengajaran supaya ianya tidak menjadi pencetus kepada perpecahan.

Isu-isu ini boleh diselesaikan diselesaikan secara 'adik beradik'
Menyentuh isu ini, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar berkata Pakatan Rakyat harus mengelak daripada perangkap isu perkauman adalah isu yang dimainkan oleh komponen BN.

"Sebenarnya jika kita kaji permainan isu perkauman ini jarang sekali menyelesaikan masalah sama ada kepada Melayu atau bukan Melayu, tidak kira sama ada dalam bidang politik, ekonomi atau sebagainya," kata Ahli Parlimen Tumpat itu.

Katanya, PAS ingin menyarankan supaya pendekatan perkauman tidak dijadikan asas dalam usaha parti politik untuk menyelesaikan masalah negara.

"Perlembagaan negara yang kita terima selama ini, telah menjamin hak-hak asasi kedudukan semua kaum dalam negara dan ianya tidak perlu dipertikaikan lagi," tegasnya.

Katanya, PAS dan Pakatan Rakyat perlu segera mengatasi masalah dalam negara yang diciptakan oleh BN selama ini dengan persefahaman dan kerjasama erat dan menghormati semua kaum dan agama yang ada dalam negara.

"Dalam kes Selangor ini, seharusnya pimpinan Pakatan Rakyat membentuk Jawatankuasa khusus di kalangan Exco bagi meneliti perlantikan jawatan penting dalam kerajaan negeri termasuk PKNS, supaya perbezaan pendapat di kalangan pemimpin tidak berulang lagi," ujarnya.

Bagi Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua pula berpendapat, seluruh syarikat GLC termasuk PKNS harus 'diperbaharukan.'

"Saya fikir kita kena lantik orang baru yang mempunyai sikap baru dan budaya baru untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan seperti Umno yang mengamalkan kronisme.


"Pada saya, jelas dalam pentadbiran PKNS sekarang ini, masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan budaya politik baru yang diterapkan oleh Pakatan Rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Batu.

Beliau mahu Kerajaan Negeri Selangor mengatasi kepincangan dalam GLC secepat mungkin.
"Siapa yang memimpin, bangsa mana tidak penting, yang penting apa yang dibuat untuk membantu golongan yang terpinggir, walaupun kerajaan BN dikuasai orang Melayu sebelum ini, rakyat yang ditindas dianiaya kebanyakannya Melayu.

"Saya rasa PAS 'under pressure apabila rakyat yang berbangsa Melayu terpengaruh dengan propaganda sentimen bangsa oleh media BN, tetapi perkara ini boleh diselesaikan dengan cara bermuafakat dan perbincangan, Pakatan Rakyat harus lebih transparen," tegasnya.

Bagi Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, beliau mahu pemimpin Pakatan Rakyat menyedari bahawa gabungan dibentuk berdasarkan kerjasama politik dan nilai-nilai keadilan.

"Kita harus menolak pendekatan perkauman. Sebagai contoh, pendekatan dalam agenda ekonomi Pakatan Rakyat dibentuk, memberikan kesamarataan di kalangan pelbagai kaum

Katanya, pada asasnya perlantikan Pengurus Besar PKNS sepatutnya tidak dipolemikkan.
"Ia adalah perlantikan sementara sahaja, sementara kita menemui calon yang benar-benar layak. Tetapi desakan dari dalam dan luaran sudah menjadikan isu ini besar," katanya.


Sivarasa menegaskan Pakatan Rakyat Selangor harus memfokuskan masalah kegagalan BN menyempurnakan isu perumahan rakyat, misalnya terdapat 140 projek perumahan terbengkalai di zaman BN, yang menyebabkan lebih 60 ribu rakyat yang patut mendapat rumah kos rendah terabai.

Sementara AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berpendapat, dalam semangat Pakatan Rakyat, apa yang penting ialah memastikan GLC negeri ditadbir oleh kalangan pegawai berdasarkan kelayakan mereka.

"Mesti dipimpin oleh pemimpin yang terbaik, tidak perlu ambil 'former team', mesti 'fresh staff' yang ada kredibliti dan profesional.


"Kita tidak mahu masing-masing bercakap soal Melayu, Cina dan India sahaja," tegasnya.
Manakala Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof, mahu Mahu Pakatan Rakyat lebih pro aktif dalam menangani isu-isu perkauman.

Katanya, sudah tiba masanya Pakatan Rakyat memantapkan dasar-dasar fundamental kepelbagaian bangsa dan agama.

"Kita harus mempunyai dasar yang jelas dalam isu bahasa, ekonomi, kebudayaan dan seni kerana hanya dengan mempunyai dasar yang jelas mampu memberi ruang kepada rakyat untuk memahami apa yang cuba hendak disampaikan," katanya.

Dalam isu PKNS katanya, apa yang hendak dibuat sebenarnya ialah usaha untuk membuat kajian terhadap dasar pembangunan yang dijalankan oleh BN sebelum ini.

"Rakyat harus sedar bahawa pembangunan songsang, penuh dengan elemen penyelewengan dan rasuah oleh BN di Selangor, kita perlu mendefinasikan semula dasar pembangunan, dan menyusun semula struktur pentadbiran GLC, ini yang penting sebenarnya," kata beliau.

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhamad Hussin, berkata, jika Pakatan Rakyat hendak menolong orang Melayu, tidak semestinya dengan melantik Melayu sebagai ketua di mana-mana syarikat GLC.


Katanya, PKNS mesti diterajui oleh orang korporat yang profesional. Saya setuju dengan MB Selangor yang membuat perlantikan sementara.

"Kalau hendak dicadang staf PKNS yang sedia ada, belum tentu mereka akan melaksanakan dasar-dasar kerajaan ikut acuan Pakatan Rakyat.

"Kita harus ingat bahawa selama ini mereka digunakan untuk 'serve Umno'. Buat apa kita lantik Melayu jika dia jahat, perasuah serupa umno?," soal beliau.

Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang membuat kesimpulan terbaik dalam isu ini.

Katanya, rakyat harus sedar bahawa BN sebenarnya yang menggalakkan sentimen perkauman.
Menurut beliau, Pakatan Rakyat harus mengutamakan kepentingan nasional yang memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat.


"Pakatan Rakyat mesti bertunjangkan lima prinsip utama dalam pentadbirannya iaitu, Kebebasan, Keselamatan, Keadilan, Kebajikan dan Ketakwaan kepada Tuhan," tegasnya. - mks._

Wednesday, November 5, 2008

Respon terhadap kemenangan Barack Obama

Pihak moderator Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat menyifatkan perubahan pucuk pimpinan Amerika Syarikat merupakan satu tanda bahawa perjuangan warna kulit atau bangsa sudah tidak di terima sekarang ini.

PAS For All & Pakatan Rakyat sentiasa menawarkan yang terbaik untuk semua golongan rakyat di Malaysia.Ayuh realisasikannya...jangan tunggu kehancuran menimpa kita.Perubahan ke arah kebaikan perlu dilakukan sekarang..jika tidak bila?

Sila lihat komentar awal pimpinan PAS berhubung perubahan yang berlaku di AS.


Obama diharap bawa suasana baru politik dunia - Mursyidul Am PAS
Salmah Mat Husain
Wed Nov 05, 08 5:32:58 pm MYT


KOTA BHARU, 5 Nov (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemenangan Barack Obama dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat merupakan satu perkembangan baru politik dunia.

Beliau berkata, perkembangan itu membuktikan rakyat Amerika menolak cara agresif George W Bush yang sebelum ini menindas dengan rakus negara-negara umat Islam.


"Apa yang diharapkan semoga Obama membawa harapan baru rakyat di seluruh dunia, sesuai dengan imejnya yang merupakan orang kulit hitam pertama yang bakal menjadi Presiden Amerika," ujarnya sebagai reaksi pertama ekoran kemenangan Obama yang kini menghampiri White House.


Beliau memberitahu demikian ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim di sini, hari ini.


Di Washington hari ini Senator Barack Obama berjanji kepada rakyat Amerika Syarikat akan membawa negara itu ke era baru yang diharapkan semua pihak.


Beliau mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama daripada masyarakat kulit hitam untuk mengetuai White House setelah ditunggu dalam tempoh begitu lama


"Pilihan raya itu merupakan satu detik yang bermakna ke arah perubahan Amerika," kata Obama ketika berucap di hadapan kira-kira 240,000 penyokongnya di Chicago hari ini.
Manakala lawannya Mc Cain mengaku kalah dalam pemilihan tersebut.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, sebelum ini Amerika telah meninggalkan kesan yang buruk kepada masyarakat dunia ekoran tindakan agresif yang akan diteruskan McCain dari Parti Republikan.


"Bush sebelum ini 'minum' darah dengan melancar peperangan di Afghanistan, Iraq, Palestin dengan menggunakan kuasa tenteranya," ujar beliau.


Beliau juga mencadangkan Obama menolak fahaman membezakan warna kulit seseorang, sebaliknya dilayan dengan sama rata.


Beliau berkata, semua bangsa di dunia ini sama ada mereka berkulit putih atau hitam sama di sisi Allah, dan apa yang membezakan antara mereka ialah ketaqwaan terhadapNya.


"Sekarang rakyat Amerika dapat menerima seorang pemimpin kulit hitam dan diharap selepas itu serangan terhadap umat Islam juga berakhir tidak sebagaimana dilakukan Bush," ujarnya.


Beliau juga berharap perubahan ke arah itu benar-benar berlaku dan tidak menjadikan Islam sebagai musuh .


Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa turut mengucapkan tahniah kepada Obama yang kini mendahului kemenangan dalam pilihan raya Amerika Syarikat.


Menurutnya, kemenangan Obama membuktikan rakyat Amerika sendiri menolak pemimpin yang angkuh serta tidak menerima pandangan rakyat sendirinya.


Katanya, sebelum ini Bush begitu angkuh dan mengenepikan pandangan orang lain terutamanya pemimpin di kalangan negara umat Islam.


"Jadi kita berharap Obama tidak meneruskan gaya berkenaan, sebaliknya lebih bersikap tolak ansur dan berperikemanusiaan," ujarnya. - mj _

Tribut juga kepada Ahli Parlimen Titiwangsa

Tidak ketinggalan juga pihak moderator Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat ingin merakam jutaan tahniah kepada YB Dr Lo'Lo' bt Dato' Hj Mohammad Ghazali Ahli Parlimen Titiwangsa atas kecemerlangan YB menjalankan tugas dan amanah selaku wakil rakyat yang dipilih bagi mewakili P119 Parlimen Titiwangsa.Anggap cabaran dan halangan yang mendatang sebagai satu ujian untuk meningkatkan lagi amal kebajikan kita kepadaNya...Seeru 'ala barokatillah.


Sila layari blog untuk mendapatlebih maklumat

http://docpearl.blogspot.com/2008_09_01_archive.html

Pilihanraya AS & Harapan Buat Islam

Pihak moderator tertarik dengan komentar moderator n32.blogspot.com berhubung dengan Pilihanraya Presiden AS.Di bawah adalah komen beliau yang kami ambil untuk tatapan bersama


Rakyat Amerika Syarikat akan keluar mengundi esok 4 November 2008 untuk memilih Presiden mereka yang ke 44 . Bakal Presiden ini jika memenangi pilihan raya esok akan mengangkat sumpah secara resmi pada 20 Januari 2009 bagi menggantikan Presiden George Walker Bush, dari parti Republikan. Perhatikan tidak seperti negara-negara demokrasi lain termasuklah Malaysia, Amerika Syarikat telah menetapkan tarikh-tarikh ini di dalam perlembagaan mereka iaitu pilihan raya Presiden mestilah pada hari Selasa pertama bulan November iaitu pada tahun sebelum tamatnya tempoh seorang Presiden (tempoh 4 tahun sepenggal).

Sehingga kini ramai para pemerhati dan penganalisa politik menjangkakan yang calon Demokrat Senator Barrack Obama akan menang mudah dan akan berjaya menamatkan penguasaan parti Republikan di “Oval Office” sekaligus menjadi lelaki kulit hitam pertama diangkat sebagai Presiden negara kuasa besar dunia.

Menurut ramalan CNN (CNN electoral vote estimate) Obama jauh meninggalkan calon Republikan Senator John Mc Cain, iaitu dengan memperolehi 290 electoral college, dengan Mc Cain 157 (seorang calon memerlukan 270 undi electoral college untuk diisytihar sebagai pemenang). Apa pun kita serahkanlah pemilihan itu kepada rakyat Amerika. Amerika tetap Amerika walaupun siapa yang menang.

Cumanya sebentar tadi saya tertarik menonton rancangan CNN yang dihoskan oleh pengacaranya Fareed Zakaria. Dipenghujung rancangan itu Fareed telah memainkan video ulasan bekas Setiausaha Negera AS Gen (B) Colllin Powell berkenaan Obama. Kata beliau kini pihak Republikan menyerang Obama dengan memainkan satu isu yang sangat mengecewakan, iaitu kononnya Obama adalah seorang Muslim. Kata Powell kenyataan itu tidak benar kerana Obama adalah seorang Kristian.

Saya menjangkakan Powell akan berhenti setakat itu, tetapi tidak. Beliau lantas mengemukakan pula pertanyaan yang barangkali ditujukan kepada semua warga Amerika:

But what if he is a Muslim? Is it wrong to be a Muslim in America today?

Tetapi katalah beliau seorang Muslim? Apakah salah untung menjadi seorang Muslim dalam Amerika hari ini?


Sebagai seorang negarawan Amerika yang disegani dan mempunyai pengaruh yang besar sehingga kini saya melihat kenyataan Powell ini memberikan harapan yang baik buat Islam di Amerika, walaupun mungkin Islam adalah musuh terbesar regim Amerika, namun Islam suka tak suka sedang mendapat tempat di sana.

Ini mengingatkan kita tentang apa yang pernah disebut oleh seorang ulamak dan mujahid besar Turki Ustaz Badi’euz Zaman Sa'id al Nursi diambang kejatuhan Daulah Islamiah terakhir iaitu kerajaan Uthmaniah di Turki, kata Almarhum:

Wahai umat Islam!, saya melihat Kerajaan Islam Uthmaniyyah sedang mengandung, di mana anak yang di dalam kandungan itu adalah anak barat dan saya juga melihat dunia barat sedang mengandung, di mana anak yang di dalam kandungan itu adalah anak Islam.

Wallahualam.

KHILAF DALAM UCAPAN SAMBUTAN PERAYAAN NON MUSLIM

Dipetik dengan izin dari http://one-g.blogspot.com


Blog http://one-g.blogspot.com/ sebenarnya sekarang, pembacanya bukan sekadar sahabat-sahabat beragama Islam sahaja, bahkan kawan-kawanku yang berbangsa India, beragama hindu juga menjadikan bahan bacaan harian mereka.

Aku mengetahui khabar ini menerusi pembaca-pembaca dari kawan-kawanku yang beragama india sendiri, yang mereka sendiri memberitahu kepadaku, bahawa mereka selalu membaca tulisanku dalam blog tersebut.

Bahkan, ada sebilangan kawan-kawan berbangsa india, mengenaliku bukan bermula dengan pertemuan, tetapi melalui membaca tulisan-tulisanku dari blogku itu. Ekoran dari itulah, aku meletakkan ucapan depavalli dalam blogku itu.

Nampaknya, tindakan aku meletakan satu gambar banner ucapan perayaan Depavalli mendapat respon menarik dari pelbagai pembaca. Sengaja aku meletakkannya, demi untuk melihat percambahan dalam perbincangan ini secara sihat dari sudut perbincangan agama.

Aku yakin, kalau yang melakukan ini adalah bukan orang agamawan, sudah pasti orang itu akan di maki hamun, tetapi apabila tindakan itu dilakukan oleh aku sendiri sebagai seorang agamawan, sudah pasti orang akan cuba mengkritiknya dengan hujjah. Padaku, itulah perbincangan yang sihat.

Dalam tulisan yang lepas, aku telah mengemukakan hujjah-hujjah ulama atas pendapat yang mengatakan haram, dan pendapat ulama yang mengatakan harus. Aku mengemukakan pendapat yang mengharamkan secara mutlaq, adalah dirujuk kepada fatwa yang dikemukakan oleh Imam Ibnu Taimiyyah menerusi kitab beliau yang berbicara tentang isu perayaan secara khusus, iaitu kitab Iqtida’ sirat al-mustaqim.

Pun begitu, aku mengemukakan juga fatwa Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang pendapat beliau agak lembut, iaitu fatwa yang membenarkan ucapan perayaan ini.

Sila rujuk tulisan lalu :

http://one-g.blogspot.com/2008/10/mengucapkan-tahniah-perayaan-non-muslim.html

PARA SAHABAT TIDAK BUAT??

Mengucapkan tahniah dengan perayaan agama lain, memang tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW sendiri dan para sahabat. Tetapi, jika dirujuk balik kepada dalil-dalil yang mengizinkan, ianya tidaklah salah dilakukan, walaupun ianya tidak pernah dilakukan oleh para sahabat secara zahir.

Tidak dinafikan, semua perkataan diterima atau ditolak, melainkan perkataan dari Nabi SAW. Hal ini pernah disuarakan oleh Imam Malik dalam satu perbualan beliau dengan anak-anak murid beliau.

Tetapi, dalam pengajian usul fiqh, kita akan dapati, sesuatu nas itu tidak sekadar dirujuk kepada zahirnya sahaja, bahkan ada sebilangan nas-nas tertentu, ianya mempunyai tafsiran dari sudut batinnya juga, atau disebut juga sebagai ”as-sanad al-khafiy”.

Hal ini diakui sendiri oleh pengarang kitab Aun Al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud di jilid 10, muka surat 126, dalam membahaskan hadis yang berbunyi;

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya;
”Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan kami ini, yang tidak padanya, maka ianya adalah tertolak[1]”

Ekoran dari itulah, walaupun ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat, tidak hairan ada ulama menfatwakan keizinan kita mengucapkan tahniah dengan perayaan agama lain berdasarkan kepada nas-nas ”Al-Khafiyy” dari Al-Quran dan sunnah rasulillah SAW.

Dengan itu jelas kepada kita, walaupun sesuatu itu tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabat, bukanlah bermakna apabila kita melakukannya, maka ianya adalah sesuatu yang tertolak, bahkan dari sudut perbahasan nas yang lain, ianya dibenarkan juga, tetapi dengan merujuk kepada nas secara ”Al-Khafiyy”.

BAGAIMANA HUJJAH HARAM PULA

Setahu aku, tidak ada satu nas pun yang menyebut secara zahir atas pengharaman ucapan Tahniah terhadap perayaan agama lain, tetapi yang wujudnya adalah, istidlal atau tafsiran ulama dari nas-nas tertentu yang melahirkan kesimpulan yang haram.

Ekoran dari itulah, antara hujjah yang mengharamkan tindakan memberi ucapan kepada Non Muslim adalah surah Al-Kafirun, surah Al-Furqan ayat 7, surah luqman ayat 13 dan sebagainya.

Apabila kita perhatikan kepada nas-nas ini, didapati ianya bukanlah nas yang secara zahir Allah mengharamkan ucapan terhadap kehadiran perayaan agama lain, tetapi berdasarkan kepada tafsiran dan istidlal para ulama dari nas-nas itu mengatakan ianya adalah haram.

Melihat keadaan inilah, tidak pelik lahirnya pendapat ulama yang mengharamkan, disamping itu juga, lahir pendapat ulama yang mengizinkannya.

PENUTUP

Padaku, isu ini adalah perkara khilafiyyah yang boleh ditoleransikan. Dan aku secara peribadi, memilih pendapat yang mengizinkan ucapan tahniah terhadap kehadiran perayaan depavalli dengan memberanikan mengucapnya dalam blog ini kerana memilih kemaslahatan dakwah islamiyyah dikala kehadiran perayaan ini, untuk merapatkan jurang antara non muslim dengan muslim.

Jika difikirkan, mungkin agak janggal jika aku maklumkan kepada pembaca, bahawa aku sendiri pernah menghadiri majlis kematian seorang abang kepada kawanku yang beragama hindu. Kehadiranku dengan pakaian Islam, berjubah dan berkopiah, semata-mata nak bawa mesej Islam, bahawa Islam memberikan hak kemanusian kepada semua manusia, hatta kepada non Muslim sekalipun.

Aku menilai, kehadiranku itu bukanlah mahu menziarahi orang yang dah mati, tetapi aku hadir kerana mahu mereka yang masih hidup itu melihat keindahan Islam.

Ekoran kehadiranku dalam majlis kematian si hindu itu, menyebabkan bermula satu episod baru dalam dunia dakwah aku. Sejak dari itu, orang-orang hindu disitu amat menghormatiku, sehingga kepada sami mereka sendiri.

Aku mula berkawan dengan sebilangan kawan-kawan beragama hindu, dan hasil berkawan itu, ada seorang kawan beragama hindu, sudah berani khitan (bersunat), dan sudah beli terjemahan Al-Quran untuk mengetahui lebih dalam tentang Islam.

Sehinggakan pada hari raya baru-baru ini, dia bertanya kepadaku, apakah islam melarang orang agama lain memakai jubah. Aku bertanya, mengapa dia bertanya sedemikian. Dia menjawab, dia tertarik dengan pakaian jubahku, dan mahu memakai jubah sepertiku. Aku mengatakan, tidak ada salahnya orang hindu pakai jubah, tetapi aku berpesan kepadanya sambil berseloroh, dibimbangi orang akan cium tangannya kalau dia memakai jubah juga.

Melihat keadaan inilah, aku beranggapan, sudah sampai masanya kita memberanikan diri melakukan perubahan dengan menyalahi kebiasaan yang berlaku dikalangan umat Islam di Malaysia, tetapi hendaklah masih lagi tertakluk dengan fatwa-fatwa ulama yang bersandarkan kepada hujjah-hujjah dari Al-Quran dan As-Sunnah Rasululullah SAW.

Semua ini tidak ada harapan lain, melainkan ingin membina satu keadaan, bahawa Islam adalah sangat relevan di mana sahaja ia berada.

Sekian

Al-Bakistani
http://one-g.blogspot.com/

Mengucap Tahniah Perayaan Non Muslim

dipetik dari blog http://one-g.blogspot.com

Islam telah memberi kepada umatnya dua hari raya, iaitu hari raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha.

Didalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkata Ia;

قدم رسول الله المدينة ولهم يومان يلعبون فيهما فقال ما هذان اليومان قالوا يومان كنا نلعب فيهما في الجاهلية فقال رسول الله إن الله قد أبدلكم بهما خيرا منهما يوم الأضحى ويوم الفطر

Maksudnya;
“sampai Rasulullah SAW akan Madinah, bagi mereka dua hari yang mereka bergembira padanya. Lalu bertanya (Rasulullah SAW), apakah dua hari ini?. Mereka menjawab, dua hari yang kami bergembira padanya semenjak Jahiliyyah. Lalu bersabda (Rasulullah SAW), Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dengan kedua-dua hari ni dengan yang lebih baik, iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri”[1]

Dari hadis ini, dengan jelas Rasulullah SAW mengatakan bahawa perayaan Islam sahaja yang lebih baik dari perayaan agama-agama yang lain.

Ekoran dari itu, apakah pula hukum berkenaan dengan mengucapkan tahniah kepada perayaan mereka?

Sebelum dibahas lebih lanjut, ingin difahami, perayaan itu terbahagi kepada dua, iaitu perayaan yang berbentuk ibadat dan adat.

Sekiranya berkompromi dengan perayaan yang berbentuk adat, maka itu dibenarkan, ini kerana, adat bukanlah sesuatu yang berbentuk penyembahan, Seperti hari kemerdekaan, hari pekerja dan sebagainya[2].

Kebenaran yang Islam berikan adalah kerana berasaskan hubungan kemanusiaan. Maka dengan demikian, tidak menjadi satu kesalahan, bersama-sama dengan mereka dalam merayakan perayaan tersebut.

Antara dalil yang boleh diketengahkan adalah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bahawa Asma’ binti Abi Bakar telah berjumpa Nabi SAW dan bertanya, Ya Rasulallah SAW, Sesungguhnya Ibuku berjumpaku untuk memberi hadiah kepadaku, sedangkan dia masih musyrik. Apakah boleh menerima hadiah tersebut? Lalu jawab Rasulullah SAW, terimalah hadiah tersebut.[3]

Ini antara dalil untuk membenarkan menyambut perayaan bersama-sama dengan non muslim, selama perayaan itu berbentuk adat, bukan ibadat.

Adapun mengucapkan tahniah atas kehadiran perayaan yang berbentuk penyembahan atau ibadat, perkara ini telah dikhilafkan oleh ulama.

PANDANGAN IMAM IBNU TAIMIYYAH

Imam Ibnu Taimiyyah didalam kitabnya “iqtida’ as-Sirat al-mustaqim mukhalafah Ahl al-Jahim”, melarang keras atas berkongsi perayaan dengan kuffar, juga menghadiri majlis perayaan tersebut.

Antara alasan yang dikemukakan adalah firman Allah;

والذين لا يشهدون الزور

Maksudnya;
“dan mereka yang tidak menghadiri majlis kejahatan/kebatilan”

(surah al-Furqan : 72)

Imam Ibnu Abbas mentafsirkan maksud dengan majlis kejahatan adalah majlis kebatilan[4].

Adapun Mujahid, Rabi’ bin Anas dan Al-Qadhi Abu Ya’la, mereka berpendapat, maksud dengan menghadiri majlis kejahatan dalam surah furqan adalah menghadiri majlis perayaan musyrikin[5].

Imam Ibnu Taimiyyah juga beranggapan, menghadiri perayaan musyrikin dikira sebagai menyalahi maksud firman Allah[6];

اهدنا الصراط المستقيم , صراط الذين أنعمت عليهم , غير المغضوب عليهم و لا الضالين

Maksudnya;
“tunjuklah kami jalan yang lurus, jalan yang telah engkau beri nikmat, bukan orang yang dibenci dan bukan orang yang sesat”

(surah al-Fatihah : 6-7)

Didalam kitab itu juga ada menyebut, kebanyakan ulama bermazhab Hanafi berpendapat, menjadi kufur kepada mereka yang menyerupai kuffar pada perayaan dan pakaian mereka.[7]

Mengucapkan tahniah dengan kehadiran perayaan musyrik bermakna mengiktiraf agama mereka, maka dengan itu ianya menjadi haram, ini kerana, Islam adalah satu-satunya agama yang terbaik berbanding dengan agama-agama yang lain.

Firman Allah;

إن الدين عند الله الإسلام

Maksudnya;
“Sesungguhnya Agama disisi Allah adalah Islam”

(surah al-imran : 19)

Kesimpulan dari ulasan di atas, sudah memadai difahami, pandangan Imam Ibnu Taimiyyah menyatakan bahawa meraikan, menghadiri majlis, mengucapkan tahniah dengan perayaan bukan Islam merupakan satu perbuatan haram yang boleh mengugatkan aqidah.

PANDANGAN DR YUSUF AL-QARADHAWI

Dr yusuf Al-Qaradhawi merupakan seorang ulama moden yang agak lembut pandangannya.

Didalam kitabnya, “al-fatawa al-maasarah”, beliau membenarkan mengucapkan tahniah dengan kehadiran perayaan agama-agama yang lain dari Islam.

kebenaran itupun sebenarnya tertakluk kepada niat kita yang meletakan atas alasan hubungan kemanusiaan[8], bukan mengiktiraf agama mereka.

Antara dalil yang diketengahkan;

Firman Allah;

وإذا حييتم بتحية فحيوا بأحسن منها أو ردوها

Maksudnya;
“Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa)”

(Surah Al-Nisa’ : 86)

Dan juga, hadis yang pernah menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah menerima hadiah dari golongan non muslim, seperti Muqauqis iaitu raja Mesir, tetapi penerimaan hadiah tersebut didasarkan kepada syarat, iaitu tidaklah hadiah tersebut dari benda yang haram dimiliki oleh orang Islam, seperti arak, daging babi dan sebagainya[9].

SIKAP KITA TERHADAP KHILAF

Melihat kepada ulasan di atas, tidak dinafikan bahawa perbincangan tentang mengucapkan tahniah dengan kehadiran perayaan agama yang lain dari Islam merupakan perkara yang di khilafkan di kalangan ulama.

Khilaf yang berlaku selayaknya dihadapi dengan toleransi dan tidak perlu berlaku perbalahan dan berkeras mempertahankan pendapat masing-masing.

Walaubagaimanapun, dalam keadaan sebegini, sebolehnya, kita perlu mengelak diri dari melakukan perkara yang boleh jatuh kepada haram, lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan aqidah, walaupun ianya sesuatu yang khilaf.

Kaedah fiqh ada menyebut;

الخروج من الخلاف مستحب

Maksudnya;
“Keluar daripada khilaf adalah digalakan[10]”

Maksudnya, sekiranya pendapat A mengatakan haram dan pendapat B mengatakan harus, maka sebaik-baiknya kita memakai pendapat B. walaubagaimanapun, kemungkinan disebalik menggunakan pendapat B itu boleh merugikan dari beberapa sudut, maka gunakan kepandaian dan kecerdikan kita untuk meraikan keadaan tersebut.

Misalnya, dalam isu mengucapkan tahniah dengan kehadiran perayaan Hindu. Mengucapkannya adalah khilaf dikalangan ulama, maka lebih baik tidak mengucapkannya dari mengucapkannya, kerana dibimbangi jatuh kepada pendapat yang mengatakan haram.

Tetapi, didalam masa yang sama, dibimbangi berlaku jurang antara non muslim dan muslim dalam melaksanakan tugasan dakwah, maka berusahalah sedaya upaya atau kecerdikan kita dalam keadaan tersebut, seperti kita menjawab “terima kasih” atau “ok” atau sebagainya, ketika kawan kita dari non muslim itu mengucapkan kepada kita “happy depavalli”.

Disamping itu juga, jika kemaslahatan dakwah lebih mendapat keuntungan dengan menyebut “Happy Depavalli”, maka tidak ada salahnya kita mengambil pendapat ulama yang membenarkan ucapan tahniah dengan kehadiran perayaan mereka.

PENUTUP

Islam adalah agama yang unik. Keunikan itu terdapat kerana Islam adalah agama langit yang diturunkan oleh Allah SWT. Dengan demikian, mana mungkin Islam menafikan hak kemanusiaan antara muslim dan non Muslim. Bahkan, jika dilihat dari nas Islam, didapati Islam memberikan hak kepada Non Muslim.

Firman Allah:


لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم أن تبروهم وتقسطوا إليهم إن الله يحب المقسطين

Maksudnya;
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil”

(Surah Al-Mumtahinah : 8)

Non Muslim pada asalnya adalah adik beradik kita yang berbapakan Adam AS dan Hawa. Pun begitu, disebabkan penyelewengan terhadap Islam itu berlaku, menyebabkan timbulnya manusia yang tidak menyembah Allah.

Jurang antara muslim dan non Muslim berlaku, apabila muslim sendiri tidak ”bijak” dalam berdakwah. Dalam keadaan inilah, selayaknya perlu difikirkan cara yang terbaik untuk merapatkan jurang antara Muslim dan Non Muslim bagi menyampaikan mesej Islam ini.

Sekian

Al-Bakistani

Sokongan Atas Cadangan Mufti Perlis

Malaysiakini melaporkan berita seperti berikut;

”Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan Kementerian Pelajaran mewujudkan mata pelajaran Fekah Interaksi Antara Agama bagi memupuk keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini”

”Katanya, mata pelajaran yang khusus kepada para pelajar Islam itu akan mendedahkan mereka terhadap prinsip, adab dan hukum Islam ketika berinteraksi dengan kalangan bukan Islam.[1]”


Pihak Moderator "Memimpin Perpaduan" menyokong usaha dan berharap ia menjadi realiti.

Tuesday, November 4, 2008

Tribut kepada YB Dr Halimah Ali

Pihak moderator Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat ingin merakam jutaan tahniah kepada YB Dr Halimah Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional atas kecemerlangan YB menjalankan tugas dan amanah selaku wakil rakyat yang dipilih bagi mewakili N45 Dun Selat Klang.Anggap cabaran dan halangan yang mendatang sebagai satu ujian untuk meningkatkan lagi amal kebajikan kita kepadaNya...Seeru 'ala barokatillah.

Sila layari http://drhalimahali-activity.blogspot.com/

http://drhalimahali.blogspot.com/2008/02/dr-halimah-mesra-bersama-orang-india.html

Tahniah - Kelab Penyokong Muda PAS

Tahniah! Pemuda PAS moga penubuhan ini bakal memberi impak yang positif pada perjuangan Islam sesuai dengan motto "PAS For All @ PAS Untuk Semua"



Kelab Penyokong Muda PAS dilancar 15 November
Nyza Ayob (Harakahdaily)
Tue Nov 04, 08 3:48:43 pm MYT


KUALA LUMPUR, 4 Nov (Hrkh) - Atas sokongan dan kepercayaan rakyat daripada masyarakat pelbagai kaum kepada PAS pada Pilihan raya Umum ke-12 yang lepas khususnya di kalangan anak muda daripada pelbagai kaum, Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil inisiatif melalui penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS (KPMP).

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS adalah selaras dengan dasar PAS dan juga Islam yang memberikan hak dan keadilan kepada seluruh rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama.

Inisiatif tersebut katanya diambil kerana menyedari kurangnya penumpuan PAS terhadap golongan muda daripada kalangan masyarakat bukan Islam.

Jelas Khairul Faizi, memandangkan penubuhan Kelab Penyokong PAS pada 2004 dengan keahliannya sudahpun mencecah 18 ribu orang, maka Dewan Pemuda PAS mengambil inisiatif untuk membentuk Kelab Penyokong Muda PAS yang akan lebih cenderung ke arah aktiviti yang sesuai untuk pemuda.

Tambahnya, Kelab Penyokong PAS dilihat lebih dianggotai oleh golongan dewasa serta aktivitinya tidak banyak menjurus kepada golongan muda.

Pelancaran dan perasmian Kelab Penyokong Muda PAS ini akan disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayubdi pekarangan lobi Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 15 November 2008 pukul 2.30 petang.

Khairul Faizi menerangkan, pada majlis tersebut, beberapa aturcara seperti persembahan kumpulan anak muda daripada Kelab Penyokong Muda PAS, pelancaran misi dan visi kelab, penyerahan borang keahlian dan majlis memperkenalkan Jawatankuasa Penaja Kelab Penyokong Muda PAS.

Dalam pada itu katanya, kemuncak penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS akan diadakan pada Mei 2009 melalui satu Himpunan Anak Muda Kelab Penyokong Muda PAS yang akan diadakan di sekitar Lembah Klang. Ia akan dilaksanakan bagi menghimpunkan kesemua jawatankuasa penaja yang telah berjaya ditubuhkan di peringkat pusat dan negeri-negeri.

Sehubungan itu katanya, bagi memastikan bahawa Kelab Penyokong Muda PASakan disambut diperingkat negeri-negeri, Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat akan bergerak ke seluruh negara untuk melancarkan kelab tersebut di peringkat negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak selepas pelancaran dilakukan pada 15 November nanti. - mks. _

Tidak Ada Sebab Orang Cina Takut Islam

LENGGONG, 2 Nov.:- Tidak ada sebab orang Cina takut kepada Islam atau Parti Islam kerana nenek moyang mereka lebih dulu masuk Islam berbanding orang Melayu. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim yang mewakili YAB Menteri Besar Perak dalam Majlis Sepetang Bersama Menteri Besar Perak disini.





http://idhamlim.blogspot.com/2008/11/adun-titi-serong-tidak-ada-sebab-orang.html

Monday, November 3, 2008

Bukan Islam mulai faham Dasar Membangun Bersama Islam

Harakahdaily
Mohd Nor Yahya
Thu | Oct 23, 08 | 5:53:52 pm MYT


KOTA BHARU, 23 Okt (Hrkh) - Masyarakat bukan Islam kini semakin memahami dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang dilaksanakan di Kelantan, kini genap 18 tahun.

Pengerusi jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan masyarakat bukan Islam dan mereka diberi layanan yang sama.

"Kerajaan negeri juga melibatkan kaum bukan Melayu dalam program kerajaan termasuk melantik mereka jawatan tertentu termasuk penghulu dan ahli majlis daerah," katanya ketika menjawab soalan Abdul Fatah Haron (PAS-Bukit Tuku) pada persidangan Dun hari ini.

Beliau berkata, setiap dasar yang dilaksanakan di Kelantan berteras kepada MBI.

"Dasar itu juga sudah menjadi ikutan beberapa negeri terutamanya negeri di bawah Pakatan Rakyat," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Dato' Anuar Tan Abdullah berkata, seramai 75 usahawan dilahirkan sejak 2006 melalui kewujudan Dataran Usahawan di setiap jajahan.

Ketika menjawab soalan dari Ustaz Abdullah Ya'kub (PAS-Air Lanas) katanya, projek Dataran Usahawan dibina di 13 lokasi di seluruh negeri membabitkan kos RM30,000 hingga RM50,000 setiap satu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar ketika menggulung perbahasan titah ucapan diraja berkata, golongan armalah, warga emas dan anak yatim akan terus dibela kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri berusaha bersungguh-sungguh memberi pelbagai bantuan kepada mereka termasuk melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, skim Takaful Kifaalah, dan skim bantuan pinjaman tanpa faedah.

Beliau juga berkata, pelbagai langkah telah diambil bagi menangani masalah rumah tangga seperti mengadakan program Cakna Keluarga yang melibatkan wakil rakyat dan masyarakat setempat.

"Bagi membela nasib golongan armalah pula pasukan Hawariah telah ditubuhkan bagi memantau kehidupan mereka yang terdiri daripada wanita kematian suami dan ditinggalkan suami tanpa memberi nafkah," ujarnya.

Manakala Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, tindakan Speaker Dun menghalang wartawan Berita Harian membuat laporan persidangan wajar memandangkan laporannya keterlaluan bertujuan mengeruhkan hubungan antara kerajaan negeri dan istana.

Menurutnya juga hubungan kerajaan negeri dengan pusat dalam bidang pelancongan begitu baik, namun dalam konteks di Kelantan kurang mendapat kerjasama daripada Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan (MTPNK).

"Sehingga kini saya masih lagi tidak dapat berbincang bersama Pengerusi MTPNK yang juga Adun Kuala Balah, Abdul Aziz Derasid," ujar beliau.

Oleh itu beliau berharap teguran Sultan Kelantan setidak-tidaknya membolehkan MTPNK bekerjasama rapat dengan Pusat Pelancongan Negeri (TIC) bagi mempertingkatkan industri pelancongan di negeri ini. - mj

"PAS For All" terus menjadi slogan PAS

dipetik dari n32.blogspot.com


“PAS for all” adalah slogan yang digunakan oleh PAS terutamanya semasa kempen Pilihanraya Umum yang lalu. Ia menggambarkan kesediaan PAS untuk menjadi parti teraju bagi menerajui semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama. Walaupun ia parti Islam, namun ia bersedia menerima dan memperjuangkan nasib dan kepentingan semua kaum dan agama.

Walaubagaimanapun “PAS for all” bukan bermakna “PAS abandon all” ataupun PAS menggugur dan mengorbankan semua untuk semata-mata menang dan mendapat sokongan. PAS dalam keadaan apa pun adalah Parti Islam, oleh itu kesediannya untuk terjun dan mendakap semua golongan masyarakat sebagaimana yang digambarkan itu sudah pastilah tertakluk kepada prinsip dan dasar perjuangannya.

PAS mahu membawa politik Islam ke tengah masyarakat Malaysia, politik yang memberikan keadilan kepada semua menurut tafsiran Islam. Sistem hidup yang bukan hanya menyokong kehadiran umat Islam tetapi turut membela dan memberikna hak dan keadilan kepada semua penganut sebagaiamana yang diperuntukkan oleh Islam.

Saya melihat kebelakangan ini masing-masing cuba memberikan tafsiran kepada slogan “PAS for all” itu termasuklah dikalangan para penulis yang bukan Islam. Memang sejak PRU ke 12 lalu peranan PAS mula diiktiraf dan diperakui secara meluas. Kemampuannya mendepani Umno dan melahirkan satu corak kepimpinan yang bersih dan telus dikagumi semua pihak. Gaya kepimpinan Islam yang diterampilkan oleh para pemimpinnya menambat hati ramai, lalu PAS disenangi dan mahu dijadikan teman oleh kawan-kawan politik yang lain.

Ahli dan pendukung PAS bekerja kuat dan bertungkus-lumus untuk memenangi hati masyarakat Islam, yang merupakan “core supporters” mereka disamping sokongan masyarakat yang bukan Islam dengan menonjolkan politik Islam kepada mereka untuk difahami dan disenangi. Itulah “PAS for all” iaitu menjelaskan secara terbuka apa itu perjuangan PAS, yang selama ini disalah ertikan hasil propaganda jahat pihak musuh, dengan harapan politik PAS dapat diterima semua.

Tetapi kebelakangan ini “PAS for all” dijadikan alasan oleh para penulis tertentu khasnya yang bukan Islam untuk menyerang PAS. Seolah PAS telah memungkiri janji, seolah PAS telah menipu.

Beberapa isu yang timbul pasca PRU ke 12 dilonggokkan seolah bukti bahawa PAS telah lari dari slogan “PAS for all” nya itu. Terrence Frenandez dalam ruangannya “Down2earth” dalam akhbar The Sun umpamanya mengaitkan isu bantahan PAS Selangor terhadap perlantikan Madam Low, selaku Pemangku Pengurus Besar PKNS sebagai bukti bahawa:

“PAS for all” clarion call during the election campaign a farce and a misrepresentation of the party when it was clamouring for the hearts and the votes of the rakyat.

“PAS for all” yang merupakan seruan PAS semasa kempen pilihan raya lalu sebenarnya adalah satu pembohongan dan satu penyelewengan, (sedangkan inilah slogan yang digunakan) untuk memenangi hati dan sokongan rakyat.

Sedangkan bantahan PAS itu bukannya atas dasar kaum atau agama, tetapi atas dasar kelayakkan. Adakah membantah atas isu menjadikan PAS parti pembohong? Apakah PAS perlu berdiam diri sedangkan ia adalah rakan kongsi, dan mempunyai calon yang lebih layak untuk jawatan berkenaan?

Baradan Kuppusamy pula dalam ruangannya “comment” dalam akhbar The Star menyenaraikan insiden yang membukitkan kononnya PAS telah kembali kepada perangai lamanya yang tidak tahu bertolak-ansur. Antara insiden yang disenaraikan oleh Baradan di dalam artikelnya: “Pakatans unresolved dilemmas” itu adalah:

1) Tindakkan kerajaan PAS Kedah menaikkan kuota pemilikkan rumah kepada 50%
2) Tindakkan PAS Selangor membantah perlantikan seorang Cina di PKNS
3) Membantah program-program hiburan
4) Terlibat dalam kekecohan di Bar Council pada bulan September lalu
5) Meletakkan syarat majoriti Islam dalam cadangan kerajaan Pakatan Rakyat

Dalam sekelip mata PAS dikategorikan sebagai musuh angkara salah tafsiran terhadap “PAS for all” itu. Sebenarnya slogan “PAS for all” ini telah dilancarkan secara resminya oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa pada 12 September tahun lalu di Pejabat Agung PAS, KL. Semasa berucap dimajlis itu Ustaz Nasharudin menyebut:

Istilah 'PAS For All' atau 'PAS Untuk Semua' akan dijadikan dan digunakan sebagai slogan tawaran PAS kepada semua rakyat yang meliputi pelbagai kaum dan agama di negara ini. Penggunaan istilah tersebut amat bersesuaian dengan tawaran PAS untuk membawa keadilan dan kesejahteraan kepada semua kaum, tanpa mengira perbezaan agama dan sebagainya.

Ternyata “PAS for all” adalah dalam kerangka dasar dan prinsip perjuangkan PAS itu didakwahkan kepada semua masyarakat bukannya PAS melonggar dan menggugurkan dasar dan prinsipnya kerana mahu sokongan semua!

PAS akan terus berjuang untuk semua. 18 tahun pemerintahan PAS di Kelantan adalah bukti betapa konsistennya PAS dalam membela dan mempertahankan hak dan kepentingan masyarakat bukan Islam. Malah dalam akhbar The Sun hari ini dilaporkan bahawa EXCO Dakwah, Pendidikan dan Pembangunan Islam Kelantan, Ustaz Nik Amar mengumumkan yang mulai tahun hadapan semua sekolah agama yang dikendalikan oleh Yayasan Islam Kelantan akan menubuhkan kelab bahasa Cina di sekolah masing-masing. Tidakkah ini satu lagi bukti keterbukaan PAS.

Sepanjang sejarah politik di Malaysia PAS adalah rakan kongsi politik yang tidak pernah membelakangkan atau menyakiti kawannya. PAS berjuang dalam kerangka demokrasi dan menghormatinya. Dasar dan prinsip perjuangan PAS konsisten sehingga ke hari ini, janganlah sesiapa menuntut ianya dikendur atau diluntur apalagi dari kalangan kawan-kawan.